Ahad, 31 Mac 2019

Meninggal Dunia Akibat Busung

Saya masih ingat beberapa tahun lepas, seorang pencipta superhero tempatan terkenal menghubungi saya utk dtg berubat. Waktu itu saya masih bertugas sebagai wartawan di majalah Mastika. Saya tinggal di apartment di Sungai Tangkas.
"Tuan boleh datang ke rumah saya..tapi apartment. Boleh ke?"
Dia balas,
" Boleh In sya Allah. Saya dari Putrajaya je."
Seperti dijanjikan pada pukul 5 petang hari Ahad itu dia sampai bersama anak-anak yang memapahnya. Masya Allah, kesihan pula tengok susah payah dia keluar dari kereta menuju ke lif. Tapi riak wajahnya tak mennunjukkan kepayahan. Riak wajahnya menggambarkan segunung ketabahan dan kepasrahan.
Saya masa itu dah tahu identitinya saya jadi segan sikitlah. Bukan calang-calang orang yang nak berubat dengan saya petang ini. Beliau terus dimasukkan ke bilik solat yang juga bilik rawatan dan terus dibaringkan. Nampak benar tulang rusuknya menonjol keluar berbeza perutnya mengembung dengan pusatnya terjojol spt mata manusia menjegil mahu pecah.
"Dah pergi ke Darul Syifa?"soal saya selepas beberapa ketika.
"Sudah ustaz. Tapi belum ada izinNya lagi saya reda.."
"Boleh ceritakan sikit macam mana bang sakit ni.." saya tak sabar-sabar mahu dengar asal muasal beliau sakit. Saya memanggilnya 'bang' atau 'abang' sepanjang perbualan itu tanda penghormatan kepada beliau yang lebih tua daripada saya.
Lalu berceritalah beliau...yang saya boleh jadikan pengajaran di sini..katanya dia tidaklah baik sangat. Maklumlah bila menceburi bidang ni, macam-macam manusia dia jumpa. Adakala sebab nak melayan pelabur kena ikut gaya hidup pelabur itu sikit sebanyak. Masya Allah, rasanya tak usahlah saya sebutkan detail. Apa boleh saya beritahu rakan fesbuk yang budiman, jauhilah gaya hidup tak sihat spt merokok, alkohol dan berzina. Macam biasa bila dah dpt banyak projek, mulalah org lain dengki iri hati. Buat macam-macam pada beliau...
"Tapi ustaz..saya tetap sangka baik...saya tahu saya bukan baik sangat..."
"Ya betul tu bang. Walau bagaimanapun, kita selaku manusia haruslah berikhtiar berubat dan mencari penawar. Kita bersalah kita bertaubat kepada Allah. Moga-moga Allah ampuni dosa kita."
Beliau menangis teresak-esak. Pedih pula mata ini macam kena cabai Melaka.
"Sabar bang...saya hamba Allah biasa-biasa saja. Macam ini, saya cubalah dulu, kalau ada izinNya moga-moga Allah tunjukkan jalan."
Beliau mengesat matanya lalu berusaha mengawal emosinya. Saya menyuruh beliau agar beristighfar, bersyahadah dan berselawat dan membaca kalimah basmallah 21x.
Saya mula memperkemaskan sila dan memasang niat. Sewaktu saya larut dalam zikir, kelihatannya satu sosok makhluk besar mukanya memenuhi ruang scan saya. Terus saya besarkan roh hingga mengatasi 'besarnya' benda alah hudoh tu.
"Kau jangan campurlah urusan aku kalau tak nak nahas budak!"
"Kapak bukan sebarang kapak.Budak bukan sebarang budak!" lebih kurang begitulah saya berbasa basi pula. Bukan apa terkejut tak habis lagi hadap muka hudoh hidung besar mata terjojol keluar.
Lantas apa lagi, terus saya kasi dia nur Dzul Faqor satu kali, tup pong meletup ghaibul ghuyub! Layar scan saya kosong hening. Saya buka mata. Lantas saya letakkan telapak tangan kanan ke perutnya. Saya pejam mata lagi dan pandang dalam dari Titik Nun. Aku titik Nun kau hampa kosong maya. Begitu lebih kurang jampinya. Saya tengok macam semangat ke qarin ke melabu seperti asap berpusar-pusar pada perutnya.
Mak aih, apa kona pelik sangat ko ni jang! Dengan makrifat huruf Nun saya kunci aliran pusar itu. Dan saya hancurkan ia dengan Alif Tegak. Lantas beliau sendawa berturut-turut sampai tersedar saya ke alam syahadah semula. Kemudian secara nyata, saya mendengar perutnya berbunyi suara raungan dan tangisan berganti ganti maraton. Semerta perutnya kempis 2 inci, rasa lembut sikit perutnya.
"Masya Allah Quwwata illa billah...boleh tahan permainan orang zalim ni."
Mulut beliau melopong. Matanya terbeliak mendongak ke atas. Peluh menitis laju meleleh dari lengan ke siku. Rumah tak ada penghawa dingin.
Saya cuba lagi masuk, aik pi mana dah benda alah tadi. Cari-cari dalam kabus tu. Selak dalam lagi dalam lagi sampai...jumpa kembar diri beliau berdiri tegak dan tersenyum.
Terkejut juga saya lantas kembali kesedut semula ke alam syahadah. Tersandar ke dinding. Mujur masa itu belum ada anak. Kalau tak mahunya dipanjatnya badan saya sewaktu berkelana di alam sana itu.
"Maafkan saya bang. saya dah cuba sedaya upaya saya. Sebenarnya yang buat tu..."
"Tak apalah ustaz tak payah beritahu. Saya cukup bersyukur dpt berubat dengan ustaz. Saya tahu ustaz ni bukan calang-calang juga. Cuma ustaz...saya lalai lupa diri..kalaulah saya mcm ustaz...aduhai..."
"Sabar bang, hanya Allah memberikan kita kekuatan utk taat la haulawala quwwata illa billahilaliyil azhim."
Beliau memeluk saya erat dan hangat. Allahuakhbar!
Itulah kali pertama dan terakhir saya ubatkan beliau. Memang beliau ada maklumkan kepada saya keadannya semakin membaik, sudah dapat berak dan perutnya kempis dari sehari ke sehari. Namun pada satu hari saya diberitahu oleh isterinya yang beliau meninggal dunia dengan tenang dan senyuman.
Beliau bukan calang-calang sebagai anak seni tapi juga sebagai ahli dlm bidang ini cuma ujian kehidupan yang bertepatan dtg sekali dengan sihir angkara murka khianat hasad manusia, sebangsa seagama beliau menghadapi ujian sakit sebegitu. Moga-moga Allah ampunkan dosanya dan sama-samalah kita merenung diri kita dan jadikan ia sebagai iktibar.
-al-faqir-
0136421228
(rawatan dan pengajian keilmuan)
Dilarang menebak siapa karyawan tersebut ambillah pengalaman saya yg tak seberapa ini sebagai ibroh kita bersama

Tasbih di Tangan Berputar Laju ketika Diserbu Peluru

BI'IZNILLAH... saya bukan nak cakap besarlah, tapi sekadar ingat manakib tuan syeikh silsilah tarikat samman. Pernahlah askar jepun keliling surau kepung org tua ni tembak dia dengan segala senjata api yg ada. Marah benor org tua yg berpengaruh di hati penduduk kampung itu tak sokong perjuangan komunis! Tapi org tua ni selamba saja berdiri tegak spt Alif. Ha, peluru jadi macam kulit kacang jatuh ke bumi. Lintang pukang komunis lari masuk hutan Bentong semula. Jubah je berlubang. Tasbih ditangan terus berputar laju! Benar sains org tua Melayu berkata, "berpantang maut sebelum ajal."

Untuk Sakit Kronik dan Hajat Besar

UNTUK SAKIT KRONIK DAN HAJAT BESAR
Saya buka program Gemblengan Keilmuan Super Spiritual juga untuk pesakit kronik dan Hajat Besar apa saja. In sya Allah sy buktikan keberadaan ilmu sy ajarkan ini. Sy bukan cakap kosong. BUKAN SEMATA-MATA Bagi buku atau kertas amalan dan garam pembangkit keilmuan saja atau transfer2 energi atau buka buka cakra sahaja. Ilmu Allah ini Amat Luas...berpantang maut sebelum ajal!
Dengan syarat ikhlas dtg belajar spt gelas yg kosong bukan mengajar saya pula. Dan memenuhi syarat2 pengajian lainnya. 

Berminat hubungi saya 013 642 1228 Ust Ali.

Pukulan Kebatinan dan Akibat Menyalahgunakannya

Kipas Nandung, Pancung Sumatera, Senjata Fakir dan lain-lain nama pukulan kebatinan memang ada dan tersohor dikalangan guru silat di alam Nusantara. Penganut Hindu bagi aliran tertentu juga mempunyai senjata kebatinan tersendiri spt Pola Kemusnahan dlm sistem mistik Gtummo Klasik yg dapat menyekat organ dalaman mendapat oksigen, mineral dan darah. Pokoknya kebatinan itu wujud pd semua bangsa dan kepercayaan. Kesan pukulan kebatinan ini ialah 'makan dalam'. Muntah darah, tulang remuk, organ dalaman cedera dan pecah, putus tali urat jantung adalah antara simtom serangan batin tersebut. Bagi pengamal hizib auliya, kesan penangan hizib adalah seperti buta, lumpuh dan lumpuh terkumpul dlm bentuk permohonan yg dirangkaikan dgn asma dan rumus huruf tertentu. Apatah lagi dlm dunia sihir. Lebih banyak lagi, rencam dan tak berperi kemanusiaan. Lazimnya senjata rahsia ini digunakan saat terdesak sahaja. Namun apabila dilanggar pengamal akan mendapat balasan drp perbuatan menggunakan senjata rahsia utk menzalimi manusia. Atau balasan karma dlm kepercayaan Hindu. Si penyalahgunanya akan dibinasakan oleh energi atau khodam atau jin perewangnya sendiri selumat-lumatnya. Nasibnya dirundung sengkolo dan malang seumur hidupnya. Nyawanya berakhir dgn perbuatan yg sama drp org lain ke atas dirinya. Atau lebih dahsyat dan sadis lagi. Hukum Alam telah ditentukan demikian oleh Sang Maha Penguasa Alam.
Semoga Allah membela allahyarham Adib melalui hambaNya yang berani menegakkan keadilan dan kebenaran!

Rabu, 6 Mac 2019

Gemblengan Keilmuan Super Spiritual Khalifah Guru

Gemblengan Keilmuan Super Spiritual Khalifah Guru di Gunung dan Pulau selama 5 hari 5 malam. Belajar sambil melancong juga dan merasai kekuatan alam yg sebenar dan bagaimana : 

1. Manipulasi kekuatan angin secara real

Cuaca & suhu  dapat dimanipulasi wahyu yang difrekuensi dgn Nurullah Nur Muhammad pada diri insan lebih power drp HAARP. Cth mudah,  bagaimana adanya 'ilmu menolak hujan' baik dlm bentuk mantera mahupun doa? Kita fokus kpd prosesnya yg menunjukkan adanya mekanisma  tertentu dan tatacaranya.  Natijahnya dengan Izin Allah jua.  Dengan kuasa Allah jua. Dengan kehendak Allah jua.

2. Membuka gerbang mata batin dengan real dan nyata

3. Membuka gerbang kekayaan dari alam ghaib dgn tatacara tertentu

4. Membuka aura diri insan menuju ke makrifatullah

5. Membuka seluruh jalur potensi manusia

6.Membuka dan membersihkan jalur nadi energi nur muhammad pd diri manusia

7. Melakukan seluruh keilmuan secara talaqqi.

8. Meriyadhoh keilmuan secara bermusyahafah

9. Meriyadhoh keilmuan secara musyahadah

10. Muraqabah amalan keilmuan batin Nusantara warisan wali songo wali Tanah Melayu secara tuntas.

^ Rahsia pegangan para guru tua 

^ Rahsia pegangan guru mursyid

^ Rahsia pegangan para hulubalang dan laksamana

^ Rahsia para ahli hakikat, ahli ilmu batin, dan seterusnya        tak  terhingga utk sy catitkan di sini.

Inilah peluang belajar keilmuan tahap penghabisan dalam masa kurang 7 malam tanpa basa-basi langsung terus ke praktikal, tajrib dan riyadohnya, dipimpin dan dibimbing secara personal daripada hati ke hati.

  • Gemblengan yg sebenar-benarnya.

  • Gemblengan ini dihadkan penyertaannya dlm setiap sesinya. 

  • Keilmuan ini wajib bagi sesiapa sahaja yg mahu belajar secara komplit.  

Berminat hubungi saya segera kerana pada hujung bulan ini gemblengan terbaru saya akan anjurkan bersama murid seniour sy yg telah berjaya yang akan turut bersama murid baru menguasai keilmuan yg diijazahkan dan diperturunkan. 

Yg benar
Al faqir Ust Tabib Muhammad Ali
Muar,  Johor.

Ahad, 3 Mac 2019

Gemblengan Ilmu Khalifah Guru -Kendalikan Angin

Assalammualaikum.

Antara silibus terkini Gemblengan Ilmu Khalifah Guru ialah 

-Ilmu Rahsia Telunjuk Makrifat=Satu ilmu khusus untuk perubatan dan multifungsi

-Ilmu Rahsia Angin Makrifat=Ilmu khusus bagaimana anda dapat mengawal angin, menghentikan ribut, manipulasi kekuatan angin, mengendalikan angin dan bersahabat dengan angin. BUKAN JIN.

-Ilmu Rahsia Nadi Emas

-Ilmu Rahsia Nadi Berlian

-Ilmu Rahsia Saif Awliya

-Ilmu Rahsia Simbol Kuasa Nabi Allah Sulaiman

-Ilmu Saifi Angin

dan banyak lagi keilmuabn langka super luar biasa yang bakal saya ajar dna dedahkan dalam gemblengan keilmuan yang spectakular dan praktikal ini.

Gemblengan Ilmu Khalifah Guru adalah puncaknya ilmu spiritual dan super hikmah yang sangat langka, praktikal, dilatih ketika itu juga. Untuk gemblengan ini kita akan ke tanah tinggi, sungai, laut yang mana kita boleh terus mempraktiskan keilmuan ini tanpa basa basi lagi. Ilmu Khalifah Guru adalah gabungan keilmuan hikmah, esoterik, kerohanian langka dan luar biasa hasil olahan 15 tahun lebih pengasasnya. 

Berminat sila hubungi saya

Ustaz Tabib Ali
013-642 1228


ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...