Isnin, 25 Julai 2022

Kes Sihir Busong di Terengganu Selesai

 Testimoni KES BUSUNG DI TERENGGANU






Simpan sini bukti hasil rawatan Intensif…saya tidaklah bercakap sahaja tanpa bukti kesembuhan mutlak milik Allah apapun usaha ikhtiar terbaik ditangan anda. Renung dan fikirkan.


RAWATAN PAKAR DOKTOR ‘HAIRAN’ VS RAWATAN INTENSIF USTAZ TOBIB ALI

‘DOKTOR HAIRAN BUNCIT BUSUNG HILANG'


HUBUNGI USTAZ TOBIB ALI

0136421228





Jumaat, 8 April 2022

Program Bimbingan Pembukaan Jalan Makrifatullah

 Assalammualaikum dan Salam sejahtera.  Selamat menunaikan ibadah fadhu puasa di bulan Ramadan al Mubarak 1443 Hijrah. 

Sempena Bulan Ramadan tahun ini, Ustaz Tobib Ali membuka kesempatan kepada anda untuk mengikuti program pembukaan Jalan Makrifatullah yang insya Allah sungguh langka dan istimewa ini.

Menerusi program ini anda bukan sahaja meneroka jalan makrifat sebagai layaknya orang orang arif yang mendapat limpahan laduniyyah daripada Allah.

Bahkan anda juga akan dibekalkan kod-kod rahsia arifbillah bagaimana anda dapat melepaskan diri daripada kepungan musuh, penglihatan musuh nyata mahupun ghaib. 

Seandainya masa anda kembali sudah tiba, insya Allah dengan kekuatan Allah anda dapat menerima isyarat kematian anda, balik kepada Allah dalam keadaan sempurna.

Dalam situasi lainnya, bagi pengamal jalan makrifatbillah ini, anda akan balik dalam wajah muda seolah-olah 20-an, jasad berbau harum semerbak wangi. 

Anda akan dibimbing bagaimana seharusnya Mandian Yang betul,  Bernafas dengan betul. Beriktikad dengan betul. 

Jalan fikiran anda akan dibuka seluas alam. Hati anda akan ditebarkan seluruh jagad raya ini. Roh anda akan tersingkap hijab dengan para rohaniah. Dan kematian anda adalah kepulangan yang dinanti-nantikan. 

Ayuh saudara, saudari, dunia ini sudah terlalu tua. Manakala ajal semakin hari setiap saat semakin mendekati kita. Tiada jalan lain melainkan kita seharusnya membuka diri kita untuk menujuNya.

Ingatlah firman Allah. Barangsiapa yang buta di dunia maka buta pula matanya di akhirat. Jikalau di dunia hidup entah tak keruan tujuan hidup, tak kenal yang memberi hidup dan kehidupan zahir dan batin, apakah yang kita nak harapkan saat nyawa di kerongkong.

Ingatlah satu saat penglihatan anda akan diperlihatkan kepada yang selama ini anda mendustauinya di dunia sama ada secara sedar mahupun tak disedari. Penglihatan yang selama ini anda hanya fokuskan kepada yang zahir yang bersifat semu semata-mata sebenarnya penipudaya yang amat menyesatkan anda selama mana di dunia yang fana ini.

Bayangkan betapa besarnya sesalan anda dengan penglihatan anda selama ini yang buta akan hakikat wujudNya.

Itu baru penglihatan, belum lagi pendengaran. Pendengaran yang selama ini anda membiarkan ia tuli kepada nasihat dan ajakan kepadaNya.

Misal anda membaca catitan ini, anda tidak berasa apa-apa anda lebih risaukan tembolok anda tak berisi anda lebih utamakan apa yang anda nak makan dan bina dalam hidup sementara ini.

Walhal yang abadi anda tolak, tulikan pendengaran anda kepada ajakan-ajakan kepadaNya. Anda lebih suka mengkhayalkan diri anda dengan bunyi-bunyi yang melekakan yang menhalwakan telinga anda semata-mata sebaliknya suara-suara ketuhanan, suara kerohanian anda tulikan setuli-tulinya.

Bukankah anda telah ditanya Allah, Alastu birabbikum? Lalu anda menjawab Dikaulah Tuhan Kami. Namun sejak anda bermusafir keluar dari kampung halaman ke negeri-negeri atas angin yang bersifat fana fatamorgana ini anda telah lupa bunyi yang anda dengar dan suara yang anda bunyikan bagi anda menyaksikan wujudNya.

Marilah kita mengorak langkah mengembleng tenaga untuk mengikuti Program Jalan Makrifatullah ini supaya penglihatan anda dan pendengaran anda kembali ketitik asal kejadian anda dan kembali berada di landasan yang tepat dan benar dalam menyaksikanNya.

Program Jalan Makrifatbillah ini tidak mengenal siapa anda, baik muda, tua, miskin, kaya, mulia, hina, keturunan raja, orang awam biasa, berpengetahuan agama yang mendalam mahupun pengetahuan agama yang cetek saya terima  semua kalangan anda  syaratnya anda bersedia untuk dibimbing, dibasuh, dicuci.

Saya melayan sama sahaja. Insya Allah. 

Dah bersedia, jom hubungi nombor ini untuk mengetahui syarat syaratnya secara khusus sebeluma dan boleh menerima pembukaan jalan makrifatbillah ini ditalian 013-6421228

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...