Khamis, 5 April 2012

Lagi-lagi khodam

Salam. Khodam juga boleh hadir sbg bentuk saka baka keturunan. Datang dalam pelbagai cara seperti melalui mimpi. Kalau mimpi dapat anak itu salah satu sahaja tanda dapat saka. Sebenarnya banyak lagi. Sebagaimana yang tadi saya dihubungi seorang wanita memberitahu dia boleh mengurut sejak dia bermimpi seorang lelaki tua berjubah dan berseban putih hadir dalam mimpi dan menyuruh dia bangun malam setiap jam 3.00 pagi. Solat tahajud itu bagus kalau kita terbangun dengan sendiri atau tidak melalui apa-apa mimpi. Namun apabila datang melalui mimpi ia tidak bagus bukan kerana solat tahajud itu tidak bagus; tetapi dikhuatiri kita bersolat kerana suruhan orang tua berjubah dalam mimpi tersebut. Kalau kita nak solat juga buatlah tetapi tanamkan iktikad bahawa ' aku solat kerana Allah bukan kerana sesiapapun jua termasuk yang menjelma dalam mimpi aku.' Sebab itu dalam setiap amalan ikhlas amat penting dan jika ia diselit sesuatu yang lain maka disitulah tipudaya jin iblis boleh berlaku.

Khodam saka lebih 'hebat' daripada khodam belajar. Kalau melalui belajar biasanya nak dapat khodam paling power dengan membayar lagi lebih. Itu sahaja sebenarnya rahsianya. Khodam saka ini ada terdiri daripada jin muslim. Walau mereka muslim mereka tetap salah dan berdosa kerana mendampingi manusia dengan syarat begitu. Siapa jin nak suruh kita ibadah kepada Allah? Hanya Allah melalui tunjuk ajar Rasulullah sahaja kita buat ibadah itu.

Biasanya kalau kita buat ibadah kerana suruhan jin walau kita berusaha buat kerana Allah namun kerana kita belum mencapai iman tahap ehsan dan ikhlas lagi maka mudah saja hati kita diserongkan sedikit demi sedikit. Mudah saja mahu mengesan bila ibadah kita hanya sampai kepada jin bukan kepada Allah. Antaranya kita dapat belajar sesuatu daripada jin tersebut biasanya ilmu perubatanlah. Jadi orang yang pandai mengurut, mengubat bersilat dan tahu hal kebatinan.

Mengurut, ubat, dan hal kebatinan bukanlah salah sebenarnya yang salah ialah campur tangan jin dan syaitan tersebutlah yang salahnya. Salah lagi bila kita sendiri buat dono saja membiarkan perkara ini berterusan dan menjadi sebahagian daripada hidup kita. Lalu kita rasa seronok dalam diam mendapat ilmu, mengubat, dapat barang mistik daripada alam ghaib. Masya Allah quwwata illa billah.

Saya tidak libatkan semua dan menghukum sesiapa tetapi cukuplah saya tegaskan di rahmaniah kami tidak sesekali berbuat perkara demikian. Berdasarkan pemerhatian dan penelitian kita dapati perkara sebegini berleluasa berlaku dalam masyarakat kita. Bagaimana dengan iman kita akidah kita kalau perkara begini dibiarkan berlanjutan dalam kehidupan kita?

Khodam juga boleh hadir melalui senjata lama, barang pusaka. Kalau jenis jahat lagi kafir biasanya dia akan menyebabkan perumahnya atau calon perumah atau penjaganya diganggu seribu satu macam gangguan apatah lagi semakin kuta berubat dan beribadah ikhlas kepada allah makin keras gangguanya. Jadi disini si pesakit perlukan bantuan perawat Islam untuk membantunya. Carilah perawat Islam yang mahir kedua-dua aspek iaitu aspek rukyah dan tradisional dengan latarbelakang tauhid yang kukuh bukan sekadar sijil dan kepopularan semata-mata. Yang ada sijil dan popular pun banyak yang berniaga sahaja dan ada sesetengahnya menipu pesakit. Semoga dihindarkan.

*Syukur dala silibus ilmu hikmah perubatan tiada unsur demikian, tiada khodam dan tiada trick penipuan dll. Belajar daripada ahli insya Allah tak rugi. Hubungi terus ke rahmaniah999@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...