Ahad, 28 Jun 2015

rawatan saka bergelar

Assalamualaikum

Pakej rawatan sekeluarga khusus untuk merawat gangguan saka kita sedia maklum ia melibatkan seluruh keturunan kita.

Jika contohnya datuk kita yang ada gangguan saka dan ilmu  ilmu purbakala ia akan menuruni jalur keturunan sehingga ke anak cucu cicit.

Malahan terdapat saka 7 keturunan yang mana ia masih belun dapat dibuang sepenuhnya lagi oleh perawat bomoh dan mualij.

Saka yang kuat biasanya diwarisi drp amalan berbomoh. Dan antara yang berat ialah gangguan jin saka bergelar seperti Tok Embun, Tok Panglima Merah dan sebagainya.

Biasa disebut sebagai perewangan lazimnya terdapat beberapa ketua jin mendampingi seseorang itu.

Setiap ketua itu mempunyai ratusan bahkan ribuan anak buah atau pengikut sentiasa.

Biasanya saka bergelar setiap ketua jin itu mempunyai spesifikasi tugas yang tersendiri.

Ada tok yang pandai mengurut.Ada tok yang pandai bersilat. Ada tok yang pandai melukis pun ada. Ada tok yang pandai menujum. Ada tok yang pandai membawai jiwa manusia mengembara melang lang buana ke alam ghaib dan nyata.

Ada jin disebut sebagai Tol Serban Kuning. Tok Akaq Berlinkaq. Dan banyak lagi. Bahkan ada yang meniru nama tokoh terkenal seperi Tok  Wali Songo Tok Panglima Hitam dan sebagainya.

Usia mereka biasanya sangat panjang. Mereka sangat setia kpd keturunan itu.

Namun setiap ikatakan pertalian perhubungan dgn saka saka ini ia mempunyai pantang larang khusus dan cara khusus bagi mengharmonikan hubungan dua hala antara mrk dgn manusia yang didampinginya.

Jika tidak dipenuhi maka saka saka ini akan menjadi liar dan jahat bukan sahaja kpd org lain bahkan jahat kpd tuannya sendiri.

Akibatnya keturunan yang sudah tdk mahu menjaga dan memberinya makan saka itu akan sentiasa menzalimi keturunan sebagai salah satu bentuk protes yang selalunya tidak difahami oleh anak cucu zaman moden.

Untuk menguruskan saka ini khusus bagi membuangnya anda boleh hubungi saya.

013 642 1228

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...