Assalammualaikum.
Setelah berpuasa dan berhari raya kini sudah tibalah masanya untuk GemblenganIlmu Hikmah dibuka yang mana intisariny tauhid meliputi silibus Pengubatan Islam, Alternatif dan Tradisional yang mana telah ditapis dan disaring berdasarkan pengalaman khusus pembimbing.
Untuk panduan calon pelajar terdapat banyak sekali diluar sana kursus perubatan alternatif dan perubatan Islam dijalankan.
Ada yang sekadar copy and paste atau salin dan tampal sahaja. Sebaliknya silibus kami sentiasa dikemaskini dan inilah ciri istimewa gemblengan ditempat kami.
Jika and berminat maka bolehlah pilih opsyen di bawah:
A. Gemblengan Ilmu Hikmah Tingkat Awam. Mahar keilmuan dan bimbingan rm550.00 seorang. Sesuai untuk anda yang mahu mengetahui asas ilmu hikmah, perubatan Islam, amalan berijazah ilmu bermanfaat, mustajab dan mujarrab. Merawat diri, keluarga, rakan terdekat. Benteng diri. Pakaian diri aliran putih al haq. Jumlah peserta setiap sesi maksimum 60 orang diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad.
B. Gemblengan Ilmu Hikmah Tingkat Khusus atau Tinggi. Anda akan digemblengkan dengan 5 keilmuan ampuh + BONUS.Mahar keilmuan dan bimbingan rm2000.00. Sesuai untuk anda yang mahu mengetahui lebih lanjut ilmu hikmah, perubatan Islam, ditambahkan lagi amalan ampuh yang siap terima jadi berijazah, merawat keluarga dan masyarakat luas. Ini sesuai bagi muallij dan perawat yang sudah ada asas dan boleh juga orang awam yang amat berminat boleh juga terus mengikuti pakej ini. Utk 2 orang setiap satu sesi.
C. Gemblengan Ilmu Hikmah Tingkat Khusus lagi Khusus atau Istimewa, Pamungkas segala keilmuan. Anda akan digemblengkan dengan 10 keilmuan ampuh + BONUS ISTIMEWA. Maharnya rm5000.Sesuai untuk calon pelajar yang mahu menguasai keilmuan hikmah hak diri dll. Istimewa bagi yang sudah jenuh belajar di sana sini tapi belum yakin, pasti dll. Sesi ini untuk 1 orang sahaja bagi satu sesi.
D. Gemblengan mengikut kesepakatan mahar dll.Insya Allah.
Semua permohonan belajar boleh diajukan terus ke emel rahmaniah999@gmail.com.
Gemblengan dibuat di Saujana Utama di Selangor. Alamat lengkap boleh rujuk di atas dalam blog ini.Untuk AIDILADHA ada BONUS EXTRA menanti bakal atau calon pelajar.
Ajaklah rakan sahabat anda untuk mengikuti gemblengan daripada kami. Bukan kursus yang biasa.
Rawat Sebelum Lewat. Rawat dengan kaedah yang Selamat dan Kembali Sihat. Dan Allah Berserta Kamu Dimana Saja Kamu Berada. Dan Dia Maha Melihat (Al-Basir) Apa Yang Kalian Lakukan. Surah al-Hadid ayat 4.
Pages
- Laman utama
- Akidah
- Nabi Muhammad s.a.w
- Ruqyah
- Maklumat Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah - Ilmu Hikmah Multifungsi dan Ilmu Pengubatan Islam Tahap Asas hingga Tertinggi
- Testimoni Pelajar Ilmu Hikmah
- Maklumat Rawatan Islam, Tradisional dan Alternatif
- Testimoni Pesakit
- Pustaka Hikmah Maya
- Lokasi kami
- Hubungi
Memaparkan catatan dengan label reiki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label reiki. Papar semua catatan
Isnin, 2 September 2013
Isnin, 15 November 2010
Bahaya ilmu reiki, prana shakti dan pengisian ilmu tenaga dalam
Salam sejahtera.
Reiki sudah menjadi fenomenan dalam masyarat kita. Orang Melayu banyak yang sudah belajar reiki. Apabila seseorang hendak belajar ilmu reiki maka master reiki akan membuat pengisian atttunement terhadap murid tersebut. Murid tersebut akan merasai berbagai-bagai sensasi sama ada rasa getaran, panas, gerakan spontan dan lain-lain. Kemudian murid akan terus mengasah ilmu reiki tersebut dengan meditasi dan rawatan diri sendiri.
Rujukan lengkap asal dan falsafah ilmu reiki boleh dibaca di dalam internet dan juga buku-buku yang sudha diterbitkan dalam bahasa Melayu. Secara ringkasnya reiki ialah menggunakan tenaga alam. Tenaga Alam atau universal energy ini sebenarnya membawa pengertian yang relatif.
Setiap sesuatu mesti ada sumbernya. Maka apakah sumber bagi reiki?Dikatakan sumbernya daripada alam ini. Soalan lain, jenis yang macam manakah tenaga universal yang disedut oleh pengamal reiki? Inilah yang tidka terungkap dalam buku atau pengajian ilmu reiki.
Kononnya tenaga alam yang disedut oleh pengamal reiki melalui cakra mahkota langsung ke cakra lain di tubuh manusia adalah daripada Tuhan. Soalan lain, apakah Tuhan tersebut merujuk kepada Tuhan yang dituhankan manusia atau Tuhan yang merujuk kepada Allah Ta'ala?
Pasti kalau pengamal reiki itu non-muslim ia akan berkata ia bersumberkan kepada Tuhan dalam agama yang anutinya. Seorang atheis pula beranggapan sumber tenaga universal reikinya berasal daripada alam. Alam ialah alam. Manakala bagi pengamal reiki yang beragama Islam pula pasti akan merujuk sumbernya daripada Allah Ta'ala.
Persoalan saya ialah, walaupun terdapat perbezaan tentang sumber tenaga universal reiki mengapa reiki tetap menjadi pada setiap orang tanpa mengira kepercayaan dan agama?
Baiklah. Saya tidak mahu menyentuh tentang pengamal reiki non-muslim. Sebagai orang Islam, saya hendak menyatakan bagaimana pulanya dengan pengamal reiki muslim atau pengamal reiki yang beragama Islam?
Inilah titik tolaknya. Bagi pengamal reiki beragama Islam, dikatakan antara kelebihan belajar reiki ialah semakin khusyuk ibadah dan rasa semakin dekat dengan Allah.
Adakah perasaan itu boleh diambil kira ataupun sah disisi Allah ta'ala?
Baiklah, bagi pengamal reiki muslim cuba berfikir lagi, jika sumber daripada Allah mengapa pengamal reiki non muslim tidak merasa dekat dengan Allah atau memeluk Islam selepas belajar reiki?
Saya pertanyaan itu akan mengorak cemuhan di kalangan pengamal reiki muslim. Soalan saya seterusnya ialah apakah kita boleh merasa sama dengan orang bukan Islam terutama membabitkan perkara yang ghaib atau tidak pasti dnegan konkrit?
Islam sudah sempurna. Ia datang dengan kesempurnaan dalam segala aspek kehidupan.
Saya senaraikan beberapa perkara di sini.
Pengamal reiki akan melakukan praktik reiki. Semasa praktik reiki dilakukan, pengamal hendaklah kosongkan fikiran. Atau ada juga praktik meditasi reiki yang menetapkan pengamal mesti bulat kosong daripada memikirkan sesuatu apapun termasuk Allah.
Di sini sudah berlaku kesalahan. Dalam Islam kita juga ada ibadah dan zikir. Dalam solat, terdapat rukun tertentu. Semuanya mesti mengosongkan fikiran selain Allah. Maknanya mengosongkan fikiran bukan bermaksud melupakan Allah. Sebaliknya menumpukan fikiran hanya kepada Allah dan menghilangkan fikiran selain daripada Allah sewaktu dalam solat. Hal ini sama juga dengan zikir.
Ada pengamal reiki muslim yang kononnya telah mencapai tahap tertinggi reiki akan merasai mereka sudah bersatu dengan alam semesta ini. Ajaran bersatu dengan alam ini bukan ajaran Islam. Islam tidak menyuruh manusia merasai bersatu dengan Alam. Sebaliknya alam ini adalah sebagai tanda kekuasaan Allah. Lebur ingatan kepada Allah bermaksud alam dan segala makhluk ciptaan Allah tidak mengambil tempat dalam hati termasuklah diri sendiri yang ditumpukan semata-mata Allah sahaja.
Cuba fikirkan betapa berbezanya antara solat dan zikir dalam Islam dan meditasi dna praktik reiki.
Jadi apabila sudah timbul perbezaan ini, maka reiki sebenarnya adalah apa?Jika sudah berbeza dengan teras agama Islam iaitu solat, zikir dan tauhid (faham pluralisme, menyamakan Allah dengan Tuhan kepercayaan agama lain sama ada terus terang atau secara terselindung dan liberal dalam hal agama adalah ditolak dalam agama Islam).
Oleh sebab reiki meragukan maka tinnggalkan reiki. Walaupun reiki memberikan sensasi tetapi saudara saudari tidak mengerti sensasi itu daripada apa dan apakah sumber reiki itu sendiri. Saudara hanya membayangkan energi reiki masuk melalui cakra mahkota atau atas kepala saudara saudari tetapi saudara saudari tidak memahami sebenar-benarnya apakah jenis atau sumber energy tersebut!
Sama juga dengan ilmu tenaga dalam. Guru mengisi murid dan akhirnya apa yang disangka energy tersebut sebenarnya adalah jin dalam tubuh badan sang pengamal!
Sudah banyak pengamal reiki, prana shakti dna tenaga dalam telah menerima hidup yang susah sama ada dari segi kesihatan, rezeki dan lain-lain. Walaupun ada yang banyak merasai kesan 'positif' namun itu permulaan sahaja. Tidak payah tunggu nak ajal, bila-bila masa saja boleh menerima kesan buruknya.
Bahaya belajar ilmu tidak jelas ini bukan sahaja diakhir ajal tetapi pada bila-bila masa sahaja boleh berlaku sehinga kita bingung mengapa kita dalam keadaan demikian lebih teruk kena penyakit yang tidak diketahui.
Bahaya ilmu ini juga ialah apabila kita menyerahkan diri kepada master reiki atau master prana shakti atau tenaga dalam untuk disisi maka kita seolah-olah rela hati membuka diri kita untuk dimasuki segala unsur yang bathil.
Maka bagi pengamal reiki, prana shakti dan tenaga dalam yang sudah terlanjur diisi menerima nasib diri yang teruk setelah beberapa ketika dan juga bagi pengamal yang sedang menikmati kehebatan ilmu saudara saudari boleh datang berjumpa saya.
Datanglah dengan ikhlas sama ada untuk membersihkan diri daripada ilmu tersebut dna juga untuk mengetahui sifat atau keadaan ilmu yang dintuntut maka bolehlah berjumpa dan diuji tengok.
Bukan beradu kekuatan tetapi kita hendak tengok dna pastikan dengan izin, rahmat dan redo Allah apakah energy yang diisi dan dimiliki daripada ilmu reiki, prana shakti dan tenaga dalam tersebut haq atau bathil.
Insya Allah kaedah saya kaedah yang 100% murni hanya membabitkan pembacaan ayat al quran tertentu seperti Ayatul Kursi. Sebarang kaedah atau teknik boleh didengar dan diketahui. Bukannya tidak ada ilmu haq tetapi jin dna syaitan serta sekutunya tidak putus-putus mahu menyesatkan manusia dengan mendecoy ilmu haq namun sumbernya daripada mereka(bathil).
Hubungi saya untuk temujanji dan solusi.
*Ya Allah dengan izin, redho dan rahmatMu, Aku bermohon bukakanlah hati bagi pembaca entri ini khususnya bagi pengamal ilmu reiki, prana shakti dan tenaga dalam untuk memahami dan mengerti akan tulisanku ini dan selamatkanlah kami semua Ya Allah daripada sebarang kesyirikan dan tipudaya syaitan dna sekutunya, Ya Allah bantulah kami membersihkan diri kami daripada sesuatu yang bathil kerana semata-mata mengharap rahmat dan redho daripadaMu Ya Allah..birahmatika Ya Ar haman rahimin."
Amin.
Langgan:
Ulasan (Atom)
Program / Kursus MEGA Super Spiritual
Program Gemblengan MEGA Super Spiritual - “Zero to Hero” “Apabila disebut spiritual bukan semata-mata pengubatan bahkan melibatkan hubungan...
-
Asssalammualaikum. Kita memohon perlindungan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (As-Sami' ul Alimu) daripada gangguan dan bi...
-
Gemblengan Lengkap Buka Mata Batin,Terawangan,Teropong,Raga Sukma dan Meneroka Alam Ghaib Assalammualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh...
-
Assalammualaikum Dalam beberapa tahun ini pasti kita pernah mendengar gangguan jin yang bersifat nyata seperti tiba-tiba muncul api di rum...