Selasa, 8 Februari 2011

Sila Baca dengan fikiran terbuka : Faedah Ilmu Hikmah Nur Makrifah

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah segala puji dan puja kepada Allah Tuhan Seru Sekelian Alam dan limpah selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, sahabat dan kaum muslimin muslimat sekelian.

Ada yang tertanya-tanya kepada saya apakah faedahnya Ilmu Hikmah Nur Makrifah (IHNM) untuk dirinya?

Jawapan bagi soalan ini banyak. Ia bergantung pada Seseorang itu. Dan Seseorang itu bergantung pada Sudut Pandangannya. 

Saya cuba menjelaskan daripada beberapa sudut pandangan bagi menjawab persoalan tersebut.

Sudut Pandangan bagi A yang belum pernah belajar apa-apa ilmu hikmah atau esoterik spt reiki, prana, tenaga dalam, tenaga alam, silat batin, rukyah DAN KEMUDIAN mengambil pengajian dan pengisian IHNM :

Suatu pengalaman baharu yang luar biasa, saya merasa amat tenang, damai dan marak api semangat untuk beribadah semata-mata untuk bertaqarrub denganNya. Saya mula menyedari hakikat ruhani saya sendiri yang berhubungan dengan Allah Ta'ala. Saya semakin memahami agama dan kasih sayang sesama makhluk...

Sudut Pandangan B yang pernah belajar rukyah DAN KEMUDIAN mengambil pengajian dan pengisian IHNM :

B 1: Saya telah mengambil ijazah rukyah daripada guru yang terkenal yang mengambil serta belajar dengan guru berketurunan Arab sendiri yang sangat terkenal dengan buku-buku penangkis sihir dan merawat menggunakan ayat-ayat Al Quran. Kemudian saya pun mula merawat pesakit  di rumah saya dan alhamdulillah mujarab. Malahan ada juga pesakit yang gagal dirawat oleh guru saya, saya merawat mereka dan dengan izin Allah sembuh. Namun saya merasai masih ada ruang-ruang kosong dalam hati saya membuatkan saya tertanya-tanya apakah setakat ini sahaja? Apakah tiada yang lain...mengapakah aku merasai perasaan begini (kekurangan kesuburan / makrifahtullah)...

B 2: Saya telah mengambil ijazah lengkap rukyah syariyyah dan kemudian saya pun merawatlah. Kadangkala sembuh mujarab  kadangkala tiada kesan langsung. Saya memahami soal sembuh atau tidak mutlak milik Allah tetapi saya tetap tertanya-tanya mengapa ada dari golongan jin yang merasuk dalam badan pesakit boleh mengetawakan saya yang sedang membaca ayat-ayat al Quran? Sejak itu saya mendirikan solat hajat dan istiharah dan Allah memberikan jalan kepada saya untuk bertemu tuan Tabib Ali dan alhamdulillah saya merawat selepas itu, tidak berlaku lagi jin mengetawakan saya. Dengan keyakinan diri yang kian kuat, saya yakin dikuatkan Allah, saya bukan sahaja dapat merawat kes kerasukan dengan cepat dan mudah, malah orang yang saya rawat juga semakin meningkat ruhaninya-yakni kadar ingatnya kepada Allah jauh bertambah-tambah dalam hati sanubarinya. Syukur, seperti diingatkan oleh Tabib Ali, bersyukurlah kepada Allah ta'ala kerana dengan inayah dan rahmahnya sahaja semua perkara itu boleh berlaku.

Sudut Pandangan C yang pernah belajar ilmu hikmah dan tenaga dalam DAN KEMUDIAN mengambil pengajian dan pengisian IHNM :

C 1: Saya belajar ilmu Silat Sabil dalam tahun 80-an sehingga mendapat selendang Merah. Hasilnya saya selalu panas baran, mudah tersinggung, maki-maki dan pantang di cabar. Dalam tahun 2000 saya belajar Ilmu Tenaga Dalam Pa******** S***** daripada seorang guru tenaga dalam yang mengijazah dan mengisi jarak jauh melalui telefon sahaja. Mulanya saya faham kemudian kata-katanya semakin tidak saya fahami. Malah saya juga diberikan doa nurbuwwah. Hasilnya saya mendapat gigitan aneh seluruh tubuh saya sehingga lebam-lebam dibuatnya. Segala ilmu saya praktiskan untuk mengatasi masalah itu juga GAGAL. Malah keadaan saya makin teruk apabila ibu jari saya pula macam ditokak oleh sesuatu dan badan jadi letih lesu. Saya mula memohon kepada Allah agar diberikan petunjuk. Dan Allah mengabulkan doa saya dan mempertemukan dengan Tabib Ali. Saya berubat dahulu dengannya. Hasilnya semua gangguan aneh sudah tidak ada. Badan jadi ringan mudah nak bangun subuh solat. Kemudian tanpa berfikir panjang lagi saya pun mengambil keputusan mahu belajar dan menerima pengisian IHNM. Hasilnya sangat indah tak terkata. Fikiran jadi lapang selapang-lapangnya. Hati jadi tenang setenang-tenangnya. Hanya Allah yang Tahu. Ibadah saya kian khusyuk suatu nikmat yang baharu kecapi sepanjang usia saya. Karier saya di tempat kerja juga makin baik. Hubungan dengan majikan dan rakan-rakan sekerja juga makin baik sehinggakan tiada lagi yang mahu marah-marahkan saya. Kerja saya lebih tersusun rapi di pejabat. Alhamdulillah saya dapat rasakan perubahan yang amat besar dalam hidup saya. Dan ia lebih bernilai daripada barang-barang berjenama dan mahal atau material lainnya.

C2 : Saya belajar reiki dan hasilnya badan saya jadi panas dan baran. Saya jadi ok beberapa ketika namun fikiran saya siapa yang tahu?Berkecamuk dan boleh berubah personaliti tiba-tiba. lebih teruk lagi saya lihat lembaga aneh dan perasaan bersatu dengan alam. Aduhai. Setelah menerima rawatan dari Tabib Ali, beliau menyarankan saya memusnahkan semua ilmu reiki yang saya pernah ambil dan alhamdulillah saya tidak ada lagi gejala di atas. Hati lebih tenang fikiran jadi lapang. Air muka saya berseri-seri dan amalan yang diberikan Tuan tabib Ali kepada saya juga ringkas tetapi alhamdulillah banyak perubahan positif saya nikmati. Kini saya mahu belajar IHNM pula. Bayangkan kalau rawatan pun sudah mencapai tahap begini apatah lagi belajar dan menerima bimbingan daripada Tuan Tabib Ali sendiri. Insya Allah.

Sudut Pandangan di atas berdasarkan pengakuan, emel dan lisan pesakit saya yang kemudiannya menjadi pelajar saya.

Alhamdulillah, tiada apa pun yang mustahil dalam dunia ini jika Allah izinkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...