Memaparkan catatan dengan label ilmu hikmah nur makrifah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ilmu hikmah nur makrifah. Papar semua catatan

Isnin, 17 Januari 2011

Pengalaman Merawat dan Membimbing Di Sabah

Salam sejahtera. Syukur kepada Allah dengan limpah kurniaNya. Dengan izin dan rahmatNya, saya dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang dipikulkan kepada saya sebaik mungkin. Sebagaimana saya maklumkan sebelum ini, saya ke Sabah kerana diundang. Walaupun kali pertama saya ke sana namun saya tidaklah berhasrat untuk ke mana-mana.

Walaupun terdetik juga hendak berjalan-jalan. Namun pengisian selama 3 hari itu padat dengan pembelajaran dan sesi rawatan. Sesi pembelajaran sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dan juga yang sedikit mencabar ialah merawat orang-orang Ranau. Dalam pakej bimbingan perubatan hikmah, saya juga menyatakan bimbingan praktikal merawat.

Murid boleh mengemukakan pesakitnya sendiri dan lihat saya merawat mereka. Dan kali ini, saya dihadapkan dengan 6 pesakit yang mempunyai masalah berbeza-beza. Namun kesemuanya melibatkan gangguan. Dan gangguan tersebut yang dominan ialah saka dan sihir. Dengan rahmat Allah dua pesakit wanita yang mempunyai hubungan persaudaraan dengan murid saya ini, dapat saya rawat sehingga mereka melihat sendiri Nur Allah yang terang benderang di akhir sesi rawatan.

Bukanlah suatu yang memelikkan. Apalah hendak dipelikkan. Kita ini kadangkala bercakap sahaja gah tetapi, penyaksian tiada. Mengapa berlaku demikian?Kerana masih wujud kesombongan terhadap Allah dan jauh daripada rahmat Allah. Maka carilah rahmat Allah. Jangan cari Allah. Walhal pada diri kamu sendiri tiada kamu perhatikan.
***
Di Daerah Ranau, 95% terdiri daripada etnik Dusun. 50% muslim 50% lagi Kristian, pagan, Helluyah dll. Murid dan kesemua pesakit saya orang Dusun. Antara ke enam-enam pesakit, paling keras gangguannya ialah seorang pesakit iaitu seorang gadis lepasan maktab perguruan. 

Setelah kain diselubungkan pada tubuhnya, saya mula membaca ayat kunci dan kalimah-kalimah perlindungan. Sewaktu saya membaca ayatul kursi dia mengigil. Saya pandang tepat titik antara kedua matanya smabil membaca Laqod ja akum...Dia menitiskan air mata. Semakin kuat ngongoinya. Setelah selesai membaca saya mula buat teknik rentapan dna pancaran-penyaluran.

Beberapa kali saya buat dia tetap dalam keadaan sama. Sebagai manusia biasa, kita juga bisa 'jatuh'. 'Jatuh' kerana alpa dan lalai. Baharu saya teringat, ada 4 step saya tidak suruh dia lakukan iaitu pertama meminum air yang telah didoakan, kedua menyapu minyak attar, ketiga menyuruhnya membaca syahadah, istighfar dan selawat serta menyatakan berkomonikasi dengannya sebagaimana saya lakukan ke atas pesakit saya sebelum ini. Natijahnya, gangguan tersebut, sukar ditarik. Semuanya atas peringatan Allah kepada saya agar jangan memandang remeh setiap masalah gangguan kerana bukan masalahnya kita perlu angkat itu jin hebat dan sakti, tetapi masalahnya hubungan kita dengan Allah. Apabila sudah dapat merawat dengan jayanya, maka kita selalu sahaja terlupa dan lalai dan mulalah mahu melihat AKU.

Patutnya Allah sahaja tempat pergantungan mutlak dan susah senang mudah sukar semuanya kena kembali pada Allah. Satu pengajaran buat saya dan buat murid saya.

Sesi tersebut nyata melewati sejam lebih. Kadangkala menangis kuat, kadangkala ketawa. Murid saya yang membaca Ayatul Kursi pun, diketawa dan dicebikkan mulutnya. Saya berhentikan rawatan. Saya naik ke bilik, tunaikan solat asar yang sudah sejam berlalu dan berwirid memohon kepada Allah.

Maka di situlah kita pulangkan segala-galanya kepada Allah. Hati kita. Jiwa kita. Ikhtiar kita, Usaha kita, Kuasa kita, gerak kita semuanya kembali kepadaNya. Setelah   'kembali ke asal' maka saya turun kebawah. Melihat pesakit masih ketawa dan mengejek saya langsung mencapai air doa dan duduk di depannya. Ketawanya berhenti dan badanya mengigil.

Saya tidak mahu percaya apa-apa tatkala itu. Biarlah. Segala-galanya Allah sahaja ketika itu. Kerasukan dan kejadian yang berlaku ini pun kerana Allah, dan fiil Nya pada makhluk sebagai suatu peringatan dan memenuhi janjiNya kepada kita. Lantas saya menuangkan sedikit air doa ke tangan, dengan bismillah, saya rejamkan air kemuka pesakit. Langsung dia menjerit dan terkulai.

Pesakit sedar sedikit namun jin saka masih ada dalam tubuhnya. Saya suruh dia minum air doa basahkan muka, telapak tangan dan kakinya. Dan saya mulakan balik sesi rawatan dengan syahadah.

Alhamdulillah, dengan 1 kali membaca ayatul kursi gangguan jin tersebut dengan izin Allah mati dan pesakit tersedar. Saya mengajarnya syahadah dan membuat imbasan sekali lagi. Sudah tiada. Namun saya melihat jauh ke dalam nurani, sihir masih lekat pada dirinya biarpun telah ditawarkan....Saya sambung sesi rawatan gadis ini pada esok harinya. Kerana saya terpaksa mengikuti murid saya ini ke rumah pesakit lain yang sedang menunggu...Ada masa saya ceritakan pengalaman saya merawat adik beradik lelaki ini...agak mencabar juga walaupun tidak kerasukkan hanya sekadar diperlihatkan Allah sahaja...
***
 Esok pagi saya mulakan rawatan kedua ke atas gadis tersebut. Dengan semua step yang selalu dibuat, saya lakukan, gadis tersebut tidak kerasukkan lagi. Oleh kerana bagi memastikan gangguan tidak berulang saya memohon kepada Allah agar dipulang segala perbuatan sihir tersebut disertai dengan gerak yang haq dnegan keyakinan 1000%. Malahan dengan izin Allah dia melihat  barang-barang sihir malahan rumah penyihir pun dia dinampakkan Allah. Antaranya dia melihat dirinya dihempap batu, terdapat barang sihir yang terdiri daripada bangkai binatang, lambang salib yang besar. Kesemuanya saya mohon pada Allah agar dipulangkan kepada penyihirnya. Batu yang menghempap di tolak dengan makrifah. Salib yang besar di hadapan mata batin gadis itu, dengan rahmat Allah saya musnahkan dengan kalimah syahadah dan selawat ke atas nabi dan ungkapan ke atas penyaksian kerasulan nabi muhammad. Masya Allah.

Bangkai binatang di musnahkan. Kemudian dia tubuh seorang lelaki yang hitam legam laksana arang terbaring. Kemudian dilihatnya sebuah rumah yang dibawahnya sudah berlonggok dengan kayu api dengan di atas rumah itu berselimutkan cahaya putih berkilauan. Akhirnya, dia melihat tanah perkuburan dan jenazah yang sedang mahu dikebumikan, dengan wajahnya hitam laksana arang, terbakar hangus.

Masya Allah. Kita tidaklah meminta kepada Allah berlakunya demikian namun Allahlah yang membalas kejahatan orang-orang yang jahat dna moga-moga Allah membantu kita menolongi kita dengan rahmatnya berdepan dengan kaum kafir sama ada terdiri daripada golongan manusia yang mahu memadamkan cahaya Allah dengan golongan jin kafir yang engkar lagi derhaka berdendam kesumatnya kepada manusia.

Gadis tersebut masih nampak putaran antara nur dan kegelapan seolah-olah saling berlawan. Dengan izin Allah, tegak seperti alif. Saya pun membacakan dengan haq dan rahmatNya sepotong ayat. Alhamdulillah.

Gadis tersebut sudah tidak nampak apa-apa lagi. Cuma suasana yang terang benderang. Tiada lagi kegelapan atau jalur-jalur hitam. Cuma katanya, jauh di sudut hatinya terdapat sesuatu yang panas, keras dan degil. Ini masalah rohani. Dengan izin Allah rahmat dan redhoNya saya membimbingnya berzikir dengan zikir ismu Zat Allah, Alhamdulilah dan di akhirnya dipohon rahmatNya dan Nur Nya sebagaimana yang pernah dipohonkan Nabi Muhammad SAW. (Carilah dan amalkan doa cahaya tersebut, jangan pandang sebelah mata, konon nak raup semua tapi tak terhayati pun setiap satunya. )

Gadis itu sangat tenang, tersenyum dan dia hanya memandang cahaya yang amat bersih, suci dan menenangkan amat sangat. Kami akhiri sesi tersebut dengan doa

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah wa syukurillah.

Sabda Nabi: Sebaikbaik doa ialah alhamdulillah.

Allahuahkbar!

bersambung..insya Allah...

Rabu, 15 Disember 2010

Maksud Ilmu Hikmah

Yang dimaksudkan dengan ilmu hikmah bukan semata-mata ilmu perubatan atau ketabiban. Ilmu hikmah merupakan ilmu aliran putih warisan ulama hikmah silam disambung sehingga kini oleh para pewarisnya yang sah dan berhak serta layak diamanahkan. Ilmu hikmah merangkumi pelbagai kegunaan sama ada untuk kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Ia juga dalam kategori ilmu putih. Memiliki ilmu hikmah bagaikan memiliki satu set kotak alatan yang lengkap dengan segala macam peralatan. Dalamnya ada peralatan A ada peralatan B ada peralatan C dan seterusnya. Oleh sebab itu jangan cepat salah sangka mengatakan ilmu perubatan ialah ilmu hikmah. Sebenarnnya ilmu perubatan itu sebahagian daripada ilmu hikmah. Walhal dalam ilmu hikmah ada banyak lagi seperti keselamatan, pertahanan diri (bukan silat batin/ghaib/gerak sendiri etc), pengasih (bukan jenis pengasih aliran ilmu hitam) dan sebagainya lagi. Insya Allah dengan izin, rahmat dan  redhoNya, sesiapa yang ingin meneroka khazanah ilmu hikmah yang amat luas ini silalah menyertai program bimbingan perubatan hikmah yang saya anjurkan. Boleh terus emel ke rahmaniah999@gmail.com. Faedahnya amat banyak sekali dan bimbingan bersifat berterusan. Program Bimbingan Perubatan Hikmah hanya terbuka untuk sesiapa yang serius sahaja dan mahukan kelainan dalam belajar dan meneroka ilmu Allah yang luas ini. Cuma jangan sangka bahawa hendak belajar ilmu hikmah tidak memerlukan infaq dan mahar. Infaq dan mahar itu sebagai suatu simbolik pengorbanan sebagaimana para sahabat menyumbangkan separuh serta seluruh harta benda mereka ketika berhijrah ke Madinah Al Munawwarah. Kalau masih ada perasaan ilmu hikmah ini 'murah' dan boleh dimiliki secara 'ikhlas' yang disahkan diri sendiri (ikhlas rahsia hamba dengan Allah, oleh itu hanya Allah yang boleh sahkan keikhlasan kita!) maka tak payahlah belajar. Lihatlah bagaimana kita berbelanja bila gaji atau hujung tahun tiba. Kita rasa 'ikhlas' menghulurkan beratus-ratus ringgit bahkan ribu untuk bayar kereta, rumah, membeli belah, bersiar-siar, bercuti serta membelikan anak permainan konsol, beli DVD-namun kita tidak tidak boleh 'ikhlas' untuk belajar ilmu hikmah. Walaupun pada akhirnya ilmu hikmah yang dipelajarinya menjadi sumber rezekinya kemudian hari, sama ada rezeki dalam bentuk wang ringgit dan juga rezeki dalam bentuk barokah dan sentosa hidup. Sebagaimana saya nyatakan tadi, ilmu hikmah mempunyai fungsi pelbagai semuanya berasaskan wirid dan amalan yang bersendikan syarak dan kitabullah. Tiada bacaan asing serta melibatkan pemujaan jin dan syaitan. Ilmu hikmah itu sendiri merupakan cabang ilmu para waliyullah yang dapat dipelajari dan digembleng. Insya Allah bagi yang mengikuti program bimbingan perubatan hikmah akan merasai betapa berbezanya program ini dengan kursus perubatan Islam yang dibuat secara beramai-ramai itu. Saya bukan hendak perlekehkan kursus rawatan namun saya tegaskan cara saya lebih mantap daripada kursus kerana bimbingan diberi secara bersemuka dengan guru pembimbing yang dengan itu insya Allah bimbingan dan proses belajar dan penurunan ilmu dapat dilakukan secara sempurna.

Ya Allah sempurnakanlah cahaya bagi kami dan beri ampun kepada kami dan sesungguhnya Engkau Maha Kuasa di Atas Segala Sesuatu.

Khamis, 9 Disember 2010

Perbezaan antara ilmu yang dirahmati dan ilmu yang tidak dirahmatiNya

Salam Khamis yang dingin namun tetap penuh rahmat bagi yang dirahmatiNya. Beberapa hari lepas saya agak sibuk sedikit kerana beberapa pelajar datang kepada saya menyatakan hasrat mahu belajar ilmu hikmah dengan saya. Kedatangan mereka sudah pasti dengan temujanji. Untuk makluman pembaca, saya tidak menganjurkan sebarang kursus rawatan Islam. Format pembelajaran tidak menggunakan kaedah kursus sebaliknya menggunakan kaedah temujanji secara individu. Tujuan saya membimbing dan mengembleng secara individu ialah bagi memastikan proses pengisian ilmu hikmah yang hak itu berjalan dengan sewajarnya. Justeru tidak hairanlah mereka yang menerima pengisian ilmu hikmah daripada saya, merasakan sekurang-kurangnya HATI SANGAT TENANG dan BADAN AMAT RINGAN serta MUDAH SANGAT UNTUK BERIBADAH DAN BERWIRID yang sebelum ini perkara demikian amat sukar dilakukan.

Berikut saya perturunkan beberapa sms yang saya tulis semula di blog ini bagi tatapan pembaca:

Salam, dahulu sebelum belajar hati saya liar dan berbuat dosa. Tapi selepas belajar dengan Tuan Tabib Mohd Ali, syukur alhamdulillah. Hati jadi TENANG dan JINAK mengingati Allah Ta'ala.-Yusof, Sarawak-

Salam. Susah untuk saya gambarkan dalam bentuk perkataan apa yang saya rasa dan alami sewaktu proses pembelajaran dengan Tabib Ali. Ia mungkin mengundang fitnah dan tafsiran yang pelbagai. Tak semua orang alami apa yang saya alami. Setiap pengalaman PASTI berbeza. Ia juga bergantung kepada KEYAKINAN kita kepada Allah Ta'ala. Rasai sendiri dan bulatkan hati kita semata-mata mengharapkan LIMPAHAN RAHMAT dari Allah bukannyamengharapkan KEHEBATAN. Itu pesan Tuan Tabib bagi meraih kesan yang optimum daripada ilmu hikmah yang di isikan beliau.-Erry, Puchong-

Salam. Penyusian rohaniah dan pengisian ilmu hikmah sangat berkesan kepada saya sehingga ibadah saya bertambah KHUSYUK dan BERTAKARRUB kepada Allah.-Saufi, Bangi-.

Salam perubahan. Saya datang kepada Tabib Ali untuk mengadu masalah diri saya yang selalu mengalami ketidakstabilan emosi dan berfikiran negatif. Semasa discan oleh Tuan Tabib saya mempunyai masalah SAKA keturunan yang agak serius sehingga mepengaruhi tabiat dan emosi saya saban hari. Selepas diubati oleh Tuan Tabib Ali, rasa tenang dan lapang yang LUAR BIASA...menurut Tuan Tabib, itu semua hanyalah LIMPAHAN RAHMAT ALLAH dan KEIZINANNYA semata-mata...amalan yang diberikan adalah amalan yang disunnahkan..Insya ALlah tuan tabib boleh membantu bagi sesiapa yang memerlukan..-Mas Jurakai, Kuala Lumpur-.

Itu merupakan sebahagian daripada testimoni sama ada dari murid dan pesakit saya dalam bulan lepas dan awal bulan ini. Keempat-empat mereka ini mempunyai kemampuan untuk SCAN pandangan batin dan apabila menerima rawatan dan pengisian ilmu daripada saya, langsung mata batin mereka bagai dibekalkan oleh minyak dan kanta mata itu dibersihkan sejernih-jernihnya.

 Sewaktu saya memulakan zikir semestinya kerana Allah semata-mata, mereka semuanya menyaksikan cahaya putih yang amat indah, bersilauan, dan damai dan 3 drpnya yang mempunyai saka keturunan telah mentrace saka tersebut. Ada yang terlalu banyak 'dibukakan ' skrin padanya. Sehingga tak tahu pada shot mana harus ditumpukan. Ada yang sekadar melihat makhluk yang mendampinginya selama ini. 

Semuanya dgn rahmat Allah. Dengan mudah sahaja mereka dapat melihat dengan 'mata dalam' hakikat saka yang mendampingi atau yang ada pada jalur keturunan mereka walau sudah beratus tahun Allahuakhbar!

Dan mereka bukan sekadar melihat kewujudan saka tersebut MALAH mereka menyaksikan bagaimana JALUR SAKA itu diputuskan, atau SAKA yang ADA PADA MEREKA ITU DIHAPUSKAN. Semuanya dengan izin, rahmat dan Redho Allah semata-mata.

Ada murid saya yang lain,  ini ada yang belajar ilmu sudah merata ceruk sehingga menerima selempang merah dan juga jin-jin yang membuatkan dadanya panas, baran, marah dan lain-lain. Sebenarnya bukan dia seorang sahaja alami keadaan demikian malah ramai lagi pesilat yang tahap-tahap tinggi mengalami siptom demikian. Panas baran, tidak dapat kawla emosi, selalu hendak bergaduh, lebih teruk gagal solat, puasa tetapi RAJIN BERWIRID. Dalam pengajian ilmu hikmah di bawah bimbingan saya SOLAT tetap SOLAT. DOA TETAP DOA. Bangun MALAM tetap BANGUN MALAM. Semuanya perintah dan sunnah nabi yang wajib diikuti agar kehidupan kita ini dirahmatiNya. Apabila kehidupan kita di rahmati Allah pasti jiwa jadi tenang. Lapang dada. Dilimpahkan rezeki mencurah. Namun ramai yang datang mahu mengubat dengan saya, mengaku sudah belajar 'tinggi-tinggi', namun tetap juga rasa kosong hakikat dan makna kehidupan dan menjadi hamba dan khalifatul ardh di muka bumi Allah ini. Justeru dimanakah rahmat pada dirinya?Bacaan boleh jadi sama iaitu tetap Fatihah juga. Tetap Ayatul Kursi juga. Namun ia tetap ironi dengan keadaannya yang sepatutnya dialmi oleh diri itu.

Justeru proses belajar dan menerima bimbingan dengan saya bersifat personal touch dan couching. Tidak ada bersifat hamburan nota dan hamburan ceramah 8 jam seharian suntuk yang sebenarnya boleh terus didapati dalam buku/cetakan

Kerana itu BUKAN TUJUAN utama saya mengisi ilmu hikmah dan membimbing murid bertujuan hendak scan dan lain-lain. Tetapi NIAT itu diawal2 lagi dibetulkan. Hanya kerana Allah. Pasrahkan saja kepada Allah yang Maha Esa lagi Maha Kuasa. Biarlah Dia yang menentukan yang terbaik untuk kita. Bukankah Allah pencipta kita?Dia pasti Lebih Tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Itulah format pembelajaran IHNM. Sebab itulah kesan nyata dan langsung dialami murid dan pelajar saya yang mengikuti pedoman mudah yang saya berikan semasa proses rawatan dan proses belajar.

Apalah sangat jika dapat menyaksikan cahaya sewaktu mata terpejam semasa proses rawatan dan proses pengisian ilmu dilakukan jika hendak dibandingkan Allah mencipta lautan tanpa kapak korek, langit tanpa tiang dan bulan dan bintang-bintang tetap teguh berada di tempat masing-masing mengikut putaran alam.

8 Disember 2010

Ahad, 28 November 2010

Makhluk Bertanduk Dikepung Cahaya Putih

Baru-baru ini saya dijemput ke Felda Serting, Bahau Megeri Sembilan Darulkusus untuk merawat penyakit misteri dialami oleh seorang warga emas yang sudah 13 hari terlantar di hospital jadi bahan eksperimen doktor yang kebuntuan mengesan punca dan jenis penyakitnya. Mulanya disangkakan darah rendah. Kemudian darah beku dalam otaklah. Pemeriksaan selepas itu menunjukkan disebaliknya iaitu tiada apa-apa masalah. Ujian darah setiap hari menyebabkan badan makcik lesu dan lemah hilang tenaga. Tidak ada selera makan. Meracau di tengah malam memanggil-manggil ibunya yang sudah meninggal dunia. Hingga suatu ketika, doktor mengesan semacam ada ketulan hitam dalam imej x-ray di dadanya. Lantas ujian lain dilakukan dan dikatakan itu adakah darah beku di peparu. Lantas doktor berikan ubat dan berlakulah naik-turun tekanan darahnya tidak menentu sehingga membingungkan para doktor. Sehingga makcik masuk ICU beberapa hari.

Doktor membenarkan makcik tersebut balik beberapa hari selepas itu. Itupun anggota keluarga minta nak bawa balik selepas doktor buntuk mengesan punca dan jenis penyakitnya.

"Agaknya doktor, penyakit ibu saya ini jenis penyakit yang 'tidak nampak'..."tanya kawan saya, anak perempuan makcik itu kepada salah seorang doktor pakar yang sedang membuat penilaian terakhir tahap kesihatan makcik tersebut.

Doktor berbangsa Melayu itu tidak berkata apa-apa dan akhirnya membenarkan peskait itu dibawa balik. Namun dalam keadaan lemah dan pucat (masih belum sembuh).

Semasa saya masuk ke dalam rumah, saya merasakan  hawa panas berada di sekeliling makcik tersebut. Hati saya berdetik, sudah lama makcik terkena tetapi baharu kini ia menunjukkan kesan aktifnya.

Saya rawat makcik tersebut dengan teknik Pancaran Nur. Melalui teknik pancaran nur ini saya duduk berdepan dgn pesakit. Pesakit buka telapak tangannya. Saya pun mula membaca bismillah. Makcik pejam mata. Baru saja saya duduk di depan pesakit  dan menyuruhnya memejamkan mata, pesakit menyatakan nampak cahaya putih bersilau (semasa pejam mata).

Hati saya berdetik, ini rezeki dr Allah. Bukan semua pesakit akan nampak cahaya. Ada yang tidak nampak. Tapi makcik ini nampak. Alhamdulillah. Kerana ini memudahkan tugas saya. Bagaimana ia memudahkan tugas saya?

"Makcik, cuba lihat dalam cahaya putih itu, ada nampak apa-apa tak?" tanya saya perlahan.

"Tak ada. Semuanya putih. Putih..."

"Tak apa makcik..." kata saya sambil memohon kepada Allah agar ditunjukkan pada makcik tersebut gangguan yang berada dalam tubuhnya. Tidak lama kemudian makcik itu bersuara tiba-tiba.

"Ada ustaz. Ha, itu dia. Ada tanduk di kepalanya."

"Ok, makcik...ada satu ke dua ke banyak ke.."tanya saya lagi.

"Emm, satu je ustaz. Ada tanduk. Dia seolah-olah dikepung oleh cahaya putih...dia tak boleh bergerak ustaz..hanya nampak kepala dan tanduknya sahaja...bahagian lain tak nampak ustaz sebab cahaya putih itu menyeliputinya...dah macam awan putih pula ustaz..."

Saya pun menguatkan lagi zikir dan memohon pada Allah jika adalah lagi makhluk yang ganggu diri makcik maka tunjukkanlah Ya Allah. Saya pun 'melalukan' telapak tangan di muka makcik tersebut dengan niat makcik akan nampak dengan lebih jelas lagi jika ada yang lain-lain yang menganggunya.

"Ada tak makcik nampak lain-lain makhluk lagi?"

"Emm, tak adolah ustaz. Semuanya putih jo sekarang."

Saya tersenyum sahaja mendengar katanya. Sudah tersirna pula makhluk bertanduk tersebut ditelan cahaya putih berkilauan.

Namun saya tahu ia masih ada dalam tubuh makcik. Saya pun meneruskan perawatan saya untuk memusnahkan semua gangguan tersebut.

Makcik tersebut merasakan berbagai sensasi. Ada diseliputi hawa panas, berpeluh mukanya, memerah kulit mukanya. Dan apabila saya selesai menarik dan memusnahkan gangguan dengan teknik Pancaran Nur maka selesailah sudah sesi rawatan saya.

"Macam mana makcik?"tanya saya.

"Ringan badan makcik...dah tak nampak apa-apa dah. Semata-mata cahaya putih sahaja..."

Sebenarnya gangguan yang dihadapi makcik ini ialah berpunca daripada perbuatan sihir khianat. Mereka buka kedai menjual makanan ringan di depan rumah. Tentulah perniagaan begitu laris sebab kanak-kanak selalu sahaja singgah dan membeli makanan ringan.

Apatah lagi kedudukan rumah makcik itu yang strategik di kepala simpang jalan. Tentulah memudahkan sesiapa sahaja mahu singgah ke rumahnya membeli apa sahaja yang dijual di situ. Maju jugalah perniagaan kecil-kecilan mereka sehingga memberi pulangan ribuan ringgit sebulan untungnya.

Tak lama kemudian, anak mereka pula sakit. Anak perempuan merekalah yang menjemput saya. Sewaktu saya melihatnya, saya sudah dapat melihat betapa dia telah lama terkena sihir, namun hatinya sangat hebat dan sabar serta pasrah kepada Allah. Selesai saya membuang gangguan, saya bertanya kepada makcik apakah makcik mau pulih?

"Ya."Jawab makcik lembut.

"Ok makcik, saya pohon pada Allah sekarang juga agar makcik segera pulih, kuat dan bersemangat!"kata saya lalu berdoa. Alhamdulillah sewaktu berdoa saya dapat lihat muka makcik itu kemerah-merahan sehingga mengalirkan peluh yang banyak.

Selesai mengubat makcik, saya mengubat anak  lelakinya, seorang remaja yang ada ramai kawan melepak hingga jauh malam. Risau juga ibu bapanya kerana sudah banyak anak felda ditangkap kerana hisap, ketagih dan jual dadah musuh negara.

Anaknya pun ada gangguan. Selesai saya buang, anak tersebut macam ibunya juga, nampak cahaya putih. Kemudian sesudah magrib saya merawat anak perempuannya pula. Itu pun atas permintaan ayahnya. Sewaktu saya rawat kawan saya ini, hujan lebat mencurah-curah disertai guruh di langit. Alhamdulillah, dia juga nampak cahaya itu tapi taklah terang pada mulanya. Apabila proses pembersihan dengan teknik Pancaran Nur dan Teknik Pengisian  Nur Zikir, dia nampak cahaya itu semakin terang sehinggakan naik seri wajah mukanya berseri-seri sekali. Alhamdulillah wa syukurillah.

Saya juga melakukan rawatan sekali lagi ke atas makcik tersebut untuk pemulihan. Dan makcik tersebut benar-benar merasakan perubahan tika itu juga dan sewaktu saya hendak pulang makcik tersebut sudah boleh bingkas bangun dan berjalan-jalan dengan bebasnya. Ada senyuman di wajahnya.

Kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur dalam keadaan hujan lebat. Dan tiba di Kuala Lumpur jam 10.40 mlm.

Isnin, 15 November 2010

Beramal dengan rukyah syar'iyyah tetapi jiwa terus kosong!

Baru-baru ini saya dihubungi oleh seorang perawat Islam yang menggunakan rukyah syariyyah sebagai kaedah pengubatannya.

Beliau dengan berbesar hati menyatakan mahu belajar sesuatu dengan saya setelah membaca blog ini dan bersungguh-sungguh menyatakan maksudnya. Saya termenung seketika, kerana ilmu sebenar-benar ilmu tidak lain adalah ilmu untuk mendekatkan diri kepada Allah dna menjadi hamba yang tulus ikhlas ketika mengadapnya.

Maka timbul persoalan di sini. Mengapakah beliau yang sudah bertahun-tahun mengamalkan rukyah syar'iyyah yang diambil ijazah daripada ustaz terkenal yang menerima ijazah rukyah daripada Syeikh Abdul Wahid Salam Bali dan merawat pelbagai kes gangguan yang berat-berat masih merasa kekosongan jiwa?

Beliau juga menyatakan malah terdapat pesakit ustaz alias gurunya tersebut yang datang kepadanya, kemudian dirawatnya dan pesakit tersebut sembuh dengan izin Allah.

Namun mengapakah merasai jiwanya masih kosong?

Sampailah suatu ketika, perasaan kekosongan itu menghambat dirinya. Suatu yang terbalik apabila pesakit yang berat-berat kes gangguan dapat dirawatnya dengan baik dan tidak kurang pesakit yang minta nasihat rohaniah dapat diberikan dengan baik, NAMUN dengan dirinya sendiri dia gagal dapat memenuhi jiwanya sendiri! Dan beliau telah menutup perkhidmatannya walaupun ramai yang mahu berubat dengannya!

Saya pun nyatakanlah diagnosis saya tidak lama selepas itu.

Pertama, apakah tujuan kita menuntut ilmu?

Kedua, siapakah guru yang kita terima ijazah atau pengisian ilmu daripadanya?

Keempat, apakah benar tauhid dan niat kita sewaktu membaca Ayat Al Quran dalam sesi pengubatan?

Keempat-empat soalan ini sebenarnya saling berkait rapat antara satu sama lain. Katakan dalam kes ini, beliau menuntut ilmu rawatan gangguan makhluk halus berdasarkan keterujaan beliau terhadap kesan rawatan perawat lain yang guna kaedah yang sama. Lantas daripada itulah beliau secara tak sedar atau disedari berniat dan melangkah mencari ilmu demikian.

Apabila dipilih guru tersebut, dia menerima segala ajaran guru, bersalam dan diisi guru tersebut dengan amalan guru maka beramallah murid tersebut sebagaimana gurunya beramal. Walaupun beliau tidak sedar apakah kaedah ijazah dan pengisian ilmu betul atau tidak, tidak dapat dipastikan asal sahaja dia menerima ilmu.

Apabila dia merawat, dia pasang niat dari awal lagi. Ayat ini sekian-sekian. Oleh kerana niat awal menuntut ilmu sudah demikian ditambah dengan kelemahan pegangan tauhid maka beliau pun bersungguh-sungguh membaca AQ berdasarkan niat sangat khsusus. Misal kata kalau dia baca ayat 1 tidak menjadi dia anggap ayat 1 tidak berkesan lantas dipilihnya ayat 2. Apabila ayat 2 tak berkesan dia pilih ayat lain pula.

Katankanlah seluruh ayat yang dihafalnya tidak berkesan maka dia berputus asa dan menghentikan rawatan!

Maka inilah kesan akibat bertuhankan ayat.

Sebenarnya jika mahu elak perkara demikian ia ada dua cara. Pertama fahamkan dulu apa itu tauhid dan kebergantungan kita kepada Allah dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Kedua mengikut kaedah beramal yang betul yakni betulkan niat beribadah atau membaca semata kerana Allah.

Timbul perasaan sangsi, eh kalau niat kerana Allah sahaja maka "tidak menjadilah ayat ini..misal kata ayat 1 ini untuk api..maka kita tidak niat jadi api..maka tak jadilah api...jadi bacaan biasa sahaja.." Ayat ini lahir daripada pemahaman yang salah terhadap Kalamullah dan juga kaedah ibadah yang benar.

Sepatutnya beliau mesti faham setiap bacaan dan wirid kita WAJIBLAH semata-mata kerana Allah. Melahirkan rasa tuntas tulus ikhlas kepada Allah memang payah. Maka ia perlukan riyadoh atau latihan ruhaniah. Dalam riyadoh ada wirid, doa dan ayat al quran. Maka semua sekali amalan ini didahulukan dengan niat semata-mata kerana menuntut redho dan rahmat Allah ta'ala.

Dan inilah kaedah perubatan rahmaniah.

*Saya menawarkan pengajian Ilmu Hikmah Nur Makrifah. Ilmu hikmah terdiri daripada Ayat Al Quran, wirid, zikir dan doa tertentu yang diwarisi daripada para ulamak ilmu hikmah yang asli. Nur Makrifah bermaksud cahaya yang memberikan pengenalan kepada Allah. Setiap lelaku dan kaedah dalam Ilmu Hikmah Nur Makrifah bersumberkan kefahaman yang jelas tentang sifat, zat dan af'al Allah ta'ala. Apabila tauhid sudah mantap atau kefahaman sudah diperolehi (tidak lama pun untuk mengetahuinya bukan mengaji secara akademik tetapi langsung dipancarkan ke dalam hati nurani murid) baharulah segala gerak kerja mencapai sasaran yang diingini.  IHNM bukan untuk mereka yang malas, mahu cuba-cuba dan sebagainya. Khusus untuk yang serius sahaja. IHNM merupakan pakej yang lengkap dan pemahaman yang jelas tidak sama sama sekali dengan kursus rawatan Islam yang berlambak di luar sana. Setakat ini sudah ada beberapa orang murid dan bakal murid mahu mempelajarinya. Suatu gabungan ilmu hikmah yang dimulai dengan penyucian wadah, roh dan semangat murid, pemancaran nur makrifah dan pengamalan ilmu hikmah asli yang  dipantau dari semasa ke semasa.  Berhubung segera kerana saya tidak meletakkan pengajian IHNM ini di iklan di mana-mana khusus bagi pembaca blog saya ini sahaja.

*Ya Allah, dengan izin, redo dan rahmatMu hamba memohon, bukakanlah hati bagi pembaca entri ini untuk memahami dan mengerti akan tulisan ku ini  masuk ke dalam hati sanubari mereka. Ya Allah kuatkanlah hasrat hati mereka untuk mencari dan menemui ilmu yang haq serta menolak ilmu yang bathil yang ada dalam diri mereka. Ya Allah selamatkanlah kami semua daripada tipudaya syaitan dan nafsu jahat yang ada pada diri kami sendiri sehingga kami buta, tuli dan pekak untuk mencari rahmat dan keredhoanMu. Ya Allah bukakanlah, kuatkanlah dan permudahkanlah bagi setiap pembaca entri ini sama ada yang sedang mencari kebenaran dalam ilmu  yang telah dituntut ataupun bagi pembaca entri yang sedang mencari ilmu hikmah yang haq untuk menemui ilmu hikmah yang haq yang muktamad yang memenuhi hati nurani mereka sehingga merasa bercukupan dan bersyukur di atas limpah kurnia rezeki dan rahmatMu Ya Allah. Birohmatika Ya Ar haman rahimin.

Amin Ya rabbal alamin.

Isnin, 25 Oktober 2010

Pengalaman Mengubat : Migrain 10 Jam

Semalam selepas saya datang ke rumah pesakit kanser (entri sebelumnya) dan mendoakan pada air dan inggu untuk ubat sapu, saya mendapat sms daripada seorang rakan Zairul namanya. Saya membuka sms itu selepas saya solat mahgrib di masjid. Oleh kerana saya mengejar masa kerana pada malamnya harus merawat jarak jauh pula pada pesakit yang telah booking, saya membaca doa semasa saya berjalan sahaja berdasarkan nama penuhnya. Semasa saya tiba dalam kereta saya duduk sekejap dan dalam masa 20 minit saya buat lagi.

Mengakses

Saya mengakses nur daripada kalimah dalam AL Quran dan juga akses nur makrifah daripada zikrullah dengan diniatkan khusus untuk penyembuhan sakit kepalanya. Dengan tiga kali hembusan dan jurus telapak tangan nur hikmah (semua ini diajar dalam Ilmu Hikmah Nur Makrifah) dalam 20 minit saya sudah rasa memadai dan mencukupi sebelum saya ke pasar raya membeli barang keperluan dapur.

Semasa berjalan di pasar itu juga saya meniatkan terus menerus menyalurkan Nur Makrifah. Mungkin pengunjung pasar raya agak pelik melihat saya kadangkala berdiri tegak seperti Alif :) dan kadangkala pejam mata khusyuk di depan rak barang-barang. Sebenarnya selain saya meniatkan terus menerus menyalurkan Nur Makrifah inti syifak itu, saya juga memasukkan Permohonan. Inilah apa dikatakan oleh orang tua-tua yang arif lagi bijaksana, MEMASUKKAN PERMOHONAN DALAM ZIKIR. Kaedah ini ada diajarkan dalam inti pelajaran Ilmu Hikmah Nur Makrifah. Sila hubungi saya via email, sms, telefon jika mahu belajar dengan saya. Keahlian seumur hidup.

Kemudian saya SMS kawan saya itu bertanyakan bagaimana keadaannya. Selang 30 minit rakan saya membalas dengan SMS nya berbunyi begini:

"Terpana kejap den...rasa macam angin pusar atas kepala..Den terbaring dari pukul 10.00 pagi tadi. tapi sekarang kira-kira 95% sudah tidak ada rasa sakit lagi. Engkau JANGAN BUKAK PUSAT RAWATAN LAH....Bukak HOSPITAL TERUS!."

La hau la wala quwwata illa billah.
Masya Allah Quwwata illa billah.

Saya hanya membalas:

"Alhamdulillah....ko bersyukurlah pada Allah. Den ikhtiarkan jo."

Secebis

Begitulah secebis pengalaman saya yang serba sedikit ilmu ini. Pengalaman saya ini membuktikan bahawa berdoa dan memohon pada Allah tidak semestinya di atas sejadah , ada wuduk, mengadap kiblat dan waktu mustajab. Tetapi juga berdoa boleh dimana-mana dan bila-bila masa sahaja. Yang penting rasa kebergantungan dan keyakinan kita terhadap Allah Yang Maha Gadang.

Bukannya dibuat-buat

Rasa kebergantungan dan keyakinan bukannya boleh dibuat-buat. Bukannya boleh dibangunkan atas ilmu zahiri. Bukan pula diatas kecekapan dan kerajinan kita membaca buku falsafah buku teologi buku pemikiran agung manusia bukan pula buku-buku tasawuf dan hakikat.

Tetapi ia diperolehi dengan cara mendekatkkan diri kepada Allah dan melazimi mengingatiNya dengan penuh seluruh dan tidak menghadkan keyakinan pada akali semata-mata.

*Perhatian bagi pesakit migrain silalah berjumpa dengan saya atau SMS sahaja jika ada migrain dan mahu merawatnya sehingga sembuh ke akar umbi. Jika tidak percaya hubungi saya sewaktu SEDANG SAKIT MIGRAIN dan saya akan buktikan dengan secebis ilmu Allah berikan ini, sakit kepala itu boleh hilang dalam beberapa minit sahaja walaupun sudah separuh hari anda mengalami sakit migrain tersebut.

Program / Kursus MEGA Super Spiritual

 Program Gemblengan MEGA Super Spiritual - “Zero to Hero” “Apabila disebut spiritual bukan semata-mata pengubatan bahkan melibatkan hubungan...