Ahad, 15 Mac 2020

Cara Penngubatan Guna Telur

Cara pengubatan guna telur ni byk dah perawat kuasai. Berbagai cara digunakan. Namun membezakanya adh daya kekuatan sedutannya.

Selasa, 10 Mac 2020

ASMA NASAB DAN KETERANGAN TENTANG GEMBLENGAN KAEDAH 5P.

ASMA NASAB DAN KETERANGAN TENTANG GEMBLENGAN KAEDAH 5P.

ASMA NASAB BAHAGIAN 1

Apakah Asma Nasab?

Ia adalah Asma Khusus yang merawikan atau meriwayatkan susur galur asal usul NUR MUHAMMAD yang menjadi amalan pamungkas awliya zaman berzaman. Ia menjadi pakaian para wali abdal hingga wali qutub. Seperti lazimnya setiap zaman ke zaman dan dari guru ke guru akan berlaku Perdalaman Sirr terhadap Asma Nasab hingga melahirkan kombinasi bacaan dan kaedah sesuai zaman dan keperluan semasa mengikut Ilham dan Laduni. Asma Nasab asal muasalnya memang berasal daripada 4 kata yang merawikan Asma Roh Muhammad sejak azali hingga dipindahkan ke sulbi ke rahim dan dilahirkan ke Alam Syahadah atau alam nyata ini. Nasab bermaksud susur galur jurai keturunan namun dlm konteks ini ia bukan semata-mata ditandai dengan hubungan darah namun berhubungan dengan asal muasal roh manusia yg drp Nur Muhammmad.

Pengijazahan Asma Nasab

Pengijazahan Asma Nasab dilakukan secara gemblengan yg saya telah Standardkan ia. Memang jika anda belajar sendiri ke majlis para ulamak dan habib anda boleh dpt ijazah jika ulamak atau habib berkenan memberi ijazah. Namun ijazah yg dilakukan serentak beramai-ramai itu bersifat umum dan awam. Sebaliknya dgn ikuti gemblengan secara personal anda akan dpt ijazah khusus yg jika ambil drp saya anda akan melalui 5 Fasa

Formula 5P

1. Proses Pembersihan
2. Proses Pembukaan
3. Proses Pengisian
4. Proses Pemantapan dan Perdalaman Sirr
5. Proses Muzakarah

Kepentingan 5 Proses Di atas

Sering kita dengar org belajar tapi lambat dpt tak terasa ujud ilmu yg diijazahkan dll bahkan keliru dan tidak yakin dlm menerima ilmu apatah lagi ragu-ragu dlm mengamalkan ilmu yg telah diijazahkan. Mulanya semangat dlm majlis habib menerima ijazah selawat narriyah contohnya namun sepulang ke rumah dari semasa ke semasa semakin malas dan akhirnya melupakan. Kenapa ini terjadi?

Ini berlaku kerana berlakunya sumbatan pada titik rohaniah pada tubuh batin kita. Sumbatan itu dpt berlaku dengan pelbagai sebab dan cara. Sumbatan atau halangan atau kotoran pada titik rohaniah ini membentuk medan energi negatif yg membentuk selubung hitam yg menjadi sarang syaitan dan iblis. Hal ini amat banyak dibincangkan oleh ulamak tasawwuf yg lebih jelas lagi dibincangkan oleh Tokku Pulau Manis yang merupakan awliya yg mahir mensyarahkan kitab al-Hikam.

Titik Rohaniah atau Lata'if
Epistimologi Lata'if amat menarik untuk dibincangkan. Tariqat Naqshabandi dan Tariqat Syattariah ada membawa jalan penyucian diri menerusi pembersihan Lata'if ini. Kerana itu mursyid akan mengijazahkan zikir Ismu Zat yg difokuskan kpd titik titik ini dlm jumlah tertentu. Kaedah khusus utk menguruskan lataif ini terpulang kpd Mursyid atau Guru Pembimbing berdasarkan Ilham Laduni. Lataif adalah stesen roh kita yg memancarkan sejumlah sifat dan menerbitkan cahaya tertentu pada diri manusia. Fahaman lataif ini nampak seperti sama dengan fahaman cakra dlm esoterik Hinduisme. Namun ia berbeza dr segi kefahaman dan cara pandang atau Pandangan Alam ahli makrifah. Jgn salah faham ya. Nampak spt sama senang dituduh terkeluar drp Islam. Dlm  al Quran dinyatakan di sana sini tentang lataif ini dgn pelbagai isyarat spt tapak tangan, dada,muka dan sulbi serta sebagainya.

Pembukaan Lataif
Utk dpt membuka lataif murid seorang guru wajib mempunyai tingkat spiritual lebih tinggi drp muridnya. Tanda seseorang mempunyai tingkat spiritual yg tinggi ialah lataifnya semakin suci bersih hingga daya pancaran cahayanya makin menerangi alam ini. Inti konsep Cahaya ini banyak dlm al Quran.

Pembersihan Lataif
Bermaksud pembukaan dan pancaran cahaya sang guru ke muridnya hingga menghidupkan cahaya lataif muridnya lalu membersihkan drp sumbatan.

Pengisian Lataif
Guru memancarkan cahaya sesuatu ilmu yang telah dikuasai dan didawamkannya secara rutin istiqomah pd lataif muridnya sama secara perwakilan atau secara langsung. Bersama dgn guru atau awliya ibarat kita duduk dengan Allah. Duduk dekat dgn sumber Cahaya yg juga membolehkan diri kita terisi dan teraktif dgn CahayaNya.

Harus difahami di sini Cahaya yang dimaksudkan bukan energi secara sempurna spt dikenal di dunia metafizik dan reiki. Cahaya itu salah satu unsurnya adalah energi namun energinya itu energi yg suci bukan energi drp makhluk jin da syaitan. Sihir juga ada energi. Santau juga ada energi. Tapi energinya adh energi jin fasiq mantra yg berisi kekufuran. Cahaya yg ada pada ahli makrifah yang kaffah atau sempurna drp pencapaian syariat-tariqat-hakikat-makrifat manakala energi dpt dimiliki ahli sihir sekalipun namun energi sihir itu semuanya takkan dpt mengalahkan Cahaya. Namun asal muasal energi dan Cahaya pun drp Allah jua yg bersifat Qudratun.

Pemantapan
Pemantapan ini saya lebih suka mengatakan ia dlm bentuk
1. Istiqomah dgn amalan yg diijazahkan guru- segala amalan dilakukan dgn mantap yakin hati. Selalu sy ketemu murid yg ketika dan selepas gemblengan rasa ringan badan sedap bangun solat dan zikir tapi lama kelamaan hilang nikmat tersebut. Ia terjadi krn murid itu ghaflah terhadap guru. Ingatan murid kpd guru bukan sekadar ingatan kita kpd kawan  kawan. Ia lebih drp itu. Sebab dlm metod tariqat adanya kaedah rabithah. Panjang kalau sy nak bahaskan di sini.
2. Istiqomah yakin dan tetap hati pd guru-seiring masa berlalu murid diuji dgn ketidakyakinan dan keraguan inilah senjata dan peluru tentera zulumat.
3. Istiqomah ziarah guru- ini amat susah bagi murid yg tiada 1 dan 2 di atas. Kalau tiada 1 dan 2 di atas nipis utk terlaksananya yg keempat ini. Keperluan ziarah ini byk dlm disebut dlm al Quran dan hadis. Kekerapan ziarah akan mewujudkan rasa pertemanan yg selari dlm al Quran tentang seruan Allah utk berteman org yg soleh.

Muzakarah
Dialog yg tertib soal jawab yg baik ikhlas jujur amanah serta sabar maka adalah kelengkapan yg tak wajar ditinggalkan. Namun kena ada beza soal jawab di Dewan Parlimen beza dgn soal jawab dgn guru. Dgn mengekalkan penghormatan dan memuliakan guru pertanyaan blh menjadi ubat yg melawaskan keraguan dlm hati manakala soal utk cari salah dan debat hanya membiakkan rasa ragu dan penolakan.

kalamku sohibul wasilah muhammad ali as samaniyyah

Bersambung....

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...