Memaparkan catatan dengan label saka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label saka. Papar semua catatan

Khamis, 5 April 2012

Lagi-lagi khodam

Salam. Khodam juga boleh hadir sbg bentuk saka baka keturunan. Datang dalam pelbagai cara seperti melalui mimpi. Kalau mimpi dapat anak itu salah satu sahaja tanda dapat saka. Sebenarnya banyak lagi. Sebagaimana yang tadi saya dihubungi seorang wanita memberitahu dia boleh mengurut sejak dia bermimpi seorang lelaki tua berjubah dan berseban putih hadir dalam mimpi dan menyuruh dia bangun malam setiap jam 3.00 pagi. Solat tahajud itu bagus kalau kita terbangun dengan sendiri atau tidak melalui apa-apa mimpi. Namun apabila datang melalui mimpi ia tidak bagus bukan kerana solat tahajud itu tidak bagus; tetapi dikhuatiri kita bersolat kerana suruhan orang tua berjubah dalam mimpi tersebut. Kalau kita nak solat juga buatlah tetapi tanamkan iktikad bahawa ' aku solat kerana Allah bukan kerana sesiapapun jua termasuk yang menjelma dalam mimpi aku.' Sebab itu dalam setiap amalan ikhlas amat penting dan jika ia diselit sesuatu yang lain maka disitulah tipudaya jin iblis boleh berlaku.

Khodam saka lebih 'hebat' daripada khodam belajar. Kalau melalui belajar biasanya nak dapat khodam paling power dengan membayar lagi lebih. Itu sahaja sebenarnya rahsianya. Khodam saka ini ada terdiri daripada jin muslim. Walau mereka muslim mereka tetap salah dan berdosa kerana mendampingi manusia dengan syarat begitu. Siapa jin nak suruh kita ibadah kepada Allah? Hanya Allah melalui tunjuk ajar Rasulullah sahaja kita buat ibadah itu.

Biasanya kalau kita buat ibadah kerana suruhan jin walau kita berusaha buat kerana Allah namun kerana kita belum mencapai iman tahap ehsan dan ikhlas lagi maka mudah saja hati kita diserongkan sedikit demi sedikit. Mudah saja mahu mengesan bila ibadah kita hanya sampai kepada jin bukan kepada Allah. Antaranya kita dapat belajar sesuatu daripada jin tersebut biasanya ilmu perubatanlah. Jadi orang yang pandai mengurut, mengubat bersilat dan tahu hal kebatinan.

Mengurut, ubat, dan hal kebatinan bukanlah salah sebenarnya yang salah ialah campur tangan jin dan syaitan tersebutlah yang salahnya. Salah lagi bila kita sendiri buat dono saja membiarkan perkara ini berterusan dan menjadi sebahagian daripada hidup kita. Lalu kita rasa seronok dalam diam mendapat ilmu, mengubat, dapat barang mistik daripada alam ghaib. Masya Allah quwwata illa billah.

Saya tidak libatkan semua dan menghukum sesiapa tetapi cukuplah saya tegaskan di rahmaniah kami tidak sesekali berbuat perkara demikian. Berdasarkan pemerhatian dan penelitian kita dapati perkara sebegini berleluasa berlaku dalam masyarakat kita. Bagaimana dengan iman kita akidah kita kalau perkara begini dibiarkan berlanjutan dalam kehidupan kita?

Khodam juga boleh hadir melalui senjata lama, barang pusaka. Kalau jenis jahat lagi kafir biasanya dia akan menyebabkan perumahnya atau calon perumah atau penjaganya diganggu seribu satu macam gangguan apatah lagi semakin kuta berubat dan beribadah ikhlas kepada allah makin keras gangguanya. Jadi disini si pesakit perlukan bantuan perawat Islam untuk membantunya. Carilah perawat Islam yang mahir kedua-dua aspek iaitu aspek rukyah dan tradisional dengan latarbelakang tauhid yang kukuh bukan sekadar sijil dan kepopularan semata-mata. Yang ada sijil dan popular pun banyak yang berniaga sahaja dan ada sesetengahnya menipu pesakit. Semoga dihindarkan.

*Syukur dala silibus ilmu hikmah perubatan tiada unsur demikian, tiada khodam dan tiada trick penipuan dll. Belajar daripada ahli insya Allah tak rugi. Hubungi terus ke rahmaniah999@gmail.com

Jumaat, 17 Februari 2012

Merawat Pesakit Parkinson

Salam sejahtera. Pak Mat nama panggilannya, orang kampung saya, lebih kurang 10 tahun dia menghidapi parkinson, begitulah yang didiagnosis oleh doktor. Sewaktu kami bertemu, Pak Mat tidak banyak cakap. Keadaan kepalanya yang selalu bergerak-gerak kekiri dan kekanan serta kepayahan menoleh ke kanan dan kekiri, dan gerak jalannya kaku dan keras begitu cukup menyedihkan mata yang memandang. Saya baru saya bersama keluarga solat sedang berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran. Saya pandang muka Pak Mat. Pucat. Bila dia duduk depan saya dengan membelakangi saya, saya mula kesan sesuatu pada dirinya. Tabiatnya ini bukan asal dari Pak Mat. Saya mula membacakan beberapa ayat dan zikrullah. Anehnya kepala Pak Mat lagi sakan bergerak-gerak sehingga isterinya menegur. Saya tiada endahkan. Suatu ketika Pak Mat jadi terus diam. Dia menadahkan tangannya mcm orang berdoa khusyuk. Perlahan-lahan saya jamah ibu jarinya. Dengan kalimah bismillah mata Pak Mat terbeliak. Kelopak matanya seolah mahu tertutup dan anak matanya membesar hitam. Bila saya renung lama-lama sepertilah saya merenung sepasang mata ular. Saya terus picit dan baca lagi beberapa potong ayat. Dan kaki Pak Mat melurus dan tangannya terkapit pada tubuhnya. Tubuhnya mengejang dan punggungnya mengesot kebelakang menjauh dari saya. Memang aneh. Walhal saya hanya memicit ibu jari Pak Mat tidak terlalu kuat. Malahan ada ketikanya saya hanya menyentuh sahaja dia tetap bereaksi demikian. Saya tanya Pak Mat kenapa ai berengsot. Jawabnya dia sakit dan rasa mahu terajang saja saya. Kepalanya bergerak ke kiri kanan bagai meliuk-liuk. Saya tamatkan urutan di ibu jari. Saya sentuh point2 lain di tapak kaki. Point bahu dia menjerit sakit walau saya hanya menyentuhnya perlahan sahaya. Tetapi sudah pasti dengan kalimat bismillah. Saya guna kaedah lain pula. Saya pegang dua belah kaki Pak Mat dan saya pejamkan mata. Lama-lama kelamaan saya rasakan tangan saya seperti memegang sesuatu yang lembut anjal. Dalam pandangan kebatinan saya melihat berbagai misal. Daripada mayat berbungkus sehingga ular. Fuh mengerikan. Ular hitam sedang panggung kepala meliuk-liuk nak mematuk saya. Tangan saya meremang bulu rema sampai naik ke lengan. Saya mantapkan lagi zikir dalam hati. Sambil berdoa kepada Allah. Perlahan-lahan saya rasa pegang kaki Pak Mat semula. Kakinya yang kejang lurus keras dan kaku itu dapat dilembutkan semula. Saya buka mata tatap wajah Pak Mat. Saya suruh Pak Mat berjalan. Kata Pak Mat tubuhnya terasa ringan. Saya suruh Pak Mat duduk. Saya pegang kepala Pak Mat. Pak Mat bagai marah sangat bila kepalanya tidak boleh bergerak-gerak meliuk-liuk macam biasa. Namun saya sudahi kerana saya sudah lapar dan mengantuk. Bagi air dan suruh Pak Mat mandi dan minum. Semuanya hanya pada Allah semata. Isterinya menyatakan awal Pak Mat kena sakit mcm ini dia melihat ular besar mengejar dirinya. Dan Pak Mat sangat takutkan ular. Dan menurut ceritanya ayah Pak Mat juga sakit macam Pak Mat. Saya tidak tegaskan sangat soal ular tetapi saya agak kecewa bila isterinya kata itu Pak Mat ini psiko sedikit. Kalau orang tengok dia, dia oklah. Tapi satu perkara yang jelas sehari kemudian isteri Pak Mat cakap pada Tok saya. Katanya Pak Mat tidur nyenyak malam selepas dirawat itu. Tak pernah Pak Mat tidur nyenyak begitu sejak dia sakit teruk. Sebelumnya selalu sahaja tidak boleh tidur. Dan paling menakutkan bila Pak Mat mengingau sampai tendang dinding bergegar satu rumah. Namun alhamdulillah malam tadi Pak Mat dapat tidur. Semuanya izin Allah. Saya tidak janjikan apa-apa kepada mereka. Pak Mat mahu jumpa saya lagi kalau saya balik ke kampung. Saya hanya tekankan soal taqarrub kepada Allah anak kunci kejayaan dan keselamatan dan bantuanNya.

Selasa, 14 Disember 2010

Siapa yang Bathil?

Salam.

Ilmu kadangkala betul. Beramal dengan wirid yang sahih dan ayat Al Quran. Namun yang menjadikan amalan dalam ilmu tersebut (tidak kiralah walau dengan apa nama sekalipun)menjadi bathil ialah

1. Guru itu sendiri yang telah belajar merata-rata sehingga didampingi oleh banyak jin dan juga kekeliruan yang terbit kerana diri sendiri terhadap hakikat ilmu.

2.  Niat sudah salah atau bathil seperti niat nak dapatkan kekuatan/kehebatan/ dll. Sedangkan niat hanya kerana Allah hanyasanya DOA sahaja boleh berbagai-bagai NAMUN tetap mempunyai adab dan tatasusilanya yang tersendiri bukan main hentam semberono sahaja.

Maksud saya ilmu yang betul atau haq ialah ilmu yang tidak bercampur dengan amalan syirik. Namun pengamalan ilmu yang haq tidak menjamin waridnya juga suatu yang haq jika kaedah pengamalannya diselaputi kebathilan.

Saya dengan izin dan rahmat Allah, sudah beberapa kali merawat pesakit yang mengalami keadaan di atas. Paling ketara yang belajar ilmu silat yang telah melepasi tahap tinggi kononnya sehingga sudah pergi bertapa, didatangi mimpi, diberi barang tertentu dari alam ghaib, dan ada pula yang pula 'bertukar' menjadi macan atau harimau menderam-deram apabila 'diperlukan'. Walhal apa yang mereka amal tetap Ayat Suci Al Quran dan zikir sunnah.

Kesan paling minimum akibat gejala di atas ialah

-Panas baran
-berat dada
-didatangi mimpi pelik cthnya berguru dengan harimau dll
-cepat marah/mengamuk/ beradu tenaga
-susah hati

Kesan sederhana berat

-sempit rezeki, dia anggap macam ada sihir tetapi bukan sihir
-tidak boleh solat atau amat terganggu solatnya
-sakit pada mana-mana anggota tubuh, sakit fizikal tetapi bila discan dengan mendalam dengan izinNya dapat dilihat ada gangguan jin etc

Kesan berat
-gila
-mengamuk/membunuh orang
-bunuh diri

Alhamdulillah, dengan izin, rahmat dan redhoNya Allah ta'ala, maka dengan ini saya telah berjaya merawat beberapa kes demikian sehinggalah mereka kembali merasai ketenangan dan segala ilmu bathil yang ada dalam dada dapat di kosongkan dengan cara yang haq bukan syok sendiri sahaja.

Ada ilmu kependekaran ini bahagiannya untuk mengosongkan ilmu orang. Sebenarnya bukan mengosongkan ilmu tetapi mengosongkan  tenaga seseorang. Tenaga itu pun bersumberkan kekuatan ghaib jin dan sekutunya.

Sebenarnya mengosongkan ilmu dengan kaedah yang haq (merawat kesan-kesan seperti dinyatakan di atas) dengan tujuan yang haq (kerana Allah ta'ala agar kembali mendapat mahgfirah dan rahmatNya) itu bukan perkara mudah atau dapat dilakukan oleh semua orang.

Dengan izin Allah, saya ada kaedah untuk melakukannya, dengan rahmat Allah beberapa orang yang saya rawat telah pulih lebih tenang serta khusyuk ibadah kerana Allah.

Rumusannya begini

-Jika saudara merasakan ilmu batin/hikmah/silat/ghaib yang saudara ambil itu ilmu yang haq yang Allah rahmati dan Allah redhoi, maka saudara pasti akan bertambah ketaqwaan dan semakin dekat dengan Allah semakin merasakan diri ini tiada apa-apa. Namun kalau sebaliknya khususnya menerima kesan yang saya senaraikan di atas maka sudah cukup menyatakan saudara perlu datang berjumpa dengan sesiapa juga hamba Allah yang diberikan rahmat oleh Allah ta'ala untuk berbincang dan mengetahui serta membuang dengan kaedah yang haq juga.

Insya Allah bagi sesiapa yang ada tahu serta mendapat tahu ada sahabat, saudara yang terlibat dalam perkara begini boleh berikhtiar dengan saya.

bukan kuasa saya, tetapi kuasa Allah
bukan ikhtiar saya, tetapi ikhtiar Allah
bukan gerak saya, tetapi gerak Allah

-Kasyaful Asrar-

Jumaat, 29 Oktober 2010

Melayan karenah pesakit yang ada saka

Saka ialah jin warisan turun temurun. Beberapa orang pesakit yang ada SAKA menghubungi saya. Mula-mula hendak datang berubat dan buang saka itu, namun tiba-tiba tidak mahu pula dan diam pula walhal beria-ia benar mahu datang menelefon saya dan setuju dengan syarat-syaratnya tanpa bantah2 lagi. Ada jenis pesakit saka yang suka bermain-main pula dengan saya.

Semalam dia telefon saya menceritakan masalahnya A-Z dan menetapkan tarikh bila mau datang. Saya dengar sahaja kerana dia yang telefon saya. Dua tiga hari kemudian dia email saya dengan panjang lebar menyatakan masalahnya seolah-olah dia tidak pernah menyatakan masalahnya kepada saya sebelum ini dan menetapkan tarikh lain pula.

Kemudian tulatnya dia sms lagi tarikh lain dan menyatakan masalahnya kepada saya lagi. Akhirnya saya maklumkan kalau nak datang pesakit tentukan tarikh, saya catit dan peganglah tarikh itu bukannya main tukar sesedap rasa kerana saya pun ada menerima pesakit lain dan membuat aktiviti lainnya di masa senggang.

Apabila saya check jauh sikit maka saya lihat ini dah macam dualisme personaliti. Maksudnya masa dia cakap dengan saya semalam, bukan dia yang cakap. Esoknya dia cakap, bila dicheck separuh dirinya separuh lagi sakanya. Patutlah demikian jadinya.

Sampai dia mempersoalkan pula apabila saya berkata semua makhluk Allah hatta ikan di lautan dan batu di bukit mendoakan orang beriman-dia komen lagi (saka dia yang komen sengaja cari pasal)dia (saka yang mempengaruhi mindanya ketika itu) mahu dirinya sendiri. Hebat juga saka ilmu silat ghaib ini.

Bila saya sms , kalau tak yakin jangan berubat dengan saya. Tak lama dia balas, dia benar-benar mahu mengubat dan mengakui kadangkala dirinya berada di luar sedar ketika menaip sms dan bercakap melalui telefon dengan saya.

Dia bersungguh-sunguh menyatakan bahawa dia mahu benar-benar saka ilmu sila ghaib itu dibuang habis. Oleh kerana bahana saka itu dia sukar solat, berat dada nak berwuduk sekalipun, Masya Allah. Dia juga menyatakan apakah saya mampu mengubatnya..

Dengan izin Allah, saya mampu dalam masa 5-15 minit sahaja melakukan pembersihan wadah daripada saka baka ini. Dia terkejut dan pelik. Ini kerana sudah ramai perawat berjenama Islam mengubatnya. Serata tanah air dia pergi mana perawat ada laman web dia sudah pergi (walau bukan semua) dan perawat Islam itu ada yang guna kaedah alin telur sahaja dan sakitnya atau lebih tepat siptom penyakitnya iaitu berat dada nak solat dan wuduk tetap berulang. Saya hanya senyum sahaja.

Entahlah apakah perawat Islam tersebut yang dinyatakan dirinya tahu scan itu tidak nampak yang tercongok disebalik tubuh mamat ini. Siap pijak dada dan tikam jantung lagi. Sengal sungguh jin ini. 

Kenapa tak dibuang sahaja jin tersebut....Ilmu Allah kan luas..saya katakan saya mampu buat habis lama 15-20 minit dengan izin Allah. Kuasa Allah tiada terbatas. Kita orang beriman buktikan bahawa ilmu Allah ini lebih hebat dan tinggi daripada ilmu jin atau makhluk ciptannyaNya.

Saya katakan boleh ke datang ke KL (dia dari Singapura) dan duduk lama sikit (bukan apa nak bagi tazkirah sikit kerana faktor kurangnya asas ilmu agama menyebabkan dia banyak ragu-ragu tentang apa saya katakan kepadanya dalam telefon)...

Dia kata...bahkan dengan tok belagak darul saka yang jauh di Shah Alam dia sanggup datang menemuinya....saya terfikir sesuatu hendak bertanya....tapi tenggelam timbul dalam fikiran saya dan kerja yang harus saya selesaikan saban hari....

*Untuk maklumkan pembaca  saya tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan darul saka atau dengan pengasasnya. Apatah lagi dalam praktik kaedah rawatan. Bagi yang kurang jelas boleh menghubungi saya melalui email tertera dalam blog saya ini. Kaedah saya tanpa was-was tanpa melibatkan scan kubro atau kasyaf kubro atau membabitkan psikologi. Saya hanya hamba Allah biasa bukan wali Allah atau hamba khawas. Saya hamba Allah biasa yang hadir membantu dan yang menyembuhkan anda dan membantu saya dalam berikhtiar untuk anda dan anda ikhtiar melalui panduan saya berikan bersumberkan ALLAH semata-mata. Bukannya topop jin atau guna senjata jin atau beramal puluhan ribu wirid untuk ada power nak mengubat atau cerita-cerita langit dan sewaktu dengannya. Amalan saya tiada yang ragu-ragu, amalan muslimin seperti biasa. Saya boleh ditemui di Masjid Ar-rahman Kuala Lumpur depan Universiti Malaya atau Masjid At Termizi, Seri Sentosa masa mahgrib, isyak dan subuh  atau berjumpa saya di Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya pada waktu pejabat di hari kerja.
 
*Jadi saya bukanlah pertapa atau tidak berjemaah di masjid dan tidak baca Al Quran.  Saya rasa penting saya tekankan di sini agar elakkan fitnah kerana memang adapun perawat yang kononnya mengakui dah capai tahap guru mursyid (bullshit) gagal berjemaah di masjid hatta solat sekalipun.

Maaf ini pernyataan umum bukan nak tuju pada siapa-siapa. Tapi pengalaman dan pertemuan pesakit atau individu akan membuktikan golongan ini ada. Dan saya nak nyatakan satu sahaja, saya bukan seperti mereka.  Harap maklum.

Program / Kursus MEGA Super Spiritual

 Program Gemblengan MEGA Super Spiritual - “Zero to Hero” “Apabila disebut spiritual bukan semata-mata pengubatan bahkan melibatkan hubungan...