Memaparkan catatan dengan label ilmu rawatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ilmu rawatan. Papar semua catatan

Ahad, 8 Julai 2012

Ilmu hikmah perubatan versi kemaskini

Salam sejahtera. Alhamdulillah saya sempat menghabiskan kemaskini ilmu hikmah perubatan Islam dengan jayanya. Dalam sehari dua ini kami dalam proses berpindah ke Kajang, Selangor. Namun peluang untuk sesiapa sahaja yang berminat dan bersungguh mahu mempelajari ilmu hikmah perubatan secara bimbingan khusus bolehlah menghubungi alamat emel kami untuk menyusun tarikh pertemuan. Kami memberikan pengajaran dan bimbingan diluar jangkaan dan ia pastilah ilmu yang dapat dipraktikkkan dan diamalkan sehari-hari. Tambah lagi khazanah ilmu rawatan anda dengan kami. Betapa ramainya yang belajar dari kami dan berpuas hati serta menuai hasil daripada pembelajaran dengan kami. Bukan copy and paste semata-mata tetapi bimbingan ilmu daripada ahlinya daripada pengamalnya. Kami tidak menjual ayat, menjual kertas dan retorik, kami melakukan bimbingan ilmu hikmah perubatan, kerezekian, keintelektualan dan lain-lain lagi yang sudah pasti berupaya memenuhi kelengkapan ilmu rawatan anda yang sedia ada. Cepat emel kami untuk tarikh datang belajar. Sangat mudah tentukan tarikh, bayar mahar dan datang terus ke tempat kami, insya Allah segala kelengkapan belajar dan kualiti pembelajaran adalah di tahap terbaik. 

Sabtu, 26 Mei 2012

Kelemahan Perawat Amatur Siri 1

Assalammualaikum...

Pengenalan

Perawat amatur merujuk mereka yang baru mengenali dunia pengubatan dan perubatan serta rawatan. Mereka juga baru berkecimpung di arena ini. Lawan kepada amatur ialah profesional. Jadi kerana keamaturan mereka maka banyaklah persoalan yang belum terungkap berkaitan bidang yang mereka baru kecimpung ini. Jika guru jenis yang mudah ditemui dan muzakarah secara maya atau bersuri maka beruntunglah perawat amatur tersebut. Bayangkan kalau guru jenis celup atau guru macam chipsmore sekejap ada sekejap tak ada, habislah murid tersebut. Alamatnya kena terus mencari dan mencarilah. Dikongsi dengan saya pengalaman mereka, ada yang belajar secara pos sahaja dan no telefon tidak lagi boleh digunakan. Ada yang tak angkat pun. Inilah sifat ketidakbertanggungjawapan guru ke atas muridnya. Sama ada guru itu malas atau jenis guru celup inilah yang merosakkan imej peruabatan Islam, perubatan alternatif dan komplimentari. Inilah virus yang boleh merosakkan kepercayaan masyarakat terhadap bidang rawatan alternatif ini. Saya masih ingat lagi suatu tika dulu berlumba manusia menggunakan istilah saintifik konon-kononnya untuk memikat masyarakat belajar ilmu metafizik dengan mereka. Jumlah yurannya boleh tahan ribu-ribuan tetapi selepas itu kini sudah tiada bunyi lagi. Malah berlaku perpecahan dikalangan guru-guru dalam institusi tersebut. Berlaku penipuan dalam masyarakat terutama daripada guru celup dan guru chipsmore ini. Saya tidak mengkritik semua. Ada yang betul-betul menjaga silaturrahim. Guru tersebut bertanggungjawab sentiasa ada komunikasi antara guru-murid. Tidak kiralah dalam bidang ilmu apapun amat penting hubungan guru-murid.

Atas dasar itulah pihak kami menubuhkan grup perawat rahmaniah. Walaupun sudah ada kumpulan lain menubuhkannya namun pihak kami bukan hendak bersaing atau apa-apa. Pihak kami hanya mahukan memberi yang terbaik untuk saudara yang pernah atau akan belajar di sini. Ilmu sentiasa bertambah-tambah. Ia tak pernah berkurang.

Kelemahan perawat amatur adalah logik sebab itulah amat penting hubungan guru-murid sentiasa ada. Dalam konteks ini janganlah murid besar kepala. Jangan tunggu guru hubungi dirinya. Kena sangka baik dengan guru sebab guru kita bukan didik kita sahaja tetapi ramai lagi. Jadi murid haryslah wajib menghubungi guru walau cara apa sekalipun. Jika ada saluran maya gunakanlah saluran itu sebaik mungkin. Jangan patah semangat untuk belajar lebih mendalam. Nikmat belajar kadangkala tidak diperolehi waktu pertama kali temu. Mungkin minggu, bulan tahun selepas itu barulah dirasai nikmatnya menjaga hubungan guru-murid dalam belajar sesuatu ilmu. Kelamahan perawat amatur hanya dapat diatasi dengan petunjuk dan pedoman guru.

Namun kalau perawat itu sendiri sudah tersalah pilih guru celup maka tak dapatlah 'den nolong'. Sebab itulah mencari guru yang benar amat penting bagi mengelakkan hal tersebut berlaku. Guru yang benar akan sentiasa menjaga silaturrahim guru-murid. Murid yang baik akan sentiasa sangka baik dengan gurunya dan sentiasa hubungi dan mempererat silaturrahim jika berkesempatan.

Ilmu Allah luas maka carilah dan galilah. Jangan mudah dengki iri hati apa yang Allah berikan pada hambaNya yang lain. Itukan tanda kebesaran dan keluasan rahmat Allah? Maka dengan sebab itu jugalah orang dulu-dulu dan ulamak dulu belajar berpuluh tahun dari banyak guru sehingga menjadi mantap dan akhirnya murid itu pula menjadi guru.

Program / Kursus MEGA Super Spiritual

 Program Gemblengan MEGA Super Spiritual - “Zero to Hero” “Apabila disebut spiritual bukan semata-mata pengubatan bahkan melibatkan hubungan...