Isnin, 30 September 2013

Belajar Ilmu untuk merawat diri sendiri

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Allah  melimpahkan kasih sayang dan rahmatNya pada setiap makhluk dan atas rahmatNya jua kami masih terus berkhidmat untuk anda semua.

Dalam pengalaman kami berdepan dengan pelbagai karenah pesakit ada di antaranya yang harus memikirkan semula langkah diambil bagi merawat dirinya. Bagi pesakit yang acapkali berulang ulang penyakitnya datang kami syorkan pesakit itu agar segera mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah yang kami anjurkan.  Ini kerana penting bagi pesakit begini mempunyai ilmu dalam berikhtiar mengelakkan sakitnya datang semula terutama berkaitan sihir. Konsepnya mudah. Cuba lihat perawat anda pun seorang yang berilmu. Tanpa ilmu mustahil perawat itu dapat merawat anda. Konsepnya sama dengan anda. Jika anda belajar ilmu maka anda juga boleh memiliki segala kemampuan penyembuhan metafizik atau kerohanian dengan syarat keilmuan anda pelajari itu dirahmati dan diredhoi Allah. Kami ibgin mengajak anda semua yang sudah jenuh berubat di sana sini agar mengikuti sesi pembelajaran kami anjurkan.  Jangan fikirkan tentang maharnya kerana duit yang anda keluarkan untuk berubat sudah terlalu banyak sebagaimana lazim dikeluhkan oleh pesakit kami sampai ada yang menjual tanah pusaka. Kalau anda sendiri tidak sakit anda dapat bantu anggota keluarga yang lain yang jenuh berubat.  Jadi anda tidak rugi apa apa jika anda sendiri berikhtiar mengubati kaum keluarga sendiri. Dengan mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah Tingkat Tinggi dan Istimewa sudah cukup untuk anda buat bekalan dalan menjalani kehidupan. Insya Allah. Jika anda mahu ikuti gemblengan sila terus hubungi kami melaluiemel atau telefon.

Jumaat, 27 September 2013

Pengalaman Belajar Ilmu Hikmah 12 - Ezam Klang

Banyak orang suruh kami detailkan program belajar Ilmu Hikmah Nur Makrifah (IHNM) yang kami anjurkan. Beginilah.  Apa kata tuan puan tanya sendiri dengan saudara Ezam murid seniour kami pengalamannya. Kalau sekali telefon tidak dijawab jangan putus asa.  Maklumlah sibuk bekerja tapi dijamin dapat beri galakan anda belajar dengan kami.

Berikut pengakuan Ezam.

1. Sejak belajar saya kini menemui ketenangan sejati. Mudah untuk laksanakan ibadah. Dinaikkan pangkat.

2. Dpt khusyuk ibadah. Doa zikir dll amalan dpt dilakukan dgn tubuh badan yang ringan. Bersyukurlah kerana dapat ikuti gemblengan dengan ustaz.Alhamdulillah.

3. Ustaz tidak kedekut ilmu dan masa sabar membimbing. Nilai mahar tidak terbanding dengan nilai bimbingan. Walaupun sudah bertahun ikut ustaz segala janji dipenuhi.

4.Dulu saya belajar banyak tempat. Dgn ustaz juga saya kekal meskipun sudah bertahun tahun.Terima kasih ustaz atas tunjuk ajarnya.

5. Saya terus dapat konsultasi percuma saja.ustaz berikan solusi atas permasalahan dan saya lakukan sebaiknya dan hasilnya Alhamdulillah.

6. Ustaz tidak seperti pembimbing keilmuan lain yang lupakan muridnya.ustaz sedia bimbing walau sudah habis masa belajar. Ustaz jadi kawan, penasihat, sahabat yang setia dan sabar bimbing.benarlah kata ustaz selagi murid mahu hubungi ustaz selagi iyulah ustaz melayani.

Banyak lagi faedah lain yang saya dapat hasil tunjuk ajar ustaz yang berterusan. Jadi anda jangan ragu2 lagi kerana di sinilah pilihan yang tepat untuk menimba ilmu beramal dan mendapat kebaikan dunia dan akhirat.

Ezam boleh dihubungi di talian 013-230 5822 (Klang, Meru)

Jumaat, 6 September 2013

Alamat rasmi pusat rawatan

Alhamdulillah.

Dengan rahmat Allah kami dapat juga menyewa di sebuah premis bagi menawarkan perkhidmatan rawatan kepada masyarakat luas.

Silalah anda hubungi kami dahulu sebelum datang sama ada untuk mendapatkan rawatan dan gemblengan ilmu  di

Pusat Perubatan RahmaniahRawatan Islam,Tradisional Dan Alternatif Dan Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah (IHNM)

No. 2F Tingkat 1 Su Mall Jalan Bidara 8 Saujana Utama Sungai Buloh 47000 Selangor.

Hubungi : Puan Azie 019 369 4765.

Selain rawatan medis, non-medis kami juga membuka rawatan Bekam Sunnah Istimewa, Urut Rohani, Urut Patah Riuk, Urut  Terseliuh, Urut Retak, Urut Paripurna lengkap untuk rawatan menyeluruh.

Rawatan kami adalah dikenakan bayaran untuk menampung kos sewa, upah perkhidmatan, bahan rawatan dan lain-lain.

Rawatan percuma hanya khusus untuk yang layak selagi anda bekerja mampu bayar bil, bayar kereta dan rumah anda tidak layak. Kami memahami golongan hang benar benar memerlukan dan layak untuk dapatkan rawatan percuma dari kami. Boleh rujuk halaman Rawatan untuk maklumat lanjut.

Kami juga menawarkan kos pengajian ilmu hikmah perubatan kerohanian  dan metafizik. Untuk anda dengan mahar ikut kemampuan anda. Segala keilmuan yang kami tekuni akan kami ijazahkan dan ajarkan cara aplikasinya. Insya Allah.

Kredibiliti kami terletak kepada pengamalan apa yang kami ajarkan kepada pelajar. Dibuktikan depan mata bukannya menjual nota fotostat semata-mata!

Semoga usaha kami didukung oleh anda semua dab mendapat bantuan daripada Allah YanMaha Esa lagi Maha Perkasa.

Allahu Ya Fattah!

Isnin, 2 September 2013

Gemblengan Ilmu di Saujana Utama Selangor.

Assalammualaikum.

Setelah berpuasa dan berhari raya kini sudah tibalah masanya untuk GemblenganIlmu Hikmah dibuka yang mana intisariny tauhid meliputi silibus Pengubatan Islam, Alternatif dan Tradisional yang mana telah ditapis dan disaring berdasarkan pengalaman khusus pembimbing.

Untuk panduan calon pelajar terdapat banyak sekali diluar sana kursus perubatan alternatif dan perubatan Islam dijalankan.

Ada yang sekadar copy and paste atau salin dan tampal sahaja. Sebaliknya silibus kami sentiasa dikemaskini dan inilah ciri istimewa gemblengan ditempat kami.

Jika and berminat maka bolehlah pilih opsyen di bawah:

A. Gemblengan Ilmu Hikmah Tingkat Awam. Mahar keilmuan dan bimbingan rm550.00 seorang. Sesuai untuk anda yang mahu mengetahui asas ilmu hikmah, perubatan Islam, amalan berijazah ilmu bermanfaat, mustajab dan mujarrab. Merawat diri, keluarga, rakan terdekat. Benteng diri. Pakaian diri aliran putih al haq. Jumlah peserta setiap sesi maksimum 60 orang diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

B. Gemblengan Ilmu Hikmah Tingkat Khusus atau Tinggi. Anda akan digemblengkan dengan 5 keilmuan ampuh + BONUS.Mahar keilmuan dan bimbingan rm2000.00. Sesuai untuk anda yang mahu mengetahui lebih lanjut ilmu hikmah, perubatan Islam, ditambahkan lagi amalan ampuh yang siap terima jadi berijazah, merawat keluarga dan masyarakat luas. Ini sesuai bagi muallij dan perawat yang sudah ada asas dan boleh juga orang awam yang amat berminat boleh juga terus mengikuti pakej ini. Utk 2 orang setiap satu sesi.

C. Gemblengan Ilmu Hikmah Tingkat Khusus lagi Khusus atau Istimewa, Pamungkas segala keilmuan. Anda akan digemblengkan dengan 10 keilmuan ampuh + BONUS ISTIMEWA. Maharnya rm5000.Sesuai untuk calon pelajar yang mahu menguasai keilmuan hikmah hak diri dll. Istimewa bagi yang sudah jenuh belajar di sana sini tapi belum yakin, pasti dll. Sesi ini untuk 1 orang sahaja bagi satu sesi.

D. Gemblengan mengikut kesepakatan mahar dll.Insya Allah.

Semua permohonan belajar boleh diajukan terus ke emel rahmaniah999@gmail.com.

Gemblengan dibuat di Saujana Utama di Selangor. Alamat lengkap boleh rujuk di atas dalam blog ini.Untuk AIDILADHA ada BONUS EXTRA menanti bakal atau calon pelajar. Ajaklah rakan sahabat anda untuk mengikuti gemblengan daripada kami. Bukan kursus yang biasa.

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...