Selasa, 11 Januari 2011

Susuk Berlian 2

Assalammualaikum.
Segala puji dan puja bagi Allah pada sebanyak ilmu Allah...

Semalam saya datang lagi ke rumah Opah yang menderita sakit-uzur akibat pemakaian susuk berlian sejak berumur belasan tahun. Saya tiba di rumah anaknya (opah berada di sana), pada pukul 10.30 malam. Malam agak dingin setelah hujan. Salakan anjing dari jiran sebelah mengejutkan saya. Di tangan kanan saya terdapat satu beg plastik yang berisi air mineral yang telah diwirid-doakan serta minyak wangi Oud sebagai bahan perawatan. Tiada bahan lain.

Sewaktu saya berdepan dengan Opah, saya mengukuhkan sila lantas merenung jauh ke dalam batini saya. Dengan kalimah yang suci lagi mulia, Bismillah, syahah, istihfar dan selawat, saya mulakan dengan kalimah-kalimah yang mengandungi perlindungan kepada Allah. Sambil2 itu saya merenung opah yang kelihatan semakin baik. Opah tidak lagi seperti kali ke1 dna ke 2 saya berjumpa dengannya dalam dua minggu lepas. Opah boleh duduk diam-diam, dan berkomonikasi dengan lancar.

Opah menyuruh saya membuang semua benda-benda yang telah dimasukukan ke dalam tubuhnya. Saya melihat dalam nurani saya, susuk yang dipasang pada pangkal peha sudah hampir tiada, sudah luntur kekuatannya sama sekali, cuma yang ada kesan-kesan biasa sahaja. Ibarat luka yang sedang pulih dengan baiknya. Saya melihat juga dengan nurani saya, saka yang mengikuti Opah, Sudah tiada. Yang ada hanyalah sisa-sisa sahaja yang sudah teruk benar. Ataupun jin-jin generasi baharu yang teragak-agak mahu 'masuk campur'. Mereka di luar sahaja dan tidak berani mendekati Opah sewaktu saya berada di sisi opah. Saya menggunakan teknik pancaran nur dan doa mustajab, dan jabat syifa khusus pada anggota2 tubuhnya. Sambil itu anak-anak Opah bercerita sejak saya pulang, Opah sudha semakin baik dari hari ke hari. Ia semakin kurang mengeluh sakit, meracau dan sudah bercakap dengan JELAS yang sebelum ini cakap Opah LANGSUNG tidak difahami. Alhamdulillah, puji pulangkan kepada Allah.

Mereka menuruti semua panduan saya, alhamdulillah berkat kesabaran dan berterusan menjaga Opah dengan izin, rahmat dan kasih sayang Allah, Opah semakin baik cuma dalam sehari dua ini Opah tidak berselara untuk makan dan merasa demam-demam. Ini termasuklah menantu Opah yang, Pak Cik yang mengalami demam. Siptom demam diperolehi sejak anak-anak mereka mengambil barang pusaka Opah dari rumah pusaka di Perak.

Saya terlupa sungguh hendak mengambil gambar barang pusaka tersebut yang terdiri daripada kipas tangan yang berlukisan gambar pokok-pokok hijau, celak dengan bekas tembaganya dan sebatang paku yang masih elok tidak berkarat walaupun sudah puluhan tahun disimpan. Mungkin 60  tahun usia barang tersebut memandangkan usia Opah sudah berumur 81 tahun. Namun demikian saya ada mengambil gambar Opah sewaktu serbuk-serbuk berlian itu timbul dari kulit wajahnya, laksana peluh merenik-renik  deras. Insya Allah akan di muat naik ke blog ini sedikit masa lagi.

Saya melakukan pembersihan  lagi pada tubuh Opah dengan teknik pancaran nur yang diiringi dengan makrifah pada kalbu serta doa. Sewaktu saya menjabat dahi dan ubun-ubun Opah, Opah mengantuk lalu tertidur. Masuk sahaja pembacaan ayatul kursi yang ke 11 kali, Opah menjerit perlhana, sakit, tolonglah aku! Saya tidak mempedulikan jeritan itu. Dan akhirnya Opah teryidur pulas. Saya jabat pula pada tengkuk dan bawah tulang pipinya kiri kanannya. Kemudian saya jabat pula bahagian perutnya dan mencabut penyakit yang demikian lama. Selepas melakuakan demikian, Opah tidak lagi mengadu sakit-sakit pada bahagian tersebut. Tanggaungjawab saya terlaksana pada malam semalam apabila Opah sudah boleh tidur dan saya pun segera mendapatkan barang pusaka.

Dengan izin dan rahmat Allah saya berjaya melunturkan kekuatan ilmu hitam tersebut. Opah juga tidak bertelanjang, menjerit bukan-bukan. Setelah saya selesai dalam 20 minit, Opah tersedar dan meminta agar  anak-anaknya mengambil duitnya lalu diinfaqkan kepada saya. Opah bersungguh-sungguh mahu memastikan anak-anaknya memberikan saya infaq kepadanya....

Barang-barang pusaka tersebut sudah kosong. Kalau ikutkan hati mahu saja saya mengambil barang tersebut. Namun belum saya menyatakan di lidah supaya anak-anaknya membuang barang tersebut ke laut,Opah sudah bersuara agar semua barang tersebut dibuang keluat.

Alhamdulillah, Opah tidak lagi meracau-racau, sudah boleh bercakap dan difahami bagi anak-anak yang mendengar dan Opah berulang kali menyatakan kekesalannya menerima ilmu drp Babanya suatu ketika dahulu. Opah beritahu dia tidka tahu langsung barang-barang yang diberikan mempunyai fungsi dan jin tertentu yang berperanan menyesatkan manusia. Dalam renungan batini saya, Opah sudah pulih 70%. Insya Allah ia akan semakin baik menjelang 21 hari.

Jadi selesailah sudah sesi rawatan saya merawat seorang warga emas yang mempunyai ilmu susuk berlian yang boleh dikatakan level asli. Bukan susuk yang dibuat bomoh sekarang tetapi bomoh dahukala yang mantap pegangan syarat perbomohannya.

Saya pulang ke rumah jam 1.30 pagi dan tiba sejam kemudian di rumah. Insya Allah, la quwwata illa billah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...