Khamis, 29 Mac 2012

Ada perawat Islam kecohi-kepit

Salam sejahtera. Saya bukanlah hendak menganggu sesiapa tetapi sangat sedih dan geram pun ada apabila mengetahui terdapat perawat Islam taraf ustaz suatu kedudukan yang dimuliakan dalam masyarakat ini membuat onar dan tipu muslihat dalam kaedah perubatannya. Terkejut juga saya mendengar kisah X apabila X memberitahu kepada saya dia melihat tangan ustaz popular tersebut mengepit jari jemarinya sewaktu menjalani rawatan buang susuk. Aleih-alih Ustaz tersebut memperlihatkan susuk yang dipakai oleh pesakit selama ini. Anehnya susuk itu seperti jarum walhal susuk yang dipakai oleh pesakit ialah berubat batu bulatan atau biji-bijian kecil. Apabila disangkal, boleh pula ustaz tersebut mengatakan jin boleh buat apa sahaja terhadap susuk dalam tubuh si pemakai sehingga boleh menyebabkan susuk yang bulat jadi panjang melidi macam jarum. Bukan kali pertama yang datang menceritakan hal tersebur malahan kali kedua! Dua orang yang berbeza pula yang mengalami penipuan yang sama daripada seorang ustaz. Saya tidak mahulah mengaibkab sesiapa selagi tiada bukti konkrit namun demikian cuba fikirkan apakah caranya kita hendak mengelak daripada ditipu oleh golongan demikian? Apatah lagi orang demikian ialah orang yang kita menimba ilmu daripadanya! Tentulah segala amalan buat kita menjadi ragu-ragu berkat dan kebenaran 'sanadnya'. Ini menyedihkan saya. Bahkan jarum susuk yang konon telah berubah bentuk itupun tidak dibenarkan oleh ustaz untuk dibawa pulang oleh pesakit konon dapat menganggunya lagi. Sudahnya pesakit itu apabila datang kepada saya, saya hanya beri ubatan yang telah didoakan. Biarkan dimakan sahaja daripada saya buat kaedah batin kerana memandangkan pesakit trauma dengan penipuan ustaz tersebut yang bukan sahaja tidak sembuh, hangus RM 400.00 dan tidak ada perubahan langsung. Saya hanya berdaya menyuruhnya bersabar sahaja selain makan bekalan ubat yang diberikan. Beberapa hari dia menghubungi saya sakit kepala dna mukanya macam terlalu berat sehingga dia tidak mahu makan ubat saya berikan. Ini juga sikap gopoh pesakit yang tidak sabar-sabar. Ini pun menyedihkan juga.

Isnin, 26 Mac 2012

Mengatasi Jin Sihir Bomoh

Assalammmulaikum. Agak lama juga saya tidak kemaskini blog ini lantaran kesibukan. Alhamdulillah, selepas beberapa waktu berlalu masa saya kembalib reda drp kesibukan. Peernahkah kita berdepan dengan jin sihir Bomoh?Tentu ramai dikalangan perawat berpengalaman menghadapinya. Mainan jin sihir lebih licik daripada jin biasa. Sebagaimana biasa apabila saya berhadapan dengan masalah ini, saya mengosongkan diri dan menafikan segala yang wujud hanya Allah semata. Apabila pesakit berdepan sahaja, pesakit sudah kerasukan seperti seorang wanita tua. Jin bomoh sihir sudah masuk ke dalam badannya. Tanpa saya menyatakan apa-apa, jin itu sendiri bercakap bahawa dia suka kepada pesakit wanita tersebut. Katanya dia sudah lama menghisap darah wanita tersebut. Selain daripada dia enggan mahu bekerjasama langsung dengan saya. Saya pun langsung tdk mengendahkannya. Hendak membaca apa-apa pun jauh sekali. Saya hanya memain-mainkanjin tersebut. Kata saya tunjuklah bagaimana dia hisap darap wanita tersebut saya nak tengok. Kemudian jin itu mengatakan dia ada hantu raya dan sekelian orang-orang halus yang lain. Saya ketawa sahaja. Saya suruh dia panggil kesemua hantu raya dan orang halus yang dimaksudkannya. Hadir di depan saya. Bukan saya nak bongkak tetapi  saya hendak membuktikan apa yang jin Bomoh (qarin bomoh) tersebut kata adalah suatu ilusi dan khayalan semata-mata. Dan semestinya dia gagal membuktikan apa yang dia cakap. Kemudian saya tanya apa guna hantu raya tu? Dia kata untuk perubatan. Saya pun katalah cuba tgk saya hantu raya tak?saya pun mengubat juga. Jin bomoh itu mengeleng. Saya suruh dia berangkat. Namun dia degil. Saya bacakan beberapa Ayat Kunci Ilmu Hikmah, dia mula terhuyuhayang, kemudian menjerit panas. Saya ancam lagi. Dia degil. Saya baca lagi. Dia marah kepada saya kerana seolah-olah telah membakar orang-orangnya. Saya berhentikan rawatan dan berkata kepadanya, saya langsung tidak beri atau niat atau doa apa-apa pun kepadanya. Hanya semata zikir (semestinya dengan hati dan iktikad yang betul). Yang dia rasa panaslah, orang-orang halus yang didakwa penat-penat dikutipnya merata-rata telah terbakar musnah itu semua bukan kerja saya. Ha, inilah terletak perbezaan antara keadah ilmu hikmah yang dikongsikan bersama dengan ilmu perubatan Islam lainnya. Ada yang niat api, pisau, tali api, api neraka pun ada. Entahlah saya tak berkuasa apa-apa nak minta macam tu. Allah itu bukan kuli saya. Sayalah kuli hamba Dia. Sesudah selesai dia sedar semula. Sebenarnya menurut rakan perawat lain pesakit ini pernah mendatangi dirinya dan tidak pernah kerasukan bercakap sebagaimana kerasukan dan bercakap macam di depan saya hari itu. Tak apa saya bukannya ada ilmu istimewa apa-apapun sekadar teknik, kaedah, pemahaman yang betul pasti keadah perubatan jadi mudah dan cepat. Saya teringat dalam beberapa tahun belakangan merawat dengan kaedah rukyah semata-mata sampai 5-6 jam. Hari ini ada berbagai teknik dan kaedah yang mudah dan cepat mengapa tak pelajarinya jika saudara saudari mahu terlibat dalam pengubatan? Sekarang saya lihat ramai nak jadi perawat Islam tetapi berfikiran jumud belajar dari seorang dua guru. Belajarlah dari banyak guru perubatan rukyah ke perubatan tradisional ke selagi tidak bertentangan dengan syariat. Cuma guru mursyid dalam kerohanian sahaja satu tiada dua. :)

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...