Selasa, 16 Oktober 2012

Allah Maha Pencipta

Abu ada basikal tapi dia tidak tahu kompenan2 yang membina basikal tersebut. Yang Abu tahu kayuh basikal dan tunggang basikal. Manakala Zaki tahu basikal melalui buku yang dibacanya. Dan dia tahu setiap kompenan basikal. Suatu hari Abu dan Zaki bertemu. Zaki berkata kepada Abu, "Kau tahukah yang kau naiki ini sebuah basikal?" Abu jawab : "Aku tidak tahu yang aku tahu tunggang saja." Zaki balas, "Kalau begitu engkau sangat bodoh kerana tak tahu ini adalah basikal. Aku tahu ini basikal melalui buku aku baca. Aku tahu setiap kompenanya." Abu marah, "Nah kau cuba tunggang basikal aku nak tengok !" Zaki mengelak, "Eh aku tak tahu naik basikallah inilah kali pertama aku jumpa basikal dan kau suruh aku tunggang mana aku reti!" Abu ketawa, "Jadi kaulah bodoh bahlul sebab tak tahu bawa basikal macam aku." Tapi Zaki tak mau mengalah. Maka masing2 saling menuduh siapa paling bodoh. Akhir sekali, Ali datang, "Tenang!Aku boleh jadi hakim kalian!" Zaki dan Abu tanya serentak, "Ok siapa yang paling bodoh antara kami berdua!?" Ali senyum, "Sebenarnya yang bodoh ialah sifat gopoh kamu dan buta tuli kamu kepada Allah yang mempertemukan kamu." Zaki dan Abu berang. "Apakah hujah engkau?" Ali jawab dengan tenang, "Diri kamu yang sejati tak pernah sebodoh sifat kamu itu. Diri kamu seperti jua diriku. Bahwa diriku memandang, tanpa Zaki, Abu tak mungkin tahu selamanya yang Abu tunggang selama ini adalah basikal apatah lagi kompenannya. Dan tanpa Abu, tak mungkin, Zaki tau yang Zaki baca dalam buku selama ini adalah basikal yang sekian-sekian rupa dan bentuknya dan  perlu ditunggang dengan cara tertentu!" Jadi diri kalian saling memerlukan melengkapi kekurangan. memang sifat sejati kita makhluk bersifat baharu yang serba kurang. Dan penyatuan diri antara kita adalah jawapan kepada persoalan dan pelengkap kepada kekurangan. Bersyukurlah kalian kepada Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Bijaksana.Begitu juga Allah mencipta segala sesuatu. Segalanya ada hikmah dan bertujuan menyatakan keberadaan dan kekuasaan Allah yang meliputi segala sesuatu. Sebab itu Allah tidak malu untuk memberi perumpamaan walau seekor lalat atau senipis selemah sarang labah-labah atau sebodoh lembu yang dibuat berhala.Ini juga antara rahsia jawapan Allah kepada malaikat, ketika mempertanyakan kenapa Allah mencipta manusia. "Aku tau apa yang kalian tak tahu!" Jadi sama2lah kita menginsafi diri.

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...