Ahad, 26 Jun 2011

Pengalaman Murid Belajar Ilmu Hikmah

Salam sejahtera. Dengan izin, rahmat dan redho Allah maka dalam beberapa minggu ini saya dapat berkongsi kegembiraan dan kesyukuran kepada Allah bersama murid-murid saya yang telah menerima pengijazahan dan gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah. Banyak pengalaman tersebut diungkapkan saya dalam tempoh 24 jam selepas menerima pengisian IHNM.

Saya pun tiada terduga hal itu. Bagi saya semua pengalaman murid ialah HAK MASING-MASING yang Allah telah tentukan rezeki kepadanya. Jadi bersyukurlah kepada Allah. Pokok kesimpulan daripada pengalaman mereka ialah mengalami peningkatan diri dan rohani yang mendadak yang sudah tentunya menambah manisnya ibadah, mudahnya berbuat amal kebaikan dan meraih pembelaan Allah dalam mahkamah. Pengalaman murid saya yang menerima IHNM dan berdepan dengan peguam yang sememangnya petah berhujah sekalipun berhujah di pihak yang bathil dengan izin Allah mulut peguam itu kaku sehingga hakim menyebelahinya suatu khabar gembira buatnya. Murid saya melakukan apa yang saya berikan dengan petunjuk dan iringan doa daripada saya tidak putus-putusnya untuk murid IHNM sepanjang masa Alhamdulillah , beliau terbela.

Walhal sebelum ini beliau pernah belajar reiki daripada organisasi reiki yang tersohor sehingga berhabis ribuan ringgit. Apa yang saudara perolehi sepanjang menjadi pengamal reiki dan menerima 'attutement' reiki?Soal saya sebelum saya mengisi IHNM kepadanya. TIADA. Malahan, sambungnya, banyak masalah berlaku kepada diri dan keluarganya. Antaranya tiba-tiba menjadi berat untuk bersolat, marah, malas untuk bekerja dan sering kebuntuan fikiran mendepani soal-soal rezeki. Dengan izin Allah setelah beliau bertemu janji dna booking masa sebelum berjumpa, dengan panduan amalan sebelum berjumpa saya dan iringan doa saya kepadanya kesan ilmu reiki yang dipelajari sedikit demi sedikit dapat dibuang walaupun pada mulannya amat susah untuk menanggalkannya daripada jiwa.

Dengan izin Allah dan rahmat Allah berkat Rejab bulan yang mulia juga, beliau dapat bertemu dengan saya membimbingnya secara khusus istimewa sehari semalaman beliau bersama saya, menyediakan masa meskipun sibuk, dengan bantuan Allah jua semua halangan dapat diatasi dan beliau pulang dengan sejuta kesyukuran. Sebagai hadiah beliau menang pula di mahkamah beberapa hari selepas itu. Demam-demam mengejut dialami oleh anak2nya sebelum berjumpa saya juga dapat diredai (suatu gangguan reflek kerana menghalang berjumpa dengan saya).

Menerawang dan meraga sukma???

Ilmu Hikmah Nur Makrifah tidak mengajar ilmu meraga sukma dan terawang seperti ilmu batin lainnya. Ia bukan matlamat walaupun terdapat kaedah untuk mengasahnya.

Saya tekankan amalan asas dan fundemental ke atas murid dahulu. Tetapi dengan izin Allah sewaktu proses takholli dilakukan ditunjukkan Allah gangguan atau dampingan yang menyusahkan hidup beliau demikian lama. Beliau menyaksikan dan saya pun menyaksikan secara pandangan batin. Walaupun tanpa dipinta tetapi dengan izin Allah jua kami dapat menyaksikan. Dengan izin Allah gangguan berupa perempuan tua berwajah hudoh yang mengancam beliau dapat disirnakan sepantas kilat tiada bersisa langsung.

Yang demikian itu adalah karena mereka menentang Allah dan rasul-Nya. Barang siapa menentang Allah, maka sesungguhnya Allah memiliki hukuman yang amat pedih. Surah Al-Hasyr. Ayat 4.

Dengan nama Allah yang maha besar, saya tidaklah berupaya menentang segala gangguan syaitan dan jin jahat melainkan dengan kudrat dna bantuan Allah semata-mata. Masakan saya dapat menklaim sayalah yang menghalau dna membuang mereka itu daripada orang lain?Malahan jika TANPA RAHMAT DAN BANTUAN ALLAH SERTA IZINNYA MAKA pada diri saya sendiri pun saya tidak dapat membuang gangguan tersebut jika ada.

Semua ini kuasa dna rahmat Allah. Melalui ILMU DAN KAEDAH YANG BETUL , NIAT DAN SALURAN YANG HAK maka insya Allah dengan mudah sahaja dapat diatasi.

Pengalaman murid daripada Johor juga begitu. Demikian lama penyakit isterinya yang misteri walau sudha berjumpa ramai perawat, apabila menerima pengisian IHNM maka dengan izin rahmatNya beliau dapat merawat isterinya sebaik pulang ke rumahnya. Sekaligus gangguan pada isterinya tidak dapat bertahan dan menyorok lagi.

Semua dengan rahmat Allah. Insya Allah bagi yang masih ragu-ragu, hilanglah keraguan itu, pasanglah niat yang murni dan LURUS jangan ada bengkok-bengkok , teruskan dengan niat yang murni dan lurus belajar ilmu yang hak ini. Saya masih terus membuka peluang dengan berkat bulan Syaaban menjelang Ramadhan ini masya Allah saya sendiri dapat merasai betapa barokahnya bulan mulia ini, dimana amalan kita dilipatgandakan Allah dengan kasih sayangnya, ah, jangan sesekali putus asa daripada rahmatnya kerana sesungguhnya Allah sentiasa membuka jalan kepada kita untuk meraih rahmatNya yang AMAT LUAS yang kita tidak sedari.

Semoga pembaca tegar blog ini dirahmati Allah melimpah ruah tiada tertahan-tahan lagi menerima pancaran hidayah dan taufik inayah daripada Allah secara terus dan langsung hingga terbuka pintu makrifah untuk mengenaliNya yang Maha Esa lagi Maha Kuasa.

Allahhu akhbar!
Allahuh akhbar!
Allahuakhbar!

Walhamdulillah hirabbil alamin!

Jumaat, 10 Jun 2011

Infaq di Jalan Allah

Allah berfirman dalam Surah  Al Baqarah  Ayat ke-245.

”Siapa yang memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah maka Allah akan melipatgandakan gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.”

Kata “Meminjamkan” disini adalah istilah ungkapan untuk menafkahkan harta di jalan Allah. Bukan Allah yang meminjam kepada kita atau Allah meminjam harta kita. Allah Maha Kaya, bahkan Allahlah yang melampangkan dan menyempitkan rezeki kepada kita atau kepada mereka yang di kehendakiNya. Menafkah harta di jalan Allah dapat diringkas fahamkan sebagaimana berikut:

1.Membayar zakat
2. Bersedeqah dan menderma
3. Menuntut ilmu

Berdasarkan 3 item contoh di atas, perkara 1 ialah wajib manakala 2 dan 3 menurut keadaan. Perkara 1 mengikut masa yang tetap biasanya. Manakala perkara 2 dan 3 menurut keadaan mana yang lebih penting. Misalnya jika keadaan kita sekarang jahil, maka wajiblah menuntut ilmu. Tanda seseorang jahil itu menerima hidayah Allah dan Allah berkehendak menganugerahkan kepadaNya ilmu pengatahuan maka Allah membuka hatinya untuk tergerak mencari ilmu pengetahuan. Makanya dia menyedari kekurangan dirinya maka -dicarilah ilmu tidak kira ilmu apa-apapun.

"Allah akan mengangkat orang-orang yang beriman yang mempunyai ilmu diantara kamu dengan beberapa derajat"(QS.Al-Mujadallah : 11)

Dalam pencarian dan pembelajaran ilmu itu, murid akan berdepan dengan keperluan menggunakan sebahagian harta atau harta di tangan  atau harta simpanan untuk tujuan biaya belajar. Banyak umat Islam menyedari dirinya jahil tetapi amat bakhil untuk mengeluarkan infaq untuk dirinya sendiri untuk menuntut ilmu pengetahuan. Malah ada beranggapan kalau ilmu agama dan kerohanian tidak menggunakan wang hanya ikhlas-ikhlasan bertemu tuan guru. Makna ikhlas telah dipesongkan oleh sifat bakhil yang tumbuh dalam jiwa.
Sifat bakhil sangat merugikan dan antara keburukannya ialah:

1.Dibenci Allah. Kebencian Allah adalah sebab kepada kesempitan dan kesusahan, resah hati, gelisah dan rasa diri tidak berguna.

2.Sifat bakhil bukan sifat mukmin dan menafikan kesempurnaan iman.

3.Menampilkan suatu kebodohan. Tabiat manusia berasa benci dan jijik kepada orang bakhil dan kikir. Ini adalah bukti semula jadi kejinya sifat bakhil. Oleh itu, orang yang sanggup bersifat bakhil adalah suatu kebodohan.

4.Orang bakhil dibenci dan dikeji manusia, terutama di kalangan ahli ilmu dan mereka yang berakhlak mulia. Bahkan orang bakhil juga tidak disukai di kalangan mereka sendiri.

5.Dengan memerhatikan keadaan dan kehidupan orang bakhil, dapat disimpulkan yang sifat itu tiada kebaikannya. Cuma yang ada hanya keburukan, kedukaan dan kesusahan yang mengakhiri hidupnya.

6.Orang tua-tua mengungkapkan: "Kikir itu pada hakikatnya adalah fakir sekalipun banyak harta simpanannya dan pemurah itu pada hakikatnya kaya walaupun ia tidak berpunya."

7.Orang bakhil menjadi bahan cemuhan sewaktu hidupnya, bahkan selepas kematiannya. Harta yang disimpan tanpa dibelanjakan itu akan ditinggalkan. Sehinggakan mereka yang berhak mendapatnya tidak akan memujinya, tetapi akan menyumpah dan mencemuhnya. Malangnya nasib orang bakhil, di dunia dicela, di akhirat diseksa.

8.Orang bakhil biasanya akan sedar mengenai akibat buruk dan kebodohannya, bahkan kerugiannya apabila ajalnya hampir. Pada waktu itu, dia cuba menebus kebodohannya yang lalu dengan mewasiatkan harta ditinggalkan untuk derma amal kebajikan. Tetapi mungkin ahli keluarganya tidak akan mengendahkannya.

9.Orang bakhil akan diseksa di akhirat, iaitu dengan dikalungi lehernya semua barang yang dia kikir. Dahinya dan belakangnya akan dibakar dengan emas dan perak yang disimpan tanpa dikeluarkan pada jalan Allah.

10.Sifat bakhil kerana takutkan kefakiran dan kemiskinan adalah tipu daya syaitan yang menjanjikan kekayaan, sedangkan pada hakikatnya bakhil itu adalah kemiskinan.

Jadi elakkanlah kita bersikap bakhil untuk mencari ilmu pengetahuan. Sebenarnya kesedaran dan semangat untuk mengeluarkan biaya untuk belajar adalah permulaan hidayah dan perubahan ke arah hidup lebih baik.

Sesiapa yang melalui jalan ke arah menuntut ilmu maka ALLAH mudahkan untuknya jalan ke syurga-Hadis Riwayat Muslim-.




Dari Mu’awiyah bin Abi Sufyan radhiallahu ‘anhu dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, barangsiapa yang Allah kehendaki baginya kebaikan maka Dia akan memahamkan baginya agama (Islam).” (HR Bukhari )

Imam Nawawi berkata, “Hadits ini menunjukkan keutamaan ilmu (agama) dan keutamaan mempelajarinya, serta anjuran untuk menuntut ilmu.”

Imam Ibnu Hajar Asqalaani berkata, “Dalam hadits ini terdapat keterangan yang jelas tentang keutamaan orang-orang yang berilmu di atas semua manusia, dan keutamaan mempelajari ilmu agama di atas ilmu-ilmu lainnya.”

Mutiara hikmah yang dapat kita petik dari hadits ini adalah:
  1. Ilmu yang disebutkan keutamaannya dan dipuji oleh Allah Ta’ala dan Rasul-Nya adalah ilmu agama.
  2. Salah satu ciri utama orang yang akan mendapatkan taufik dan kebaikan dari Allah Ta’ala  adalah dengan orang tersebut berusaha mempelajari dan memahami petunjuk Allah Ta’ala dan Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam agama Islam.
  3. Orang yang tidak memiliki keinginan untuk mempelajari ilmu agama akan terhalangi untuk mendapatkan kebaikan dari Allah Ta’ala.
  4. Yang dimaksud dengan pemahaman agama dalam hadits ini adalah ilmu atau pengetahuan tentang hukum-hukum agama yang mewariskan amalan shaleh, karena ilmu yang tidak dibarengi dengan amalan shaleh bukanlah merupakan ciri kebaikan.
  5. Memahami petunjuk Allah Ta’ala dan Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan benar merupakan penuntun bagi manusia untuk mencapai derajat takwa kepada Allah Ta’ala.
  6. Pemahaman yang benar tentang agama Islam hanyalah bersumber dari Allah semata, oleh karena itu hendaknya seorang muslim disamping giat menuntut ilmu, selalu berdoa dan meminta pertolongan kepada Allah Ta’ala agar dianugerahkan pemahaman yang benar dalam agama.
Jadi menuntut ilmu memerlukan calon murid mengeluarkan harta sebagai suatu infaq di jalan Allah kerana dengan ilmu kita dapat menjadi hamba Allah yang bertaqwa berjaya dan bahagia dunia dan akhirat. Infaq juga membersihkan harta, membersihkan diri daripada di cap sebagai bakhil, seperti Qarun yang menyimpan hartanya menimbun hartanya yang akhirnya hartanya itu tidak dapat memberi manfaat selepas kematiannya. Sedangkan ilmu itu memberi manfaat menjadi buah amal, infaq itu menjadi buah kebajikan yang terus bercambah dan merebak banyak yang mana hanya Allah sahaja yang tahu betapa banyaknya ia.

Jadi bagi calon murid yang berganggapan belajar ilmu agama dan ilmu hikmah tidak perlu mengeluarkan biaya salah sama sekali. Menganggap bahawa rugi mengeluarkan simpanan wang untuk membiayai pembelajaran ilmu akhirat adalah sifat bakhil yang ditegah dan sifat syaitan amat takut apabila insan sentiasa berada di jalan menuntut ilmu. Sedangkan mengeluarkan biaya untuk belajar ilmu dunia boleh pula. Janganlah kerana kita menuntut ilmu dunia dan akhirat kerana untuk mendapatkan imbalan dunia sahaja fikirkanlah untuk bekalan lebih jauh.

Yakinlah, tiada ruginya harta yang diinfaqkan ke jalan Allah khususnya untuk mempelajari ilmu pengatahuan, setitis ilmu Allah yang maha luas di titipkan sebagai suatu nikmat daripada sifat Maha Pemurah dan Pengasih Allah terhadap insan.

Bersediakah kita?

Salam jumaat yang penuh rahmat dan barokah semoga meraih kedamaian hati dan kejayaan hidup. Insya allah saya doakan!

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...