Memaparkan catatan dengan label ilmu perubatan Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ilmu perubatan Islam. Papar semua catatan

Sabtu, 26 Mei 2012

Kelemahan Perawat Amatur Siri 1

Assalammualaikum...

Pengenalan

Perawat amatur merujuk mereka yang baru mengenali dunia pengubatan dan perubatan serta rawatan. Mereka juga baru berkecimpung di arena ini. Lawan kepada amatur ialah profesional. Jadi kerana keamaturan mereka maka banyaklah persoalan yang belum terungkap berkaitan bidang yang mereka baru kecimpung ini. Jika guru jenis yang mudah ditemui dan muzakarah secara maya atau bersuri maka beruntunglah perawat amatur tersebut. Bayangkan kalau guru jenis celup atau guru macam chipsmore sekejap ada sekejap tak ada, habislah murid tersebut. Alamatnya kena terus mencari dan mencarilah. Dikongsi dengan saya pengalaman mereka, ada yang belajar secara pos sahaja dan no telefon tidak lagi boleh digunakan. Ada yang tak angkat pun. Inilah sifat ketidakbertanggungjawapan guru ke atas muridnya. Sama ada guru itu malas atau jenis guru celup inilah yang merosakkan imej peruabatan Islam, perubatan alternatif dan komplimentari. Inilah virus yang boleh merosakkan kepercayaan masyarakat terhadap bidang rawatan alternatif ini. Saya masih ingat lagi suatu tika dulu berlumba manusia menggunakan istilah saintifik konon-kononnya untuk memikat masyarakat belajar ilmu metafizik dengan mereka. Jumlah yurannya boleh tahan ribu-ribuan tetapi selepas itu kini sudah tiada bunyi lagi. Malah berlaku perpecahan dikalangan guru-guru dalam institusi tersebut. Berlaku penipuan dalam masyarakat terutama daripada guru celup dan guru chipsmore ini. Saya tidak mengkritik semua. Ada yang betul-betul menjaga silaturrahim. Guru tersebut bertanggungjawab sentiasa ada komunikasi antara guru-murid. Tidak kiralah dalam bidang ilmu apapun amat penting hubungan guru-murid.

Atas dasar itulah pihak kami menubuhkan grup perawat rahmaniah. Walaupun sudah ada kumpulan lain menubuhkannya namun pihak kami bukan hendak bersaing atau apa-apa. Pihak kami hanya mahukan memberi yang terbaik untuk saudara yang pernah atau akan belajar di sini. Ilmu sentiasa bertambah-tambah. Ia tak pernah berkurang.

Kelemahan perawat amatur adalah logik sebab itulah amat penting hubungan guru-murid sentiasa ada. Dalam konteks ini janganlah murid besar kepala. Jangan tunggu guru hubungi dirinya. Kena sangka baik dengan guru sebab guru kita bukan didik kita sahaja tetapi ramai lagi. Jadi murid haryslah wajib menghubungi guru walau cara apa sekalipun. Jika ada saluran maya gunakanlah saluran itu sebaik mungkin. Jangan patah semangat untuk belajar lebih mendalam. Nikmat belajar kadangkala tidak diperolehi waktu pertama kali temu. Mungkin minggu, bulan tahun selepas itu barulah dirasai nikmatnya menjaga hubungan guru-murid dalam belajar sesuatu ilmu. Kelamahan perawat amatur hanya dapat diatasi dengan petunjuk dan pedoman guru.

Namun kalau perawat itu sendiri sudah tersalah pilih guru celup maka tak dapatlah 'den nolong'. Sebab itulah mencari guru yang benar amat penting bagi mengelakkan hal tersebut berlaku. Guru yang benar akan sentiasa menjaga silaturrahim guru-murid. Murid yang baik akan sentiasa sangka baik dengan gurunya dan sentiasa hubungi dan mempererat silaturrahim jika berkesempatan.

Ilmu Allah luas maka carilah dan galilah. Jangan mudah dengki iri hati apa yang Allah berikan pada hambaNya yang lain. Itukan tanda kebesaran dan keluasan rahmat Allah? Maka dengan sebab itu jugalah orang dulu-dulu dan ulamak dulu belajar berpuluh tahun dari banyak guru sehingga menjadi mantap dan akhirnya murid itu pula menjadi guru.

Isnin, 16 Januari 2012

Belajar Ilmu dan 'kata-kata'

Ilmu perubatan dalam bentuk kata-kata adalah petua dan ilham orang dahulu. Jangan cepat menghukum syirik jika belum tahu dan kenal betul kata-kata tersebut. Sekadar menghukum dengan ilmu yang cetek di dada tak ada gunanya.

Kata-kata itu ada merujuk kepada asal usul. Ada juga kata-kata menyusur hakikat diri dan segala sesuatu. Itulah kekayaan jiwa manusia timur berbanding manusia Barat yang menjadikan falsafah sebagai agama mereka. Kata-kata asal usul dan hakikat segala sesuatu itu bukan falsafah. Ia juga bukan seruan kepada jin dll. Sangat jauh bezanya dengan jampi serapah membabitkan ritual jin.

Kata-kata itu jika digabungkan dengan teknik rawatan hikmah, perubatan Islam dan alternatif, ubatan herba dan kimiawi akan bertambah mustajab iktiyar kita. Kata-kata asal usul dan berhakikat itu luas penggunaannya dalam ilmu perubatan. Sebab itu ada tok bomoh hanya menguasai satu dua kata-kata cukup untuk dia merawat segala jenis gangguan dan penyakit zahir. Tok bomoh juga gunakan sama ada ianya bersih dari syirik atau syirik.

Kalau bersih dari syirik maka sudah tentu ia akan termasuk dalam pengEsaan Allah ta'ala. Jika berbau syirik sudah pasti ada seruan kepada makhluk atau nama sesuatu yang kita sendiri tidak faham atau meragukan sama sekali.

Dalam penurunan ilmu kata-kata asal usul dan berhakikat itu guru hendaklah menjelaskan kepada muridnya makna dan kegunaannya. Namun terpulang pada guru nak terangkan atau diamkan sahaja. Ada hikmah semuanya itu. Kata-kata bukan ayat Al Quran. Contoh kata-kata ialah

DOA yang kita bacakan sendiri mengikut ilham kita.
KALIMAH seperti la hau la wala quwwata illa billah.
Dan lain-lain.

Jadi apa nak syirik dan sesatnya?

Sejauh mana keampuhan kata-kata ini?Ia bergantung kepada tahap kerohanian/iman/taqwa seseorang. Faktor lain, kena kata-kata itu dibacakan di depan gangguan yang benar-benar faham kata-kata itu atau alahan terhadap kata-kata itu. Secebis pengetahuan dan maklumat untuk dikongsi bersama...

Ilmu Hikmah Perubatan masih terus dibuka bagi sesiapa yang berminat untuk menyertainya. Proses belajar dalam masa 1 hari dan muzakarah bila ingin. Teknik yang dibentuk dari pengalamanlah yang terlalu berharga dan menjadi faktor pembeza.

Ilmu Hikmah Perubatan bukan untuk gangguan sahaja malah untuk apa sahaja penyakit zahir. Serta mahu menjaga kesihatan. Orang muda dan orang tua boleh mempelajarinya.

 Ilmu Allah luas kenapa nak disempitkan atau kita biarkan disempitkan oleh orang jahil? Insya Allah, kita punya usaha Allah punya ketentuan. Perlunya perawat Islam dan orang awam melengkapkan diri dengan ilmu perubatan Islam ini dalam dunia hari ini yang kian mencabar.

Malahan sihir terus diamalkan selain masalah saka turun temurun. Dengan adanya variasi ilmu akan melengkapkan diri kita sekaligus menyediakan kita sebagai tabib masyarakat yang kaya ikhtiyar serta kukuh keyakinan diri.

Hubungi terus admin jika berminat belajar sama ada emel atau no telefon sebagaimana tertera di atas.

Program / Kursus MEGA Super Spiritual

 Program Gemblengan MEGA Super Spiritual - “Zero to Hero” “Apabila disebut spiritual bukan semata-mata pengubatan bahkan melibatkan hubungan...