Memaparkan catatan dengan label susuk berlian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label susuk berlian. Papar semua catatan

Jumaat, 18 Februari 2011

Serbuk berlian keluar daripada dan seluruh badan

Sebagaimana saya janjikan sebelum ini, dalam tread Susuk Berlian, saya tunjukkan gambar pesakit ketika serbuk berlian tersebut keluar selepas 1 jam meminum air yang telah didoakan khusus. Lihatlah pada bahagian muka dengan teliti. Kerlipan biasan cahaya itulah antaranya...setakat mana yang termampu tertangkap pada kamera kompak. Saya tunjukkan gambar ini untuk
-Iktibar kepada pemakai susuk
-Bukti entri yang memasukkan pengalaman perubatan yang saya nyatakan dalam blog adalah benar
Gambar muka penuh di atas paling jelas ialah pada tulang pipi dan pada gigi rambut bahagian dahi...IA BUKAN KELUMUMUR...ia benar-benar serbuk halus putih berkilat
Gambar ini jika di zoomkan pada bahagian kepala gigi rambut hujung mata kelihatan berkerlipan serbuk berlian yang telah saya lapkan dengan kain yang dibasahkan dengan air kepala muda yang telah di doakan. Gambar ini jika dibesarkan terlihat serbuk berlian terlekat pada seluar pesakit...bukan habuk ya. Serbuk berlian itu keluar dari seluruh tubuhnya.

Selasa, 11 Januari 2011

Susuk Berlian 2

Assalammualaikum.
Segala puji dan puja bagi Allah pada sebanyak ilmu Allah...

Semalam saya datang lagi ke rumah Opah yang menderita sakit-uzur akibat pemakaian susuk berlian sejak berumur belasan tahun. Saya tiba di rumah anaknya (opah berada di sana), pada pukul 10.30 malam. Malam agak dingin setelah hujan. Salakan anjing dari jiran sebelah mengejutkan saya. Di tangan kanan saya terdapat satu beg plastik yang berisi air mineral yang telah diwirid-doakan serta minyak wangi Oud sebagai bahan perawatan. Tiada bahan lain.

Sewaktu saya berdepan dengan Opah, saya mengukuhkan sila lantas merenung jauh ke dalam batini saya. Dengan kalimah yang suci lagi mulia, Bismillah, syahah, istihfar dan selawat, saya mulakan dengan kalimah-kalimah yang mengandungi perlindungan kepada Allah. Sambil2 itu saya merenung opah yang kelihatan semakin baik. Opah tidak lagi seperti kali ke1 dna ke 2 saya berjumpa dengannya dalam dua minggu lepas. Opah boleh duduk diam-diam, dan berkomonikasi dengan lancar.

Opah menyuruh saya membuang semua benda-benda yang telah dimasukukan ke dalam tubuhnya. Saya melihat dalam nurani saya, susuk yang dipasang pada pangkal peha sudah hampir tiada, sudah luntur kekuatannya sama sekali, cuma yang ada kesan-kesan biasa sahaja. Ibarat luka yang sedang pulih dengan baiknya. Saya melihat juga dengan nurani saya, saka yang mengikuti Opah, Sudah tiada. Yang ada hanyalah sisa-sisa sahaja yang sudah teruk benar. Ataupun jin-jin generasi baharu yang teragak-agak mahu 'masuk campur'. Mereka di luar sahaja dan tidak berani mendekati Opah sewaktu saya berada di sisi opah. Saya menggunakan teknik pancaran nur dan doa mustajab, dan jabat syifa khusus pada anggota2 tubuhnya. Sambil itu anak-anak Opah bercerita sejak saya pulang, Opah sudha semakin baik dari hari ke hari. Ia semakin kurang mengeluh sakit, meracau dan sudah bercakap dengan JELAS yang sebelum ini cakap Opah LANGSUNG tidak difahami. Alhamdulillah, puji pulangkan kepada Allah.

Mereka menuruti semua panduan saya, alhamdulillah berkat kesabaran dan berterusan menjaga Opah dengan izin, rahmat dan kasih sayang Allah, Opah semakin baik cuma dalam sehari dua ini Opah tidak berselara untuk makan dan merasa demam-demam. Ini termasuklah menantu Opah yang, Pak Cik yang mengalami demam. Siptom demam diperolehi sejak anak-anak mereka mengambil barang pusaka Opah dari rumah pusaka di Perak.

Saya terlupa sungguh hendak mengambil gambar barang pusaka tersebut yang terdiri daripada kipas tangan yang berlukisan gambar pokok-pokok hijau, celak dengan bekas tembaganya dan sebatang paku yang masih elok tidak berkarat walaupun sudah puluhan tahun disimpan. Mungkin 60  tahun usia barang tersebut memandangkan usia Opah sudah berumur 81 tahun. Namun demikian saya ada mengambil gambar Opah sewaktu serbuk-serbuk berlian itu timbul dari kulit wajahnya, laksana peluh merenik-renik  deras. Insya Allah akan di muat naik ke blog ini sedikit masa lagi.

Saya melakukan pembersihan  lagi pada tubuh Opah dengan teknik pancaran nur yang diiringi dengan makrifah pada kalbu serta doa. Sewaktu saya menjabat dahi dan ubun-ubun Opah, Opah mengantuk lalu tertidur. Masuk sahaja pembacaan ayatul kursi yang ke 11 kali, Opah menjerit perlhana, sakit, tolonglah aku! Saya tidak mempedulikan jeritan itu. Dan akhirnya Opah teryidur pulas. Saya jabat pula pada tengkuk dan bawah tulang pipinya kiri kanannya. Kemudian saya jabat pula bahagian perutnya dan mencabut penyakit yang demikian lama. Selepas melakuakan demikian, Opah tidak lagi mengadu sakit-sakit pada bahagian tersebut. Tanggaungjawab saya terlaksana pada malam semalam apabila Opah sudah boleh tidur dan saya pun segera mendapatkan barang pusaka.

Dengan izin dan rahmat Allah saya berjaya melunturkan kekuatan ilmu hitam tersebut. Opah juga tidak bertelanjang, menjerit bukan-bukan. Setelah saya selesai dalam 20 minit, Opah tersedar dan meminta agar  anak-anaknya mengambil duitnya lalu diinfaqkan kepada saya. Opah bersungguh-sungguh mahu memastikan anak-anaknya memberikan saya infaq kepadanya....

Barang-barang pusaka tersebut sudah kosong. Kalau ikutkan hati mahu saja saya mengambil barang tersebut. Namun belum saya menyatakan di lidah supaya anak-anaknya membuang barang tersebut ke laut,Opah sudah bersuara agar semua barang tersebut dibuang keluat.

Alhamdulillah, Opah tidak lagi meracau-racau, sudah boleh bercakap dan difahami bagi anak-anak yang mendengar dan Opah berulang kali menyatakan kekesalannya menerima ilmu drp Babanya suatu ketika dahulu. Opah beritahu dia tidka tahu langsung barang-barang yang diberikan mempunyai fungsi dan jin tertentu yang berperanan menyesatkan manusia. Dalam renungan batini saya, Opah sudah pulih 70%. Insya Allah ia akan semakin baik menjelang 21 hari.

Jadi selesailah sudah sesi rawatan saya merawat seorang warga emas yang mempunyai ilmu susuk berlian yang boleh dikatakan level asli. Bukan susuk yang dibuat bomoh sekarang tetapi bomoh dahukala yang mantap pegangan syarat perbomohannya.

Saya pulang ke rumah jam 1.30 pagi dan tiba sejam kemudian di rumah. Insya Allah, la quwwata illa billah

Khamis, 23 Disember 2010

Bahana Susuk Berlian dan Kaffarah

Salam. Terdapat seorang pesakit yang saya rawat kini mengalami kaffarah daripada Allah akibat perbuatannya memasukkan susuk dalam tubuhnya. Umurnya kini 80 tahun lebih. Setelah saya berikan air penawar dan lakukan rawatan pertama, dalam masa beberapa jam susuk berlian yang dipakainya keluar melalui kulit mukanya dalam bentuk serbuk halus. Saya dan beberapa orang lain jadi saksi. Insya Allah, ada gambar berjaya dirakam. Nanti saya masukkan dalam entri ini.

Namun penderitaan pesakit tidak tamat begitu sahaja. Saka ilmunya merasuk menjelang senja. Namun keadaan saka tersebut sangatlah lemah seperti ayam disembelih terkapar atas lantai. Semasa keadaan itu berlaku saya sedang melakukan pembersihan saka ke atas semua anggota keluarga pesakit yang lain. Dari anak-anak kepada cucu dan cicit. Masya Allah, semuanya ada. Namun faktor diri sendiri juga menjadi faktor pendorong.

Iaitu kegemaran terhadaptangkal azimat. Tempurung buta, serpihan kayu, cincin dan lain-lain yang semuanya dipercayai telah di isi oleh sepupu yang juga bomoh yang kini sudah meninggal dunia dan mereka percaya sebagai penjaga diri dan penjaga rumah. Mengeleng kepala saya mendengar kata-kata pengakuan mereka. Suatu rahmat Allah jua apabila Allah membuka pintu hati mereka untuk menyerahkan semua benda2 syirik itu kepada saya. Semuanya telah saya tawar dan hapuskan. Mereka khuatir jadi seperti nenek tersebut yang terseksa sekali menderita akibat mengamalkan ilmu2 yang tidak diredoi dan dirahmati.

Rawatan ke atas nenek itu masih berterusan kerana masih ada beberapa susuk lagi belum dapat dikeluarkan. Belum dapat izinNya kerana saya lihat ini bukan semata-mata bahana ilmu susuk tetapu juga sebagai kiffarah atas perbuatan nenek ini di masa lalu. Saya sebagai hamba ALlah hanya layak berdoa dan memohon ikhtiar.

Namun saya tetap terkejut apabila satu lagi faktor pendorong timbul. Apabila mengetahui anggota keluarga tersebut bermula daripada anak hingga cicit tidak mendirikan solat. Masya Allah!

Program / Kursus MEGA Super Spiritual

 Program Gemblengan MEGA Super Spiritual - “Zero to Hero” “Apabila disebut spiritual bukan semata-mata pengubatan bahkan melibatkan hubungan...