Isnin, 25 Jun 2012

Cerita Misteri 1


           Walaupun peristiwa itu telah berlaku hampir enam tahun, namun segalanya bagai baru bagi saya. Hari itu seperti biasa saya akan ke sekolah seawal pagi selepas subuh kira-kira jam 6.35pagi. ayah saya seorang tukang kebun sekolah, disebabkan itu saya terpaksa mengikut jadual kerjanya untuk ke sekolah. Pulang dari sekolah, saya mula rasa sakit-sakit pada belakang betis kaki kiri. Saya fikir kerana saya terlalu banyak berdiri, maklumlah pengawas sekolah. Ditambah pula dengan berat badan saya yang berlebihan ketika itu.
            Semakin hari semakin sakit bias di belakang betis kaki kiri saya. Puas sudah ibu saya mengurut. Katanya urat kaki saya tegang sebab banyak berdiri. Tapi rasa sakit itu kelamaan berubah menjadi kebas. Saya semakin risau. Kata ibu, darah saya tersekat sebab itu kebas. Saya fikir rasa kebas di kaki saya hanya kerana masalah fizikal saya yang terlalu gemuk. Saya mengurut kaki saya setiap hari, namun semakin saya urut semakin bertambah rasa kebas itu. Saya dan ibu semakin bimbang. Hampir sebulan rasa kebas di kaki. Kebas itu merebak ke seluruh kaki kiri sehingga paras pinggang. Tidak lama beberapa hari kemudian, rasa kebas itu telah mula saya rasakan di badan bahagian sebelah kiri. Kini pergerakan saya terbatas. Mahu ke tandas juga solat saya terpaksa minta bantuan ibu. Saya tahu ibu menangis melihat keadaan saya tapi kuatkan semangat demi saya. Ibu membawa saya ke hospital untuk pemeriksaan. Kata doctor saya tiada sakit apa-apa dan sihat.
            Suatu pagi, bangun dari tidur saya rasa pipi sebelah kiri saya pula kebas. Kali ini saya tidak dapat menahan sebak. Mujurlah seorang kawan kepada adik kenal dengan seseorang yang tahu serba sedikit perubatan islam. Saya dibawa ayah ke rumah orang tersebut. Sampai di rumahnya, hati saya jadi tidak keruan. Rasa macam mahu berlari pulang sahaja. Seorang lelaki berusia dalam awal 40-an berdiri di muka pintu menjemput kami masuk. Saya hanya menurut. Saya lihat wajah lelaki itu yang kami gelarnya sebagai Pak Man tenang sahaja. Selepas meminta izin untuk mengambil wuduk, Pak Man keluar dan duduk dihadapan saya sekembalinya dia dari dapur.    
            Pak Man bertanya masalah yang berlaku. Ayahku menceritakan segalanya. Pak Man hanya menganggukkan kepala. Setelah diam seketika, pak Man mula membaca bismillah dan al-Fatihah beberapa kali. Tangan kanannya di lalukan di atas kaki kiri saya beberapa kali tanpa menyentuh kaki kiri saya. Setelah berjaya mengesan sesuatu, jari ibunya ditekan disuatu tempat dan dengan menyebut nama Allah, Pak Man menarik keluar ‘benda’ yang berada di kakiku juga di tengah belakang dadaku. Alhamdulillah, ekoran daripada peristiwa itu, kebas di kaki dan seluruh badanku semakin hlang. Kata Pak Man, aku perlu segera berurut untuk mengelakkan kakiku kekal berjalan seperti orang cacat. Kini, aku sudah pulih sepenuhnya

Ahad, 24 Jun 2012

Kaedah Pulih dan Pelaris Perniagaan

Salam sejahtera. Ramai antara kita memiliki perniagaan dan mahukan perniagaannya terjaga daripada segala sihir dan gangguan ilmu hitam. Di sini saya sediakan tips mudah

1. Sediakan tahi besi.
2. Belerang kuning
3. Dan bacakan......]
4.Lakukan.....

Selepas pulih kita bolehlah buatkan pelaris dengan cara yang benar. Kalau pulih saja tiada pelarisnya macam gulai tak ada garam, tawar hambar juga.

Kaedah ini hanya boleh dipelajari bagi sesiapa yang mengikuti bimbingan ilmu hikmah yang ditawarkan menerusi blog ini.

Kita haruslah menyedari bahawa perniagaan adalah aset keluarga dan peribadi kita. Jangan pandang remeh untuk memulih dan membuatkan pelaris untuk perniagaan anda. Anda boleh belajar dan mendapatkan perkhidmatan kami secara khusus untuk tujuan itu.

Dalam hal ini kami sering dihubungi oleh mereka yang sudah terhantuk baru terngadah. Ini tidaklah menjadi salah. Namun kekecewaan pasti menyelubungi jika kita tidak berupaya untuk membantu perawat menyediakan bahan untuk pulih dan lariskan perniagaan.

Jadi sebagai langkah awal :

1. Ahli perniagaan belajar ilmu daripada kami untuk tahu kaedah yang betul dan tepat
2. Ahli perniagaan mendapatkan rawatan daripada kami dengan bayaran yang dipersetujui bersama walaupun perniagaan sedang baik dan berjaya

Apakah kita pengusaha kedai makan mahukan orang datang makan di kedai kita? Kami ada jawapannya....

Apakah anda pemilik premis perniagaan dan mahukan premis anda ceria dan dihujani projek ? Kami ada jawapannya...

Apakah anda pemilik tanah kebun dan mahukan tanah subur sehingga menghasilkan pertanian lumayan? Kami ada jawapannya....

Apakah anda pemilik butik kecantikan dan spa mahu ia dikunjungi pengunjung walau sekadar baru melihat  premis anda (pelanggan pertama) kami ada jawapannya....

Oleh itu dapatkan perkhidmatan khusus kami. Ada solusi dan konsultasinya. Kami tidak menawarkan magik dan sihir. Bukan ilmu hitam dan sejenisnya. Jangan main-main fitnah nanti fitnah makan diri. Ia perkhidmatan murni dengan cara yang murni dan benar.

Terus hubungi kami jika berminat, tidak hanya kepada mereka yang mengalami kemerosotan perniagaan tetapi juga mereka yang sedang meningkat naik perniagannya, sediakan payung sebelum hujan kata orang lama. Jangan dah terhantuk baru terduduk mengaduh. Masa itu sudah tidak berguna segala keluhan dan jeritan.

Lumrah dunia bila senang manusia cari dekati kita. Bila susah orang pinggirkan kita asingkan kita dan tiada endahkan kita. Inilah yang kita tidak mahu berlaku dan perlu elakkan. Khusus bagi yang berniaga bisnes jangan lupa nasihat ini, 'sediakan payung sebelum hujan' atau bagi yang sudah 'terkena' jangan biarkan melarat nanti makin rumit. Ingatlah sihir perniagaan itu wujud semestinnya dengan izin Allah dan jangan jadikan ia lubang hitam yang memusnahkan karier dan lubuk rezeki anda.

Terus hubungi kami untuk perkhidmatan atau mempelajari kaedah pulih dan pelaris perniagaan ke email rahmaniah999@gmail.com

Sabtu, 23 Jun 2012

Sediakan payung sebelum hujan dan belajar ilmu

Salam sejahtera. Formula sukses yang dimaksudkan ialah bagaimana menggunakan ilmu rawatan secara sukses dan berjaya. Banyak yang belajar ilmu rawatan daripada buku dan internet.
              Ada yang belajar ilmu tanpa bertemu pengajarnya. Ada yang main-main kirim dari jauh tanpa sentuhan hikmah pengajarnya. Ada yang belajar tetapi lebih banyak teori daripada praktikal. Ada yang belajar sesuatu yang telah diketahui. Ada yang belajar sekerat-sekerat kalau mahu belajar lagi sila tambah bayaran. Ada yang belajar dari orang yang salah, yang hanya fotostat nota. Jadi inilah masalah yang berlaku. ]
               Di sinilah penyelesaiannya, dimana semua masalah itu dikenalpasti dan diatasi dengan cara yang benar demi sukses dalam mempraktikannya dalam kehidupan sehari-hari. Belajar ilmu hikmah bukan sekadar mahu mengubati orang tetapi juga untuk pelbagai aspek kehidupan sehari-hari. Inilah yang masih kurang difahami oleh kebanyakan si pencari.
                Elakkan teraba-raba dalam gelap dan ketidakpastian. Dapat penerangan yang tepat dan luwes. Belajar dulu di sini untuk membuktikan segala tanggapan negatif anda itu diluruskan dan dibetulkan. Belajar ilmu hikmah harus tahu tentang anatomi batin diri kita terlebih dahulu. Barulah kita tahu cara nak manfaatkannya.
                  Pembelajaran ilmu hikmah yang benar ini masih berjalan dengan upgrade dan update yang terkini. Marilah kita berhijrah daripada jahil kepada berilmu. Ingatlah sediakan bekal secukupnya berjalan di muka bumi Tuhan ini. Binalah karier anda dengan baik dan lindungilah diri anda sebelum fitnah datang menguji. Nanti tidaklah terkial-kial mencari kepastian dan rawatan. Nanti tidaklah ditipu oleh si licik yang menyamar menjadi perawat dan bomoh.
                   Ada dikalangan anda berpelajaran tinggi dan membina karier dengan baik tetapi gagal menyediakan payung sebelum hujan. Maka ramailah yang 'terkena' dan 'dikenakan'. Ramai yang menceburi bidang perniagaan dan mahu untung sahaja dan membeli segala material kehidupan serta gajet mahal. Tetapi dada kosong maka mudahlah ditembus segala gangguan. Jangan hendak berak mahu terkocoh-kocoh menggali lubang. Jangan terhantuk baru nak terngadah. Sediakan payung sebelum hujan dan mari penuhi dada dengan ilmu hikmah yang bermanfaat dunia dan akhirat. Terus email rahmaniah999@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Rabu, 20 Jun 2012

Mencari ilmu hikmah dan perubatan Islam

Menuntut ILMU adalah tradisi peradaban Islam zaman berzaman
Salam. Nampaknya ada pertanyaan demi pertanyaan tentang ilmu hikmah ke email kami. Antara soalan popular adakah bertentangan dengan Islam? Ia tidak bertentangan sama sekali. Malah ia melengkapi diri perawat dengan ilmu dan pengalaman serta teknik orang lain. Tidak mahukah kita menambah ilmu dan pengalaman dari orang lain? Sudah tentu ia menambah khazanah ilmu di dada sekaligus dapat melakukan pelbagai cara merawat pesakit.

Ilmu hikmah dan perubatan Islam mempunyai formula tersendiri. Apatah lagi bagi perawat senior yang berpengalaman. Jangan jadikan diri tertutup dengan ilmu Allah yang maha luas ini. Belajar dengan yakin dan tekun daripada ahlinya. Tawaran mengikuti bimbingan ilmu hikmah masih berterusan dibuka. Cepat sebelum terlambat. Berbagai update dan upgrade melalui grup kami disediakan. Tidak rugi belajar di sini. Berbaloi-baloi belajar ilmu hikmah di sini.

Terus email ke email rahmaniah999@gmail.com segera. Jangan biarkan diri kita ketinggalan. Belajar sebelum hendak menghukumi.  

Isnin, 11 Jun 2012

Mengatasi Gangguan Sihir Sekeluarga

Salam..bermulalah sebuah cerita benar...akibat menolak pinangan orang...maka peristiwa demi peristiwa pun berlaku...bersambung.....

Rabu, 6 Jun 2012

Ilmu Hikmah Super Advance

Salam Rejab. Rasanya belum terlambat untuk saya war-warkan. Siapa yang mampu marilah kita berpuasa. Dalam puasa ada terlalu banyak hikmahnya. Program bimbingan ilmu hikmah masih diteruskan. Insya Allah bagi yang mengikutinya sampai sebelum Ramadhan akan dapat mengikuti program khusus melipatgandakan keilmuan (SUPER ADVANCE) pada bulan Ramadhan bersama pembimbing. Sangat bagus untuk segala manfaat dunia dan akhirat. Hebahan akan dibuat dari semasa ke semasa melalui facebook. Bagi yang berkira-kira hendak belajar ilmu perubatan di mana-mana anda dijemput menyertai dan bergabung bersama kami. Insya Allah, tiada yang kecewa dan rugi. Sebaliknya puas hati dan menguntungkan. Boleh terus hubungi atau emel ke rahmaniah999@gmail.com. Jangan ketinggalan. Ingatlah ketika kita masih berfikir-fikir orang lain sudah jauh maju ke depan. Singkaplah kejahilan raihlah keajaiban!

Ahad, 3 Jun 2012

Perawat Perlukan Daya Pemulihan yang Cepat

Daya pemulihan yang cepat sangat diperlukan bagi setiap perawat. Jika tidak perawat akan macet dan pancit. Dan perawat juga terdedah kepada serangan ghaib. Ada kaedah tertentu untuk memulihkan kekuatan diri yang telah melemah sesudah merawat pesakit. Ada kaedah panjang dan ada kaedah ringkas. Nak belajar dalam pakej ilmu hikmah ini akan diajar. Bagi pelajar alumni boleh sertai Grup Perawat Rahmaniah di Facebook. 

Ini adalah tahap advance ilmu hikmah ini.

Harus saya tegaskan sekali lagi dek kerana banyaknya emel dan panggilan kami terima mengatakan kami sama dengan grup TENDAI, dimaklumkan bahawa kami tidak sama sekali sama dengan TENDAI. Bahkan saya sendiri diperlihatkan oleh seorang yang pernah belajar TENDAI silibus TENDAI tahap master dan grandmaster, ia sama sekali tidak sama dengan ilmu hikmah diajarkan dan ditawarkan melalui blog ini. Sama sekali beza. Jadi jangan ragu-ragu untuk pernah berniat mempelajarinya.

Tentang Daya Pemulihan lebih lanjut sila ikuti gembelengan ilmu hikmah perubatan, yang tidak semestinya untuk mengubat cukup sebagai pendiding dan pakaian diri kemana-mana sahaja, sediakan payung sebelum hujan. 

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...