Isnin, 28 November 2016

Gemblengan Lengkap Buka Mata Batin,Terawangan,Teropong,Raga Sukma dan Meneroka Alam Ghaib

Assalammualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh

Gemblengan Lengkap Buka Mata Batin,Terawangan,Teropong,Raga Sukma dan Meneroka Alam Ghaib 

Dengan izin Allah, kami buka Program Gemblengan Buka Mata Batin atau Terawangan atau Buka Hijab Alam Ghaib, Raga Sukma yakni membawa sukma mengembara satu tempat ke satu tempat yang lain tanpa membawa jasad dan komunikasi ghaib yakni berhubung bercakap berbual dengan makhluk ghaib sama ada hantu,jin dan sekelian makhluk Allah bila diziinkanNya,tanpa bakat sekalipun walau anda seorang yang tidak percaya sekalipun,anda miskin, anda kaya, vvip (byk yg ambil krn vvip menggunakannya utk 1001 manfaat drp hap benteng diri hingga meramal saham) dengan syarat anda sedia untuk belajar,belajar dan belajar membuka minda, hati dan fikiran dgn sesuatu yang baru dlm hidup anda, kami sedia membimbing sampai jadi!

Teknik yg kita kembangkan ini sangat berbeza dg perguruan lain dapat dipelajari untuk semua agama dan kepercayaan krn ternyata untuk menguasai ilmu itu tdk perlu oborampe atau sesajian,syirik musyrik, tanpa perlu puasa ataupun tirakat. Bahkan tidak perlu dzikir-wirid maupun baca mantra apapun. 

Dengan menggunakan FORMULA RAHSIA kami ini in sya Allah impian anda utk melihat,menguasai, mengetahui, meneroka segala yang bersifat ghiab akan jadi kenyataan.
Secara umumnya proses utk mengusai mata batin adalah seperti berikut,

Pertama 

Gemblengan Tafakur/Meditasi Mencapai Keheningan

Diajar rahsia tafakur/meditasi/tawajuh yang sebenar-benarnya, rahsia para mursyid arifbillah dan para org yang khusus, bagaimana menyusun mengawal fikiran dan mengalihkan suara batin yang bergejolak, dan mengganggu sehingga dapat ditemukan ketenangan.

Tanpa masa yang lama, bertahun-tahun, berjam-jam cukup dalam hitungan minit puncak ketenangan yang diperlukan akan dapat dirasakan atau dialami, setelah itu diberi petunjuk untuk langkah selanjutnya. Kalau belum mencapai kami akan terangkan dimana kesalahan harus diperbaiki bukannya meninggalkan anda terkontang kanting tanpa arah seperti dilakukan oleh guru palsu yg menyalahkan murid bila gagal buka mata batin!

JIka anda berjaya, ditahap ini sudah pun mata batin anda sudahpun terbuka dengan dimulai melihat pemandangan atau tempat yg belum pernah dilihat sebelumnya. 

Ciri alam ghaib ialah

-Disana suasananya remang, spt  senja krn tdk ada sumber cahaya.
-Tidak ada bayang-bayang
-Tidak ada tumbuhan atau dedaunan yg bergerak kerana tiada angin
-Kalaupun ada mahkluk yg bergerak, mrk bergerak dlm diam
-Tdk ada yg kontras semuanya tembus pandang
-Hening sunyi adem
-Belum pernah kita lihat sebelumnya atau tdk akan ditemukan di alam nyata.

Kedua 
Gemblengan Tafakur/Meditasi/Tawajjuh Penyucian 

Sebagaimana diketahui bahwa setiap manusia memiliki aura-aura gelap semua manusia melakukan kesalahan dan dosa, aura ini akan menghalangi kita untuk berinteraksi dgn ghaib, dlm kehidupan nyata akan membuat kita sulit mendapatkan rezeki, tidak disukai org, sering sial mau pun gagal dlm meniti karier. 

Dlm tahap ini akan diajarkan bagaimana mengikis aura negatif dan menggantinya dgn aura positif.
Apabila dilakukan dgn benar sesuai petunjuk, maka akan dirasakan perbezaan dlm diri, lebih 'sejuk' dan percaya diri. Dlm teknik ini juga, peserta akan mengetahui perbezaan antara khayalan dan kenyataan, diberi kefahaman kalau sukma sudah keluar dari raga atau belum dan mengetahui meditasinya sudah tepat atau salah.

Ketiga
Gemblengan Memasuki Alam Ghaib Dengan Profesional

Setelah tahu bagaimana mengeluarkan sukma dan tahu alam ghaib, maka praktik selanjutnya adalah bagaimana caranya memasuki alam ghaib, lalu setelah setelah masuk ke sana, bagaimana cara melakukan perjalanan, sopan santun dan etikanya supaya tdk terjadi pertentangan dan kalau ketemu dgn penghuni alam ghaib/alam jin. 

Bagaimana cara menyapa dan komunikasi dgn mereka, selanjutnya bagaimana keluar dr alam ghaib dan kembali memasuki raga.

Keempat
Gemblengan Lebih Jauh Meneroka Alam Ghiab

Setelah bisa memasuki alam ghaib, bagaimana cara memanggil atau mendatangkan ghaib yg tinggal di alam ghaib supaya datang ke alam nyata, peserta diajari tekniknya dan diminta mempraktikkan dan menceritakan hasilnya, lalu diajarkan bagaimana cara berkomunikasi dengannya.

Lalu bagaimana kalau ada yang mahu berdialog dengan kita, jadi pertamanya kita harus tahu namanya, sosoknya, kemampuannya. Kita juga harus tahu bagaimana menamatkan dialog. Dialog ini untuk tahu apakah kehidupan, hal ehwal makhluk atau komuniti ghaib di alam sana dll.

Selain sebangsa jin, teknik ini juga dapat berkomunikasi dengan roh leluhur, rahsia nasab keturunan kita, mengetahui apakah akar punca gangguan saka dialami dll banyak lagi faedahnya.

Kelima 
Gemblengan Ilmu Teropong Yang Sempurna

Diajar rahsia teknik teropong alam ghaib yang sebenar-benarnya dan melihat tempat yang jauh, malah diajari bagaimana membezakan antara siluman,puaka,syaitan,iblis,hantu dan sebagainya jenis2 darjat2 makhluk ghaib yang baik dan jahat agar kita dpt berwaspada dan mengubati org dgn ubat yang tepat dan mustajab, in sya Allah.Bukan sekadar nampak lembaga, kilas-kilas begitu aja, bayang2 saja tanpa dpt mengenalpasti dgn tepat dan jitu. Malah diajar bagaimana memperbaiki rupa wajah makhluk ghaib yang tdk menganggu agar jd wujud yang sempurna dan mereka kembali ke alam tanpa ganggu manusia lagi.

Keenam 
Gemblengan Raga  Sukma atau Rogoh Sukma 

Ini adalah ilmu yg nyaris musnah, saat melakukan ragasukma, maka kita akan masuk ke dimensi mereka sehingga antara ghaib dan kita bisa saling bersentuhan, merasakan halus/kasarnya kulit mereka juga bisa mencium aroma mereka. Sangat sedikit hampir pupuslah dpt dikatakan telah tiada orang yang menguasai ilmu rogo sukma setingkat selevel ini. Bersedialah anda!

Ke enam tahap pelajaran di atas sebetulnya dalam Perbendaharaan Rahsia Ilmu Allah masih tingkat dasar, masya Allah betapa luasnya ilmu Allah itu kan. Oleh itu anda akan dilengkapi ilmu2 ketabiban khas drp saringan madu pengalaman Ustaz Ali yang hampir 16 tahun menekuni dunia perubatan ketabiban.

Namun bagi yang mempelajari keilmuan di atas dengan segera dlm bulan November hingga Disember ini saya akan ajarkan Ilmu Ketabiban Rawatan Sihir dan Gangguan Ghaib secara PERCUMA sbg bonus belajar keilmuan diatas. 

Cantik bukan offer ini?

>Lama belajar ustaz?

Minima 3 hari 3 malam  tapi kalau dapat luangkan masa lebih lama silakanlah tanpa halangan maksimum 7 hari. Selepas tu nak belajar lagi nak matangkan ilmu yg dah dipelajari bila2 masa boleh.

>Lokasinya ustaz?

Di Muar, Johor. Lokasi tepat sy berikan location bagi yg confirm belajar tak jauh drp Pusat Bandar Maharani, rumah kampung yang selesa.

>Tempat tinggal?

Bagi anda yang tidak kisah, boleh tinggal di homestay di tempat saya tu tanpa perlu bayar sewa. Yuran belajar sudah termasuk. 

>Saya pernah belajar ilmu lain sebelum ni ustaz?

Boleh ilmu apapun asalkan bukan ilmu berdamping dgn syaitan, pemujaan dll.Kalau belajar ilmu hitam sebelum ni tapi belajar ilmu ini untuk bertaubat silakan, tapi ilmu hitam anda tu akan musnah kosong dr dada anda. DILARANG KERAS YANG NIAT MAHU TEST, SAYA BUKAN TEST PEN YA, KALAU ANDA BINASA KRN TEST SAYA BUKAN TGJWB SAYA DUNIA AKHIRAT, INGAT NO TEST PEN!

>Tak langgar syariat ka ustaz?

Masya Allah, saya sendiri ustaz dan mengaji Tauhid Akidah Ahlul Sunnah Waljamaah. 

>Solat sy buat dan adakala tinggal boleh belajar?

Solat tu tgjwb anda kpd Allah bukan kpd saya, jd tunaikan solat ikhlas berubudiyyah kpd Allah bukan utk tujuan sesuatu benda dan perkara, tujuan ibadah ialah keredoan Allah. Jadi tak perlu disangkal lagi. 

>Akhir sekali, berapa yuran belajar ustaz?

Yuran belajar utk belajar dlm tempoh promo bulan November hingga Disember sempena cuti Sekolah ini ialah RM9000. (Yuran belajar asal 3x kali ganda.) 

Jadi rebutlah peluang ini. Bagi anda yg penat cari ilmu habis ratus ribu, pasti akan menangis kesyukuran bila dgn mahar tak sampai 10k anda belajar ilmu langka yang dibuktikan ditempat bukan bagi amalan pulang tak dpt buat, TIDAK. ANDA BUAT SAMPAI JADI TEMPAT KAMI!!!
Jadi spare elok2 masa hari dgn kami.

>Boleh hutang tak?

Maaf tak boleh.

>Boleh rahsiakan privasi?

Ya, maklumat murid sy dilindungi sepenuhnya . Yg sy masukkan testimoni atas persetujuan mereka murid saya kalau yg vvip nak rahsia silakan sy rahsiakan ada beberapa vvip belajar sy rahsiakan.Kemas.Profesional.

Cepat, rebutlah peluang keemasan ini. Ilmu tiada tarikh mati, Tiada turun nilai, tiada tarikh luput, tiada basi dan sentiasa berguna sepanjang hidup. Ilmu di atas dpt diajar semula kpd org lain selepas anda yakin membimbing sukma org lain ke alam ghaib, kalau tak yakin cukup buat pakaian diri saja. Buat apa ambil risiko. Heheh.

Hubungi
Ustaz Ali As Samaniyyah al Faqir
013 642 1228

Selasa, 22 November 2016

Memusnahkan Sihir Dengan Gerak Rohaniah

Allah berfirman dalam surah Al-'A`rāf:146

"Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya."

***

Semalam semasa nak deal rawatan dengan seorang pesakit dr Pahang, beliau meminta tolong saya tgkkan dulu suaminya dr jauh. Sy dah mengantuk sangat lepas dgr ceramah umum dan membaca kitab sair.

Tapi layan je lah sebab dah  dia terdesak.  Tak tau bagaimana nak mula. Jadi kembali kpd asas sy hanya mengucapkan dua kalimah syahadah dan halakan telapak tangan ke gambar pesakit. Terkuap-kuap menahan kantuk. Allahu!

Kemudian saya berdoa kesembuhannya melalui wasilah Rasulullah dan para auliya Allah dlm tafakur yg mendalam. Selesai. Sembuh ka jadi tak jadi kerja Allah. Kerja saya dah begitulah seadanya.

Alhamdulillah dgn rahmat pertolongan Allah pesakit bangun pagi dah baik tak sakit langsung dah dgn bau busuk sebanyak 2 x kesan musnahnya gangguan yg menyebabkan pesakit sakit seluruh badan.

Alhamdulillah wa syukurillah.

Apapun rawatan bersemuka dan intensif diperlukan juga krn gangguan bercampur baur antara gangguan saka dan sihir.  La haula wala quwwata illa billah.

Bagi yang mahukan rawatan dan keilmuan hubungi no tertera.

*belajar biar bersanad drp yg ahli, buangkan ego dan sombong dan bersikap terbuka serta berjiwa besarlah.

013 642 1228
Ust Tabib Ali




Kisah Garam dan Telaga

Tersebutlah kisah zaman dulu Pak Tua yang bijak. Pada suatu pagi, datanglah seorang anak muda yang sedang dirundung banyak masalah. Langkahnya gontai dan rauh wajahnya kusut.
"Kamu itu, memang kelihatan seperti hadapi masalah,"
Anak muda itu pun menceritakan semua masalahnya. Pak Tua hanya mendengarkannya dengan saksama. Setelah selesai anak muda itu bercerita, Pak Tua mengambil segenggam garam dan meminta anak muda itu untuk mengambil segelas air. Ditaburkannya garam itu ke dalam gelas, lalu diaduknya perlahan. “Cuba minum air ini.”, ujar Pak tua itu.
“Argh! Masin sekali”, jawab anak muda itu tak tahan.
Pak Tua itu tersenyum. Pak Tua lalu mengajak anak muda itu untuk berjalan ke tepi telaga di dalam hutan dekat tempat tinggalnya. Kedua orang itu berjalan berdampingan, dan akhirnya sampailah mereka ke tepi telaga yang tenang itu.
Pak Tua kembali menaburkan segenggam garam, ke dalam telaga itu. Dengan sepotong kayu, dibuatnya gelombang mengaduk-aduk dan tercipta riak air, mengusik ketenangan telaga itu. “Cuba, ambil air dari telaga ini, dan minumlah anak muda itu.
“Bagaimana rasanya?”.
“Segar."balas anak muda tersebut.

“Apakah kamu merasakan garam di dalam air itu?”, tanya Pak Tua lagi.

“Tidak”, jawab si anak muda.
Dengan bijak, Pak Tua itu menepuk-nepuk punggung si anak muda. Pak Tua lalu mengajaknya duduk berhadapan, bersimpuh di samping telaga itu. “Anak muda, dengarlah. Masinnya kehidupan, adalah layaknya segenggam garam, tak lebih dan tak kurang. Jumlah dan rasa masin itu adalah sama, dan memang akan tetap sama.
“Tapi, kemasinan yang kita rasakan, akan sangat tergantung dari wadah yang kita miliki. Kemasinan itu, akan didasarkan dari perasaan tempat kita meletakkan segalanya. Itu semua akan tergantung pada hati kita. Jadi, saat kamu merasakan kemasinan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu hal yang dapat kamu lakukan. Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kemasinan itu.”
Pak Tua itu lalu kembali memberikan nasihat. “Hatimu, adalah wadah itu. Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu adalah tempat kamu menampung segalanya. Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah laksana telaga yang mampu meredam setiap kepahitan itu dan merubahnya menjadi kesegaran dan kebahagiaan.”
Keduanya lalu beranjak pulang. Mereka sama-sama belajar hari itu. Dan Pak Tua, si orang bijak itu, kembali menyimpan “segenggam garam”, untuk anak muda yang lain, yang sering datang padanya membawa keresahan jiwa.

Isnin, 21 November 2016

Pesan Walisongo agar kita selalu Eling dan Waspada

Antara Ajaran para Walisongo, manusia itu hendaklah sentiasa eling dan waspada. Apa pengertiannya.  eling dan waspada itu?
Eling
Eling bermaksud ingat, maksudnya ingat asal usul kita. Dari Tuhan dicipta melalui air seni sang bapak dan sang ibu kerana kehendak Tuhan (sangkaning dumadi). Pemahaman ini mengajak kita untuk menyedari bahawa tak ada cara untuk menafikkan penyebab adanya diri kita saat ini yakni  Tuhan Maha Esa. Jadi orang harus tahu dan sedar diri untuk selalu manembah/beribadah kepada Yang Mahakuasa Allah Swt.
Eling bahawa kita seharusnya menjalani kehidupan di mayapada ini sebagai syarat utama yang menentukan kemuliaaan kita hidup di alam kelanggengan atau akhirat nanti, di mana menjadi tempat tujuan kita ada di bumi (paraning dumadi). Manembah bukan hanya dalam batas sembah raga atau jasad, namun lebih utama mempraktikkan sikap manembah tersebut dalam pergaulan sehari-hari kehidupan bermasyarakat. 
Di samping manembah kepada Tuhan adalah menjadi keutamaan untuk eling sebagai manusia yang hidup bersama dan berdampingan sesama makhluk Tuhan. Instrospeksi diri atau mawas diri sebagai modal utama dalam pergaulan yang menjunjung tinggi perilaku utama  yakni budi pekerti luhur atau disebut sebagai mulat laku kautamaning bebrayan. 
Dengan melakukan perenungan diri, mengingat atau eling dari mana dan siapa kita punya, kita menjadi, kita berhasil, kita sukses. Kita tidak boleh ngilang-ilangke atau menghilangkan jejak dan tidak menghargai jasa baik orang lain kepada kita. Sebaliknya, eling sangkan paraning dumadi, berarti kita dituntut untuk  niteni kabecikaning liyan
Mengerti dan memahami kebaikan orang lain kepada kita. Bukan sebaliknya, selalu menghitung-hitung jasa baik kita kepada orang lain. Jika kita ingat dari mana asal muasal kejayaan kita saat ini, kita akan selalu berlapang dada untuk membalas jasa baik orang lain pernah lakukan. Sebab, hutang budi merupakan hutang paling berat. Jika kita kesulitan membalas budi kepada orang yang sama, balasan itu dapat kita teruskan kepada orang-orang lain. .
Eling bermakna sebagai pedoman tapa ngrame, melakukan kebaikan tanpa pamrih. Tidak hanya itu saja, kebaikan yang pernah kita lakukan seyogiyanya dilupakan, dikubur dalam-dalam dari ingatan kita. Dalam pepatah disebutkan,” kebaikan orang lain tulislah di atas batu, sebaliknya kebaikan kamu sendiri lakukan dan tulislah di atas tanah”. Kebaikan orang lain kepada diri kita “ditulis di atas batu” agar tidak mudah terhapus dari ingatan. Sebaliknya kebaikan kita “ditulis di atas tanah” agar mudah terhapus dari ingatan kita.
Eling siapa diri kita untuk tujuan jangan sampai bersikap sombong atau takabur. Selalu mawas diri atau mulat sarira adalah cara untuk mengenali kelemahan dan kekurangan diri peribadi dan menahan diri untuk tidak menyerang kelemahan orang lain. Sebaliknya selalu berbuat yang menentramkan suasana terhadap sesama manusia. Selagi menghadapi situasi yang tidak mengenakkan hati, dihadapi dengan mulat laku satrianing tanah Jawi ; tidak benci jika dicaci, tidak tidak gila jika dipuji, teguh hati, dan sabar walaupun kehilangan.
Waspada
Hina dan celakanya manusia bukan tanpa sebab. Semua itu sebagai akibat dari sebab yang pernah manusia lakukan sendiri sebelumnya. Hukum sebab akibat ini disebut pula hukum karma. Manusia tidak akan luput dari hukum karma, dan hukum karma cepat atau lambat pasti akan berlangsung. Sikap waspada dimaksudkan untuk menghindari segala perbuatan negatif  yang mengakibatkan kita mendapatkan balasannya menjadi hina, celaka dan menderita. Misalnya perbuatan menghina, mencelakai, merusak dan menganiaya terhadap sesama manusia, makhluk, maupun lingkungan alam.
Waspada, atas ucapan, sikap dan perbuatan kita yang bisa mencelakai sesama manusia, makhluk lain, dan lingkungan alam.
Waspada terhadap apapun yang bisa menghambat kemuliaan hidup terutama mewaspadai diri sendiri dalam getaran-getaran halus. Meliputi solah (perilaku badan) dan bawa (perilaku batin). Getaran nafsu negatif yang kasar maupun yang lembut. 
Mewaspadai apakah yang kita rasakan dan inginkan merupakan osiking sukma (gejolak rahsa sejati yang suci) ataukah osiking raga (gejolak nafsu ragawi yang kotor dan negatif). Mewaspadai diri sendiri berati kita harus bertempur melawan kekuatan negatif dalam diri. Yang menebar aura buruk berupa nafsu untuk cari menangnya sendiri, egois). Dalam kehidupan bermasyarakat, kita harus mewaspadai diri pribadi dari nafsu mentang-mentang yang memiliki kecenderungan eksploitasi dan penindasan : adigang, adigung, adiguna. Dan nafsu aji mumpung: ing ngarsa mumpung kuasa, ing madya nggawe rekasa, tutwuri nyilakani.
Waspada dalam erti cermat membaca bahasa alam atau nggayuh kawicaksananing Gusti. Bahasa alam merupakan perlambangan apa yang menjadi kehendak Tuhan. Bencana alam bagaikan perangkap ikan. Hanya ikan-ikan yang selalu eling dan waspada yang akan selamat.

Rahsia Bumi

Hakikat Bumi 7 lapis di dalam jagat saghir/tubuh manusia adalah ;
retna, kalbu, jantung, budi, jinem, sukma, dan ketujuhnya yakni bumi rahmat.

1. Bumi Retna; jasad dan dada manusia sesungguhnya istana atau gedung mulia.
2. Bumi Kalbu; artinya istana lman Sejati.
3. Bumi Jantung; merupakan lstana semua llmu.
4. Bumi budi; ertinya istana puji dan zikir.
5. Bumi Jinem; istananya kasih sayang sejati.
6. Bumi suksma; yakni istana kesabaran dan rasa sukur kepada Tuhan; sukma sejati.
7. Bumi Rahmat; istana rasa mulia; rahsia sejati.

Sabtu, 19 November 2016

Wejangan Sunan Kali Jaga Tentang Cangkul

Dalam menuntut ilmu, seseorang dituntut untuk menggunakan fikirannya untuk membaca dan memahami apa-apa yang ada di sekelilingnya. Ketika seseorang  berguru pada arifbillah dalam hal ilmu rasa, maka dia harus 'menggerakkan' otaknya untuk memahami apa yang ada di alam semesta ini. 

KI Ageng Sela/Selo si Penangkap Petir
Ki Ageng Sela yang terkenal namanya lantaran mampu menangkap petir pun pernah berguru pada Kanjeng Sunan Kalijaga. Salah satu wejangan dari Kanjeng Sunan Kalijaga terhadap Ki Ageng Sela adalah tentang Pacul atau cangkul. Ketika itu Kanjeng Sunan Kalijaga menyuruh Ki Ageng Sela untuk 'membaca' hakikat Pacul.

Hakikat Sebuah Cangkul
Pacul atau cangkul adalah adalah salah satu alat pertanian. Para petani menggunakannya untuk menggembur tanah pertanian. Fungsinya memang sederhana, Pacul. Tapi makna yang terkandung di dalamnya sangatlah tinggi.
Dari wejangan Kanjeng Sunan Kalijaga terhadap Ki Ageng Sela, Pacul atau cangkul itu terdiri dari 3 bahagian. Ketiga bagian tersebut adalah: Pacul iaitu bahagian yang tajam dan utama, Bawak iaitu lubang yg menjadi hubungan dan ikatan dengan Doran iaitu batang cangkul itu sendiri sebagai pemegangnya.
Menurut wejangan Kanjeng Sunan Kalijaga, sebuah pacul yang lengkap, tidak akan dapat berdiri sendiri-sendiri. Ketiga bagian tersebut harus bersatu untuk dapat digunakan oleh petani. Apa sebenarnya hakikat dari Pacul, Bawak dan Doran itu?

* Pacul bermaksud memiliki ngipatake barang kang muncul.
Ertinya, menyingkirkan bahagian yang tidak rata dan tidak diperlukan. Dalam hubungannya dengan hakikat, manusia haruslah berbuat baik dengan menyingkirkan sifat-sifat yang tidak rata, seperti ego yang berlebihan, cepat marah, mahu menang sendiri dan sifat-sifat keji kita lainnya yang dikatakan 'tidak rata'.
* Bawak bermaksud memiliki obahing awak.
Erti obahing awak adalah gerak tubuh. Maksudnya, kita manusia hidup ini diwajibkan untuk berikhtiar mencari rezeki guna memenuhi keperluan hidup. Di samping itu, erti ikhtiar tersebut juga bukan hanya bererti mencari rezeki semata, tetapi juga ikhtiar untuk senantiasa manembah GUSTI ALLAH tan kendhat Rino Kelawan Wengi iaitu beribadah kepada Allah siang dan malam.
* Doran bermaksud memiliki  Dongo marang Pengeran ada juga yang mengertikan Ojo Adoh Marang Pengeran adalah doa yang dipanjatkan pada Allah. Pengeran berasal dari kata GUSTI ALLAH kang dingengeri (GUSTI ALLAH yang diikuti). Sedangkan Ojo Adoh Marang Pengeran memiliki erti janganlah kita manusia ini menjauhi GUSTI ALLAH. Manusia harus senantiasa wajib ingat dan menyembah GUSTI ALLAH, bukan menyembah yang lain atau tidak solat lagi.
Ketiga bagian Pacul tersebut tidak dapat dipisah-pisahkan. Kalau digabung, maka ketiganya memiliki erti, manusia hendaknya mampu menyingkirkan sifat-sifat buruknya, berikhtiar untuk mencari rezeki GUSTI ALLAH dan tidak melupakan untuk selalu berdoa dan menyembah GUSTI ALLAH. 

Terbuktilah pacul memiliki hakikat yang cukup tinggi.

Jadi renungkan semua perkara, fenomena, kejadian dan sebagainya utk mendapat rasa memahami hakikat yang mengerlip di alam nan tinggi.

Ilmu Petir Ki Ageng Sela...siap ada keberanian utk menguasainya dan sifatnya multifungsi jika berminat hubungi Ust Ali.

Jumaat, 18 November 2016

Berubat selain cara doktor

Ada tikanya kita tak percaya...setelah semua doktor kita pergi yg ditemui hanya kehampaan... Jadi di masa itulah berperangnya antara akal serta nafsu dan petunjuk dan Hikmah yg muncul dlm ujian sakit tersebut... Tiadalah sesiapapun dpt mengubah pendirian kita terhadap sesuatu hingga diri sendiri mengalaminya... Hanya selepas dirawat baru diketahui penawar itu bukan je diberikan kpd doktor shj malah diberikan juga kpd insan dipilih olehnya... Dan mereka juga mempunyai beragam bentuk kepandaiannya... Tak sama walau bacaan boleh jadi sama ini merupakan tidak lain hanyalah cerminan kekayaan Ilahi.

Selasa, 15 November 2016

Khidmat kepada guru

KISAH SI PENUNTUT ILMU DENGAN GURUNYA.

BENAR KISAH INI. SAYA SENDIRI MENGAMALKANNYA DAN ALAMINYA SEMASA MENUNTUT ILMU HINGGA KINI.

KHIDMAT SEORANG MURID

 "Apabila kita berguru, kita bukan hanya belajar kitab sahaja dengan dia. Murid juga bersuhbah dengan dia, kita bermusafir dengan dia, kita berkhidmat dengan dia. Angkat barang dia, jaga keperluan dia dan jangan tunggu disuruh."

"Khidmat adalah pembuka kepada ilmu, khidmat itu pembuka pintu kepada murid. Kalau alim sahaja, ilmu ada. Khidmat tak ada, akhirnya lahir ulama yang tak beradab. Khidmat ini penting, belajar adab. Kalau kamu boleh khidmat, khidmatlah habis-habisan. Suhbah dengan guru, dan hendaklah kamu bersama dengan orang-orang siddiqin."

"Ada satu kisah, di sebuah pondok pengajian. Ada seorang sheikh yang alim, tetapi sudah tua. Dihujung hayatnya, dia inginkan seorang penganti dirinya, daripada kalangan anak muridnya. Agar, boleh mengantikannya mengajar dan membimbing, anak-muridnya yang lain."

"Sheikh belum nampak lagi ada di kalangan, anak muridnya yang boleh mengantikannya. Ada sebatang pen yang amat disayangi oleh sheikh tersebut. Suatu hari, pen itu dicampakkan kedalam jamban di tempat pengajian tersebut."

"Kemudian, di dalam pengajian, sheikh berkata kepada anak muridnya; "Pen yang amat saya sukai telah jatuh di jamban. Adakah ada di antara kamu yang boleh ambilkannya untukku?"

Yang sorang, selalu duduk depan, anak muridnya buat tak tahu. Yang sorang, buat baca kitab. Yang sorang, buat-buat menghafal."

"Diulang sampai tiga kali oleh sheikh. Ada sesiapa yang boleh ambilkan?"

Tiba-tiba, ada seorang yang menyahut daripada luar; "Sheikh, saya boleh sheikh." Dia ini, selalu khidmat. Selalu sapu sampah, selalu susun selipar pelajar, bersihkan madrasah, khidmat tanpa disuruh. Kalau datang pengajian pon, di belakang."

"Kemudian, anak murid yang selalu berkhidmat ni terjun ke dalam jamban. Dicari sampai jumpa pen syeikh. Kemudian, dibersihkan dan dicuci diberi minyak wangi kasi wangi. Keesokannya, pen itu dipulangkan kepada sheikhnya."

"Sheikh berkata; "Kau yang ambilkan pen ini?" Kata pemuda yang selalu berkhidmat itu; "Ya, sheikh.

Mengalir airmata sheikh. Masya Allah. Kemudian, dia berkata; "Kemarilah." Dekat kepadaku. Dan didoakan oleh sheikh; "Ya Allah, aku redha dia, sebagai anak muridku. Ya Allah. Ya Allah, kau turunkanlah ilmu yang Kau berikan padaku, mengalir kepadanya."

"Terus kabul doa sheikh. Begitulah, Berkat berkhidmat dengan orang-orang soleh. "Khidmat adalah pembuka kepada ilmu, khidmat itu pembuka pintu kepada murid. Kalau kamu boleh khidmat, khidmatlah habis-habisan. Itulah keberkatan. Suhbah dengan guru, bersama dengan orang-orang siddiqin."

Isnin, 14 November 2016

Infak ke jalan Allah

Akhir zaman ini,  insan yang dipinjamkan sedikit kekayaan duniawi yang bijak bukan sekadar buat rumah anak yatim, tahfiz, ibu tunggal, bina masjid, tetapi juga prihatin dgn nasib guru-guru hakikat, guru2 tua yg mursyid, membiayai pembinaan dan pengurusan 'baitul ibadah' atau zawiyah, tempat2 persulukan, majlis zikir dan majlis ilmu kesufian dan ketuhanan.  Ketahuilah itu lebih afdhol tatkala ilmu2 rabbani semakin mendapat tumpuan masyarakat. Ketahuilah stp bata yang disusun atas nama Allah, setiap suapan makanan para arifbillah, ahlullah, salik, atap yg meneduhi ruang suluk, majlis zikir, tausiyah, tazkiahtul nafs, darah daging ahlullah arifbillah tumbuh drp infak kalian kpd mereka akan menjadi saksi teragung diakhirat kelak sekalipun kalian tdk beramal spt amal mereka dan mencapai darjat spt darjat mereka. Inilah yang dikatakan penghulu harta yg berkah spt infak harta yang dicontohkan para isteri dan sahabat nabi di awal penyebaran Islam.

Sesiapa nak membantu agama Allah silalah hubungi Ust Ali 013 642 1228

Rabu, 2 November 2016

Rawatan kaki putus tendon dengan kaedah doa induk al hadid, selawat khusus, dan urutan gerak rohaniah

Sebelum dirawat berdepan

Selepas dirawat
Pesakit mengadu kakinya bersimen berbulan2 akibat tendon putus,  masih belum baik dan sakit.  Selepas saya merawatnya dengan kaedah Gerak Rohaniah Makrifatul Haq,  Doa Induk Besi,  Selawat Hajat Khusus, Doa Penyambung Tulang Alhamdulillah pesakit ini sudah banyak perubahannya.

Siapa nak dirawat silakan
Siapa nak belajar ilmunya pun silakan


Selasa, 1 November 2016

Kembara dan rawatan di Kuala Kuala Lumpur, Shah Alam, Selangor, Hulu Selangor, Tanjung Malim

Kembara dan Rawatan masih diteruskan kali ini saya akan bergerak ke Utara pula. Kuala Lumpur-Selangor-Hulu Selangor-Tanjung Malim. Siapa nak rawatan apa saja blh terus hubungi saya di talian 013 642 1228.

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...