Rabu, 24 Jun 2015

Santau dalam mee bandung.


Assalammualaikum...baru-baru ni Puan Z memasak hidangan untuk berbuka puasa bersama suaminya di rumah. Menunya ialah mee bandung. Sewaktu menyediakan perencah mee bandung itu tiadalah apa apa yang memelikkan berlaku.

Sementara menunggu kuah mee bandung  itu masak Puan Z dan suaminya keluar ke bazar ramadan yang berdekatan dgn kediaman mrk. 

Tak lama kemudian mrk kembali ke rumah. Kuah mee bandung itu sudah siap masak. Sehinggalah waktu berbuka tiba tiada apa apa yang aneh berlaku. Azan dan buka puasa. 

Namun demikian sedang si suami menikmati mee bandung, dia tergigit sesuatu yang keras.

Apabila diluahkan sesuatu yang keras itu ke telapak tangannya alangkah terkejutnya mereka berdua melihat butiran kaca yang kasar.

Darimana datangnya butiran kaca itu sedangkan tiada perkakas kaca yang pecah....

Mereka memeriksa kuah mee bandung  itu dan mendapati di dasarnya periuk terdapat banyak lagi butiran kaca di dalamnya.

Bingung mereka dibuatnya!

Terpaksalah kuah mee bandung itu dibuang semuanya. Apapun mereka berdua bersyukur kerana tidak mengalami apa apa kesan negatif akibat memakan masakan tersebut.

Sebenarnya Puan Z baru saja mendapatkan rawatan buang santau dan bisa drp tubuhnya.

Memang terkejut juga Puan Z melihat serbuk kaca halus dapat dikeluarkan hasil drp rawatan yang dilakukan.

Mulai saat itu Puan Z ada mengamalkan ayat ayat pendinding  dan Puan Z tak lupa merujuk kpd perawat. Kalau tidak memang Puan Z tak tahu apa apa tentang gangguan ghaib ini.

Jadi butiran kaca yanh ditemuinya itu adalah santau yang tidak 'menjadi'.  Tuju santau itu telah dioffkan kuasa sihirnya dan ia terzahir dalam bentuk butiran kaca.

Santau yang hidup aktif ia tidak akan mudah dikesan apatah lagi dilihat dgn mata kasar.

Allah melindungi pasangan yang baru 6 bulan mendirikan rumah tangga ini drp bahana santau.

Apapun amalan dan kekuatan rohani haruslah di tingkatkan lagi ke tahap lebih tinggi. Jd tidaklah santau yg dah mati wujud dalam masakan.

Mungkin awal2 lagi tertahan atau tertolak keluar rumahnya. Malah pada tahap tertentu santau yang ingin dituju kpd mangsa yang kuat rohani nya akan berbalik kpd penujunya dgn berkali ganda.

Malah mungkin penuju atau penyihir rebah serta merta sebaik melancarkan serangan sihir kpd org yang memiliki rohani yg mantap. 

Bayangkan kalau santau itu tdk mati...tdk berubah menjadi butiran kaca....ia masih hidup dan aktif....dan mangsa termakannya...akibatnya amatlah buruk sekali.

Semoga Allah melindungi kita semua. Aamiin.

Bagi anda yang mahu mendapatkan rawatan dan konsultasi silalah hubungi Ustaz Ali ditalian Hotline Fast Respone 013 642 1228 boleh bercakap terus dgn ustaz atau whatapps.

Email rahmaniah999@gmail.com

Salam ihya ramadan al mubarok!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ibu Duit Inti Karomah