Memaparkan catatan dengan label belajar ilmu hikmah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label belajar ilmu hikmah. Papar semua catatan

Isnin, 31 Disember 2012

Gemblengan Ilmu Hikmah untuk semua

Minggu lepas, perubatan rahmaniah menerima kedatanngan pelajar ilmu hikmah dari Sabah. Beliau pernah mempelajari beberapa keilmuan kebatinan dan belajar reiki. Jadi sebelum bimbingan ilmu dapat dibuat, terpaksalah beliau dibersihkan dahulu daripada pembawan ilmu yang terdahulu. Yang peliknya pembawaan ilmu yang dikatakan bersumber islam dan juga sumber universal energy reiki itu mengheret bersamanya sejumlah jin-jin jahat mengekorinya. Inilah yang sangat memelikkan. Kenapa terjadi demikian? Ini kerana sumber pengambilan ilmu tersebut adalah daripada sumber diragui dan tidak sah. Dan juga beliau tidak memahami struktur ilmu kebatinan hingga mengamalkannya sekerat sekerat hingga menyebabkan banyak gangguan terjadi pada dirinya. Inilah yang mahu dielakkan oleh kita semua dalam menekuni bidang ilmu ghaib kebatinan dan perawatan ini. Asas bagi sesuatu keilmuan ialah ketenangan jiwa. Ketenangan diperolehi daripada rahmat daripada ALlah berkat mempelajari sesuatu keilmuan yang bersih daripada mensyirikkan Allah. Insya Allah, di sinilah akhir pencarian anda semua. Gemblengan Ilmu Hikmah ini adalah akhir pencarian dan ilmu pegangan bagi perawat atau sekurang-kurangnya menjadi sandaran bagi kita untuk berlindung dengan Allah daripada segala perbuatan dengki, khianat, sihir dan lain-lain marabahaya.

Gemlengan Ilmu Hikmah ini dijalankan secara khusus iaitu:

1. Secara personal VVIP. Bukan kursus ramai-ramai.
2. Secara berhadap-hadapan melainkan untuk kes jarak jauh.
3. Segala pengalaman dicurahkan merangkumi teknik merawat benteng diri dan 1001 kegunaan lainnya insya Allah.
4. Bonus-bonus khusus.

Pada bulan Janauri 2013 insya Allah program Gemblengan Ilmu Hikmah ini terus dibuka. Siapapun anda, perawat, orang awam, orang yang tercari-cari ilmu untuk mengisi iri sendiri, golongan pekerja, eksekutif, peniaga, pelajar, ustaz, ustazah...asalkan ikhlas dan rendah hati untuk mempelajari keilmuan ini silalah berhubung dengan alamat email rahmaniah999@gmail.com.

Sudah ramai yang membuktikan khasiat segala keilmuan yang diajar sama ada untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat luas. Bebas daripada penipuan, trick, sihir, silap mata dll.

Khamis, 13 Disember 2012

Rawat Diri Sambil Belajar Ilmu Hikmah

Setelah bertahun-tahun mengalami seksaan dan tekanan batin melampau hingga kemurungan dan membentuk personaliti tidak seimbang dan tidak tetap pada agama Islam, maka suatu hari tergeraklah Hamba Allah ini mempelajari ilmu hikmah daripada saya.

Belajar dan terus belajar sehingga segala masalah yang menghurunginya telah hilang dan bersih. Sehingga Hamba Allah itu sihat pulih bahkan menambahkan ilmu lagi.

Pabila dada sudah berisi kemana pergi pun tak rasa risau lagi. Allah bersama orang yang menuntut ilmu. Allah mengangkat darjat bagi setiap penuntut ilmu, Allah pasti menunaikan janji.

Jadi ayuhlah bagi sesiapa yang mahukan pengisian rohani dan diri secara berdepan dan khusus tanpa kehadiran pelajar dan peserta lain seperti di bengkel-bengkel lain maka inilah tempatnya yang tepat untuk mempelajari keilmuan hikmah yang haq secara personal dan persendirian. Insya Allah, la quwwata illa billah.

Rabu, 20 Jun 2012

Mencari ilmu hikmah dan perubatan Islam

Menuntut ILMU adalah tradisi peradaban Islam zaman berzaman
Salam. Nampaknya ada pertanyaan demi pertanyaan tentang ilmu hikmah ke email kami. Antara soalan popular adakah bertentangan dengan Islam? Ia tidak bertentangan sama sekali. Malah ia melengkapi diri perawat dengan ilmu dan pengalaman serta teknik orang lain. Tidak mahukah kita menambah ilmu dan pengalaman dari orang lain? Sudah tentu ia menambah khazanah ilmu di dada sekaligus dapat melakukan pelbagai cara merawat pesakit.

Ilmu hikmah dan perubatan Islam mempunyai formula tersendiri. Apatah lagi bagi perawat senior yang berpengalaman. Jangan jadikan diri tertutup dengan ilmu Allah yang maha luas ini. Belajar dengan yakin dan tekun daripada ahlinya. Tawaran mengikuti bimbingan ilmu hikmah masih berterusan dibuka. Cepat sebelum terlambat. Berbagai update dan upgrade melalui grup kami disediakan. Tidak rugi belajar di sini. Berbaloi-baloi belajar ilmu hikmah di sini.

Terus email ke email rahmaniah999@gmail.com segera. Jangan biarkan diri kita ketinggalan. Belajar sebelum hendak menghukumi.  

Rabu, 4 April 2012

Kami tidak jual beli Khodam

Salam sejahtera. Perkara membela khodam ini bukanlah perkara asing. Persoalannya kenapa nak pakai khodam?Sungguh menyedihkan. Kononnya diperolehi dengan ritual tertentu dengan membayar mahar tertentu dapatlah satu khodam. Misalnya khodam A utk pengasih, penunduk dll. Khodam B untuk silat, keselamatan dan lain-lain. 

Begitulah adanya. Saya sebenarnya tak percaya langsung dengan kemampuan khodam ini. Biarlah kononnya diberi nama gelar yang hebat-hebat seperti Khodam ini namanya Wali Sakti misalnya. Khodam namanya Sosro kononnya. Duduk dalam keris. Duduk dalam batu. Malah ada khodam terus dibuat dalam badan pelajar. Ada juga grup tenaga dalam konon dah peringkat tertinggi pun menawarkan perkhidmatan jual khodam dengan harga ribuan ringgit.

Jika inilah ilmu tertinggi perguruan tenaga dalam terbabit sah-sahlah masih rendah terawang-awang sahaja. Bukan nak merendahkah tetapi kenapa kita sanggup mempertaruhkan akidah orang lain semata-mata wang ringgit? Fikirkanlah.

Dalam pengajian di rahmaniah ini tiada main khodam-khodam. Maaflah jika ada bertanya ada bagi khodam tak ustaz? Nama apa jenis apa powernya setakat mana...semuanya itu TIADA dalam pengajian ini. Kalau tidak percaya datang belajar sendiri kalau ada khodam boleh tegur terus saya, dengan dada terbuka saya terima.

Saya bukan nak cabar sesiapa tetapi saya hanya beri pandangan tak usahlah kita menjual khodam-khodam ini. Obses nak khodam ha, benda lain dapat. Bala, bala...

Alhamdulillah dalam pengajian ilmu hikmah perubatan di rahmaniah tiada unsur khodam, trick, black magis seperti disangkakan oleh ramai orang. Berhubunglah terus jangan biarkan sangkaan bermain dalam fikiran anda. Prinsip kami ialah menolak pemakaian khodam, amalan berkhodam atau apa sahaja menjurus ke arahnya.

Sila hubungi ke rahmaniah999@gmail.com jika berminat ilmu hikmah tersebut tanpa khodam terima bersih. Moga telah menjawab banyak persoalan pengunjung blog ini sama ada meminta saya menyediakan khodam untuk mereka atau yang mengatakan saya memberi khodam atau mengajar reiki dan sewaktu dengannya. Maaf  di rahmaniah LANGSUNG reiki ke, khodamkah dll tidak diajar disini. Maaf orang lain nak buat silakan dan tanggung sendiri. Kalau anda hendak belajar silakan dan tanggung sendiri. Di rahmaniah selamat dan bersih tanpa semua itu.

Khamis, 10 November 2011

Belajar Ilmu Hikmah dan Perubatan Islam

Salam sejahtera.

Sesungguhnya ramai yang mahu belajar ilmu hikmah, tenaga dalam putih dan perubatan Islam tetapi belajar daripada mereka yang tidak mengamalkan ilmu itu. Sepatutnya apabila kita mahu memilih guru, biarlah guru itu telah beramal atau sebati dengan ilmu yang mahu diturunkannya kepada kita. Belajar daripada guru yang beramal dengan ilmu yang mahu diturunkan kepada kita adalah penting kerana selain ilmu memerlukan pengalaman. Bermula daripada pengalamanlah lahirnya ilmu (suatu sistem yang digunapakai). Daripada pengalamanlah melahirkan petua, gerak dan lain-lain lagi yang membentuk fondasi sesuatu ilmu hikmah, tenaga dalam dan perubatan Islam.

Selasa, 24 Mei 2011

Pengalaman Murid Belajar Ilmu Hikmah

Assalamualaikum Tuan,

Terlebih dahulu, sy nak ucapkn terima kasih atas penawaran pengisian ilmu hikmah (dgn redho Allah) . Ilmu hikmah yang tuan anjurkan ini memg ada keistimewaan tersendiri lah.(Beliau menerima pengisian + Booster drp saya Ahad minggu lalu)

Pd tghari Ahad yg lepas, sy selamat smpi di Kulai lebih kurang jam 5.30pm . Sebelum ini sy ada menceritakan pd tuan mengenai isteri sy yg sedang sakit mistik. (Sakitnya sudah lama gagal dirawat oleh ramai perawat Islam drp kaedah campuran sehingga kaedah ruqyah sahaja)
 
Sy pun ikut ckp tuan buat tak reti sahaja . Isteri sy tu tak byk ckp. Sy duduk sebelah dia.... dlm hati cuma zikir_____________.

Selepas solat maghrib hari yang sama, ahad tu, sy baca____________. sy bgtau dia yg sy nak check dia( isteri) . Sy buat ikut yg tuan ckp ...

Sesungguhnya Allah Maha Pemberi Pertolongan dan semasa buat___________ , isteri sy smpi keluar air mata . (Tanpa sentuhan)

Apa yg dia rasakan ialah dia rasa paha, punggung & bahu direntap. Katanya mcm ada renjatan elektrik kuat naik dr kaki terus ke kepala .

Alhamdulillah ada pengurangan gangguan. Badan rasa ringan . (Jin/bisa/aura negatif berjaya ditarik keluar dgn izin Allah)
Sy mengulangi lg pengubatan ni selepas solat Isyak. Masih ada sikit2... dan sy gunakan_____________ bila isteri sy ckp ada nmpk bayangan  org berada di kawasan tasik.

Tiada bayangan lg selepas gunakan________&________' . Syukur pd Allah .... Memamg byk doa2 yg power dlm ilmu hikmah tuan ajarkan ni. (Hanya Allah Yang Maha Power/Kuasa-apa yang kita lakukan hanyalah semata-mata berdoa ke hadrat Allah Ta'ala dan dengan rahmat Allah dikabulkanNya).

Memg betul tuan ckp.... selepas tu, isteri sy bgtau sebelum sy smpi rumah lg dia dah rasa tak tentu arah. Bila sy muncul kat pintu rumah, isteri  sy rasa nak memberontak & rasa benci tgk sy . Sedangkan dulu dia tak rasa apa pun masa berubat dgn perawat ruqyah .

Syukur, dia dpt kawal diri & berzikir dlm hati .

Sy memg keletihan selepas berjalan jauh. Niat di hati nak bertahajjud & berwirid, sudahnye sy tak sedar langsung ....
Tapi semasa sy baru2 nak terlelap, sy tersentak & mcm nmpak ada org menghunus keris .... sy cuma baca___________ & terus tertidur sbb letih yg amat sgt . (Gangguan TIDAK boleh menganggunya sekadar bayangan yang pasti beliau tidak sakit atau mengalami sakit2 selepas itu. Maknanya gangguan itu dengan sekejap dpt diatasi sehingga beliau dpt tidur dgn nyenyak. Dlm pengalaman orang yang yang biasa merawat, atau org yang sakit di sihir atau gangguan selalu SUKAR tidur. Tetapi beliau diganggu dan terus dia berwirid dan akhirnya tidur nyenyak tanpa terus diganggu dgn kata lain gangguan itu dpt dibanteras)

Tuan, T.kasih!

Penerima pengisian ilmu hikmah khusus
B dari Kulai, Johor

Selasa, 8 Februari 2011

Sila Baca dengan fikiran terbuka : Faedah Ilmu Hikmah Nur Makrifah

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah segala puji dan puja kepada Allah Tuhan Seru Sekelian Alam dan limpah selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, sahabat dan kaum muslimin muslimat sekelian.

Ada yang tertanya-tanya kepada saya apakah faedahnya Ilmu Hikmah Nur Makrifah (IHNM) untuk dirinya?

Jawapan bagi soalan ini banyak. Ia bergantung pada Seseorang itu. Dan Seseorang itu bergantung pada Sudut Pandangannya. 

Saya cuba menjelaskan daripada beberapa sudut pandangan bagi menjawab persoalan tersebut.

Sudut Pandangan bagi A yang belum pernah belajar apa-apa ilmu hikmah atau esoterik spt reiki, prana, tenaga dalam, tenaga alam, silat batin, rukyah DAN KEMUDIAN mengambil pengajian dan pengisian IHNM :

Suatu pengalaman baharu yang luar biasa, saya merasa amat tenang, damai dan marak api semangat untuk beribadah semata-mata untuk bertaqarrub denganNya. Saya mula menyedari hakikat ruhani saya sendiri yang berhubungan dengan Allah Ta'ala. Saya semakin memahami agama dan kasih sayang sesama makhluk...

Sudut Pandangan B yang pernah belajar rukyah DAN KEMUDIAN mengambil pengajian dan pengisian IHNM :

B 1: Saya telah mengambil ijazah rukyah daripada guru yang terkenal yang mengambil serta belajar dengan guru berketurunan Arab sendiri yang sangat terkenal dengan buku-buku penangkis sihir dan merawat menggunakan ayat-ayat Al Quran. Kemudian saya pun mula merawat pesakit  di rumah saya dan alhamdulillah mujarab. Malahan ada juga pesakit yang gagal dirawat oleh guru saya, saya merawat mereka dan dengan izin Allah sembuh. Namun saya merasai masih ada ruang-ruang kosong dalam hati saya membuatkan saya tertanya-tanya apakah setakat ini sahaja? Apakah tiada yang lain...mengapakah aku merasai perasaan begini (kekurangan kesuburan / makrifahtullah)...

B 2: Saya telah mengambil ijazah lengkap rukyah syariyyah dan kemudian saya pun merawatlah. Kadangkala sembuh mujarab  kadangkala tiada kesan langsung. Saya memahami soal sembuh atau tidak mutlak milik Allah tetapi saya tetap tertanya-tanya mengapa ada dari golongan jin yang merasuk dalam badan pesakit boleh mengetawakan saya yang sedang membaca ayat-ayat al Quran? Sejak itu saya mendirikan solat hajat dan istiharah dan Allah memberikan jalan kepada saya untuk bertemu tuan Tabib Ali dan alhamdulillah saya merawat selepas itu, tidak berlaku lagi jin mengetawakan saya. Dengan keyakinan diri yang kian kuat, saya yakin dikuatkan Allah, saya bukan sahaja dapat merawat kes kerasukan dengan cepat dan mudah, malah orang yang saya rawat juga semakin meningkat ruhaninya-yakni kadar ingatnya kepada Allah jauh bertambah-tambah dalam hati sanubarinya. Syukur, seperti diingatkan oleh Tabib Ali, bersyukurlah kepada Allah ta'ala kerana dengan inayah dan rahmahnya sahaja semua perkara itu boleh berlaku.

Sudut Pandangan C yang pernah belajar ilmu hikmah dan tenaga dalam DAN KEMUDIAN mengambil pengajian dan pengisian IHNM :

C 1: Saya belajar ilmu Silat Sabil dalam tahun 80-an sehingga mendapat selendang Merah. Hasilnya saya selalu panas baran, mudah tersinggung, maki-maki dan pantang di cabar. Dalam tahun 2000 saya belajar Ilmu Tenaga Dalam Pa******** S***** daripada seorang guru tenaga dalam yang mengijazah dan mengisi jarak jauh melalui telefon sahaja. Mulanya saya faham kemudian kata-katanya semakin tidak saya fahami. Malah saya juga diberikan doa nurbuwwah. Hasilnya saya mendapat gigitan aneh seluruh tubuh saya sehingga lebam-lebam dibuatnya. Segala ilmu saya praktiskan untuk mengatasi masalah itu juga GAGAL. Malah keadaan saya makin teruk apabila ibu jari saya pula macam ditokak oleh sesuatu dan badan jadi letih lesu. Saya mula memohon kepada Allah agar diberikan petunjuk. Dan Allah mengabulkan doa saya dan mempertemukan dengan Tabib Ali. Saya berubat dahulu dengannya. Hasilnya semua gangguan aneh sudah tidak ada. Badan jadi ringan mudah nak bangun subuh solat. Kemudian tanpa berfikir panjang lagi saya pun mengambil keputusan mahu belajar dan menerima pengisian IHNM. Hasilnya sangat indah tak terkata. Fikiran jadi lapang selapang-lapangnya. Hati jadi tenang setenang-tenangnya. Hanya Allah yang Tahu. Ibadah saya kian khusyuk suatu nikmat yang baharu kecapi sepanjang usia saya. Karier saya di tempat kerja juga makin baik. Hubungan dengan majikan dan rakan-rakan sekerja juga makin baik sehinggakan tiada lagi yang mahu marah-marahkan saya. Kerja saya lebih tersusun rapi di pejabat. Alhamdulillah saya dapat rasakan perubahan yang amat besar dalam hidup saya. Dan ia lebih bernilai daripada barang-barang berjenama dan mahal atau material lainnya.

C2 : Saya belajar reiki dan hasilnya badan saya jadi panas dan baran. Saya jadi ok beberapa ketika namun fikiran saya siapa yang tahu?Berkecamuk dan boleh berubah personaliti tiba-tiba. lebih teruk lagi saya lihat lembaga aneh dan perasaan bersatu dengan alam. Aduhai. Setelah menerima rawatan dari Tabib Ali, beliau menyarankan saya memusnahkan semua ilmu reiki yang saya pernah ambil dan alhamdulillah saya tidak ada lagi gejala di atas. Hati lebih tenang fikiran jadi lapang. Air muka saya berseri-seri dan amalan yang diberikan Tuan tabib Ali kepada saya juga ringkas tetapi alhamdulillah banyak perubahan positif saya nikmati. Kini saya mahu belajar IHNM pula. Bayangkan kalau rawatan pun sudah mencapai tahap begini apatah lagi belajar dan menerima bimbingan daripada Tuan Tabib Ali sendiri. Insya Allah.

Sudut Pandangan di atas berdasarkan pengakuan, emel dan lisan pesakit saya yang kemudiannya menjadi pelajar saya.

Alhamdulillah, tiada apa pun yang mustahil dalam dunia ini jika Allah izinkan.

Selasa, 18 Januari 2011

Solat Istikharah Sebelum Memilih Hendak Belajar

Alhamdulillah. Segala puji dna syukur bagi Allah. Sejak saya membuka tawaran bimbingan dan gemblengan IHNM ini ramai yang mengambil keputusan bijak untuk belajar dan menghayati kebesaran Allah melalui limpahan rahmatnya yang maha luas. Kini, sebagaimana yang telah saya maklumkan, saya tidak akan terus membuka tawaran bimbingan dan gemblengan ini selamanya. Saya akan tutup apabila sudah mencapai bilangan tertentu. Oleh itu bagi yang telah singgah ke blog ini, dan membaca tentang bimbingan ilmu hikmah dan berminat, maka hendaklah segera membooking masa untuk datang menerima pengisian. Tuan-tuan boleh terus emel kepada saya dapatkan maklumat dan persediaan sebelum datang. Jangan berfikir panjang. Dengan rahmat Allah, bagi saudara yang ingin mencari ilmu perubatan kerohanian yang sebenar, saudara pasti akan berasa tertarik untuk menyertai program ini apabila sudah membaca entri mengenainya di blog ini. Keinginan dan cenderung hati itu saya yakin semuanya daripada Allah Ta'ala. Banyak yang sudah mendirikan solat istikharah dan terjumpa blog saya, mempunyai gerak hati kuat untuk belajar, alhamdulillah. Apabila mereka menerima pengisian mereka juga telah menyatakan kesyukuran yang tiada terkata apabila dapat menerima bimbingan dna pengisian ilmu hikmah , insya Allah. Allah Maha Besar dan Maha Kuasa di Atas Segala Sesuatu. Jadi kalau saudara ragu-ragu juga boleh solat istikharah, buatlah keputusna bijak sebelum tuan tuan menceburkan diri dalam bidang perawatan Islam ini kerana hanya dengan saluran yang haq dan benar sahaja dapat kita berdepan dengan berbagai ragam gangguan dan penyakit. Jadi tiada ketidakpastian lagi selepas ini, insya Allah. Banyak yang telah menerima pengisian telah menyatakan mereka solat istikarah dahulu dna kuat gerak hatinya hendak belajar dengan saya, insya Allah semuanya atas rahmat Allah, saya juga mohon berlindung daripada kejahatan nafsu dan sifat-sifat keji serta bisikan syaitan. Selagi saya terdaya saya bantu sehinggalah saya rasa mencukupi dan tidak lagi membuka bimbingan ini.

Insya Allah.

Isnin, 17 Januari 2011

Pengalaman Merawat dan Membimbing Di Sabah

Salam sejahtera. Syukur kepada Allah dengan limpah kurniaNya. Dengan izin dan rahmatNya, saya dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang dipikulkan kepada saya sebaik mungkin. Sebagaimana saya maklumkan sebelum ini, saya ke Sabah kerana diundang. Walaupun kali pertama saya ke sana namun saya tidaklah berhasrat untuk ke mana-mana.

Walaupun terdetik juga hendak berjalan-jalan. Namun pengisian selama 3 hari itu padat dengan pembelajaran dan sesi rawatan. Sesi pembelajaran sama ada secara langsung atau tidak langsung. Dan juga yang sedikit mencabar ialah merawat orang-orang Ranau. Dalam pakej bimbingan perubatan hikmah, saya juga menyatakan bimbingan praktikal merawat.

Murid boleh mengemukakan pesakitnya sendiri dan lihat saya merawat mereka. Dan kali ini, saya dihadapkan dengan 6 pesakit yang mempunyai masalah berbeza-beza. Namun kesemuanya melibatkan gangguan. Dan gangguan tersebut yang dominan ialah saka dan sihir. Dengan rahmat Allah dua pesakit wanita yang mempunyai hubungan persaudaraan dengan murid saya ini, dapat saya rawat sehingga mereka melihat sendiri Nur Allah yang terang benderang di akhir sesi rawatan.

Bukanlah suatu yang memelikkan. Apalah hendak dipelikkan. Kita ini kadangkala bercakap sahaja gah tetapi, penyaksian tiada. Mengapa berlaku demikian?Kerana masih wujud kesombongan terhadap Allah dan jauh daripada rahmat Allah. Maka carilah rahmat Allah. Jangan cari Allah. Walhal pada diri kamu sendiri tiada kamu perhatikan.
***
Di Daerah Ranau, 95% terdiri daripada etnik Dusun. 50% muslim 50% lagi Kristian, pagan, Helluyah dll. Murid dan kesemua pesakit saya orang Dusun. Antara ke enam-enam pesakit, paling keras gangguannya ialah seorang pesakit iaitu seorang gadis lepasan maktab perguruan. 

Setelah kain diselubungkan pada tubuhnya, saya mula membaca ayat kunci dan kalimah-kalimah perlindungan. Sewaktu saya membaca ayatul kursi dia mengigil. Saya pandang tepat titik antara kedua matanya smabil membaca Laqod ja akum...Dia menitiskan air mata. Semakin kuat ngongoinya. Setelah selesai membaca saya mula buat teknik rentapan dna pancaran-penyaluran.

Beberapa kali saya buat dia tetap dalam keadaan sama. Sebagai manusia biasa, kita juga bisa 'jatuh'. 'Jatuh' kerana alpa dan lalai. Baharu saya teringat, ada 4 step saya tidak suruh dia lakukan iaitu pertama meminum air yang telah didoakan, kedua menyapu minyak attar, ketiga menyuruhnya membaca syahadah, istighfar dan selawat serta menyatakan berkomonikasi dengannya sebagaimana saya lakukan ke atas pesakit saya sebelum ini. Natijahnya, gangguan tersebut, sukar ditarik. Semuanya atas peringatan Allah kepada saya agar jangan memandang remeh setiap masalah gangguan kerana bukan masalahnya kita perlu angkat itu jin hebat dan sakti, tetapi masalahnya hubungan kita dengan Allah. Apabila sudah dapat merawat dengan jayanya, maka kita selalu sahaja terlupa dan lalai dan mulalah mahu melihat AKU.

Patutnya Allah sahaja tempat pergantungan mutlak dan susah senang mudah sukar semuanya kena kembali pada Allah. Satu pengajaran buat saya dan buat murid saya.

Sesi tersebut nyata melewati sejam lebih. Kadangkala menangis kuat, kadangkala ketawa. Murid saya yang membaca Ayatul Kursi pun, diketawa dan dicebikkan mulutnya. Saya berhentikan rawatan. Saya naik ke bilik, tunaikan solat asar yang sudah sejam berlalu dan berwirid memohon kepada Allah.

Maka di situlah kita pulangkan segala-galanya kepada Allah. Hati kita. Jiwa kita. Ikhtiar kita, Usaha kita, Kuasa kita, gerak kita semuanya kembali kepadaNya. Setelah   'kembali ke asal' maka saya turun kebawah. Melihat pesakit masih ketawa dan mengejek saya langsung mencapai air doa dan duduk di depannya. Ketawanya berhenti dan badanya mengigil.

Saya tidak mahu percaya apa-apa tatkala itu. Biarlah. Segala-galanya Allah sahaja ketika itu. Kerasukan dan kejadian yang berlaku ini pun kerana Allah, dan fiil Nya pada makhluk sebagai suatu peringatan dan memenuhi janjiNya kepada kita. Lantas saya menuangkan sedikit air doa ke tangan, dengan bismillah, saya rejamkan air kemuka pesakit. Langsung dia menjerit dan terkulai.

Pesakit sedar sedikit namun jin saka masih ada dalam tubuhnya. Saya suruh dia minum air doa basahkan muka, telapak tangan dan kakinya. Dan saya mulakan balik sesi rawatan dengan syahadah.

Alhamdulillah, dengan 1 kali membaca ayatul kursi gangguan jin tersebut dengan izin Allah mati dan pesakit tersedar. Saya mengajarnya syahadah dan membuat imbasan sekali lagi. Sudah tiada. Namun saya melihat jauh ke dalam nurani, sihir masih lekat pada dirinya biarpun telah ditawarkan....Saya sambung sesi rawatan gadis ini pada esok harinya. Kerana saya terpaksa mengikuti murid saya ini ke rumah pesakit lain yang sedang menunggu...Ada masa saya ceritakan pengalaman saya merawat adik beradik lelaki ini...agak mencabar juga walaupun tidak kerasukkan hanya sekadar diperlihatkan Allah sahaja...
***
 Esok pagi saya mulakan rawatan kedua ke atas gadis tersebut. Dengan semua step yang selalu dibuat, saya lakukan, gadis tersebut tidak kerasukkan lagi. Oleh kerana bagi memastikan gangguan tidak berulang saya memohon kepada Allah agar dipulang segala perbuatan sihir tersebut disertai dengan gerak yang haq dnegan keyakinan 1000%. Malahan dengan izin Allah dia melihat  barang-barang sihir malahan rumah penyihir pun dia dinampakkan Allah. Antaranya dia melihat dirinya dihempap batu, terdapat barang sihir yang terdiri daripada bangkai binatang, lambang salib yang besar. Kesemuanya saya mohon pada Allah agar dipulangkan kepada penyihirnya. Batu yang menghempap di tolak dengan makrifah. Salib yang besar di hadapan mata batin gadis itu, dengan rahmat Allah saya musnahkan dengan kalimah syahadah dan selawat ke atas nabi dan ungkapan ke atas penyaksian kerasulan nabi muhammad. Masya Allah.

Bangkai binatang di musnahkan. Kemudian dia tubuh seorang lelaki yang hitam legam laksana arang terbaring. Kemudian dilihatnya sebuah rumah yang dibawahnya sudah berlonggok dengan kayu api dengan di atas rumah itu berselimutkan cahaya putih berkilauan. Akhirnya, dia melihat tanah perkuburan dan jenazah yang sedang mahu dikebumikan, dengan wajahnya hitam laksana arang, terbakar hangus.

Masya Allah. Kita tidaklah meminta kepada Allah berlakunya demikian namun Allahlah yang membalas kejahatan orang-orang yang jahat dna moga-moga Allah membantu kita menolongi kita dengan rahmatnya berdepan dengan kaum kafir sama ada terdiri daripada golongan manusia yang mahu memadamkan cahaya Allah dengan golongan jin kafir yang engkar lagi derhaka berdendam kesumatnya kepada manusia.

Gadis tersebut masih nampak putaran antara nur dan kegelapan seolah-olah saling berlawan. Dengan izin Allah, tegak seperti alif. Saya pun membacakan dengan haq dan rahmatNya sepotong ayat. Alhamdulillah.

Gadis tersebut sudah tidak nampak apa-apa lagi. Cuma suasana yang terang benderang. Tiada lagi kegelapan atau jalur-jalur hitam. Cuma katanya, jauh di sudut hatinya terdapat sesuatu yang panas, keras dan degil. Ini masalah rohani. Dengan izin Allah rahmat dan redhoNya saya membimbingnya berzikir dengan zikir ismu Zat Allah, Alhamdulilah dan di akhirnya dipohon rahmatNya dan Nur Nya sebagaimana yang pernah dipohonkan Nabi Muhammad SAW. (Carilah dan amalkan doa cahaya tersebut, jangan pandang sebelah mata, konon nak raup semua tapi tak terhayati pun setiap satunya. )

Gadis itu sangat tenang, tersenyum dan dia hanya memandang cahaya yang amat bersih, suci dan menenangkan amat sangat. Kami akhiri sesi tersebut dengan doa

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah wa syukurillah.

Sabda Nabi: Sebaikbaik doa ialah alhamdulillah.

Allahuahkbar!

bersambung..insya Allah...

Selasa, 4 Januari 2011

Penawar Tekanan dan Saya ke Sabah

Salam sejahtera. Agak lama juga saya tidak mengemaskini blog ini. Lantaran kesibukan mengikuti aktiviti persatuan, sebenarnya saya tidaklah mahu terlibat sangat dengan persatuan. Hal ini kerana persatuan di kalangan orang Melayu ini berbeza dengan persatuan dengan kaum lain, misalnya persatuan kaum Cina. Orang Melayu sangat suka bermain dengan politik yang mana politik itu bukannya memberikan kebaikan yang menyeluruh tetapi pada sepihak dan satu arah sahaja. Persatuan orang Melayu juga lembab dan tiada semangat, kalau dapat berkumpul lebih suka berbual dan melepak berbual kosong membazir masa. Saya sebenarnya anti berbual kosong dan berbazir masa.

Berbalik kepada judul entri ini, penawar gangguan fikiran. Dalam bahasa psikologi gangguan fikiran ini mempunyai banyak nama lain. Bukan tujuan saya mahu spesifikannnya. Boleh merujuk buku psikologi.

Saya tulis di sini gangguan fikiran merangkumi semua keadaan diri yang tidak normal sehingga menerbitkan keresahan, kebimbangan melampau, mengasingkan diri dalam ketermanguan (melainkan beruzlah, mujahadah), berkhayal dan kurang fokus terhadap sesuatu perkara. Gangguan fikiran begini boleh dirawat dengan baiknya dengan kaedah pancaran nur zikir yang telah "dimampatkan". Maksudnya setiap orang daripada kita berbeza tahap berzikirnya. Ada yang berzikir sekejap sahaja sudah naik cahaya diri yakni nur Allah yang di sampaikan olehNya kepada hamba-hambaNya yang soleh.

Ada yang berzikir lama berjam-jam baharu mendapat natijah daripada zikirnya. Semua ini terpulang kepada limpah kurnia Allah terhadap hamba-hambanya. Apa nak di hairankan. Kalau syurga beratus tingkat. Neraka berjenis-jenis. Makam manusia juga pasti berbeza-beza. Makam mahmudah tidak sama dengan makam ammarah. Begitulah seterusnya. Pancaran Nur itu merupakan suatu zikir dan doa bergabung yang dengan izin Allah pesakit yang dirawat akan mendapat manfaat dan ketenanangan serta merta dan kita bagi yang mendoakan juga mendapat manfaat yang sama atau lebih.

Jadi konsep ini berbeza dengan konsep reiki yang menyalurkan tenaga alam yang entah mana sumber 'energinya'. Juga berbeza dengan konsep 'tenaga dalam' yang akan kepenatan apabila sudah merawat ramai pesakit. Insya Allah dengan rahmat Allah gangguan fikiran dan tekanan melampau dapat dirawat dan dibuktikan di tempatnya apabila digunakan kaedah pancaran nur ini.


MAKLUMAN

Insya Allah dengan izin Allah saya akan ke Sabah pada 14/1-16/1/11 ini kerana dijemput untuk mengajar dan membimbing seorang bakal murid yang mahu mempelajari Ilmu Hikmah Nur Makrifah. Dalam masa ini bagi sesiapa yang mahu dirawat dan mahu belajar berada di Sabah maka bolehlah segera menghubungi saya agar jadual dapat di atur. Sama ada melalui emel atau sms terus ke HP saya.

Jumaat, 24 Disember 2010

Lagi pengalaman murid belajar ilmu hikmah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Ya Allah rahmatilah kami semua
khususnya yang menziarahi blog ini
Peliharalah kami semua daripada
bisikan, gangguan, kejahatan dan kehadiran syaitan
sama ada syaitan yang terdiri daripada golongan jin
dan syaitan yang terdiri daripada golongan manusia
Ya Allah rahmatilahkami, rahmatilah kami, rahmatilah kami!
Birahmatika Ya arhaman rahimin. Amin.

Salam. Dua hari lepas saya ada melakukan penyucian dan pengisian ke atas S yang bersungguh-sungguh hendak belajar ilmu hikmah. Seperti biasa sebelum saya melakukan penyucian, saya bertanya kepada murid dahulu apakah beliau pernah belajar apa-apa ilmu sebelum ini? Dan murid saya itu pun menjawab dengan seikhlas hati.

1. Pernah belajar silat sehingga peringkat tertinggi (ilmu batin)
2. Pernah belajar ilmu tarikat tetapi sekerat jalan
3. Pernah belajar dengan Darul Syifa sehingga tamat dan dizinkan merawat.

Saya dengan rendah diri pun mengatakan, pengalaman dan ilmu murid saya ini lebih baik daripada saya. Saya hanya

1. Belajar silat Lincah tetapi tak sampai tahap tinggi (pukulan jarak jauh/bertapa dll). Arwah Datuk saya yang merupakan seorang Imam surau dan ahli berzanji marhaban melarang saya meneruskan kerana katanya kalau betullah kebal, kenapa kena gigit nyamuk pun berdarah lagi?. Hehehe.

2. Tak pernah menyertai mana-mana tarikat tetapi merawat pesakit yang bertarikat malah ada anggota tarikat menelefon saya, namun selepas saya nasihatinya dia tak boleh terima bahkan mau beradu ilmu kitab tasawuf pulak dengan saya. Maaf saya tak mengaji kitab tasawuf atau menghafalnya.

3. Pernah berangan-angan hendak masuk Darul Syifa tapi tak dapat. Namun kini sudha ada beberapa murid darul syifa mahu belajar dengan saya. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah seluruhnya, nafikan semuanya isbatkan hanya Allah.

Namun murid saya benar-benar mengatakan saya mempunyai 'sesuatu' dan ia nak belajar 'sesuatu' itu. Langsung saya tersenyum dan memulkan bicara, bukan kuasa saya, tetapi kuasa Allah;bukan gerak saya tetapi gerak Allah; bukan ikhtiar saya tetapi ikhtiar Allah. Saya pun menerangkan kepadanya asas ilmu hikmah ini sehingga ia benar-benar memahami dan tersenyum lebar sekali. Saya pun turut bersyukur dan gembira kerana dia memahami. Kefahaman amat penting sebelum belajar ilmu hikmah dan menerima pengisian ilmu hikmah. Jangan main redah saja. Pantang tengok iklan maka kita terus berjumpa, tanpe penerangan jelas, guru kita terus saja isi kita kemudian meminta maharnya beribu-ribu. Dengan saya, penerangan diberikan sejelas mungkin. Namun bukanlah penerangan itu seperti penerangan dalam kitab fikah dan usulluddin.

Selepas 1 jam lebih saya melakukan pengisian ilmu hikmah matanya terbuka luas jernih dan bermagnetis sekali. Saya pun terkejut kerana hasilnya alhamdulillah luar biasa sekali. Semua ini pastinya dengan ada redho dan izin Allah serta rahmat Allah yang Maha Pemurah. Saya pun belajar sesuatu dan cuba mengingat kembali. Selain daripada beberapa amalan ringkas perlu dibuat oleh bakal murid sebelum berjumpa saya, laku dan gerak daripada saya sendiri (ilham) melakukan beberapa perkara yang nampak biasa tetapi tak disangka di situ letaknya rahmat dna redho Allah.

Semalam saya sms kepada S. Lebih kurang sms saya begininya:

Ok. Setakat malam bagaimana rasanya?

Balas S menerusi sms juga:

Alhamdulillah...zahir tak terucap, rasa sejuk dan damai seperti ada 'mint' masih terasa di setiap sedutan dan hembusan nafas..Maha Suci Allah.

Pengalaman S ini merupakan rahmat Allah semata-mata. Untuk mendapat sensasi begitu (bukan bermaksud kita nak ilmu nak rasa sensasi begitu) bukan pendek masa diambil. Bilamana sudah rasa macam ada 'mint' pada saluran nafas itu tanda yang amat baik. Reiki, tenaga dalam ilmu kebatinan dan sewaktu dengannya tak ada yang mempunyai sensasi begini melainkan rasa panas, baran, gelisah, sempit rezeki dna lain-lain. Justeru kata Allah


Tiada paksaan untuk menerima agama Islam seluruhnya, kerana telah nyata lagi terang jalan mana yang haq dna jalan mana yang bathil....Al-Baqarah.


Program / Kursus MEGA Super Spiritual

 Program Gemblengan MEGA Super Spiritual - “Zero to Hero” “Apabila disebut spiritual bukan semata-mata pengubatan bahkan melibatkan hubungan...