Memaparkan catatan dengan label rukyah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rukyah. Papar semua catatan

Rabu, 20 Jun 2012

Mencari ilmu hikmah dan perubatan Islam

Menuntut ILMU adalah tradisi peradaban Islam zaman berzaman
Salam. Nampaknya ada pertanyaan demi pertanyaan tentang ilmu hikmah ke email kami. Antara soalan popular adakah bertentangan dengan Islam? Ia tidak bertentangan sama sekali. Malah ia melengkapi diri perawat dengan ilmu dan pengalaman serta teknik orang lain. Tidak mahukah kita menambah ilmu dan pengalaman dari orang lain? Sudah tentu ia menambah khazanah ilmu di dada sekaligus dapat melakukan pelbagai cara merawat pesakit.

Ilmu hikmah dan perubatan Islam mempunyai formula tersendiri. Apatah lagi bagi perawat senior yang berpengalaman. Jangan jadikan diri tertutup dengan ilmu Allah yang maha luas ini. Belajar dengan yakin dan tekun daripada ahlinya. Tawaran mengikuti bimbingan ilmu hikmah masih berterusan dibuka. Cepat sebelum terlambat. Berbagai update dan upgrade melalui grup kami disediakan. Tidak rugi belajar di sini. Berbaloi-baloi belajar ilmu hikmah di sini.

Terus email ke email rahmaniah999@gmail.com segera. Jangan biarkan diri kita ketinggalan. Belajar sebelum hendak menghukumi.  

Selasa, 3 April 2012

Belajar Ilmu

Masih ramai lagi di kalangan kita yang masih belum menyedari dirinya diganggu oleh gangguan jin. Ada yang tertanya-tanya dan terkeliru antara siptom sakit fizikal dengan sakit akibat gangguan. Terutama apabila sakit yang dibawa ke doktor masih belum sembuh, ditambah gangguan perasaan sehiggalah semakin jelas seperti yang ada kedai dikatakan ditutup oleh kawan-kawan, ada yang tiada teman hidup, ada yang terasa drinya sentiasa dirundung malang malah ada yang merasakan dirinya sentiasa hebat. Masalah kejiwaan boleh berlaku pada sesiapa sahaja sama ada akibat gangguan atau gangguan urat saraf. Namun hadis yang menyatakan 'syaitan dapat melalui darah manusia' sebenarnya memperkukuhkan bukti nubuwwah bahawa gangguan fizikal boleh juga terjadi akibat gangguan jin  dan halus. Sangkaan sahaja tidka berguna, tanpa pedomann ilmu atau ilmu dari buku tidak banyak yang dapat membantu melainkan kekeliruan. Maka berjumpalah perawat untuk mengenalpasti gangguan ada atau tidak. 
Pada masa yang sama bagi yang berminat mengikuti gemblengan ilmu hikmah perubatan dialu-alukan. Kini saya membuka program gemblengan ilmu hikmah perubatan kepada sesiapa juga yang berminat. Peluang belajar dan menimba pengalaman drp ahli yang berpengalaman. Sesuai bagi semua peringkat umur, status sosial, pekerjaan, peminat ilmu nusantara, perukyah, ustaz, ustazah, perawat Islam, perawat alternatif dan sesiapa sahaja yang berminat. Terus emel ke rahmaniah999@gmail.com utk maklumat lanjut. Bersedia gemblengan ilmu terus di tempat anda dimana saja seluruh Malaysia dan lain-lain negara. Peluang menimba ilmu hikmah perubatan ini tidaklah berterusan dan akan dihentikan bila tiba waktunya. Ramai yang telah membuktikan belajar petua kaedah ilmu ini menjadi perawat yang berjaya membuka pusat rawatan dan ramai pesakit. Sumber pendapatan sampingan dan juga utama yang halal. Lain daripada yang lain, biarpun belajar daripada nama-nama terkenal, namun di sini nyata perbezaannya tiada terdapat dimana-mana. Bersih drp unsur syirik, khodam, barang, azimat tiada langsung semua itu semuanya dengan teknik tertentu mudah, ringkas namun berkesan berdasarkan pengalaman. Ini juga sesuai untuk sesiapa yang ingin menambah khazanah ilmu dan pengetahuan. Perhatian ilmu hikmah perubatan bukannya ilmu kerohanian atau sewaktu dengannya. Terus emel untuk maklumat lanjut.




Isnin, 26 Mac 2012

Mengatasi Jin Sihir Bomoh

Assalammmulaikum. Agak lama juga saya tidak kemaskini blog ini lantaran kesibukan. Alhamdulillah, selepas beberapa waktu berlalu masa saya kembalib reda drp kesibukan. Peernahkah kita berdepan dengan jin sihir Bomoh?Tentu ramai dikalangan perawat berpengalaman menghadapinya. Mainan jin sihir lebih licik daripada jin biasa. Sebagaimana biasa apabila saya berhadapan dengan masalah ini, saya mengosongkan diri dan menafikan segala yang wujud hanya Allah semata. Apabila pesakit berdepan sahaja, pesakit sudah kerasukan seperti seorang wanita tua. Jin bomoh sihir sudah masuk ke dalam badannya. Tanpa saya menyatakan apa-apa, jin itu sendiri bercakap bahawa dia suka kepada pesakit wanita tersebut. Katanya dia sudah lama menghisap darah wanita tersebut. Selain daripada dia enggan mahu bekerjasama langsung dengan saya. Saya pun langsung tdk mengendahkannya. Hendak membaca apa-apa pun jauh sekali. Saya hanya memain-mainkanjin tersebut. Kata saya tunjuklah bagaimana dia hisap darap wanita tersebut saya nak tengok. Kemudian jin itu mengatakan dia ada hantu raya dan sekelian orang-orang halus yang lain. Saya ketawa sahaja. Saya suruh dia panggil kesemua hantu raya dan orang halus yang dimaksudkannya. Hadir di depan saya. Bukan saya nak bongkak tetapi  saya hendak membuktikan apa yang jin Bomoh (qarin bomoh) tersebut kata adalah suatu ilusi dan khayalan semata-mata. Dan semestinya dia gagal membuktikan apa yang dia cakap. Kemudian saya tanya apa guna hantu raya tu? Dia kata untuk perubatan. Saya pun katalah cuba tgk saya hantu raya tak?saya pun mengubat juga. Jin bomoh itu mengeleng. Saya suruh dia berangkat. Namun dia degil. Saya bacakan beberapa Ayat Kunci Ilmu Hikmah, dia mula terhuyuhayang, kemudian menjerit panas. Saya ancam lagi. Dia degil. Saya baca lagi. Dia marah kepada saya kerana seolah-olah telah membakar orang-orangnya. Saya berhentikan rawatan dan berkata kepadanya, saya langsung tidak beri atau niat atau doa apa-apa pun kepadanya. Hanya semata zikir (semestinya dengan hati dan iktikad yang betul). Yang dia rasa panaslah, orang-orang halus yang didakwa penat-penat dikutipnya merata-rata telah terbakar musnah itu semua bukan kerja saya. Ha, inilah terletak perbezaan antara keadah ilmu hikmah yang dikongsikan bersama dengan ilmu perubatan Islam lainnya. Ada yang niat api, pisau, tali api, api neraka pun ada. Entahlah saya tak berkuasa apa-apa nak minta macam tu. Allah itu bukan kuli saya. Sayalah kuli hamba Dia. Sesudah selesai dia sedar semula. Sebenarnya menurut rakan perawat lain pesakit ini pernah mendatangi dirinya dan tidak pernah kerasukan bercakap sebagaimana kerasukan dan bercakap macam di depan saya hari itu. Tak apa saya bukannya ada ilmu istimewa apa-apapun sekadar teknik, kaedah, pemahaman yang betul pasti keadah perubatan jadi mudah dan cepat. Saya teringat dalam beberapa tahun belakangan merawat dengan kaedah rukyah semata-mata sampai 5-6 jam. Hari ini ada berbagai teknik dan kaedah yang mudah dan cepat mengapa tak pelajarinya jika saudara saudari mahu terlibat dalam pengubatan? Sekarang saya lihat ramai nak jadi perawat Islam tetapi berfikiran jumud belajar dari seorang dua guru. Belajarlah dari banyak guru perubatan rukyah ke perubatan tradisional ke selagi tidak bertentangan dengan syariat. Cuma guru mursyid dalam kerohanian sahaja satu tiada dua. :)

Program / Kursus MEGA Super Spiritual

 Program Gemblengan MEGA Super Spiritual - “Zero to Hero” “Apabila disebut spiritual bukan semata-mata pengubatan bahkan melibatkan hubungan...