Isnin, 16 Januari 2012

Belajar Ilmu dan 'kata-kata'

Ilmu perubatan dalam bentuk kata-kata adalah petua dan ilham orang dahulu. Jangan cepat menghukum syirik jika belum tahu dan kenal betul kata-kata tersebut. Sekadar menghukum dengan ilmu yang cetek di dada tak ada gunanya.

Kata-kata itu ada merujuk kepada asal usul. Ada juga kata-kata menyusur hakikat diri dan segala sesuatu. Itulah kekayaan jiwa manusia timur berbanding manusia Barat yang menjadikan falsafah sebagai agama mereka. Kata-kata asal usul dan hakikat segala sesuatu itu bukan falsafah. Ia juga bukan seruan kepada jin dll. Sangat jauh bezanya dengan jampi serapah membabitkan ritual jin.

Kata-kata itu jika digabungkan dengan teknik rawatan hikmah, perubatan Islam dan alternatif, ubatan herba dan kimiawi akan bertambah mustajab iktiyar kita. Kata-kata asal usul dan berhakikat itu luas penggunaannya dalam ilmu perubatan. Sebab itu ada tok bomoh hanya menguasai satu dua kata-kata cukup untuk dia merawat segala jenis gangguan dan penyakit zahir. Tok bomoh juga gunakan sama ada ianya bersih dari syirik atau syirik.

Kalau bersih dari syirik maka sudah tentu ia akan termasuk dalam pengEsaan Allah ta'ala. Jika berbau syirik sudah pasti ada seruan kepada makhluk atau nama sesuatu yang kita sendiri tidak faham atau meragukan sama sekali.

Dalam penurunan ilmu kata-kata asal usul dan berhakikat itu guru hendaklah menjelaskan kepada muridnya makna dan kegunaannya. Namun terpulang pada guru nak terangkan atau diamkan sahaja. Ada hikmah semuanya itu. Kata-kata bukan ayat Al Quran. Contoh kata-kata ialah

DOA yang kita bacakan sendiri mengikut ilham kita.
KALIMAH seperti la hau la wala quwwata illa billah.
Dan lain-lain.

Jadi apa nak syirik dan sesatnya?

Sejauh mana keampuhan kata-kata ini?Ia bergantung kepada tahap kerohanian/iman/taqwa seseorang. Faktor lain, kena kata-kata itu dibacakan di depan gangguan yang benar-benar faham kata-kata itu atau alahan terhadap kata-kata itu. Secebis pengetahuan dan maklumat untuk dikongsi bersama...

Ilmu Hikmah Perubatan masih terus dibuka bagi sesiapa yang berminat untuk menyertainya. Proses belajar dalam masa 1 hari dan muzakarah bila ingin. Teknik yang dibentuk dari pengalamanlah yang terlalu berharga dan menjadi faktor pembeza.

Ilmu Hikmah Perubatan bukan untuk gangguan sahaja malah untuk apa sahaja penyakit zahir. Serta mahu menjaga kesihatan. Orang muda dan orang tua boleh mempelajarinya.

 Ilmu Allah luas kenapa nak disempitkan atau kita biarkan disempitkan oleh orang jahil? Insya Allah, kita punya usaha Allah punya ketentuan. Perlunya perawat Islam dan orang awam melengkapkan diri dengan ilmu perubatan Islam ini dalam dunia hari ini yang kian mencabar.

Malahan sihir terus diamalkan selain masalah saka turun temurun. Dengan adanya variasi ilmu akan melengkapkan diri kita sekaligus menyediakan kita sebagai tabib masyarakat yang kaya ikhtiyar serta kukuh keyakinan diri.

Hubungi terus admin jika berminat belajar sama ada emel atau no telefon sebagaimana tertera di atas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...