Assalammualaikum. Ilmu Hikmah bukanlah sihir. Di sini kami tidak mengajar calon pelajar untuk membuat tangkal, membuat syirik, melakon ritual tertentu, berdamping dengan khodam, bersilat tanpa belajar. Semuanya tidak termasuk dalam Ilmu Hikmah yang kami bimbing.
Ilmu Hikmah dalam tafsiran kami berbeza dengan tafsiran umum dan banyak di media internet. Ramai orang yang mengklaim dia belajar dan mengajar Ilmu Hikmah tetapi sebenarnya dia mengajar sihir. Ada yang sekadar mengabil ijazah dimana-mana dan ada yang terus jadi guru segera dan membimbing murid tanpa pengalaman sendiri. Jadi ia hanya menfotokopi risalah keilmuan bukannya membimbing.
Lebih jauh lagi yang sekadar membaca di sana sini kemudian membuat rumusan sendiri. Mengatakan ilmu hikmah sesat, bidaah dan segala macam. Kami bukan termasuk dalam golongan sedemikian kerana di sini kami mengembleng calon pelajar Ilmu Hikmah dengan sebenar-benarnya tanpa sihir, trick, sekadar mengambil keuntungan duniawi dan lain-lain.
Terbukti hasil gemblengan kami ramai pelajar Ilmu Hikmah mendapat manfaat besar hingga berhasil dalam kehidupan masing-masing. Sebab itu ada yang belajar Ilmu Hikmah terdiri daripada
Perawat Islam yang sudah belajar Rukyah Syariyyah dan mempraktikkannya dalam amalan pengubatan Islam lalu menambah ilmu di dada dengan Program Gemblengan Ilmu Hikmah di sini.
Petani yang mempunyai haiwan ternakan kemudiannya mempraktikkan hingga haiwan ternakan yang sering sakit kini sembuh bahkan sihat dengan izin Allah Maha Kuasa.
Pesilat Ilmu Kebatinan yang mengalami kesan panas, bahang, dan sebagainya lalu mengikuti program kami hingga kesemua kesan itu hilang digantikan dengan kekusyukan ibadah dan ketenangan batin.
Pendosa yang berdosa kemudian mencari arah tujuan hidup kemudian dengan mengikuti program kami kembali ke jalan lurus dengan izin Allah jua.
Pesakit yang menderita segala sakit zahir dan batin kemudian beransur sembuh dan sihat selepas mengikuti program kami.
Dan banyak lagi…tidak terkira kategori jenis latar belakang dan masalah calon pelajar ilmu hikmah yang mengikuti program kami dan mendapat hasil memuaskan.
Semuanya berlaku atas izin Allah Ta’ala jua. Dialah Maha pemberi Dialah Maha Pemberi Rahmat Dialah Maha Pemberi Cahaya dan Dialah Maha Pemberi Petunjuk.
Untuk mengikuti Program Gemblengan Ilmu Hikmah yang asli lagi selamat suci dan murni ini sila hantarkan permohonan ke emel
rahmaniah999@gmail.com
atau telefon terus ke nombor 0136421228
Rawat Sebelum Lewat. Rawat dengan kaedah yang Selamat dan Kembali Sihat. Dan Allah Berserta Kamu Dimana Saja Kamu Berada. Dan Dia Maha Melihat (Al-Basir) Apa Yang Kalian Lakukan. Surah al-Hadid ayat 4.
Pages
- Laman utama
- Akidah
- Nabi Muhammad s.a.w
- Ruqyah
- Maklumat Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah - Ilmu Hikmah Multifungsi dan Ilmu Pengubatan Islam Tahap Asas hingga Tertinggi
- Testimoni Pelajar Ilmu Hikmah
- Maklumat Rawatan Islam, Tradisional dan Alternatif
- Testimoni Pesakit
- Pustaka Hikmah Maya
- Lokasi kami
- Hubungi
Memaparkan catatan dengan label Nur Allah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nur Allah. Papar semua catatan
Rabu, 13 Mac 2013
Selasa, 8 Februari 2011
Sila Baca dengan fikiran terbuka : Faedah Ilmu Hikmah Nur Makrifah
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah segala puji dan puja kepada Allah Tuhan Seru Sekelian Alam dan limpah selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, sahabat dan kaum muslimin muslimat sekelian.
Ada yang tertanya-tanya kepada saya apakah faedahnya Ilmu Hikmah Nur Makrifah (IHNM) untuk dirinya?
Jawapan bagi soalan ini banyak. Ia bergantung pada Seseorang itu. Dan Seseorang itu bergantung pada Sudut Pandangannya.
Saya cuba menjelaskan daripada beberapa sudut pandangan bagi menjawab persoalan tersebut.
Sudut Pandangan bagi A yang belum pernah belajar apa-apa ilmu hikmah atau esoterik spt reiki, prana, tenaga dalam, tenaga alam, silat batin, rukyah DAN KEMUDIAN mengambil pengajian dan pengisian IHNM :
Suatu pengalaman baharu yang luar biasa, saya merasa amat tenang, damai dan marak api semangat untuk beribadah semata-mata untuk bertaqarrub denganNya. Saya mula menyedari hakikat ruhani saya sendiri yang berhubungan dengan Allah Ta'ala. Saya semakin memahami agama dan kasih sayang sesama makhluk...
Sudut Pandangan B yang pernah belajar rukyah DAN KEMUDIAN mengambil pengajian dan pengisian IHNM :
B 1: Saya telah mengambil ijazah rukyah daripada guru yang terkenal yang mengambil serta belajar dengan guru berketurunan Arab sendiri yang sangat terkenal dengan buku-buku penangkis sihir dan merawat menggunakan ayat-ayat Al Quran. Kemudian saya pun mula merawat pesakit di rumah saya dan alhamdulillah mujarab. Malahan ada juga pesakit yang gagal dirawat oleh guru saya, saya merawat mereka dan dengan izin Allah sembuh. Namun saya merasai masih ada ruang-ruang kosong dalam hati saya membuatkan saya tertanya-tanya apakah setakat ini sahaja? Apakah tiada yang lain...mengapakah aku merasai perasaan begini (kekurangan kesuburan / makrifahtullah)...
B 2: Saya telah mengambil ijazah lengkap rukyah syariyyah dan kemudian saya pun merawatlah. Kadangkala sembuh mujarab kadangkala tiada kesan langsung. Saya memahami soal sembuh atau tidak mutlak milik Allah tetapi saya tetap tertanya-tanya mengapa ada dari golongan jin yang merasuk dalam badan pesakit boleh mengetawakan saya yang sedang membaca ayat-ayat al Quran? Sejak itu saya mendirikan solat hajat dan istiharah dan Allah memberikan jalan kepada saya untuk bertemu tuan Tabib Ali dan alhamdulillah saya merawat selepas itu, tidak berlaku lagi jin mengetawakan saya. Dengan keyakinan diri yang kian kuat, saya yakin dikuatkan Allah, saya bukan sahaja dapat merawat kes kerasukan dengan cepat dan mudah, malah orang yang saya rawat juga semakin meningkat ruhaninya-yakni kadar ingatnya kepada Allah jauh bertambah-tambah dalam hati sanubarinya. Syukur, seperti diingatkan oleh Tabib Ali, bersyukurlah kepada Allah ta'ala kerana dengan inayah dan rahmahnya sahaja semua perkara itu boleh berlaku.
Sudut Pandangan C yang pernah belajar ilmu hikmah dan tenaga dalam DAN KEMUDIAN mengambil pengajian dan pengisian IHNM :
C 1: Saya belajar ilmu Silat Sabil dalam tahun 80-an sehingga mendapat selendang Merah. Hasilnya saya selalu panas baran, mudah tersinggung, maki-maki dan pantang di cabar. Dalam tahun 2000 saya belajar Ilmu Tenaga Dalam Pa******** S***** daripada seorang guru tenaga dalam yang mengijazah dan mengisi jarak jauh melalui telefon sahaja. Mulanya saya faham kemudian kata-katanya semakin tidak saya fahami. Malah saya juga diberikan doa nurbuwwah. Hasilnya saya mendapat gigitan aneh seluruh tubuh saya sehingga lebam-lebam dibuatnya. Segala ilmu saya praktiskan untuk mengatasi masalah itu juga GAGAL. Malah keadaan saya makin teruk apabila ibu jari saya pula macam ditokak oleh sesuatu dan badan jadi letih lesu. Saya mula memohon kepada Allah agar diberikan petunjuk. Dan Allah mengabulkan doa saya dan mempertemukan dengan Tabib Ali. Saya berubat dahulu dengannya. Hasilnya semua gangguan aneh sudah tidak ada. Badan jadi ringan mudah nak bangun subuh solat. Kemudian tanpa berfikir panjang lagi saya pun mengambil keputusan mahu belajar dan menerima pengisian IHNM. Hasilnya sangat indah tak terkata. Fikiran jadi lapang selapang-lapangnya. Hati jadi tenang setenang-tenangnya. Hanya Allah yang Tahu. Ibadah saya kian khusyuk suatu nikmat yang baharu kecapi sepanjang usia saya. Karier saya di tempat kerja juga makin baik. Hubungan dengan majikan dan rakan-rakan sekerja juga makin baik sehinggakan tiada lagi yang mahu marah-marahkan saya. Kerja saya lebih tersusun rapi di pejabat. Alhamdulillah saya dapat rasakan perubahan yang amat besar dalam hidup saya. Dan ia lebih bernilai daripada barang-barang berjenama dan mahal atau material lainnya.
C2 : Saya belajar reiki dan hasilnya badan saya jadi panas dan baran. Saya jadi ok beberapa ketika namun fikiran saya siapa yang tahu?Berkecamuk dan boleh berubah personaliti tiba-tiba. lebih teruk lagi saya lihat lembaga aneh dan perasaan bersatu dengan alam. Aduhai. Setelah menerima rawatan dari Tabib Ali, beliau menyarankan saya memusnahkan semua ilmu reiki yang saya pernah ambil dan alhamdulillah saya tidak ada lagi gejala di atas. Hati lebih tenang fikiran jadi lapang. Air muka saya berseri-seri dan amalan yang diberikan Tuan tabib Ali kepada saya juga ringkas tetapi alhamdulillah banyak perubahan positif saya nikmati. Kini saya mahu belajar IHNM pula. Bayangkan kalau rawatan pun sudah mencapai tahap begini apatah lagi belajar dan menerima bimbingan daripada Tuan Tabib Ali sendiri. Insya Allah.
Sudut Pandangan di atas berdasarkan pengakuan, emel dan lisan pesakit saya yang kemudiannya menjadi pelajar saya.
Alhamdulillah, tiada apa pun yang mustahil dalam dunia ini jika Allah izinkan.

Khamis, 9 Disember 2010
Perbezaan antara ilmu yang dirahmati dan ilmu yang tidak dirahmatiNya
Salam Khamis yang dingin namun tetap penuh rahmat bagi yang dirahmatiNya. Beberapa hari lepas saya agak sibuk sedikit kerana beberapa pelajar datang kepada saya menyatakan hasrat mahu belajar ilmu hikmah dengan saya. Kedatangan mereka sudah pasti dengan temujanji. Untuk makluman pembaca, saya tidak menganjurkan sebarang kursus rawatan Islam. Format pembelajaran tidak menggunakan kaedah kursus sebaliknya menggunakan kaedah temujanji secara individu. Tujuan saya membimbing dan mengembleng secara individu ialah bagi memastikan proses pengisian ilmu hikmah yang hak itu berjalan dengan sewajarnya. Justeru tidak hairanlah mereka yang menerima pengisian ilmu hikmah daripada saya, merasakan sekurang-kurangnya HATI SANGAT TENANG dan BADAN AMAT RINGAN serta MUDAH SANGAT UNTUK BERIBADAH DAN BERWIRID yang sebelum ini perkara demikian amat sukar dilakukan.
Berikut saya perturunkan beberapa sms yang saya tulis semula di blog ini bagi tatapan pembaca:
Salam, dahulu sebelum belajar hati saya liar dan berbuat dosa. Tapi selepas belajar dengan Tuan Tabib Mohd Ali, syukur alhamdulillah. Hati jadi TENANG dan JINAK mengingati Allah Ta'ala.-Yusof, Sarawak-
Salam. Susah untuk saya gambarkan dalam bentuk perkataan apa yang saya rasa dan alami sewaktu proses pembelajaran dengan Tabib Ali. Ia mungkin mengundang fitnah dan tafsiran yang pelbagai. Tak semua orang alami apa yang saya alami. Setiap pengalaman PASTI berbeza. Ia juga bergantung kepada KEYAKINAN kita kepada Allah Ta'ala. Rasai sendiri dan bulatkan hati kita semata-mata mengharapkan LIMPAHAN RAHMAT dari Allah bukannyamengharapkan KEHEBATAN. Itu pesan Tuan Tabib bagi meraih kesan yang optimum daripada ilmu hikmah yang di isikan beliau.-Erry, Puchong-
Salam. Penyusian rohaniah dan pengisian ilmu hikmah sangat berkesan kepada saya sehingga ibadah saya bertambah KHUSYUK dan BERTAKARRUB kepada Allah.-Saufi, Bangi-.
Salam perubahan. Saya datang kepada Tabib Ali untuk mengadu masalah diri saya yang selalu mengalami ketidakstabilan emosi dan berfikiran negatif. Semasa discan oleh Tuan Tabib saya mempunyai masalah SAKA keturunan yang agak serius sehingga mepengaruhi tabiat dan emosi saya saban hari. Selepas diubati oleh Tuan Tabib Ali, rasa tenang dan lapang yang LUAR BIASA...menurut Tuan Tabib, itu semua hanyalah LIMPAHAN RAHMAT ALLAH dan KEIZINANNYA semata-mata...amalan yang diberikan adalah amalan yang disunnahkan..Insya ALlah tuan tabib boleh membantu bagi sesiapa yang memerlukan..-Mas Jurakai, Kuala Lumpur-.
Itu merupakan sebahagian daripada testimoni sama ada dari murid dan pesakit saya dalam bulan lepas dan awal bulan ini. Keempat-empat mereka ini mempunyai kemampuan untuk SCAN pandangan batin dan apabila menerima rawatan dan pengisian ilmu daripada saya, langsung mata batin mereka bagai dibekalkan oleh minyak dan kanta mata itu dibersihkan sejernih-jernihnya.
Sewaktu saya memulakan zikir semestinya kerana Allah semata-mata, mereka semuanya menyaksikan cahaya putih yang amat indah, bersilauan, dan damai dan 3 drpnya yang mempunyai saka keturunan telah mentrace saka tersebut. Ada yang terlalu banyak 'dibukakan ' skrin padanya. Sehingga tak tahu pada shot mana harus ditumpukan. Ada yang sekadar melihat makhluk yang mendampinginya selama ini.
Semuanya dgn rahmat Allah. Dengan mudah sahaja mereka dapat melihat dengan 'mata dalam' hakikat saka yang mendampingi atau yang ada pada jalur keturunan mereka walau sudah beratus tahun Allahuakhbar!
Dan mereka bukan sekadar melihat kewujudan saka tersebut MALAH mereka menyaksikan bagaimana JALUR SAKA itu diputuskan, atau SAKA yang ADA PADA MEREKA ITU DIHAPUSKAN. Semuanya dengan izin, rahmat dan Redho Allah semata-mata.
Ada murid saya yang lain, ini ada yang belajar ilmu sudah merata ceruk sehingga menerima selempang merah dan juga jin-jin yang membuatkan dadanya panas, baran, marah dan lain-lain. Sebenarnya bukan dia seorang sahaja alami keadaan demikian malah ramai lagi pesilat yang tahap-tahap tinggi mengalami siptom demikian. Panas baran, tidak dapat kawla emosi, selalu hendak bergaduh, lebih teruk gagal solat, puasa tetapi RAJIN BERWIRID. Dalam pengajian ilmu hikmah di bawah bimbingan saya SOLAT tetap SOLAT. DOA TETAP DOA. Bangun MALAM tetap BANGUN MALAM. Semuanya perintah dan sunnah nabi yang wajib diikuti agar kehidupan kita ini dirahmatiNya. Apabila kehidupan kita di rahmati Allah pasti jiwa jadi tenang. Lapang dada. Dilimpahkan rezeki mencurah. Namun ramai yang datang mahu mengubat dengan saya, mengaku sudah belajar 'tinggi-tinggi', namun tetap juga rasa kosong hakikat dan makna kehidupan dan menjadi hamba dan khalifatul ardh di muka bumi Allah ini. Justeru dimanakah rahmat pada dirinya?Bacaan boleh jadi sama iaitu tetap Fatihah juga. Tetap Ayatul Kursi juga. Namun ia tetap ironi dengan keadaannya yang sepatutnya dialmi oleh diri itu.
Justeru proses belajar dan menerima bimbingan dengan saya bersifat personal touch dan couching. Tidak ada bersifat hamburan nota dan hamburan ceramah 8 jam seharian suntuk yang sebenarnya boleh terus didapati dalam buku/cetakan
Kerana itu BUKAN TUJUAN utama saya mengisi ilmu hikmah dan membimbing murid bertujuan hendak scan dan lain-lain. Tetapi NIAT itu diawal2 lagi dibetulkan. Hanya kerana Allah. Pasrahkan saja kepada Allah yang Maha Esa lagi Maha Kuasa. Biarlah Dia yang menentukan yang terbaik untuk kita. Bukankah Allah pencipta kita?Dia pasti Lebih Tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Itulah format pembelajaran IHNM. Sebab itulah kesan nyata dan langsung dialami murid dan pelajar saya yang mengikuti pedoman mudah yang saya berikan semasa proses rawatan dan proses belajar.
Apalah sangat jika dapat menyaksikan cahaya sewaktu mata terpejam semasa proses rawatan dan proses pengisian ilmu dilakukan jika hendak dibandingkan Allah mencipta lautan tanpa kapak korek, langit tanpa tiang dan bulan dan bintang-bintang tetap teguh berada di tempat masing-masing mengikut putaran alam.
8 Disember 2010
Langgan:
Ulasan (Atom)
Program / Kursus MEGA Super Spiritual
Program Gemblengan MEGA Super Spiritual - “Zero to Hero” “Apabila disebut spiritual bukan semata-mata pengubatan bahkan melibatkan hubungan...
-
Asssalammualaikum. Kita memohon perlindungan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (As-Sami' ul Alimu) daripada gangguan dan bi...
-
Gemblengan Lengkap Buka Mata Batin,Terawangan,Teropong,Raga Sukma dan Meneroka Alam Ghaib Assalammualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh...
-
Assalammualaikum Dalam beberapa tahun ini pasti kita pernah mendengar gangguan jin yang bersifat nyata seperti tiba-tiba muncul api di rum...