Memaparkan catatan dengan label buang saka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buang saka. Papar semua catatan

Ahad, 25 September 2011

Buang Saka

Salam sejahtera. Pengalaman bertemu dengan beberapa kes gangguan saka yang sangat teruk menginsafkan saya. Rupa-rupanya kita sebagai seorang perawat tidak harus lupa untuk sentiasa melakukan kajian dan pembangunan kaedah pengubatan kita dan tidak memasung minda dan hati kita untuk mengubat pesakit dengan kaedah yang lama. Walaupun tidak dapat dinafikan kaedah perubatan secara ruqyah adalah terbaik tetapi ia bukanlah muktamad. Teknik lain serta kaedah lain pun boleh terutama kaedah menggunakan petua tertentu yang mana ia tidak bertentangan dengan syarak. Terdapat beberapa kaedah membuang saka hanya menggunakan petua. Tidak memerlukan pembacaan ruaqyah berjam-jam. Ilmu Allah ini luas. 

Dalam ilmu sufi pun terdapat kaedah perubatan buang saka atau makhluk halus ini hanya dengan menggunakan petua nafas dan petua gerak. Sama juga dengan ilmu lain. Dalam dunia sekarang, gangguan jin bukan lagi bersifat gangguan biasa-biasa. Ia bersifat sangat luat biasa. Para jin terutama yang bakal menjadi tentera dajjal laknatullah nanti sangat moden ilmu pengetahuannya dan bergabung dengan manusia yang dikepalai dajjal untul melaksanakan misi dunia sebelum Imam Mahdi diturunkan. Maaf saya tidak menyebut perkataan Imam Mahdi berdasarkan kepercayaan Syiah. Saya bukanlah seorang penghukum tetapi saya berlepas diri daripada sebarang pemikiran dan cara tindak yang esktrem. 

Dalam perkara membuang saka, saya telah menemui sekian banyak pesakit yang telah mendapat rawatan daripada banyak pusat rawatan Islam seluruh negara yang tumbuh bak cendawan selepas hujan namun kes gangguan saka itu berulang. Memang kesalahan tidak patut diletakkan di bahu perawat Islam atau muallij tetapi perawat Islam boleh melakukan kajian sendiri mengapa kaedah yang dilakukan itu kurang memberi kesan dan gagal mengeluarkan gangguan drp tubuh pesakit atau memisahkan terus saka dengan tuannya. Bukan ayat tidak berkesan dan bukan iman serta amalan yang masih kurang atau belum mantap tetapi kerana TEKNIK yang salah. Jadi tidak hairanlah banyak pesakit serta keluarga pesakit mengeluarkan banyak wang untuk berubat. Masalah saka bukan sahaja menganggu orang Melayu malah juga terdapat dalam semua kaum di seluruh dunia. Orang Cina, orang India dan kaum lain atau suku-suku pedalaman mempunyai masalah gangguan saka ini sama ada disedari atau tidak. Jin saka tidak lazim sendirian. Ia duduk dalam suatu kumpulan yang besar. Ia tidak menganggu semua anak cucu tetapi ia memilih satu daripada sekian ramai anak cucu untuk menumpang atau menjadi tubuhnya sebagai sehenti untuk hidup. Gerombolan jin saka ini mesti dibasmi kerana jika tidak ia akan terus menyusahkan anak cucu kemudian hari. Malangnya datuk nenek kita tidak atau lupa untuk melepaskan saka itu sebelum ajal menjemput. Melepaskan saka sebenarnya lebih mudah daripada membuang saka. Namun itu telah berlalu. apabila terdapat anak cucu yang sakit tidak bersebab atau sakit berpindah randah dalam tubuhnya ambil ubat jumpa doktor tak kunjung sembuh malah kian kurus atau lemah atau merosot kualiti hidup sehari-hari maka sedarlah kita gangguan saka mula memunculkan dirinya. 

Bagi saudara sedarah yang tidak punya siptom gangguan tidaklah mengapa, namun setidak-tidaknya pasti mereka pernah melalui peristiwa aneh sekali sekala seperti ternampak lembaga besar hitam melintas depan mereka atau lainnya yang menunjukkan saka itu melawat mereka. Justeru perlu juga dibawa berubat sebelum menjadi semakin teruk. Jangan kita anggap dengan membawa ayat atau mandi limau sahaja saka boleh berambus. Ada bahannya, ada caranya ada petuanya untuk membuang saka ini. Insya Allah terdapat cara di tempat saya. Caranya tidak semudah perlaksanaannya. Terdapat beberapa perkara di luar jangkaan kita boleh berlaku. Ingat jin pun bukannya bodoh sangat jika keluarga atau pesakit datang menemui perawat. Namun bagi perawat yang mantap insya Allah keadaan dapat dikawal. Gangguan saka yang lebih aneh juga boleh berlaku sehingga sukar dikesan dan disangka sebagai sihir. Apa pun sebagai muslim kita seharusnya tidak berasa takut dan gentar terhadap jin-jin saka ini. Kuatkan hati dengan ketaqwaan, zikir, wirid, baca Al Quran dan banyakkan selawat. Kemudian datanglah jumpa dengan perawat Islam atau terus berjumpa saya untuk kita cari jalan keluar di atas permasalahan ini.

Khamis, 22 September 2011

Gangguan Puaka Saka 3

Dengan rahmat Allah saya pun mula munajat memohon taufik daripadanya. Terdapat beberapa rangkaian zikir dan akhirnya apabila merawat secara serentak termasuk saudara mara Tok tersebut beliau kian pulih. Termasuk siptom saka pada anggota keluarga yang lain. 

Dalam silibus Ilmu Hikmah bab perubatan saka diterangkan kaedah tersebut. Sebenarnya kaedah perubatan saka mempunyai beberapa kaedah. Kita tidak tahu cara bagaimana yang dapat memulihkan pesakit. Justeru perawat hendaklah membuat satu demi satu kaedah yang ada dan tidak boleh sesekali berputus asa terhadapnya. 

Alhamdulillah dalam Ilmu Hikmah Islami yang saya bimbing terdapat beberapa cara yang ampuh untuk membuang saka serta memulihkan pesakit. Kaedah terakhir sekali ialah meleburkan saka. Namun tidak semua orang mampu membuat demikian kerana ia membabitkan amalan tertentu yang harus dibuat dengan memenuhi syarat-syaratnya. Justeru bagi pesakit yang ingin mengubat haruslah faham perawat tidak merawat hanya dengan angkat tangan sahaja. Doa itu mempunyai makna yang luas. Termasuk teknik kaedah dan cara. Yang penting ialah amalan dalam sesuatu ilmu sendiri. Dalam membuang saka khususnya saka yang berat dan kuat pengaruhnya ke atas pesakit, maka perawat tidak boleh lagi menggunakan ayat atau khadam ayat. 

Kekuatan zikir dan roh perawat amatlah diperlukan dalam situasi yang amat getir tersebut. Insya Allah bagi pesakit yang jenuh mengubat sana sini tak kunjung sembuh, boleh berikhtiyar dengan saya. Namun kesabaran diperlukan oleh kedua belah pihak. Mahar juga harus dipersetujui bersama kerana ia membabitkan tenaga masa dan ikhtiyar perawat ke atas pesakit. Jangan pesakit atau keluarga pesakit memikirkan perawat hanya sekadar angkat tangan doa baca sahaja. Kalaulah pesakit atau keluarga pesakit tahu betapa sukarnya pertempuran antara perawat dengan makhluk halus ini pasti mereka akan berusaha memenuhi syarat perubatan samada penyediaan bahan dan juga mahar. Insya Allah. Bagi yang mengambil ilmu hikmah daripada saya juga terdapat beberapa kaedah itu. Malah ada yang diajarkan kemudian kerana bagi membolehkan murid ilmu hikmah tidak tergesa-gesa atau rambang mata terhadap banyak ilmu yang ditulis dalam nota dan diperturunkan nanti. 

Oleh itu ada kaedah itu diperturunkan sedikit demi sedikit kerana ia lebih baik daripada banyak sekaligus hanya membuatkan murid tidak beramal. Jika berminat, semua perawat Islam ruqyah yang buntu apabila berdepan dengan saka yang amat degil maka belajarlah lagi kerana ilmu Allah tidak pernah habis. Yang penting mengetahui teknik yang betul dan amalan serta doa yang tepat pastilah kita boleh berjaya.

Jumaat, 16 September 2011

Gangguan Puaka Saka II

Apabila saya 'dipanggil' oleh Kak Senah utk merawat emaknya, Tok Yah, saya tidaklah terus sahaja mengikutnya ke rumahnya. Biarpun Kak Senah berharap benar agar saya dapat datang kerumahnya pada waktu itu juga.

"Sakit macam mana?"tanya saya.

"Sakit rahang...sampai tak boleh makan...dah merata dah berubat ustaz.."

Saya hanya tersengih sahaja. Perkara ubat mengubat ini sebenarnya kalau diikutkan petua tak boleh terburu-buru. Saya fikir elok datang sebelah malan sahaja selepas terawih. Lagipun rumah Kak Senah hanya selang 10 buah rumah sahaja dari rumah Tok saya.

Namun selepas Zuhor saya betul-betul berkelapangan. Selepas solat, saya mengambil keputusan untuk kerumahnya. Berbekalkan air zam-zam, minyak hajarulaswad yang telah diwiridkan, saya melangkan kerumahnya dengan penuh tawakal kepada Allah. Setibanya di rumahnya saya dijemput terus ke sisi Tok Yah yang terlantar di tengah rumah merengek kesakitan sambil memegang rahang pipi kanannya. Tok Yah terus menggamit saya setelah nampak saya dibawa oleh Kak Senah melewati ruang tamu rumah, langsung duduk di sisinya.

"Kenapa tok?" tanya saya lembut.

".....Kit...kit..."

Itu sahaja yang Tok Yah mampu katakan sambil menunjuk ke pipi kanannya. Saya terus mematikan diri menumpukan hati pada Allah ta'ala sambil hati memohon dikurniakan petunjuk akan sakitnya Tok Yah ini. Masya Allah, yang membuat bahana rupa-rupanya sejenis makhluk yang agam besar giginya bercerakah membaham. mengkerkah rahan pipi kanan Tok Yah. Geli Geleman saha melihat mulutnya berjejeran dengan air liur dan segera saya bacakan Al Ikhlas dan ditiupkan pada lembaga tersebut dan ia langsung ghaib entah kemana.

Saya mulakan rawatan pada Tok Yah dengan lebih perinci. Tak guna lagi untuk 'melihat' lebih jauh kerana puncanya sudah saya ketahui. Saya hanya membacakan ayatul Kursi sebanyak 17x dan beberapa ayat lain dan alhamdulillah mulut Tok Yah yang senget sebelah bagai tertarik-tarik itu langsung hilang. Saya bekalkan Tok Yah dengan air zam-zam.

Sebelum pulang, anaknya Kak Senah ramah menceritakan sejarah penyakit Tok Yah yang sejak puluhan tahun lampau. Kata kak Senah, Tok Yah dahulu seorang yang agak aneh. Jika ada penduduk kampungnya yang menderita sakit akibat gangguan Tok Yah akan datang ziarah dengan membawa parang kontotnya. Tuan rumah dan seisi rumah tidak terkejut pun dengan sikap Tok Yah tersebut kerana lazimnya itulah sikapnya apabila melawat orang sakit dalam kampungnya.

"Assalammmualaikum!" Tok Yah memberi salam dimuka pintu sambil tangan kirinya memegang jenang pintu dan tangan kanannya menghayun parang dengan matanya meliar ke dalam rumah. Tuan rumah menyambut Tok Yah dan menjemputnya masuk. Tok Yah masuk ke dalam rumah dan sebaik sahaja berdepan dengan pesakit akibat gangguan itu, tiba-tiba pesakit yang terlantar kaku terus bingkas bangun dan Tok Yah pula terlentang. Pesakit itu bagai terpinga-pinga sahaja memerhati sekeliling ditambah apabila melihat Tok Yah yang tiba-tiba pula meracau tidak tentu butir. Ramai orang kampung percaya jin yang menganggu telah beralih meresap ke dalam tubuh Tok Yah.

Tok Yah hanya pulang kerumah apabila dia sedar kembali. Namun menurut Kak Senah ibunya tidak pernah sembuh tetapi jin yang ganggu Tok Yah akan menunjukkan gejala kesurupan beberapa ketika dan masa walaupun kesurupan itu hanya pada gelagat Tok Yah bercakap sendirian sahaja tetapi tetap merisaukan anak cucu. Namun Tok Yah tetap sihat wal afiat. Boleh membanting tulang buat kerja kampung bercucuk tanam berkebun semuanya.

Apabila saya tidur malam pertama saya merawat Tok Yah saya bermimpi saya telah bergerak dalam suatu lingkungan cahaya putih terbang menyusuri sebatang sungai ditengah hutan rimba belukar yang tebal. Sewaktu menyusuri sungai tersebut, saya melihat terdapat sangat banyak binatang puas seperti gajah, orang utan, gorilla, harimau dan lain-lain merenung saya malahan ada gerombolan gajah hitam mahu melanggar saya. Namun mujurlah saya bergerak cepat selain silauan cahaya putih yang membuatkan binatang buas tersebut hanya 'mengaruk' tidak dapat mendekati saya.

Apa yang saya lihat Tok Yah terkena saka ilmu...Tok Yah ada beramal dengan ilmu-ilmu batin tertentu membuatkan kini saka ilmunya menjadi makan diri pada tubuhnya.Bukannya Tok Yah tak pergi jumpa perubatan moden. Sebuat sahaja pakar apapun, pakar tulang, pakar saraf, pakar gigi semuanya sudah Tok Yah temui semuanya menyatakan tiada sebarang keabnormalan pada batang tubuh Tok Yah. Namun peliknya Tok Yah terus sahaja sakit rahang sampai susah hendak menelan makanan dan minuman membuatkan Kak Senanh sekeluarga begitu risau akan kesihatannya. Alhamdulillah sewaktu saya datang lagi pada selepas Zuhor Tok Yah banyak berubah, daripada terlantar sakit sudah boleh bangun sendiri ke bilik air. rasa sakitnya denyut-denyut sudah hilang cuma sisa-sisa sakit sahaja kalau diperlakukan mulutnya secara kasar. Rawatan kedua dan ketiga tanpa apa-apa mimpi.

Selepas rawatan ketiga saya tidak lagi dipanggil oleh Kak Senah. Saya anggap Allah telah mengabulkan doa semua untuk kesembuhan Tok Yah. Sebenarnya Tok Yah pernah berubat dengan ramai perawat Islam dan tradisional. Kebanyakkannya merasuk, kononnya saka dalam badannya menyatakan Tok Yah disihir oleh jiran yang memberikan hadiah rantai emas kepada Tok Yah kira-kira 20 tahun lepas....Namun baharu lima hari, saya dipanggil semula oleh Kak Senah...Tok Yah sakit kembali macam biasa...walhal selepas saya merawat Tok Yah terus menunjukkan kesan kesembuhan berterusan sehingga mampu meneruskan puasa dan bersolat membaca Yassin...saya mula bertafakur merenung lebih jauh ke dalam...dan saya lihat ini sebagai suatu kiffarah yang sukar untuk saya jelaskan...sewaktu saya bertanya kepada Kak Senah ada tak Tok Yah solat ketika sakit, Kak Senah sekadar mengeleng...hanya alasan nak solat macam mana apabila sakit demikian...

Saya datang lagi buat kali keempat kali ini dengan persediaan yang lebih....nampaknya semasa sesi rawatan Tok Yah menjerit sakit dan matanya meliar apabila saya menekan ibu jarinya sambil membaca kalimah suci pada ibu jari kaki kirinya. Bulu romah sekitar bahu leher dan muka saya berceracak sewaktu mata Tok Yah terbeliak meliar kiri ke kanan tiba-tiba dan apabila saya mengarahkan Tok Yah agar terus memandang saya, Tok Yah menentang pandangan saya dan pandangan kami bertembung. Segera saya bacakan 2 ayat terakhir Surah At-Taubah lantas dihembuskan ke mata Tok Yah. Dan matanya yang mahu tersembul dan tajam itu kembali redup dan normal....

"Kalau begini, kita kena buat cara lain..." kata saya kepada Kak Senah yang begitu berharap pada saya untuk ikhtiyar akan ibunya itu. Bukan apa, sudah jenuh dibawa berubat keadaan ibunya tetap demikian berulang-ulang. Malahan kali terakhir berubat di Sungai Petani, sehingga dikenakan bayaran RM2000.00. Walhal pusat rawatan Islam tersebut hanya memberikan air ruqyah yang telah dipek beberapa botol sahaja untuk dibuat mandi minum. Dan menurut Kak Senah langsung tak ada kesan sedikitpun ke atas Tok Yah malahan keadaannya kian teruk.

Saya menghela nafas panjang...biarpun benar kesembuhan milik Allah namun kita perawat Islam janganlah menjual air ruqyah sampai RM2000.00 hanya beberapa botol kecil yang telah dipakej air dalam botol itu telah dibacakan ayat-ayat suci tertentu. 

"Tolonglah ustaz, saya sanggup bayar berapa sahaja kepada ustaz asalkan mak ini sembuh.."rayu Kak Senah kepada saya.

"Kak Senanh, seharusnya dalam keadaan ini kita hanya bergantung harap kepada Allah atau meningkatkan keyakinan dan harap kepadaNya selain ikhtiyar...bukannya bersikap demikian..kalaulah Kak Senah jumpa orang lain dengan bercakap macam ini saya rasa orang yang tak belajar apa-apa olmu pun tergamak menipu untuk mendapatkan habuan dunia..."

Kak Senah hanya tertunduk malu dengan wajahnya keberah-berahan....bersambung....

Emaknya yang telah menderita sakit rahang bagai dikerkah oleh 'sesuatu' itu sudah lama, rasanya hampir tiga dekad.

Khamis, 9 Disember 2010

Perbezaan antara ilmu yang dirahmati dan ilmu yang tidak dirahmatiNya

Salam Khamis yang dingin namun tetap penuh rahmat bagi yang dirahmatiNya. Beberapa hari lepas saya agak sibuk sedikit kerana beberapa pelajar datang kepada saya menyatakan hasrat mahu belajar ilmu hikmah dengan saya. Kedatangan mereka sudah pasti dengan temujanji. Untuk makluman pembaca, saya tidak menganjurkan sebarang kursus rawatan Islam. Format pembelajaran tidak menggunakan kaedah kursus sebaliknya menggunakan kaedah temujanji secara individu. Tujuan saya membimbing dan mengembleng secara individu ialah bagi memastikan proses pengisian ilmu hikmah yang hak itu berjalan dengan sewajarnya. Justeru tidak hairanlah mereka yang menerima pengisian ilmu hikmah daripada saya, merasakan sekurang-kurangnya HATI SANGAT TENANG dan BADAN AMAT RINGAN serta MUDAH SANGAT UNTUK BERIBADAH DAN BERWIRID yang sebelum ini perkara demikian amat sukar dilakukan.

Berikut saya perturunkan beberapa sms yang saya tulis semula di blog ini bagi tatapan pembaca:

Salam, dahulu sebelum belajar hati saya liar dan berbuat dosa. Tapi selepas belajar dengan Tuan Tabib Mohd Ali, syukur alhamdulillah. Hati jadi TENANG dan JINAK mengingati Allah Ta'ala.-Yusof, Sarawak-

Salam. Susah untuk saya gambarkan dalam bentuk perkataan apa yang saya rasa dan alami sewaktu proses pembelajaran dengan Tabib Ali. Ia mungkin mengundang fitnah dan tafsiran yang pelbagai. Tak semua orang alami apa yang saya alami. Setiap pengalaman PASTI berbeza. Ia juga bergantung kepada KEYAKINAN kita kepada Allah Ta'ala. Rasai sendiri dan bulatkan hati kita semata-mata mengharapkan LIMPAHAN RAHMAT dari Allah bukannyamengharapkan KEHEBATAN. Itu pesan Tuan Tabib bagi meraih kesan yang optimum daripada ilmu hikmah yang di isikan beliau.-Erry, Puchong-

Salam. Penyusian rohaniah dan pengisian ilmu hikmah sangat berkesan kepada saya sehingga ibadah saya bertambah KHUSYUK dan BERTAKARRUB kepada Allah.-Saufi, Bangi-.

Salam perubahan. Saya datang kepada Tabib Ali untuk mengadu masalah diri saya yang selalu mengalami ketidakstabilan emosi dan berfikiran negatif. Semasa discan oleh Tuan Tabib saya mempunyai masalah SAKA keturunan yang agak serius sehingga mepengaruhi tabiat dan emosi saya saban hari. Selepas diubati oleh Tuan Tabib Ali, rasa tenang dan lapang yang LUAR BIASA...menurut Tuan Tabib, itu semua hanyalah LIMPAHAN RAHMAT ALLAH dan KEIZINANNYA semata-mata...amalan yang diberikan adalah amalan yang disunnahkan..Insya ALlah tuan tabib boleh membantu bagi sesiapa yang memerlukan..-Mas Jurakai, Kuala Lumpur-.

Itu merupakan sebahagian daripada testimoni sama ada dari murid dan pesakit saya dalam bulan lepas dan awal bulan ini. Keempat-empat mereka ini mempunyai kemampuan untuk SCAN pandangan batin dan apabila menerima rawatan dan pengisian ilmu daripada saya, langsung mata batin mereka bagai dibekalkan oleh minyak dan kanta mata itu dibersihkan sejernih-jernihnya.

 Sewaktu saya memulakan zikir semestinya kerana Allah semata-mata, mereka semuanya menyaksikan cahaya putih yang amat indah, bersilauan, dan damai dan 3 drpnya yang mempunyai saka keturunan telah mentrace saka tersebut. Ada yang terlalu banyak 'dibukakan ' skrin padanya. Sehingga tak tahu pada shot mana harus ditumpukan. Ada yang sekadar melihat makhluk yang mendampinginya selama ini. 

Semuanya dgn rahmat Allah. Dengan mudah sahaja mereka dapat melihat dengan 'mata dalam' hakikat saka yang mendampingi atau yang ada pada jalur keturunan mereka walau sudah beratus tahun Allahuakhbar!

Dan mereka bukan sekadar melihat kewujudan saka tersebut MALAH mereka menyaksikan bagaimana JALUR SAKA itu diputuskan, atau SAKA yang ADA PADA MEREKA ITU DIHAPUSKAN. Semuanya dengan izin, rahmat dan Redho Allah semata-mata.

Ada murid saya yang lain,  ini ada yang belajar ilmu sudah merata ceruk sehingga menerima selempang merah dan juga jin-jin yang membuatkan dadanya panas, baran, marah dan lain-lain. Sebenarnya bukan dia seorang sahaja alami keadaan demikian malah ramai lagi pesilat yang tahap-tahap tinggi mengalami siptom demikian. Panas baran, tidak dapat kawla emosi, selalu hendak bergaduh, lebih teruk gagal solat, puasa tetapi RAJIN BERWIRID. Dalam pengajian ilmu hikmah di bawah bimbingan saya SOLAT tetap SOLAT. DOA TETAP DOA. Bangun MALAM tetap BANGUN MALAM. Semuanya perintah dan sunnah nabi yang wajib diikuti agar kehidupan kita ini dirahmatiNya. Apabila kehidupan kita di rahmati Allah pasti jiwa jadi tenang. Lapang dada. Dilimpahkan rezeki mencurah. Namun ramai yang datang mahu mengubat dengan saya, mengaku sudah belajar 'tinggi-tinggi', namun tetap juga rasa kosong hakikat dan makna kehidupan dan menjadi hamba dan khalifatul ardh di muka bumi Allah ini. Justeru dimanakah rahmat pada dirinya?Bacaan boleh jadi sama iaitu tetap Fatihah juga. Tetap Ayatul Kursi juga. Namun ia tetap ironi dengan keadaannya yang sepatutnya dialmi oleh diri itu.

Justeru proses belajar dan menerima bimbingan dengan saya bersifat personal touch dan couching. Tidak ada bersifat hamburan nota dan hamburan ceramah 8 jam seharian suntuk yang sebenarnya boleh terus didapati dalam buku/cetakan

Kerana itu BUKAN TUJUAN utama saya mengisi ilmu hikmah dan membimbing murid bertujuan hendak scan dan lain-lain. Tetapi NIAT itu diawal2 lagi dibetulkan. Hanya kerana Allah. Pasrahkan saja kepada Allah yang Maha Esa lagi Maha Kuasa. Biarlah Dia yang menentukan yang terbaik untuk kita. Bukankah Allah pencipta kita?Dia pasti Lebih Tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Itulah format pembelajaran IHNM. Sebab itulah kesan nyata dan langsung dialami murid dan pelajar saya yang mengikuti pedoman mudah yang saya berikan semasa proses rawatan dan proses belajar.

Apalah sangat jika dapat menyaksikan cahaya sewaktu mata terpejam semasa proses rawatan dan proses pengisian ilmu dilakukan jika hendak dibandingkan Allah mencipta lautan tanpa kapak korek, langit tanpa tiang dan bulan dan bintang-bintang tetap teguh berada di tempat masing-masing mengikut putaran alam.

8 Disember 2010

Selasa, 23 November 2010

Jin kundalini reiki bergabung dengan jin saka menambahkan derita

Salam sejahtera semoga dalam rahmat dan redhoNya sentiasa.

Semalam saya smepat merawat seorang pesakit yang mengamalkan ajaran reiki. Menurutnya amalan reikinya itu bersumberkan Islam. Saya tersenyum sahaja. Bak kata sesetengah orang, dah lama dah...

Saya tanya pesakit tersebut ada ka dia merasai apa-apa sewaktu bercadang atau berkira-kira mahu berjumpa saya...

Dia akui ada. Sewaktu menghantar emel, bahunya dan belakang badanya serta sendi-sendi pada tubuhnya merasa ngilu, lenguh dan sakit tiba-tiba. Semasa dia mencari alamat Pusat Rawatan Rahmaniah, dia diganggu bisikan agar tidak berjumpa dengan saya.

Masya Allah.

Sewaktu duduk depan saya, sesi berbual-bual, murid saya yang ada sama semalam, 'melihat' terdapat semacam haba panas seperti waktu tengahari dengan berkuap-kuap asap nipis.

Tapi saya diperlihatkan Allah dalam bentuk kehadiran jin-jin energy reiki yang segan nak masuk pusat rawatan sebaliknya duduk diluar sahaja. Jin energy reiki bergabung dengan jin saka keturunan 20 tahun yang ganggu keturunannya. (Persoalan:Mengapa jin energy reiki tdk menghalau jin saka keturunan 20 tahun di alami pesakit??? Jawapannya mudah:Sebab jin sama jin. Itulah hakikatnya.

Pesakit menyatakan ayahnya dan bapa saudaranya semuanya sudah meninggal dunia mengalami masalah mental yang kronik.

Dia mengambil reiki daripada pengamal reiki terkenal untuk membantu merawat dirinya, namun masalah dirinya tdk terawat malahan bertambah teruk!

Kalau ilmu reiki dirahmati dna diredoi Allah maka sudah tentu jin saka dha berambus, tetapi nampaknya macam pasukan tentera menerima bantuan sahaja. Hehehe. 

Tidak menghairankan juga jin saka boleh menimbulkan kesan dengan izin Allah jua sampai ke tahap itu.

 Saya lihat lagi jin-jin energy berganti ganti, maklumlah energy reiki juga jenis topup dari semasa ke semasa. Pesakit merasakan dadanya berdebar-debar. Saya terus sahaja sembang sambil zikir perlahan-lahan dimasukkan doa... dengannya... sehinggalah murid saya menyatakan hawa dan asap kabus nipis tidak kelihatan lagi.

Dan saya pun tidak melihat lagi sebarang entiti pada pesakit itu melainkan jika dilihat secara dalam memang ada (jin saka biasalah).

Tiba-tiba pesakit...

bersambung...

Jumaat, 29 Oktober 2010

Melayan karenah pesakit yang ada saka

Saka ialah jin warisan turun temurun. Beberapa orang pesakit yang ada SAKA menghubungi saya. Mula-mula hendak datang berubat dan buang saka itu, namun tiba-tiba tidak mahu pula dan diam pula walhal beria-ia benar mahu datang menelefon saya dan setuju dengan syarat-syaratnya tanpa bantah2 lagi. Ada jenis pesakit saka yang suka bermain-main pula dengan saya.

Semalam dia telefon saya menceritakan masalahnya A-Z dan menetapkan tarikh bila mau datang. Saya dengar sahaja kerana dia yang telefon saya. Dua tiga hari kemudian dia email saya dengan panjang lebar menyatakan masalahnya seolah-olah dia tidak pernah menyatakan masalahnya kepada saya sebelum ini dan menetapkan tarikh lain pula.

Kemudian tulatnya dia sms lagi tarikh lain dan menyatakan masalahnya kepada saya lagi. Akhirnya saya maklumkan kalau nak datang pesakit tentukan tarikh, saya catit dan peganglah tarikh itu bukannya main tukar sesedap rasa kerana saya pun ada menerima pesakit lain dan membuat aktiviti lainnya di masa senggang.

Apabila saya check jauh sikit maka saya lihat ini dah macam dualisme personaliti. Maksudnya masa dia cakap dengan saya semalam, bukan dia yang cakap. Esoknya dia cakap, bila dicheck separuh dirinya separuh lagi sakanya. Patutlah demikian jadinya.

Sampai dia mempersoalkan pula apabila saya berkata semua makhluk Allah hatta ikan di lautan dan batu di bukit mendoakan orang beriman-dia komen lagi (saka dia yang komen sengaja cari pasal)dia (saka yang mempengaruhi mindanya ketika itu) mahu dirinya sendiri. Hebat juga saka ilmu silat ghaib ini.

Bila saya sms , kalau tak yakin jangan berubat dengan saya. Tak lama dia balas, dia benar-benar mahu mengubat dan mengakui kadangkala dirinya berada di luar sedar ketika menaip sms dan bercakap melalui telefon dengan saya.

Dia bersungguh-sunguh menyatakan bahawa dia mahu benar-benar saka ilmu sila ghaib itu dibuang habis. Oleh kerana bahana saka itu dia sukar solat, berat dada nak berwuduk sekalipun, Masya Allah. Dia juga menyatakan apakah saya mampu mengubatnya..

Dengan izin Allah, saya mampu dalam masa 5-15 minit sahaja melakukan pembersihan wadah daripada saka baka ini. Dia terkejut dan pelik. Ini kerana sudah ramai perawat berjenama Islam mengubatnya. Serata tanah air dia pergi mana perawat ada laman web dia sudah pergi (walau bukan semua) dan perawat Islam itu ada yang guna kaedah alin telur sahaja dan sakitnya atau lebih tepat siptom penyakitnya iaitu berat dada nak solat dan wuduk tetap berulang. Saya hanya senyum sahaja.

Entahlah apakah perawat Islam tersebut yang dinyatakan dirinya tahu scan itu tidak nampak yang tercongok disebalik tubuh mamat ini. Siap pijak dada dan tikam jantung lagi. Sengal sungguh jin ini. 

Kenapa tak dibuang sahaja jin tersebut....Ilmu Allah kan luas..saya katakan saya mampu buat habis lama 15-20 minit dengan izin Allah. Kuasa Allah tiada terbatas. Kita orang beriman buktikan bahawa ilmu Allah ini lebih hebat dan tinggi daripada ilmu jin atau makhluk ciptannyaNya.

Saya katakan boleh ke datang ke KL (dia dari Singapura) dan duduk lama sikit (bukan apa nak bagi tazkirah sikit kerana faktor kurangnya asas ilmu agama menyebabkan dia banyak ragu-ragu tentang apa saya katakan kepadanya dalam telefon)...

Dia kata...bahkan dengan tok belagak darul saka yang jauh di Shah Alam dia sanggup datang menemuinya....saya terfikir sesuatu hendak bertanya....tapi tenggelam timbul dalam fikiran saya dan kerja yang harus saya selesaikan saban hari....

*Untuk maklumkan pembaca  saya tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan darul saka atau dengan pengasasnya. Apatah lagi dalam praktik kaedah rawatan. Bagi yang kurang jelas boleh menghubungi saya melalui email tertera dalam blog saya ini. Kaedah saya tanpa was-was tanpa melibatkan scan kubro atau kasyaf kubro atau membabitkan psikologi. Saya hanya hamba Allah biasa bukan wali Allah atau hamba khawas. Saya hamba Allah biasa yang hadir membantu dan yang menyembuhkan anda dan membantu saya dalam berikhtiar untuk anda dan anda ikhtiar melalui panduan saya berikan bersumberkan ALLAH semata-mata. Bukannya topop jin atau guna senjata jin atau beramal puluhan ribu wirid untuk ada power nak mengubat atau cerita-cerita langit dan sewaktu dengannya. Amalan saya tiada yang ragu-ragu, amalan muslimin seperti biasa. Saya boleh ditemui di Masjid Ar-rahman Kuala Lumpur depan Universiti Malaya atau Masjid At Termizi, Seri Sentosa masa mahgrib, isyak dan subuh  atau berjumpa saya di Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya pada waktu pejabat di hari kerja.
 
*Jadi saya bukanlah pertapa atau tidak berjemaah di masjid dan tidak baca Al Quran.  Saya rasa penting saya tekankan di sini agar elakkan fitnah kerana memang adapun perawat yang kononnya mengakui dah capai tahap guru mursyid (bullshit) gagal berjemaah di masjid hatta solat sekalipun.

Maaf ini pernyataan umum bukan nak tuju pada siapa-siapa. Tapi pengalaman dan pertemuan pesakit atau individu akan membuktikan golongan ini ada. Dan saya nak nyatakan satu sahaja, saya bukan seperti mereka.  Harap maklum.

Program / Kursus MEGA Super Spiritual

 Program Gemblengan MEGA Super Spiritual - “Zero to Hero” “Apabila disebut spiritual bukan semata-mata pengubatan bahkan melibatkan hubungan...