Sabtu, 28 Julai 2018

Nurullah Laduniyyah al Kubro


Guru Mursyid

GURU MURSYID

Seorang guru yang mursyid itu ialah mereka yang terdiri daripada golongan arifbillah yakni 'arif tentang Allah'. Guru mursyid itu bukan ditentukan oleh jubah dan serbannya. Adakala seseorang guru mursyid itu berpakaian biasa-biasa sahaja. Tinggal di ceruk kampung atau tidak mustahil di celah rimba batu. Mungkin seorang buruh,mungkin seorang pengemis juga. Kita mungkin tercari-cari guru mursyid itu  tanpa kita sedar dia sudah berkawan dengan kita lepak di kedai kopi. Dlm kepelbagaian kebijaksanaanNya tidak semua guru mursyid itu tua usianya. Adakala usianya muda,tubuhnya sihat dan cergas spt orang biasa lantaran ada tugas-tugas khas yg dipertanggungjawab oleh Allah kpd dirinya. Ingatlah, tua usia tidak menjamin tua makrifahnya. Tua rohani masakan sama dengan tuanya usia jasad ini. Ada waktunya Allah menghukum kita dengan membutakan mata kita akan kewujudan guru mursyid itu lantaran kita menggunakan kesombongan kita dlm mencarinya lalu menyebabkan kita terjerumus ke dalam neraka derita dunia atau syaqawah. Walau syurga saadah itu sekadar berada pada hujung mata kerana Allah itu mustahil terhijab akan segala sesuatu. Yang terhijab itu adalah diri kita yg lemas dalam selubung hijab nafsu yg gelap dan pengap walhal dengan sekali tolakan yg penuh pasrah dan tawadhuk dpt menyingkap segala-galaNya pada cakra wahdaniyyat-Nya.

Salam subuh yg berkhasiat rohani.

Rabu, 25 Julai 2018

Ilmu Diam

Ilmu Diam saya gunakan membuatkan tetamu saya kehairanan. Mengapa saya diam semata. Rupa2nya dlm diam itu ada GerakNya. Pesakit cerita yg semasa saya diam tu,  dia melihat sekujur lembaga bertubuh agam hitam legam berambut panjang sampai ke pinggang mencerlungnya. Namun satu cahaya daripada atas datang menyambar makhluk aneh itu terus ghaib drp pandangan mata pesakit sy itu. Dan tubuhnya terus terasa ringan. Jadi benarlah kata org2 tua, diam-diam ubi berisi.

Gemblengan Ilmu Pancar Nurullah Nur Alif Sejati

Gandingan Ilmu Pancar Nurullah dan Ilmu Nur Alif Sejati ibarat matahari dengan sinarnya. Nurullah itu matahari manakala Ilmu Nur Alif Sejati itu sinarannya. Dan manusia itu ibarat muka bumi yang menerima pancarannya. Untuk mempelajarinya Wajib berhadapan dan berguru secara hadir diri untuk penggemblengan ilmu yang langka ini.

*Dalam Ilmu Nurullah terdapat kombinasi zikir yang unik utk segala hajat dunia dan akhirat. Manakala Ilmu Nur Alif Sejati terdapat antaranya Mandian Nur Alif yang lengkap dan beberapa jenis Mandi Penyucian lagi yg bermanfaat zahir batin, dan kombinasi Ilmu Alif yg lain merangkumi kerezekian,keberuntungan, pengasihan dan pengubatan yg bermanfaaat dunia dan akhirat.

Ahad, 8 Julai 2018

Rawatan dan belajar ilmu ghaib

Jadual terkini :
Hari Isnin - Kuantan
Hari Selasa - Kota Bahru
Perkhidmatan disediakan:
1. Rawatan Gangguan Sihir
2. Rawatan Melarungkan Saka
3. Rawatan Stroke
4. Rawatan Kanser
5. Rawatan Sakit Misteri
Pengajian Ilmu yang dibuka:
1. Gemblengan Mata Batin Tahap Sepuh untuk Trawangan,Raga Sukmo,Komunikasi Batin,Urusan2 Kebatinan.
2. Gemblengan Mata Batin khusus utk Jalan Kerohanian/Mukashafah/Musyahadah bagi golongan bertarikat tapi jalan buntu dlm mencapai hakikat dan makrifatbillah
3. Gemblengan Mata Batin khusus berkaitan Kerezekian Nyata dan Ghaib bagi yg faham tu fahamlah yg tak nak faham blh duduk diam2 sajalah.
4. Gemblengan Ilmu2 Hikmatus Syifa wal Makrifah khusua ilmu2 pengubatan khas Islam,Melayu, Metafizik dan Alternatif.
5. Gemblengan Ilmu apa pun berkaitan kebatinan aliran putih,ilmu ghaib yang positif,ilmu mistik dan psikik.

Konsultasi masalah dan hajat anda ke talian 013 642 1228

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...