Khamis, 31 Disember 2015

rawatan gangguan busung

Salah satu permainan org kita yg amat berbahaya dan banyak ustaz perawat tak mampu hadapi ialah gangguan sihir BUSUNG. aku ada pengalaman mengubat beberapa org pesakit akibat bahana busung. salah satunya kes di Banting seorang Wak yang sangat terkenal pd zaman mudanya sbg pendekar jawa. Cerita drp mulut Wak itu sendiri dulu dia pernah bergaduh dgn sekumpulan lelaki India estet ladang teh yang langsung menerkam menyerbunya. Wak terus menampar bumi dan sekaligus kesemua lelaki India itu tercampak bagai daun melayang-layang kemana-mana. Pernah juga Wak dicabar oleh lelaki India yg tak puas hati dgnnya. Wak tumbuk tiang simen elektrik hingga langsung patah dua. Wak ceritakan dia seorang jawa yang tulen. Sedikit diceritakan dia seorang yang suka berpuasa pati geni,ngebleng, dan seumpamanya amalan ritual bagi seorang jawa sejati. Namun dihujung usianya Wak diuji dgn sihir BUSUNG mengakibatkan perutnya langsung membengkak dan keluar nanah. Meskipun Wak berusaha mengubati dirinya tapi ketuannya dan semangatnya nyata tak setanding masa muda dulu. Wak pergi ke klinik swasta pun doktor India dah suruh Wak jgn dtg ke klinik pakarnya lagi. Wak jgn mati di klinik saya nanti saya malu kata doktor kapitalis itu. Wak minta bantuan drpku yang kurang ilmu ni. Masih basah di ingatanku masa aku tiba di rumahnya hujan turun sangat lebat. Hujung Disember katakan. Dgn meletakkan telapak tangan kananku ke atas perutnya aku membaca beberapa potong ayat. Rawatanku ke atas Wak berlangsung selama sebulan aku berulang alik ke rumahnya. Cukup sebulan  perut Wak dah kempis tapi badannya tinggal kerangka tulang dan kulit semata. Wak menangis depanku mengenangkan zaman pendekarnya dulu yang terdapat noda hitam dlm riwayat hidupnya. Wak ke klinik pakar kembali dan doktor terkejut melihat perubahan Wak dan kembali menerima Wak di kliniknya utk dirawat.

Dan suatu malam nombor telefon Wak naik ke telefon ku dan muncul suara wanita sebak.

"Ni ustaz ali ya? nak beritahu Wak suami saya tu dah meninggal dunia... arwah sempat kirim salam pd ustaz dan berterima kasih kpd usaha ustaz dan wak pergi dgn tenang dan senyuman."

Genap 90 tahun Wak pergi. Semoga Allah ampunkan dosa Wak. Entah aku pula bagaimana Ya Allah cara dan situasi pulang kpdMu...

Al Fatihah.

Untuk urusan rawatan hubungi Ust Tabib Ali di talian 013-642 1228

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...