Khamis, 31 Januari 2019

Gemblengan Ilmu Jurus Sinar Tauhid Fisabilillah

Gemblengan Ilmu Hikmah Jurus Sinar Tauhid atau Ilmu Pendekar Wali Allah dibuka. Sesi pengajian di Pulau Besar,Melaka. Keilmuan rahsia guru tua. Warisan para wali. Pakaian orang soleh. Mustajab dan dapat dibuktikan.

Berminat hubungi 013 642 1228

Selasa, 8 Januari 2019

Anaknya al-Hafiz

ANAKNYA BAKAL TENTERA IMAM MAHDI AL HAFIZ

Ibu mithali : Saya ada anak al Hafiz. Saya nak anak saya ustaz didik dia ilmu2 hikmah.

Saya : Saya kata baiklah. Yuran sekian-sekian.

Ibu mithali : Aik ustaz, saya hantar anak saya ke sekolah tahfiz percuma saja.

Saya : Saya bukan sekolah tahfiz puan. Saya mengajar secara personal dan private. Lagipun keilmuan saya ajar bukan bidang pengajian Islam. Ini lebih kpd ilmu kemahiran. Saya tak kutip derma dan menerima zakat puan utk membesarkan 'institusi' saya. Sekolah tahfiz blh mohon sumbangan derma infak dan zakat serta peruntukan khas kerajaan persekutuan. Saya buat sendiri-sendiri sepenuh masa puan.

Ibu mithali : Saya ibu tunggal. Tak ada duit nak bayar yuran.

Saya : Saya tak ada paksa puan hantar anak kepada saya sebab saya tak ada sistem pengajian spt sekolah tahfiz dan pondok. Saya buat sepenuh masa bidang ni. Sy tak bergantung kpd mana2 institusi. Yuran belajar murid jadi rezeki anak-anak dan isteri saya.

Ibu mithali : Saya nak hantar anak saya juga ustaz saya nak dia jadi tentera al mahdi mudah-mudahan.

Saya : Maaf puan saya bukan pengajian nak jadikan org tentera almahdi. Itu bukan bidang saya puan.

Ibu mithali : Tut tutttttttt

Kegilaan apakah pada  akhir zaman ini?

Bidan Zaharah 125 Tahun

Bidan Zaharah telah membidankan ribuan ibu di luar sana. Bahkan 18 anak dibidankannya sendiri. Saya teringat keilmuan yang diijazahkan mursyid sy suatu tika dulu. Bagi kaum Hawa yang mengamalkan Ilmu Nurussamawat yang diaktifkan dengan Kelapa Hijau dengan zikir yg khusus pada hari Isnin petang Asar hingga sebelum Maghrib dan tatacara pengijazahan khusus in sya Allah antara fadhilatnya mudah melahirkan anak, diberikan ilmu semulajadi membidankan orang, tubuh badan sihat wal afiat,panjang usia dlm keberkahan dan husnul khotimah. Bidan yg amat berjasa ini meninggal dunia ketika usianya 125 tahun ketika suaminya telah separuh abad meninggal dunia.  Man jadda wajadda. Itulah kelebihan orang-orang tua dulu berbanding orang zaman kini yg hanya pandai membawang.

Isnin, 7 Januari 2019

Gemblengan Keilmuan Terbaik 2019

Alhamdulillah selesai sudah Gemblengan Super Spiritual Nurullah dan Jurus Sinar Tauhid : Fadhilat utk Kerohanian.Mengenal Diri.Pertahanan Diri. Ketabiban. Multifungsi. satu program gemblengan keilmuan gabungan yang disempurnakan Munajat Istighosah selama 3 hari 2 malam di Muar dan Pulau Besar Melaka. Sesuai bagi AWAM hingga anda yg mahu menyempurnakan keilmuan anda telah warisi selagi ilmu anda bawa adalah aliran putih dan mentauhidkan Allah. Program keilmuan sy anjurkan berbeza dgn pihak lain lakukan, sentuhan secara personal lagi profesional dan khusus bagi tiap peserta Insya Allah jika anda berminat saya melakukan Gemblengan ini dari semasa ke semasa silalah hubungi saya untuk menetapkan temujanji hari ini juga.

Suka saya nyatakan Demonstrasi yang dilakukan hanya sampingan bagi menbuktikan keilmuan yang digemblengkan bukan tujuan utama program ini dilaksanakan. Tujuan utama adalah untuk mengenali potensi dan memperkasakan diri anda ke tahap infiniti sukses dunia akhirat. Insya Allah.

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...