Rabu, 19 Mac 2014

Program Ilmu Hikmah dan Rawatan Islam

Assalammualaikum.

Di sini kami ingin mewar-warkan akan mengadakan Program Ilmu Hikmah dan Rawatan Islam bagi sesiapa yang berhajat dan mahukan kesembuhan daripada segala penyakit dan gangguan.

Program kami buat ini tiada di tempat lain special daripada kami hasil pengalaman kami dalam bidang rawatan ilmu hikmah dan metafizik sejak belasan tahun lalu.

Bagi yang berminat sila tetapkan

1. Tarikh
2. Hari
3. Masa

Yang anda sesuai. Segala program keilmuan  dan rawatan adalah secara berdepan.

Kami bersedia menerima kunjungan anda atau kami ke rumah anda untuk program keilmuan dan rawatan yang mengkhusus apa jua masalah anda alami.

Kami buka

7 hari seminggu
Masa perkhidmatan dari jam 9 pagi - 11 malam
Untuk kes kecemasan terus hubungi kami.




Selasa, 18 Mac 2014

Ke mana menghilangnya pesawat MH370?

Kehilangan pesawat MAS MH370 amat menggemparkan negara. Kehilangan pesawat bukanlah satu perkara baharu. Sama ada pesawat yang hilang di Segitiga Bermuda hinggalah kawasan lain di seluruh dunia kehilangan pesawat selalu dikaitkan dengan rampasan, masuk ke alam ghaib atau musnah hancur dimana-mana.

Kalau anda rajin mencari maka anda akan jumpa betapa banyaknya pesawat telah musnah terhempas atau mengalami kemalangan di udara. Sukhoi Superjet 100 milik Russia yang sedang dalam aktiviti promosi di Indonesia beberapa tahun lepas telah berlanggar dengan Gunung Salak Bogor yang sentiasa dilitupi kabus.

Kononnya penghuni alam ghaib di Gunung Salak tidak menyukai juruterbang pesawat Russia yang angkuh dan sombong ketika mengemudi pesawatnya ketika melintasi pergunungan di sekitar tersebut. Akibatnya Sukhoi itu telah berlanggar dengan Gunung Salak dan kesemua anak kapal dan awak-awaknya mati.

Begitu juga dengan pesawat Adam Air yang hilang di laut di Indonesia. Ia hilang dari radar dalam keadaan cuaca buruk sebelum ditemui serpihan pesawat beberapa minggu kemudian manakala tiada dijumpai sebarang jenazah penumpangnya.

Banyak lagilah peristiwa pesawat terhempas sama ada ketika hendak berlepas ke udara, ketika berada di udara atau ketika hendak mendarat. Masihkah anda ingat pesawat Nigeria Airlines yang berlepas dari lapangan terbang Jeddah tak lama berlepas pesawat itu kehilangan kawalan menyebabkan pesawat terhempas dengan muncung pesawat menjunam terlebih dahulu!

Begitu juga bagaimana Saudi Airlines dilanggar oleh pesawat Russia Illyushin dari Kazakhastan menyebabkan 349 mati sama ada di udara terbakar atau terhempas dari ketinggian tiga puluh ribu kaki lebih di ruang udara New Delhi India!

Anda dapat bayangkan sebuah pesawat yang membawa pelajar sekolah dilanggar oleh DHL di Jerman hingga terbelah dua dan kanak-kanak berterbangan diudara diregut oleh graviti bumi!

Atau anda dapat bayangkan bagaimana pesawat Air France menjunam ke Lautan Atlantik dan ditemui seminggu kemudian dan kotak hitamnya ditemui dua tahun kemudian!

Anda masih ingat bagaimana sebuah peswat membawa sejumlah pemain muda Manchester United yang sedang meningkat naik telah terhempas ketika mencuba kali ketiga mahu berlepas dalam cuaca buruk bersalji!

Dan kini giliran kita pula, iaitu syarikat penerbangan milik negara yang pertama iaitu MAS hilang entah kemana!

Sebelum ini pun pesawat MAS pernah dirampas pada tahun 70-an sebelum penerbangan pesawat itu diarahkan ke Singapura malangnya berlaku sesuatu di ruang kabin atau kopkit mengakibatkan peswat malang MAS itu hancur berkecai terhempas di Tanjung Kupang Johor.

Biarpun orang mengatakan kemalangan udara lebih sedikit risiko daripada kemalangan di darat tetapi sekali kapal terbang kemalangan ia membabitkan ratusan nyawa sebagaimana berlaku perlanggaran antara pesawat KLM milik Belanda dengan pesawat Pan Am di Tenerife seminggu sebelum pesawat MAS kemalangan di Tanjung Kupang!

KLM-Pan Am membabitkan kehilangan nyawa lebih 500 ratus orang serta merta!

Disaster!

Ngeri bukan? Kalau anda menaiki pesawat untuk urusan tertentu janganlah anda terlalu berseronok. Fikirlah keselamatan anda dan bersedialah dengan segala kemungkinan.

Industri penerbangan sejak diperkenalkan di dunia telah menjana billion suatu perniagaan yang sangat menguntungkan!

Namun nyawa manusia dalam 1 trip penerbangan membabitkan sejumlah warganegara dunia, ratusan manusia, terdiri daripada pelbagai peringkat usia daripada bayi kanak-kanak wanita orang dewasa hingga golongan tua.

Terdiri juga daripada pelbagai lapisan status sosial dari pekerja biasa pesara pelancong muda pelajar pengajian tinggi menteri...Inilah taruhan terbesar sekali dalam satu pengangkutan mega di udara.

Dan MH 370 telah memberikan kita rasa itu. Rasa sedih takut terperanjat kecewa trauma memang tidak dapat dielakkan lagi hatta penumpang itu tiada pertalian darah.

Kita akan membayangkan bagaimana suatu hari nanti kita ditakdirkan berada dalam sebuah pesawat yang bermasalah sama ada enjinnya terbakar, pilotnya dibunuh kerana pesawat dirampas atau pergelutan dengan senjata api dalam kabin hingga membocorkan dinding pesawat atau lebih menakutkan ledakan bom jangka atau kita sendiri menyaksikan pesawat menjunam dan segala di depan dan dimata kita dikeronyok dnegan dahysatnya hingga gelombang maut tiba di mana kita duduk dengan kejapnya di kerusi bertali pinggang keselamatan pesawat!

Semoga MH370 ditemui. Kalau ia pun dirampas biarlah penumpangnya selamat yang lain2 kita tak mahu fikir namun apapun yang lain2 yang menyebabkan pesawat itu hilang membelok ke arah lain bagaimana segala alat pengesanan pesawat dimatikan akan lebih menonjol ingin diketahui orang.

Hingga aspek keselamatan di lapangan terbang hingga terlepas manusia berpasport palsu. Inilah suatu puzzle yang melengkapkan atau menyempurnakan bagaimana pesawat itu hilang dirampas atau apanya.

Kalau saya sebolah-bolehnya elakkanlah menaiki pesawat melainkan untuk ke Makkah Madinah atau atas urusan pekerjaan urusan silaturrahim dan tujuan baik-baik sahaja. Agar kalau apapun musibah berlaku nanti kita akan pulang dengan tenang ke hadratNya.

Kalau pilot pulang dengan kebanggan menyarung seragamnya serta membawa bersama segala kemahiran dan profesionalisme serta kerjayanya sewaktu musibah melanda pesawat yang dikemudikannya kita bawalah niat yang murni dan suci dan pasrah serta tawakal kepada Allah ta'ala.

Apapun selagi kita boleh perbaiki kesilapan dan kelemahan maka baikilah. Marilah kita belajar daripada peristiwa MH370 ini jangan terlalu meyakini pesawat itu tercanngihlah terselamatlah dll hingga pergantungan harap perlindungan daripadaNya tiada langsung.

Jangan tinggalkan doa menaiki kenderaan dan sentiasa berdoa dan berzikir sewaktu menaiki pesawat. Renungilah awan gemawan kaki langit matahari dan segala fenomena alam sewaktu kita berada beribu kaki di atas udara akan pencipta maha segalanya yakni Allah sehingga kita rasa mendekat denganNya dan perasaan kita menjadi halus berseni bukannya berasa takabbur bangga seronok sampai menogok arak atau mengibaskan nafsu dengan benda-benda disekeliling kita yang alpa dan lalai kerana ia mengundang bala Allah ta'ala.

Saya rasa sudah sampai masanya MAS lebih Islamik, lebih bersopan pramugarinya dalam berpakaian menghindarkan arak walau untuk penumpang non-muslim dan lebih mengutamakan untaian kata nasihat renungan dan hikmah sewaktu di ruang udara selain mengingatkan waktu solat bila ia tiba serta memudahkan penumpang berwuduk.

Bukankah kita sebuah negara Islam mengapa kita tidak boleh Islam lahir dan batin mengapa kita mestiu meninggalkan Islam dan agama ketika kita berjaya melakukan sesuatu ketika kita berjaya berada di puncak ketika kita terawang-awang terbang di awan nan tinggi. Alangkah mulianya kita kalau manusia itu kembali kepada fitrahnya sewaktu perencanaan akalnya dikabulkan Allah menjadi realiti.

*Dalam renungan saya pesawat itu telah pun mendarat dan anak kapal dikumpulkan di suatu tempat. Lagi cepat kita mencari mereka insya Allah kebarangkalian hidup adalah tinggi melainkan kapal itu mendarat di dasar laut Hindi terserahlah kepada Allah ta'ala biarlah kita berusaha bersungguh-sungguh ditambah doa dan tawakal serta penambahbaikkan dan penghijrahan sistem kita ke arah lebih baik lagi. 




ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...