Jumaat, 29 Oktober 2010

Melayan karenah pesakit yang ada saka

Saka ialah jin warisan turun temurun. Beberapa orang pesakit yang ada SAKA menghubungi saya. Mula-mula hendak datang berubat dan buang saka itu, namun tiba-tiba tidak mahu pula dan diam pula walhal beria-ia benar mahu datang menelefon saya dan setuju dengan syarat-syaratnya tanpa bantah2 lagi. Ada jenis pesakit saka yang suka bermain-main pula dengan saya.

Semalam dia telefon saya menceritakan masalahnya A-Z dan menetapkan tarikh bila mau datang. Saya dengar sahaja kerana dia yang telefon saya. Dua tiga hari kemudian dia email saya dengan panjang lebar menyatakan masalahnya seolah-olah dia tidak pernah menyatakan masalahnya kepada saya sebelum ini dan menetapkan tarikh lain pula.

Kemudian tulatnya dia sms lagi tarikh lain dan menyatakan masalahnya kepada saya lagi. Akhirnya saya maklumkan kalau nak datang pesakit tentukan tarikh, saya catit dan peganglah tarikh itu bukannya main tukar sesedap rasa kerana saya pun ada menerima pesakit lain dan membuat aktiviti lainnya di masa senggang.

Apabila saya check jauh sikit maka saya lihat ini dah macam dualisme personaliti. Maksudnya masa dia cakap dengan saya semalam, bukan dia yang cakap. Esoknya dia cakap, bila dicheck separuh dirinya separuh lagi sakanya. Patutlah demikian jadinya.

Sampai dia mempersoalkan pula apabila saya berkata semua makhluk Allah hatta ikan di lautan dan batu di bukit mendoakan orang beriman-dia komen lagi (saka dia yang komen sengaja cari pasal)dia (saka yang mempengaruhi mindanya ketika itu) mahu dirinya sendiri. Hebat juga saka ilmu silat ghaib ini.

Bila saya sms , kalau tak yakin jangan berubat dengan saya. Tak lama dia balas, dia benar-benar mahu mengubat dan mengakui kadangkala dirinya berada di luar sedar ketika menaip sms dan bercakap melalui telefon dengan saya.

Dia bersungguh-sunguh menyatakan bahawa dia mahu benar-benar saka ilmu sila ghaib itu dibuang habis. Oleh kerana bahana saka itu dia sukar solat, berat dada nak berwuduk sekalipun, Masya Allah. Dia juga menyatakan apakah saya mampu mengubatnya..

Dengan izin Allah, saya mampu dalam masa 5-15 minit sahaja melakukan pembersihan wadah daripada saka baka ini. Dia terkejut dan pelik. Ini kerana sudah ramai perawat berjenama Islam mengubatnya. Serata tanah air dia pergi mana perawat ada laman web dia sudah pergi (walau bukan semua) dan perawat Islam itu ada yang guna kaedah alin telur sahaja dan sakitnya atau lebih tepat siptom penyakitnya iaitu berat dada nak solat dan wuduk tetap berulang. Saya hanya senyum sahaja.

Entahlah apakah perawat Islam tersebut yang dinyatakan dirinya tahu scan itu tidak nampak yang tercongok disebalik tubuh mamat ini. Siap pijak dada dan tikam jantung lagi. Sengal sungguh jin ini. 

Kenapa tak dibuang sahaja jin tersebut....Ilmu Allah kan luas..saya katakan saya mampu buat habis lama 15-20 minit dengan izin Allah. Kuasa Allah tiada terbatas. Kita orang beriman buktikan bahawa ilmu Allah ini lebih hebat dan tinggi daripada ilmu jin atau makhluk ciptannyaNya.

Saya katakan boleh ke datang ke KL (dia dari Singapura) dan duduk lama sikit (bukan apa nak bagi tazkirah sikit kerana faktor kurangnya asas ilmu agama menyebabkan dia banyak ragu-ragu tentang apa saya katakan kepadanya dalam telefon)...

Dia kata...bahkan dengan tok belagak darul saka yang jauh di Shah Alam dia sanggup datang menemuinya....saya terfikir sesuatu hendak bertanya....tapi tenggelam timbul dalam fikiran saya dan kerja yang harus saya selesaikan saban hari....

*Untuk maklumkan pembaca  saya tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan darul saka atau dengan pengasasnya. Apatah lagi dalam praktik kaedah rawatan. Bagi yang kurang jelas boleh menghubungi saya melalui email tertera dalam blog saya ini. Kaedah saya tanpa was-was tanpa melibatkan scan kubro atau kasyaf kubro atau membabitkan psikologi. Saya hanya hamba Allah biasa bukan wali Allah atau hamba khawas. Saya hamba Allah biasa yang hadir membantu dan yang menyembuhkan anda dan membantu saya dalam berikhtiar untuk anda dan anda ikhtiar melalui panduan saya berikan bersumberkan ALLAH semata-mata. Bukannya topop jin atau guna senjata jin atau beramal puluhan ribu wirid untuk ada power nak mengubat atau cerita-cerita langit dan sewaktu dengannya. Amalan saya tiada yang ragu-ragu, amalan muslimin seperti biasa. Saya boleh ditemui di Masjid Ar-rahman Kuala Lumpur depan Universiti Malaya atau Masjid At Termizi, Seri Sentosa masa mahgrib, isyak dan subuh  atau berjumpa saya di Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya pada waktu pejabat di hari kerja.
 
*Jadi saya bukanlah pertapa atau tidak berjemaah di masjid dan tidak baca Al Quran.  Saya rasa penting saya tekankan di sini agar elakkan fitnah kerana memang adapun perawat yang kononnya mengakui dah capai tahap guru mursyid (bullshit) gagal berjemaah di masjid hatta solat sekalipun.

Maaf ini pernyataan umum bukan nak tuju pada siapa-siapa. Tapi pengalaman dan pertemuan pesakit atau individu akan membuktikan golongan ini ada. Dan saya nak nyatakan satu sahaja, saya bukan seperti mereka.  Harap maklum.

Isnin, 25 Oktober 2010

Pengalaman Mengubat : Migrain 10 Jam

Semalam selepas saya datang ke rumah pesakit kanser (entri sebelumnya) dan mendoakan pada air dan inggu untuk ubat sapu, saya mendapat sms daripada seorang rakan Zairul namanya. Saya membuka sms itu selepas saya solat mahgrib di masjid. Oleh kerana saya mengejar masa kerana pada malamnya harus merawat jarak jauh pula pada pesakit yang telah booking, saya membaca doa semasa saya berjalan sahaja berdasarkan nama penuhnya. Semasa saya tiba dalam kereta saya duduk sekejap dan dalam masa 20 minit saya buat lagi.

Mengakses

Saya mengakses nur daripada kalimah dalam AL Quran dan juga akses nur makrifah daripada zikrullah dengan diniatkan khusus untuk penyembuhan sakit kepalanya. Dengan tiga kali hembusan dan jurus telapak tangan nur hikmah (semua ini diajar dalam Ilmu Hikmah Nur Makrifah) dalam 20 minit saya sudah rasa memadai dan mencukupi sebelum saya ke pasar raya membeli barang keperluan dapur.

Semasa berjalan di pasar itu juga saya meniatkan terus menerus menyalurkan Nur Makrifah. Mungkin pengunjung pasar raya agak pelik melihat saya kadangkala berdiri tegak seperti Alif :) dan kadangkala pejam mata khusyuk di depan rak barang-barang. Sebenarnya selain saya meniatkan terus menerus menyalurkan Nur Makrifah inti syifak itu, saya juga memasukkan Permohonan. Inilah apa dikatakan oleh orang tua-tua yang arif lagi bijaksana, MEMASUKKAN PERMOHONAN DALAM ZIKIR. Kaedah ini ada diajarkan dalam inti pelajaran Ilmu Hikmah Nur Makrifah. Sila hubungi saya via email, sms, telefon jika mahu belajar dengan saya. Keahlian seumur hidup.

Kemudian saya SMS kawan saya itu bertanyakan bagaimana keadaannya. Selang 30 minit rakan saya membalas dengan SMS nya berbunyi begini:

"Terpana kejap den...rasa macam angin pusar atas kepala..Den terbaring dari pukul 10.00 pagi tadi. tapi sekarang kira-kira 95% sudah tidak ada rasa sakit lagi. Engkau JANGAN BUKAK PUSAT RAWATAN LAH....Bukak HOSPITAL TERUS!."

La hau la wala quwwata illa billah.
Masya Allah Quwwata illa billah.

Saya hanya membalas:

"Alhamdulillah....ko bersyukurlah pada Allah. Den ikhtiarkan jo."

Secebis

Begitulah secebis pengalaman saya yang serba sedikit ilmu ini. Pengalaman saya ini membuktikan bahawa berdoa dan memohon pada Allah tidak semestinya di atas sejadah , ada wuduk, mengadap kiblat dan waktu mustajab. Tetapi juga berdoa boleh dimana-mana dan bila-bila masa sahaja. Yang penting rasa kebergantungan dan keyakinan kita terhadap Allah Yang Maha Gadang.

Bukannya dibuat-buat

Rasa kebergantungan dan keyakinan bukannya boleh dibuat-buat. Bukannya boleh dibangunkan atas ilmu zahiri. Bukan pula diatas kecekapan dan kerajinan kita membaca buku falsafah buku teologi buku pemikiran agung manusia bukan pula buku-buku tasawuf dan hakikat.

Tetapi ia diperolehi dengan cara mendekatkkan diri kepada Allah dan melazimi mengingatiNya dengan penuh seluruh dan tidak menghadkan keyakinan pada akali semata-mata.

*Perhatian bagi pesakit migrain silalah berjumpa dengan saya atau SMS sahaja jika ada migrain dan mahu merawatnya sehingga sembuh ke akar umbi. Jika tidak percaya hubungi saya sewaktu SEDANG SAKIT MIGRAIN dan saya akan buktikan dengan secebis ilmu Allah berikan ini, sakit kepala itu boleh hilang dalam beberapa minit sahaja walaupun sudah separuh hari anda mengalami sakit migrain tersebut.

Sabtu, 23 Oktober 2010

Pengalaman Mengubat : Pesakit Kanser


Pesakit menyatakan penyakit kansernya telah tiada oleh doktor. Cuma kini dia mengalami bengkak tangan kanannya. Gambar di atas ialah rawatan kali pertama. Dalam rawatan sesi pertama ini tangan pesakit bergerak mengikut LAWAN JAM. Rawatan berlangsung lebih 2 jam. Pesakit memberitahu gerakan itu menyamai senaman tangan yang disyorkan oleh doktor pakar. Namun gerakan senaman tangan itu MENGIKUT ARAH PERGERAKAN JAM. Masuk rawatan hari keempat, pesakit memaklumkan kepada saya yang jari jemarinya sudah mengecut sedikit. Bengkak tangan yang dialaminya telah menjangkau lebih 10 tahun dna kini ia menunjukkan reaksi penyembuhan. Insya Allah. Pesakit begitu yakin akan rawatan saya ini. Rawatan masih duteruskan walau secara jarak jauh. Selain rawatan, saya mendoakan kepada AIR ZAM-ZAM dan juga AIR MINERAL. Buat minum, mandid an sapu. Juga minyak wangi yang dibacakan KHUSUS amalan bagi membuka aura pada tubuh untuk berbagai-bagai khasiat. Jadi terbukti bahawa kaedah rahmaniah mampu menangangi apa sahaja jenis penyakit hatta penyakit itu tidak lagi disanggupi oleh perubatan alopati dan juga perawat-perawat. Insya Allah dengan saya, ADA IKHTIARNYA lagi.

Saya mengalu-alukan sesiapa hendak berubat dengan saya bagi kes penyakit macam ini, termasuk kes BUSUNG. Sama ada pada tubuh atau pada badannya.

Pengalaman Mengubat : Ilmu Selendang Merah, Tenaga Dalam dan Zikir 2

Rawatan yang saya lakukan ke atas R sebagaimana rawatan ke atas pesakit lainnya. Namun dengan limpah inayah dan bantuan Rahmaniah maka R telah berjaya dipulihkan. Semasa rawatan saya lihat gerak nafas R begitu pendek dan tersekat-sekat. Bila saya periksa dna tanya beliau, nyata pesakit memberitahu dia mempunyai masalah kolesterol dan merokok. Memanglah tabiaat ini tidak baik untuk kesihatan. Nampak beza nafas saya dengan nafasnya. Patutlah R mengadu cepat mengantuk kerana kekurangan oksigen.

Syukur selepas beberapa hari R menyatakan perubahan kesihatannya ke arah lebih baik. Sehinggakan R memberitahu saya keadaan anaknya yang sedang demam panas. Saya pun langsung menyuruhnya menyediakan 2 botol air mineral besar dan saya bacakan doa jarak jauh terhadap bayinya. Setelah mahar rawatan dibank in kan, saya pun melakukan doa jarak jauh. Berikan dia mandi dan minum.

Syukur Alhamdulillah, selepas R melakukan petunjuk yang diberikan, bayinya terus sembuh walau baharu sekali dimandikan dengan air doa tersebut. Maha Suci Allah Maha Rahmannya Allah terhadap hamba-hambaNya.

Beberapa ketika kemudian, R pun menyatakan hasrat hendak belajar dengan saya. Saya terima sahaja dengan dada terbuka. Sebagaimana dijanjikan R datang pada malam semalam dan saya lakukan langkah demi langkah dalam menurunkan ilmu kepada murid. Sebelum itu saya gunakan air zam-zam untuk transfer zikir kalimah suci bagi membuka jalur-jalur tenaga elektromagnetik dan menyalurkan tenaga rohaniah ke dalam tubuh R.

Setelah R datang, dan saya minum air zam-zam tersebut, terus saja saya memimpinnya untuk berzikir Allah Allah Allah. Beberapa minit sahaja R merasakan tubuhnya diselubungi aura yang tebal dan sangat menenangkan hati dan jiwanya. Dari pandangan kebatinan, sebenarnya R mengalami pergantian aura. Daripada aura yang biasa kepada aura yang luar biasa. Aura yang luar biasa itu diBUKTIKAN dengan merasai sensasi seluruh tubuh bagai diselubungi dengan aura yang sejuk damai daripada hati hingga ke kulit tubuh jadi tenang dan anggota menjadi diam serta hati menjadi cergas dan tangkas sekali untuk berzikir. Terdapat dalil dalam AL QURAN tentang hal ini.

Saya terus memimpinnya berzikir sehinggalah saya bergerak kebelakang tubuhnya dan melakukan penyelarasan dan pemantapan nur yang telah ditransfer melalui air zam-zam itu tadi yang telah dimnumkannya. Saya menekup kepalanya dan melakukan pengisian pula dan mengucapkan beberapa doa.

Semas proses itu kelihatan R begitu damai dan tenang sekali. Gembiranya hati saya apabila menyaksikan 'kejayaan' gerak kerja kita semuanya daripada Allah semata-mata, atas limpah kurniaNya. Bagi saya ini bukankanlah gerak kerja yang sia-sia dan tidak berfaedah. tetapi amat-amatlah besar faedah dan berharga di sisi Allah serta merupakan bahagian yang hilang daripada umat Islam.

Apabila semua proses sudha selesai, saya menyuruhnya menyalin pakaian mandi, mandi dengan air zam-zam yang berbaki dalam botol, dan niat mandi taubat atau mandi ruwatan akhbar. Alhamdulillah selesai mandi R melakukan solat taubat dan solat hajat kemudian diakhiri dengan Istighosah dan zikir kalimah tauhid dan istighfar. Saya bertanya kepada R kesan dan apa yang dirasainya kini.

"Saya merasakan sungguh tenang dan damai...terasa puas sangat di hati...yang mana tiada saya jumpa apabila saya belajar beberapa ilmu tenaga dalam sebelum ini..yang mana sebelum ini saya terima juga ijazah tenaga dalam daripada seorang guru tenaga dalam, beliau ijazahkan dan melakukan pengisian kepada saya melalui telefon dan menuturkan kata-kata yang tidak difahami langsung dan meragukan saya....apabila dittransfer saya merasakan sensasi yang PANAS dan berdebar-debar di dada saya...kemudian saya tidak bersemangat langsung untuk beramal dengan ilmu yang telah diijazahkannya...entah kenapa sebelum saya sakit di bahagian pinggang agak lama tanpa diketahiui doktor puncanya....Kini dengan tuab Tabib Ali, saya merasakan ia SUNGGUH BERBEZA SEKALI...saya merasa sangat tenang, hati sejuk dan damai, rasa puas, rasa bagai hati berbisik inilah ilmu yang saya cari-cari, rasa sifat-sifat hendak itu dan ini dalam kehidupan bagai terbayang-bayang semasa proses pengisian tuan tabib lakukan tadi itu bagai HANCUR MUSNAH SEMUANYA....saya bagai mendapat ilham jika SEKAYA_KAYA MANUSIA IALAH HATI YANG KAYA dengan BERPADA-PADA DAN BERSIKAP PEMURAH DAN BERSYUKUR DAN BERIBADAT DENGAN IKHLAS KEHADRATANYA..terima kasih Tuan tabib Ali, saya rasa kehilangankata-kata untuk mengungkapkan semua pengalaman batini dna rohaniah saya sewaktu proses pengijazahan dan pengisian yang semuuanya dilakukan secara zikir yang jelas difahami diketahui bersumberkan Kalamullah dan disudahi dengan sesi tazkirah ilmu....dalam tempoh 3 jam itu saya mendapat sesuatu yang baharu bukan sahaja ilmu malahan HATI YANG BAHARU...Amin ya rabbil Alamin."

Sebelum R pulang saya mengingatkan agar beramal denmgan ikhlas automatik semua hajat kita Allah penuhi. Dan juga mengingatkan agar selepas ini beliau datang lagi kerana ada lagi beberapa ilmu haq yang wajar dipelajari demi melengkapkan diri sebagai seseorang yang 'berisi, sihat, wibawa dan selamat dunia akhirat dengan berkat dan rahmat Ilahi."

#Saya buka kepada sesiapa sahaja yang mahu belajar ILMU HIKMAH NUR MAKRIFAH boleh berhubungan dengan saya melalui email atau telefon. Insya Allah, berkat dunia akhirat. Amin

Khamis, 14 Oktober 2010

Pengalaman Mengubat : Ilmu Selendang Merah, Zikir dan Tenaga Dalam Bahagian 1

Saya dijemput oleh R di sebatang jalan berdekatan dengan rumah saya. Semasa dalam kereta kami bersuai kenal. Dalam pada masa yang sama saya mula mengaktifkan SIKLUS NUR SYIFA. Saya namakan demikian kerana ia berfungsi secara automatik dan serampang banyak mata. Ia merawat secara auto sekaligus mengesan jenis penyakit yang di hadapi oleh patient saya itu. Patient nyata terus selesa bersama saya.

Tidak seperti patient sebelum ini yang ada masalah gangguan jin sama ada jin sihir, jin tarikat atau jin saka semuanya menunjukkan reaksi membenci saya secara tiba-tiba. Sebenarnya tanpa apa-apa nama atau kaedah duduk dekat sahaja semuanya itu sudah berfungsi automatik. Namun kerana saya mahu mengambil sikap siap siaga maka saya tentukan niat dan mengaktifkan nur syifa tersebut. Dan dalam berdepan dengan patient R ini saya merasakan dada saya berat dan tubuh saya bagai ditindih sesuatu yang berat. Saya perhati betul-betul. Bukannya jin atau sebarang makhluk penganggu. Tetapi beban itu menunjukkan patient mempunyai beberapa ilmu yang kini sudha ditinggalkannya.

Fenomena orang yang berilmu dan meninggalkan ilmunya bukan suatu perkara yang asing. Rata-rata mereka berbuat demikian kerana tidak yakin atau tidak menemui hakikat ilmu itu sendiri. Contohnya dalam kes R ini dia nyata telah mendapat keilmuan yang mantap dan benar namun entah mengapa dia beralih kepada amalan tenaga dalam sehingga suatu pagi dia terlihat luka di jarinya bagai ditebuk oleh dua siung. Badannya lemah seminggu itu. Dia juga menyatakan keraguan terhadap guru yang telah mengijazahkan ilmu tenaga dalam kepadanya yang menurutnya, guru itu menuturkan doa-doa yang sangat asing, bukan bahasa Arab dan bahasa Melayu sehingga katanya dia merasa lain macam sahaja ketika itu. Sejak kali pertama jarinya luka dan digigit siung misteri itulah dia kerap mengalami penyakit berbagai-bagai contohnya sakit pinggang tanpa diketahui doktor puncanya dan banyak lagi masalah timbul dalam hidupnya. Setahu saya ilmu tenaga dalam yang betul dapat membenteng pengamalnya dengan izizn Allah daripada segala kejhatan makhluk. Namun lain pula kes R dimana tenaga dalamnya itu nyata gagal melindunginya hingga dalam sebulan ada sahaja bekas-bekas tusukan ghaib tersebut di merata-rata tubuhnya.

Setelah tiba di rumahnya saya melakukan rawatan bagaimana biasanya. Hampir 1 jam saya berhenti. Kemudian saya menyuruhnya mengeluarkan semua ilmu dia ada. Dia naik ke atas dan ambil nota dan selendang merah. Sambil itu sempat saya mengerling bayi yang baharu lahir.

Tak lama kemudian dia turun dan bawa selendang merah ke depan saya. Saya memakai selendang merah tersebut dan cuba mengakses tenaga dalam dari sekendang merah itu nyata ia wujud dan energinya juga bersifat neutral dan haq. Apabila saya menyuruh R pakai dna berzikir ikut kaedah zikir yang telah diajarkan oleh guru selendang merah tersebut, tangannya rasa panas bahang. Sayal langsung jabat tangan saya ke tangannya. Dia meneruskan zikir amalan. Dan nyata rasa panas di tangan sudha tidak ada. Berdasarkan ilham saya, ada sesuatu datang ketika dia baca ayat amalan nya itu. Saya suruh dia hentikan terus daripada beramal dgn keilmuan tersebut kerana untuk beramal dengan ilmu batin tinggi mestilah dimulakan dahulu dgn akidah, akhlak dan amal yang lurus, bersih, murni dan mantap.

Dua malam kemudian R menyatakan dirinya merasa sangat baik sekali. R menyruh saya pula merawat bayinya dari jarak jauh. Saya buat dan alhamdulillah selesai. Hari ini saya sms tanya khabar. R menjawab dirinya dalam keadaan baik. Keadaan bayinya pula, sebelum dirawat dan mandi, bayinya itu panas badannya siang dan malam. kemudian  setelah mandi dengan air yangs aya bacakan doa dari jarak jauh, hari ini siang dan malam bayinya terus sahaja sembuh daripada panas badan dan tangisan.

Sebenarnya semua cerita di atas ada kaitan....bersambung...

Antara berubat dengan belajar

Antara berubat dengan belajar manakah yang perlu kita lakukan dahulu?

Persoalan ini timbul apabila saya didatangi oleh beberapa orang pesakit yang terbutu-buru sahaja mahu belajar dan berubat pada masa yang sama. Mula-mulanya hanya datang untuk mengubat kemudian dinyatakan hasrat mahu belajar. Apabila saya tanya sekali lagi beberapa hari kemudian untuk apa dia belajar ilmu...Dinyatakan mahu mengubat anggota keluarga yang sakit. Masalahnya ilmu haq ini namanya sahaja ilmu perubatan tetapi ilmu itu tetap bertemu di satu punca yang satu yakni menuju kepada Allah.

Antara berubat dengan belajar..berubatlah dahulu. Jangan ingat badan sakit atau masih ada gangguan atau saka tetapi mahu belajar dahulu dengan alasan dapat mengubat diri sendiri. Niat itu bagus tetapi ingatlah ramai yang berputus asa dan berhenti kerana gangguan masih ada dan berzikir sahaja banyak sungguh sakit sana sini menyebabkan berhenti amalan tersebut.

Jadi tidak tercapai matlamat. Hendak belajar. Malah sakit pun tak terubat. Apabila sakit maka utamakan berubat dahulu. Ini kerana hendak belajar dan hendak berubat dua hal berbeza yang memerlukan biaya dan mahar atau bayaran tertentu.  Namun ia terkecuali bagi guru yang mempunyai daya energi yang besar yang dapat melakukan pembersihan jalur tenaga dalam masa yang singkat.

Setiap ilmu yang haq bermuara daripada zikir. Bukan bermaksud zikir hendak kuat dan kelebihan tetapi zikir itu sendiri memompa sifat positif pada diri dan membuang sifat negatif dalam diri. Banyak kita kurang faham banyak penyakit berpunca daripada perangai yang tidak semenggah. Perangai itu membuahkan sakit yang berbagai-bagai bermula daripada sakit fizikal hingga sakit batini. Jadi betulkan dulu perangai yang tak semenggah itu dengan taubat.

Rumusannya jika sakit berubat dulu. Kemudian apabila sudah kurang belajarlah dengan cara dan adab yang betul. Insya Allah.

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...