Sabtu, 29 Disember 2018

Ketepatan Firasat Imam Syafie dan Dalilnya

KETEPATAN FIRASAT IMAM AL-SYAFIE

Berkenaan dengan firasat Imam al-Syafie dimana al-Rabi’ bin Sulaiman, salah seorang muridnya pernah berkata: “Apabila kami masuk menemui Imam al-Syafie ketika hampir meninggal dunia, lantas beliau memandang dengan renungan tajam kepada kami semua seraya berkata: ‘Kamu hai Abu Ya’qub (Al-Buwaiti) akan mati dengan besi kamu. Kamu pula hai al-Muzani akan menguasai Mesir sehingga kamu dianggap secerdik manusia pada zamanmu. Adapun kamu hai Muhammad, akan mengikut kembali mazhab ayahmu iaitmu mazhab Maliki. Sedangkan kamu hai al-Rabi’, banyak memberi manfaat kepadaku dalam menyebarkan kitab dan mazhabku.”

Ternyata apa yang difirasatkan oleh Imam al-Syafie adalah benar belaka. Itulah tajamnya firasat Imam al-Syafie dan benarlah sabda Nabi SAW seperti dalam hadith tentang firasat.

Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita dalam memahami agamanya dengan sebaik mungkin.

DALIL FIRASAT

Kami nyatakan di sini dalil berkenaan firasat. Firman Allah SWT:

إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِلْمُتَوَسِّمِينَ

Maksudnya: "Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda." (Surah al-Hijr:75)

Sebagian ulama mengatakan bahawa ayat ini turun terhadap para ahli firasat. Mengenai kata "al-Mutawassimin" dalam ayat ini:

• Ibn al-Qayyim rahimahullah berkata, "Mujahid berkata, ' (Mereka adalah) Para ahli firasat."

• Ibn 'Abbas RA berkata, ''’Mereka yang mampu mentaksir sesuatu di masa hadapan (ahl al-nazar)."

• Qatadah berkata, "Orang-orang yang mengambil pelajaran."

• Muqatil RA berkata, “Orang-orang yang berfikir. Dalam mengulas hal ini, beliau menyatakan bahawa hal itu merupakan salah satu sifat seorang Mukmin, sebahagian dari kemuliaan yang Allah anugerahkan padanya, sebahagian dari buah-buah keimanan, dan sebahagian dari pahala amal soleh yang dilakukan pelakunya."

• Imam al-Maraghi berkata, “Takutlah kepada firasat orang Mukmin kerana dia dapat melihat menerusi cahaya Allah SWT. Kemudian Nabi SAW membaca: ‘Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar, terhadap tanda-tanda (kekuasaan Kami) bagi yang memerhatikan tanda-tanda. Ada dua bentuk firasat iaitu:

1. Apa yang diletakkan oleh Allah SWT di dalam hati orang yang soleh sehingga mereka mengetahui perihal manusia menerusi taksiran dan perkiraan.

2. Sesuatu yang diketahui melalui petunjuk pengalaman dan akhlak.

Orang dahulukala dan sekarang telah menyusun buku tentang perkara itu dan sebahagian ulama’ telah menjadikannya sebagai petunjuk untuk menjatuhkan hukuman sebagaimana yang dilakukan oleh Ilyas ibn Mu’awiyah, seorang qadhi yang berwibawa pada zaman Tabi’in.

Dalam ayat lain, Allah SWT berfirman,

وَلَوْ نَشَاءُ لَأَرَيْنَاكَهُمْ فَلَعَرَفْتَهُمْ بِسِيمَاهُمْ وَلَتَعْرِفَنَّهُمْ فِي لَحْنِ الْقَوْلِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ أَعْمَالَكُمْ

Maksudnya: "Dan kalau Kami menghendaki, niscaya Kami tunjukkan mereka kepadamu, sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka dengan tanda-tandanya. Dan kamu benar-benar akan mengenal mereka dari kiasan-kiasan perkataan mereka dan Allah mengetahui perbuatan-perbuatan kamu." (Surah Muhammad :30)

Sebagian orang-orang soleh menyatakan, "Barangsiapa yang memenuhi zahirnya dengan mengikuti sunnah dan batinnya dengan Muraqabatullah (merasa diawasi Allah SWT), menahan pandangannya dari hal-hal yang diharamkan, mengekang dirinya dari hawa-hawa nafsu, dan terbiasa dengan makanan yang halal, maka firasatnya tidak akan pernah meleset."

Ibn al-Qayyim mengatakan, "Rahsia hal ini, bahawa suatu perbuatan akan dibalas dengan hal yang setimpal. Barangsiapa yang memalingkan pandangannya dari apa yang diharamkan Allah, maka Dia akan menggantinya dengan yang sejenisnya, yang lebih baik dari itu. Sebagaimana dia telah mengekang cahaya pandangannya dari hal-hal yang diharamkan, maka Allah melepaskan cahaya batin dan hatinya sehingga dengannya dia dapat melihat apa yang tidak dapat dilihat oleh orang yang melepaskan pandangannya namun tidak menjaganya dari hal-hal yang diharamkan Allah SWT."

Firasat hanya dimiliki oleh seorang Mukmin sedangkan selain Mukmin tidak memiliki firasat tetapi hanyalah ilusi. Oleh itu, perlu dibezakan antara firasat dan prasangka (zhan), kerana prasangka boleh jadi salah dan benar, boleh terjadi dengan ketaatan atau kemaksiatan, dengan hati yang hidup, sakit atau mati dan juga di antaranya ada yang haram. Hal ini sebagaimana firman Allah SWT,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ

Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa." (Surah al-Hujurat:12)



Hadith اتَّقوا فِراسةَ المؤمنِ ، فإنَّهُ ينظرُ بنورِ اللهِ

Sabda Rasulullah SAW:

اتَّقوا فِراسةَ المؤمنِ ، فإنَّهُ ينظرُ بنورِ اللهِ

Maksudnya: “Takutlah kamu firasat orang yang beriman kerana dia melihat berdasarkan cahaya Ilahi.”

Riwayat al-Turmuzi (3127) dan al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat (7843).

SABTU DAN AHAD ESOK SY DI TAIPING PERAK. YG BERMINAT UTK IKUTI GEMBLENGAN ILMU MAKRIFAT HURUF DIPERSILAKAN HUBUNGI 013 642 1228 UTK MAKLUMAT LANJUT.
TUNTUTLAH ILMU SELAGI ADA WAKTU.
AL-FAQIR.

Khamis, 27 Disember 2018

MEMANCAR NURULLAH DARIPADA DADANYA

PERNAH pada satu ketika seratus ulama fiqh Bagdad berkumpul dengan masing-masingnya membawa masalah untuk ditanyakan kepada Sang Qutbul Alam, Syeikh Abdul Qadir al-Jailani Qaddasallahusrruhu dalam satu majlis. Syeikh Abdul Qadir Jailani hanya menundukkan kepalanya (Tafakur dan Tawajjuh), tiba-tiba memancarlah CAHAYA/NUR bersinar daripada dadanya  menembusi dada para ulama itu hingga hilanglah segala persoalan di hati mereka. Ulama-ulamah fiqh itu semua yang sudah mempersiapkan soalan-soalan drp sekian banyak masalah-masalah agama seolah-olah hilang begitu sahaja, DIGANTIKAN DENGAN rasa GEMENTAR, kebingungan dan seakan-akan tidak berdaya, bahkan ada yang mengoyakkan pakaiannya dan penutup kepala atau serban di kepala mereka. Kemudian Syeikh Abdul Qadir Jailani duduk di kerusinya dan memberikan jawapan terhadap SEMUA SOALAN ULAMA tersebut dengan lengkap sempurna (walau ada soalan itu belum dilontarkan, inilah antara pakaian para wali Allah spt maksud hadis berkenaan FIRASAT  dan NUR ALLAH), lalu para ulama fiqh mengakui kelebihan dan karomah pada Syeikh Abdul Qadir Jailani lalu mereka pun ikut TUNDUK (TAFAKUR-TAWAJJUH).
Untuk makluman anda, setiap hari Syeikh Abdul Qadir Jailani mengajar lebih 13 jenis ilmu agama di Madrasahnya  iaitu:
1. Tafsir al-Qur’an
2. Ilmu Hadis
3. Ilmu Khilaf
4. Ilmu Ushul
5. Ilmu Nahwu
6. Ilmu Qiro’at
7. Ilmu Huruf
8. Ilmu Qowaafi
9. Ilmu Ma’aani
10. Ilmu Badi’
11. Ilmu Bayan
12. Ilmu Mantiq
13. Ilmu Tasawwuf
Beliau memberikan fatwa mengikut Mazhab Imam Syafi’i r.a dan Mazhab Imam Hambali r.a. Ulama Iraq memuji beliau dengan mengatakan ‘Maha Suci Allah Yang Mengurniakan  kepadanya Ilmu Yang Begitu Luas’.

Ya Allah hamparkanlah bau harum keridoanMu kepada Syeikh Abdul Qadir Jailani dan anugerahkan kepada kami BERKAH RAHSIA KEWALIAN sebagaimana Dikau Berikan kepada Beliau.

Sumber : Diolah drp Manakib Syeikh Abdul Qadir Jailani Qaddasallahusirruhu.

al-Faqir Muhammad Ali As-Sammaniyyah
Ijazah Kubro "Ilmu Nurullah"
013-642 1228

Selasa, 25 Disember 2018

Persediaan Menghadapi Dajjal Pada Akhir Zaman dan Kecintaan kepada Ahlul Bait Rasulullah Sollallahuala wassalam

Ada bertanya, sejauh manakah persediaan umat Islam dlm menghadapi gerombolan Yakjuj Makjuj dan Dajjal? Jawapan, setelah Zikir dpt menjadikannya kuat walau tanpa makanan. Zikir menjadikannya kuat utk berjaga sepanjang malam. Zikir menjadi ubat ketika sakit. Zikir menjadi senjata dan perisai drp serangan nyata dan ghaib para musuh. Kerana ketika kepimpinan Dajjal telah zahir di muka bumi ini (buat masa ini Dajjal mengawal dunia melalui proksi) Dajjal akan mengawal semua bekalan makanan dan ubat-ubatan, mempamerkan sihirnya berkali-kali ganda lebih ajaib drp sihir penyihir Firaun, Dajjal tidak pernah berhenti siang dan malam utk menjejakkan kakinya ke setiap sudut ceruk pelusok bumi, Dajjal akan menguasai lokasi strategik stp negara di setiap tempat di dunia ini. Kalau kita renung-renungkan para ulamak, imam mazhab dan awliya sejak beribu beratus tahun lampau telah bersiap siaga bersedia menghadapi kedatangan Dajjal. Bahkan Baginda Rasulullah sendiri tidur di atas pelepah tamar yg kasar, agar Baginda mudah bertahajud, mengikat perut dengan batu kerana menahan lapar dan seterusnya. Para ulamak salafus soleh dan tabiin menjadikan malam umpama siang yg terang bertenaga, al Quran dikhatamkan berkali-kali dlm masa sehari atau seminggu, solat sunat beratus rakaat sehari semalam, berzikir sepanjang malam dan sebahagian waktu siang, tidak pernah kenyang selama berpuluh tahun dan seterusnya. Kesungguhan dan Kekuatan Zikir kpd Allah yg diterjemahkan dlm pelbagai bentuk amal soleh dan menahan nafsu merupakan suatu Riyadhoh utk mempersiapkan dan memperkukuh juangkan jiwa raga. Namun akhir zaman itu dimana munculnya Dajjal tidak ditakdirkan pada zaman mereka. Barangkali di zaman kita dimana usia dunia terlalu tua renta namun masih ramai dikalangan kita merelakan diri ditipu duniia dan syaitan. Bangkitlah kita semua dgn sebenar-benar kebangkitan! Musuh kita sentiasa maju ke hadapan manakala kita masih berkecamuk dgn saudara sebangsa seagama sendiri!

Foto Muhammad Ali As-Sammaniyyah.

Foto Muhammad Ali As-Sammaniyyah.
Foto Muhammad Ali As-Sammaniyyah.
Foto Muhammad Ali As-Sammaniyyah.
Foto Muhammad Ali As-Sammaniyyah.
Foto Muhammad Ali As-Sammaniyyah.
Foto Muhammad Ali As-Sammaniyyah.

Foto Muhammad Ali As-Sammaniyyah.

Belajarlah ilmu membela diri

Kebodohan Orang Melayu ialah kuatnya bergocoh. Buku lima, kaki, naik semua. Dah jadi macam ini,seorang hadap 5 ke 7 org nak kata apa lagi yang seorang jadi 'punch bag' lah. Nak lari dikejar, menyerah dibelasah. Jadi nak atau tidak, lawan. Masa inilah membela diri diperlukan dgn formula: Kekuatan+Kepantasan+Manipulasi=Ilmu+Latihan+Keberanian. Jom belajar ilmu membela diri mempertahankan diri, Ilmu Jurus Sinar Tauhid. Kuncinya kalimat Toyyibah. Jika anda berminat pada 29,30 Disember saya di Taiping. Maklumat lanjut hubungi 013 642 1228. Saya membuka gemblengan keilmuan lain bagi yg berminat sot ilmu2 ketabiban,pengubatan Islam-holistik-integrasi, ilmu2 kekebalan dgn izin Allah bukan ilmu kebal sihir bukan hitam. Jgn sempit sangat berfikir semua ilmu kebal itu sihir, nak tahu konsep kebal dlm perguruan sy silakan mampir bukan buat telahan dan syak wasangka sendiri.

Isnin, 24 Disember 2018

RAHASIA DZIKIR MENGGUNAKAN TASBIH KAYU

RAHASIA  DZIKIR MENGGUNAKAN TASBIH KAYU

“ Jika bertasbih, pakailah tasbih kayu, jangan gunakan tasbih selainnya, terlebih tasbih digital. Karena tasbih kayu yang sering kita gunakan untuk berdzikir, kelak diyaumil mahsyar, ia akan berubah menjadi pohon yang akan menaungi pengguna nya, sehingga tidak terlalu merasakan panas di hari dimana matahari berjarak sejengkal diatas kepala ”
(Nasehat Hubabah Waliyyah binti Salim AlHamid)

Rahasia Bertasbih Menggunakan Tasbih Kayu Oleh Al-'Allāmah Syaikh Dr 'Alī Jumu'ah حفظه الله - Mufti Mesir :

استحسن المشايخ أن يذكر الذاكر الذكر مع الكون ؛ لأن عقيدة المسلم أن ذلك الكون الذي حولنا يذكر ربنا ذكر حال،

Para Masyāyikh (syaikh-syaikh) menganggap baik (menggalakkan) agar berzikir si penzikir akan zikir beserta (dengan menggunakan) Al-Kaun (Alam/Makhluq) ; kerana ‘aqīdah Muslim, sesungguhnya Al-Kaun yang wujud disekililing kita itu berzikir (mengingati) Tuhan kita (Allāh) secara Zikir Ḥāl.

وأهل الله قد سمعوا الأشياء تُسبّح ذكر مقال،

Sesungguhnya (ada dikalangan) Para Ahlullāh (wali-wali Allāh) mereka telah mendengar alam/mahkhlūq itu berzikir secara maqāl (zikir dalam bentuk sebutan/lafaz).

سمعوها ويُميّزون تسبيح الخشب عن تسبيح الرخام عن تسبيح السجاد عن تسبيح الحديد.

Mereka telah mendengar alam/makhlūq itu (berzikir), dan mereka (telah dapat) membezakan (diantara) zikir tasbih kayu berbanding zikir tasbih batu marmar, berbanding zikir tasbih makhlūq yang hidup melata, berbanding zikir tasbīh besi.

ويدعون الله سبحانه وتعالى أن يغلق عنهم هذا، لأن تداخل ذلك التسبيح يتعبهم ويشغلهم،

Mereka memohon kepada Allāh Subḥānahu Wa Ta’ālā agar menutup (menghijab) daripada mereka (kurniaan karāmah dapat mendengar alam bertasbīḥ) ini, kerana banyaknya zikir itu (yang mereka dengari) memenatkan dan menyibukkan (jiwa) mereka.

فإذا انكشف لهم هذا فإنهم لا يُحبون أن يستديم، بل يدعوا الله سبحانه وتعالى بأن يُغلق عليهم ذلك الكشف الذي لا يستفيدون منه شيئًا إلا اليقين.

Kerana apabila telah tersingkap bagi mereka (segala kurniaan) ini, mereka tidak suka ianya berterusan, bahkan mereka memohon kepada Allāh Subḥānahu Wa Ta’ālā agar ditutup ke atas mereka kasyaf (singkapan) itu yang mereka tidak mendapat manfaat daripadanya sesuatu pun kecuali "Yaqīn".

وصلوا إلى اليقين فلا حاجة لهم إذن في استمرار هذا السماع لأنه يشغل قلبهم عن الله سبحانه وتعالى.

(Apabila) mereka telah sampai kepada (darjat) "Yaqīn", maka tidak berhajat (lagi) bagi mereka keizinan di dalam berterusan pendengaran (perkara ghaib) ini, kerana ianya menyibukkan hati mereka daripada Allāh Subḥānahu Wa Ta’ālā.

ولذلك تراهم يحبون أن يُسبِحوا بسبح من خلق الله مباشرةً من الزيتون، من الأبنوس، من اليُسر، من الكوك.

Oleh yang demikian, kamu akan melihat mereka suka bertasbih dengan menggunakan Tasbih (yang diperbuat) daripada makhlūq Allāh yang asli (bukan daripada bahan campuran) daripada Zaitūn, Abanūs, Yusr, dan Kūk (Koka).

والكوك نبات يخرج في أمريكا اللاتينية، وفي بعض الدول الحارة.

Koka adalah tumbuhan yang hidup di Amerika Latin (Amerika Selatan) dan pada sebahagian negara (beriklim) panas.

فيصنعون منه سبحًا وهكذا كانوا يحبون أن يذكروا بتلك الأخشاب والأحجار والثمار، الدوم، البأس.

Maka mereka membuat Tasbih daripada kayu itu, dan sedemikian mereka suka berzikir dengan (menggunakan) kayu-kayu, batu-batu, buah-buah, dan pohon itu.

لأنهم يتعاملون مع الكون والكون يذكر.

Kerana mereka (ingin) saling bermu’āmalah (berinteraksi) bersama Al-Kaun, dan Al-Kaun itu berzikir (mengingati Allāh).

الآن نرى بعضهم يأتي بالعداد الأوتوماتيكي ويجلس وكأنه في مباراة الكرة يذكر الله، في الصورة لا بأس.

Pada hari ini kita melihat sebahagian daripada mereka (orang ramai) (berzikir) dengan menggunakan pembilang automatik dan dia duduk (berzikir), dan seolah-olah dia (sedang) di dalam perlawanan bola berzikir kepada Allāh, pada gambaran zahir ianya (berzikir menggunakan alatan moden itu) tidak mengapa (harus).

أما في المعنى فقد ضيّع على نفسه أن يتسق مع الكون في ذكره لله، فهذه السُبحة تذكر الله معه.

Adapun pada makna (hakikatnya), sesungguhnya dia telah menghilangkan ke atas dirinya ikatan bersama makhluk di dalam zikirnya kepada Allāh, kerana Tasbih ini berzikir mengingati Allāh bersamanya.

وشاهدنا من أولياء الله الصالحين من يرى الذكر عليها. وكأن كل ذكر له لون، له إشعاع يعرف به أحدهم درجة أخيه، ويعرف مكانه، ويعرف من أين أتى.

Kita meyaksikan (ada) diantara Wali-Wali Allāh Yang Ṣāliḥ (dapat) melihat zikir itu ke atas Al-Kaun. Seumpama setiap zikir itu ada baginya warna, ada baginya aura yang mana diketahui dengannya seseorang daripada mereka itu akan darjat saudaranya, diketahui akan maqāmnya, dan diketahui dari mana dia datang.

العلامة الأستاذ الدكتور علي جمعة حفظه الله ورعاه.

Al-'Allāmah Al-Ustādz Ad-Duktūr 'Alī Jumu'ah حفظه الله .
(Mufti Mesir)

اللهم صل على سيدنا محمد ن الفاتح لمااغلق والخاتم لماسبق ناصر الحق بالحق والهادي الي صراطك المستقيم وعلى اله حق قدره و مقدا ره العظيم

Selasa, 18 Disember 2018

Pengajian Ilmu Sabtu dan Ahad

Gemblengan Ilmu Makrifat Nurullah dan Makrifat Huruf Ilmu-ilmu Ketabiban

Gemblengan Ilmu Makrifat Nurullah dan Makrifat Huruf Ilmu-ilmu Ketabiban

Salam sejahtera buat seluruh peminat ilmu. Di sini sata ingin war-warkan program keilmuan yang lain drp yg lain yg pasti meninggalkan kesan abadi buat anda. Program ini dpt diikuti sesiapa sahaja. 

Khusus kpd pengubatan hikmah dan kesufian ini mengandungi pelajaran bagaimana mengubati bagaimana merawat gangguan saka,bagaimana mengatasi gangguan sihir,bagaimana memperkuatkan tenaga tubuh,bagaimana menjadi memiliki Tapak Tangan Jurusembuh, bagaimana mengubati lemah tenaga batin, bagaimana merawat busung, bagaimana merawat diri sendiri, bagaimana membuat minyak kelapa yg berkhasiat dlm pengubatan segala jenis penyakit, dan faedah drp segi kerohanian spt membuka mata ainul basiroh,memperkuatkan ilham yg benar, bagaimana menarik rezeki drp segenap penjuru alam, bagaimana membuka gerbang Mukasyafah dan Musyahadah ditunjuk ajar dlm program keilmuan ini serta banyak lagi fungsinya ilmu ini. 

Sesi pengajian akan datang pada hari Sabtu dan Ahad depan. Penginapan disediakan dgn selesanya. Lokasi di Bangi.

Bagi yg mahu temujanji dan mengetahui mahar belajar sila hubungi saya langsung. 

Alfaqir
013 642 1228

Isnin, 17 Disember 2018

Gemblengan Ilmu Ketabiban al Hikmah

Alhamdulillah Sabtu dan Ahad lalu telah berlangsung Gemblengan Ilmu Ketabiban al Hikmah. Terdapat lebih 50 Kaedah Pengubatan yg saya kongsikan dalam pengajian ini. Antara yg diajar ialah:

1. Rawatan  Busung
2. Rawatan Saka
3. Rawatan Mahabbah
4. Rawatan Membersihkan Rumah dan Tapak drp Sihir
5.  Cara Menjadikan Tangan Sebagai Jurusembuh Yg Ampuh
6. Kaedah Rawatan 3 Point Tubuh
7. Rawatan Memulihkan Jodoh
8. Rawatan Mengundang Rezeki
9. Kaedah Menjadikan Surat Permohonan Apa saja Diterima
10. Kaedah Mengembalikan Barang yg Hilang
11. Kaedah Membuat Selusuh Beranak
12.  Kaedah Khusus Merawat Tenaga Batin
13. Kaedah Membuat Kain Putih Penarik Penyakit
 Dan banyak lagi diijazahkan dan diajarkan kpd para peserta. Teknik Rawatan yg Advance-Kaedah Rawatan Penyakit yg Pelbagai-Kunci Ilmu Yang Bersumberkan Al Quran Tanpa Penggunaan Jampi Dan Jin-

In sya Allah jika anda berminat saya akan anjurkan lagi program ini pada Sabtu dan Ahad akan datang.

Program Gemblengan Ilmu Ketabiban al Hikmah Makrifat Huruf Sumber Al Quran Sepenuhnya.

Ustaz Tabib Ali
013 642 1228

Sabtu, 1 Disember 2018

Gemblengan Ilmu Ketabiban dan Pengubatan Sufi

Gemblengan Ilmu Ketabiban

A. Kaedah Rawatan

1. Kaedah Penyucian Diri drp yg batil/sihir/saka dengan Mandian Nur
2. Kaedah Tafakur
3. Kaedah Memasung ke Bumi NanTujuh
4. Kaedah Memasung ke Laut Pau Janggi
5. Kaedah Memasung ke Pulau Besar
6. Kaedah Asma Talqin Tukang Sihir
7. Kaedah Sebat Tukang Sihir dan Jin
8. Kaedah Pedang Jarak Dekat dan Jauh
9. Kaedah Urut Buang Sihir Energi Negatif
10. Kaedah Mandi Bunga
11. Kaedah Mandi Rendam dlm Badan
12. Kaedah Pancaran Nur Kursi
13. Kaedah Pancaran Nurullah
14. Kaedah Gabungan Holistik

B. Kaedah Pendinding

1. Kaedah Ayat
2. Kaedah Huruf
3. Kaedah Doa

C. Kerohanian

1. Aktifkan lataif
2. Aktifkan Jalan Spiritual
3. Kefahaman
4. Jalan Kewalian

Tarikh :
8 dan 9 Disember

Lokasi : Bangi

Yuran : rm490

Terhad kepada 20 orang sahaja. Ajak kawan-kawan, terbuka kpd lelaki dan wanita.

-sesuai utk peruqyah tp bersedia mempelajari ilmu yg baharu
-perawat yg mahu tambah ilmu
-awam yg mahu berjinak-jinak dlm dunia rawatan Islam dan pengubatan Sufi
-program terarah dan khusus
-10 % teori 90% praktikal

USTAZ EBIT LIEW SEPATUTNYA DIBERI PELUANG BANTU RAKYAT

 Salam kasih, alhamdulillah wa syukurillah.  Viral akhir akhir ini Ust Ebit Liew dihalang utk membuatkan sekolah utk mualaf2 baru di Sabah. ...