MARI KITA AMBIL TAHU NASAB KETURUNAN SULTANUL AWLIYA' SYEIKH ABDUL QADIR. JAILANI QADDASALLAHU SIRRUHU.
1. Beliau lahir pada tahun 470H/1077M di Naif sebuah desa di Jailan atau Kailan di Iran. Nasab SAQJ pada sebelah bapanya ialah Abu Salih Musa bin Abdullah bin Musa al-Jun bin Abdullah al-Mahd bin Abu Muhammad Hasan al-Muthanna bin Hasan bin Ali bin Abu Talib yang kita sedia maklum berkahwin dengan anak perempuan Baginda Rasulullah s.a.w iaitu Sayyidah Fatimah az-Zahra.
2. Nasab sebelah SAQJ sebelah ibunya pula ibunya bernama Ummu al-Khair Ummu al-Jabbar Fatimah bin Jamaluddin Muhammad bin Mahmud bin Abu al-Ata Abdullah bin Kamaluddin Isa bin Abu Alauddin Muhammad al-Jawwad bin Ali ar-Rida bin Musa al-Kazim bin Jaafar as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin Zainal Abidin bin al-imam al-Hammam bin Abu Abdullah Husain bin Ali bin Abu Talib.
Jadi nasab sebelah ayah SAQJ sampai kepada Saidina Hassan bin Ali bin Abu Talib.
Nasab sebelah ibu sampai kepada Saidina Husain bin Ali bin Abi Talib.
Bahkan ibu kepada bapa SAQJ bernama Ummu Salamah binti Muhammad bin Talhah bin Abdullah bin Abdurrahman bin Abu Bakar as-siddiq r.a.
Sedangkan kaitannya dengan Saidina Umar al-Khattab adalah berdasarkan pada nama Abdullah bin Muzaffar yg telah dinyatakan sebelum ini, nama ibunya adalah Hafsah bin Abdullah bin Umar r.a.
Kaitannya dengan Saidina Uthman al-Affan r.a bermula daripada Abdullah al-Mahd datuk kesembilan kpd SAQJ.
Dinamakan "Mahd" krn lafaznya menunjukkan sesuatu yg murni dari mawali atau perhambaan, baik sebelah ayah dan sebelah ibu.
Selain itu disebabkan ayah Abdullah al-Mahd bernama Hasan al-Muthanna bin Hasan bin Ali bin Abu Talib r.a setelah Hasan al-Muthanna meninggal dunia, isterinya dikahwini oleh Abdullah bin al-Muzaffar bin Umar bin Uthman bin Affan r.a.
Jadi jelaslah garis keturunan , nasab dan darah yang mengalir dlm diri Sultanul Awliya Syeikh Abdul Qadir Jailani adalah darah yang sama mengalir dalam diri ahli keluarga baginda bahkan baginda Nabi Muhammad Sollallahuala wassalam itu sendiri. Menghina SAQJ sama menghina nabi dan ahli keluarga baginda nabi. Tiadalah yg menghina ahli keluarga nabi melainkan dia jatuh kafir dan halal darahnya.
Allahumma Solli ala Saidina Muhammad wa ala ali Muhammad.
Rawat Sebelum Lewat. Rawat dengan kaedah yang Selamat dan Kembali Sihat. Dan Allah Berserta Kamu Dimana Saja Kamu Berada. Dan Dia Maha Melihat (Al-Basir) Apa Yang Kalian Lakukan. Surah al-Hadid ayat 4.
Pages
- Laman utama
- Akidah
- Nabi Muhammad s.a.w
- Ruqyah
- Maklumat Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah - Ilmu Hikmah Multifungsi dan Ilmu Pengubatan Islam Tahap Asas hingga Tertinggi
- Testimoni Pelajar Ilmu Hikmah
- Maklumat Rawatan Islam, Tradisional dan Alternatif
- Testimoni Pesakit
- Pustaka Hikmah Maya
- Lokasi kami
- Hubungi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU
ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal. Pad...
-
Assalammualaikum Dalam beberapa tahun ini pasti kita pernah mendengar gangguan jin yang bersifat nyata seperti tiba-tiba muncul api di rum...
-
Selalunya dikaitkan dengan malang dan mara bahaya. Orang-orang tua pesan kalau kita dalam perjalanan tiba-tiba melihat biawak melintasi jala...
-
Asssalammualaikum. Kita memohon perlindungan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (As-Sami' ul Alimu) daripada gangguan dan bi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan