Khamis, 26 Jun 2014

Karamah Wali Allah, Sufi, Arifbillah dan Ahli Zikir

Assalammualaikum.

Inilah kitab yang dimaksud. Pernah dengar ustaz bagi ceramah tasawuf dengan membuka kitab ini tetapi sangat langka ustaz berani sentuh bab karamah dan bab yang menyatakan secara khusus pentingnya berthariqat/ahli zikir kerana mungkin dikhuatiri fitnah atau sendiri meragui sebahagian isi kitab ini. Kalau akhlak tasawuf hendak pula dibacakannya di tengah kuliah masjid.
 
Tapi bab ini tak mau sebut. Sebab apa? S
 
Sebabnya ustaz itu pun mungkin tak menerima konsep thariqat dan baiah zikir serta jalan kebatinan yang harus dilalui selangkah demi selangkah oleh salik. Jadi kejutan budayalah bila membaca bab seperti ini.
 
Sewajarnya ajarlah diri sendiri tak usah malu rendahkan diri cari mursyid mana-mana thariqat (thariqat dinamakan hanya dinisbahkan kepada tokoh pengembangnya namun hakikatnya semua thariqat sama sahaja matlamat akhirnya).
 
Kita kagum dengan akhlak tasawuf tetapi kita tidak mahu ikut jalan cara bagaimana nak mencapai akhlak tasawuf tersebut. Ingat, nafsu tidak boleh dididik, ditundukkan, disucikan dengan akal logika. Hanya dengan hidayah Allah menerusi tali emas persambungan wayar kerohanian dari mursyid/syeikh ke mursyid/syeikh di atasnya hingga sanadnya sampai ke Rasulullah s.a.w, Jibril alaihisalam hingga Allah Jalla Jalaluh.
 
Tanpa baiah, ijazah zikir, amalan, laku khusus spiritual dibimbing sang syeikh dan mursyid yang lebih dahulu mendahului kita tentulah pencapaian agung seperti akhlak tasawuf yang didamba-dambakan untuk memperolehinya takkan tercapai sampai mati bertemu Allah kembali.
 
Jadi bertindaklah sekarang, pernyataan karamah di bawah bukan hendak mempengaruhi anda memilih thariqat hingga menjadikan ia NIAT ANDA kerana NIAT haruslah kerana Allah, mencari mardhatillahi ta'ala semata-mata.
 
Al-Palimbani memasukkan karamah ini hanya untuk menggalakkan dan menaikkan semangat sahaja bagi kita orang awam ini untuk bersungguh segera mencari jalan kepadaNya dengan thariqah, baiah dan mursyid.
 
Jangan jadi seperti sesetengah kalangan kita yang akan memfitnah, itulah ahli sufi nak keramat saja walhal untuk pengetahuan anda ajaran tasawuf itu sendiri hatinya batinnya agama Islam tidak diajar yang masiwallah (selain Allah) hanya ditujukan kepada Allah (As-Somad) semata-mata.
 
Jadi marilah kita sama-sama mencari jalan kepadaNya kerana sesiapa mencari jalan kepadaNya dengan bersungguh-sungguh nescaya "Kami akan membukakan jalan seluas-luas kepadanya menuju Kami."

Karamah hanya galakan bukan tujuan dan niat utama ahli sufi




Menurut Syeikh Abdul Samad Palimbani menerusi kitab Siyarus Salikin yang sudah diterima umum, terdapat di masjid-masjid dan surau-surau serta digunakan sebagai buku teks di sekolah pondok, sekolah agama, dijadikan rujukan dan kajian di peringkat universiti sama ada untuk pengajian sarjana muda, sarjana dan ijazah kedoktoran terdapat 40 karamah bagi wali Allah, sufi, arifbillah dan ahli zikir iaitu 20 karamah berlaku di dunia dan 20 karamah berlaku di akhirat.

Jika anda hendak menolaknya maka carilah kitab ini dahulu dan kajilah sedalam-dalamnya. Bertanyalah kepada orang yang arif dalam bidang tasawuf.

Kalau nak tanya mufti pun boleh silalah bertanya ke mufti Negeri Sembilan yang popular sebagai pusat pengembangan Thariqat Ahamdiah Idrisiah yang menerima thariqat sebagai alat mendidik akhlak dan rohani ummat Muhammad s.a.w di akhir zaman ini.

20 karamah di dunia

1. Allah menyebut dan memujinya
2. Allah berterima kasih dan menyanjungnya.
3. Allah menyayanginya.
4. Allah menjadi wakilnya.
5. Allah menjamin rezekinya.
6. Allah menjadi penolongnya daripada makhluk yang jahat.
7. Allah menjinakkan hatinya.
8. Allah memuliakannya, dijauhkan penghinaan manusia dan dipelihara dari kekuasaan penguasa.
9. Allah mengurniakan himmah yang tinggi kepadanya menjadikan dia tidak dicemari kotoran duniawi, hiasan dunia dan hiburan dunia yang sia-sia.
10. Allah mengkayakan hatinya  dan melapangkan dadanya dan tidak dapat ditakuti oleh segala sesuatu.
11. Allah menerangkan hatinya hingga dengan nur basirah menyuluh rahsia ilmu yang halus-halus dan memahami ilmu hikmah yang tidak dapat dicapai ulama feqah.
12. Allah meluaskan hatinya tidak dibimbangkan dengan dugaan dunia tidak berasa susah hati kerana disakiti oleh orang lain
13. Allah menjadikan dia memberi kesan kepada hati orang disekelilingnya hingga dihormati oleh golongan Akhyar iaitu golongan yang baik dan golongan Asyrar iaitu golongan orang yang jahat.
14. Allah mengurniakan rasa mahabbah (kasih sayang) kepadanya hingga orang sekelilingnya menyayangi dan mentakzimkannya.
15. Allah memberikan keberkatan(barokah) yang melimpah-ruah atas setiap percakapan, perbuatan, pakaian, tempat hingga orang sekelilingnya mendapat berkat daripada tanah yang dipijaknya.
16. Allah menundukkan baginya bumi, darat dan laut sehingga jika dia mahu berjalan di udara  atau berjalan di atas air atau menjelajah ke seluruh pelusuk bumi dalam tempoh masa kurang daripada 1 jam sahaja (kun fayakun). Misalnya kalau dari Tanah Jawa ke negeri Makkah hanya selangkah sahaja (hanya beberapa saat)
17. Allah menundukkan baginya segala haiwan liar dan buas hingga haiwan liar dan buas itu jinak dan menyayanginya. Bahkan dengan izin Allah haiwan liar dan buas seperti harimau dan ular besar itu boleh datang kepadanya dan mengadu kepadanya hal masing-masing. Malah dengan izin Allah dapat juga diperintah haiwan liar melakukan sesuatu dan menunggang haiwan tersebut sebagaimana diceritakan dalam kitab tasawuf mengenai hikayat karamah wali Allah zaman dahulu kala hingga zaman kini.
18. Allah mengurniakan kepadanya anak kunci  perbendaharaan bumi jika dia mahu  dia dapat memukulkan tangannya ke bumi maka perbendaharan bumi menjadi miliknya. Jika dia mahu dia menghentakkan kakinya ke bumi maka terpancutlah mata air.
19. Allah menjadikannya seperti wazir atau menteri atau bendahari yang menyampaikan segala hajat keperluan makhluk Allah Ta'ala. Sekelian manusia memerlukannya sebagai wasilah yang menyampaikan hajat mereka kepada Allah.
20. Allah mustajabkan doanya, jika dia bersumpah dengan nama Allah nescaya Allah mengurniakan apa yang dimahukan olehnya, sehingga jika dia memberi isyarat kepada sebuah gunung maka gunung tersebut dapat lesap. Tanpa perlu lisan jika terlintas sesuatu di hatinya nescaya benda itu berada di hadapannya.

20 Karamah di akhirat

1. Allah memudahkan sakaratulmaut baginya
2. Allah menetapkan hatinya semasa di dalam kubur di alam barzakh hingga kiamat
3. Allah memberi limpah kurnia dan rezeki kepada rohnya dengan keselesaan dan raihan yakni bau-bauan dan nikmat dalam kubur, dia dijauhkan daripada rasa takut apa yang bakal diterimanya di akhirat dan tidak merasa dukacita apa yang ditinggalkannya di dunia.
4. Allah memasukkannya ke dalam syurga dan karib dengan Allah.
5. Allah mengurniakan kehidupan di dalam rahsia untuk rohnya di kalangan para malaikat di tujuh petala langit dengan penuh kemuliaan dan anugerah daripada Allah dengan beberapa nikmat dan jasadnya  ketika mati di dunia itu dengan jenazahnya ditakzimkan oleh manusia bersesak-sesak untuk mensolatkannya dan segera mentajhiz-nya dengan masing-masing mengharap akan mendapat pahala besar berkat yang banyak.
6. Allah menyelamatkannya daripada soalan dan fitnah pertanyaan kubur dari malaikat Munkar dan Nakir. Selamat dari siksa kubur.
7. Allah melapangkan, menerangkan kuburnya laksana taman syurga hingga kiamat.
8. Rohnya mesra dan dmuliakan serta dibawakan dalam perut burung hijau beserta saudara-saudaranya orang-orang salih dengan masing-masing bergembira terhadap limpah kurnia Allah.
9. Allah mengurniakan kebesaran, kemuliaan kepadanya di padang mahsyar kelak dengan pakaian emas, perak, mahkota di kepala sambil menunggang Buraq.
10. Wajahnya putih bersih jernih berseri-seri di akhirat kelak.
11. Allah menyelamatkan dia daripada kesusahan dan haru-biru kiamat .
12. Sedikit hisab ke atasnya bahkan ada masuk syurga tanpa hisab.
13. Mengambil buku amal dengan tangan kanan ada yang tidak mengambil buku amalan sama sekali iaitu terus masuk ke syurga .
14. Berat neraca timbangan amal dan kebajikannya di hari kiamat. Ada yang tidak ditimbang tetapi terus ke syurga Allah.
15. Akan dibawa ke telaga al-Kautsar milik baginda Rasulullah s.a.w. Dia minum airnya seteguk dan tidak merasa dahaga selamanya.
16. Meniti titian siratal mustaqim dengan cepat laksana kilat terselamat dari sambaran api neraka hingga ada yang tidak mendengar sedikit pun bunyi ngauman neraka bahkan api neraka terpadam ketika dia melaluinya.
17. Dia akan memberi syafaat kepada murid-muridnya (guru/mursyid ke atas muridnya) dan orang yang disayanginya di hari kiamat seumpama syafaat Nabi dan Rasul, selawat dan salam Allah ke atas mereka.
18. Menghuni syurga selama-lamanya.
19. Dapat keredhaan Allah yang paling besar dan utama.
20. Dapat menemui dan melihat Allah Ta'ala Tuhan semesta alam iaitu Ilahil-Awwalin Wal Akhirin di akhirat  dengan penglihatan yang tidak dapat hendak dibandingkan sama sekali.

Subhanallah! Maha Suci Allah daripada rupa dan warna, bukan jisim dan bukan 'aradh daripada 'aradh-'aradh, tidak bertempat, tidak berpihak, tidak menyerupai sesuai yang baharu seperti firman Allah dalam surah As-Syura ayat 11 yang bermaksud, "Tiada sesuatu yang menyerupai Allah Ta'ala dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

Ya Allah, semoga kami termasuk golongan mereka yang Dikau anugerahkan nikmat  bukannya mereka yang dikau murkai dan sesat. Wallahul haadii ila Siratim Mustaqim-Hanya Allah sahajalah memberi Petunjuk ke Jalan Yang Lurus!

Sollallahu ala Muhammad
Sollallahu ala wassalam

Amin Ya Allah!
Amin Ya Allah!
Amin Ya Allah!

Rabu, 25 Jun 2014

Kelebihan belajar ilmu hikmah daripada kami

ASSALAMMUALAIKUM.

SALAH SATU KELEBIHAN IALAH ANDA TIDAK AKAN DILAMBAKKI AMALAN MENGARUT, MEMBERATKAN, .

CUKUP DENGAN GEMBLENGAN KHUSUS DARIPADA KAMI LANGSUNG ANDA MENGALAMI PERUBAHAN DIMENSI DIRI DARI JAHIL KEPADA DIMENSI ALIMIN, MENGETAHUI DAN MENGARIFI.

KAMI MEMBIMBING ANDA DENGAN KEILMUAN YANG KAMI SENDIRI PRAKTISKAN BUKAN YANG KAMI COPY PASTE DAN FOTOSTAT.

KAMI TIDAK MERAHSIAKAN APA-APA PUN JUA APA YANG KAMI TAHU HINGGA ANDA DAPAT MEMPRAKTISKAN APA YANG KAMI TAHU DENGAN MANTAP DAN CEMERLANGNYA.

BERIKUT IALAH SENARAI KELEBIHAN PROGRAM KAMI:

KELEBIHAN PROGRAM KAMI:

-YURAN DITUNAIKAN HANYA SEKALI SEUMUR HIDUP
-NAMUN BIMBINGAN KEILMUAN SEUMUR HIDUP
-DILENGKAPI DENGAN 1001 ILMU YANG BERGUNA DUNIA AKHIRAT
-PROGRAM KAMI LENGKAP DENGAN PENERANGAN TUNTAS
-PROGRAM KAMI DITERANGKAN DARI HUJUNG KE PANGKAL
-KEILMUAN BERSIFAT BAWAH HINGGA KEMUNCAK
-AGAR ANDA FAHAM ROH ILMU YANG SEBENARNYA
-KEILMUAN KAMI BUKAN BERSIFAT DAMPINGAN, PEREWENGAN DLL.
-KELIMUAN KAMI BUKAN COPY PASTE DARIPADA ORANG POPULAR LAIN YANG MENGAJAR BIDANG METAFIZIK
-KELIMUAN KAMI WARISI BUKAN BERSIFAT DIAJAR KERANA KAMI DAPAT MASTER ATAU GRANDMASTER DARIPADA SIAPA-SIAPA PUN.
-KELIMUAN KAMI BUKAN BERSIFAT KHODAMAN DLL SEWAKTU DENGANNYA MALAH DAN BAHKAN KEILMUAN KAMI BIMBING MENGATASI SEGALA NAMANYA KHODAM ILMU APA ALIRAN SEKALIPUN
-KELIMUAN KAMI BUKAN DIPENUHI DENGAN AMBILAN DARIPADA KITAB MUJARROBAT DLL YANG DIPASARAN WALAUPUN SENTUHAN PEMAHAMAN DAN AYAT ITU ADA JUGA NAMUN TOTAL SELURUHNYA PRAKTIS ILMU DARIPADA PEMAHAMAN LADUNI TERUS DARIPADA ALLAH JUGA DARIPADA BIMBINGAN ROHANI.
-KEILMUAN KAMI BUKAN BERSIFAT RINGKASAN SEPERTI MERAWAT DENGAN RINGKAS ATAU SEKADAR BACA PADA AIR TETAPI ADA KAEDAH KHUSUS BERDASAR KES KAMI AKAN TUNJUK SATU PERSATU DARI KAEDAH PALING ASAS, PERTENGAHAN, TINGGI DAN TANPA BATASAN.
-KELIMUAN KAMI DENGAN IZIN ALLAH DIBERKAHI KUNCI KEILMUAN KAMI ADALAH KEMUSTAJABAN DOA DARIPADA ALLAH. ILMU SESAKTI APAPUN SEHEBAT APAPUN NAMANYA TOKOH SEHEBAT MANAPUN YANG MEWARISINYA TANPA IZIN RAHMAT REDHO BERKAH DARIPADA ALLAH MAKA SIA-SIALAH AMALAN ANDA ITU.
-PROGRAM KAMI DIJALANKAN BERDASARKAN PEPATAH HUKAMA MELAYU SILAM, MENGAJI DARI ALIF ALAM TERKEMBANG DIJADIKAN GURU.
-SESUAI UNTUK SEMUA GOLONGAN
-MAKSUDNYA DISESUAIKAN DENGAN SEMUA GOLONGAN
-KALAU ANDA SEDIA PERAWAT KAMI AJARKAN CARA PERAWAT AGAR LEBIH MANTAP KEILMUAN
-KALAU BARU NAK JADI PERAWAT KAMI AJARKAN STEP BY STEP HINGGA MANTAP
-KALAU ORANG AWAM BIASA KAMI AJARKAN CARA AWAM HINGGA MANTAP
-KALAU TAK BOLEH BACA AL QURAN KAMI AJAR ASAS AL QURAN SAMBIL  MENGAJAR KEILMUAN
-KALAU ANDA BARU NAK BERTAUBAT KAMI AKAN TUNJUKKAN JALAN TAUBAT SAMBIL MENGAJAR KEILMUAN
-KALAU ANDA SAKIT KAMI RAWAT ANDA DENGAN SERAPI-RAPINYA KEMUDIAN KAMI AJARKAN ANDA KEILMUAN INI HINGGA DENGAN IZIN RAHMAT ALLAH ANDA SIHAT DAN PULIH
-KALAU ANDA LEMAH KAMI AJAR BAGAIMANA ANDA UNTUK JADI KUAT
-KALAU ANDA DIPULAUKAN MASYARAKAT DAN SERING DIRENDAHKAN ORANG LAIN KAMI AKAN AJAR ANDA HINGGA ANDA DIMULIAKAN DAN DIKASIHI SEKELILING
-KALAU ANDA ORANG BERNIAGA KAMI BIMBING ANDA UNTUK MAJU BERNIAGA HINGGA KAYA RAYA DENGAN IZIN ALLAH SAMBIL MENGAJAR KEILMUAN
-KALAU ANDA SEORANG PENSYARAH ATAU AHLI AKADEMIK, KAMI AJAR ANDA CARA AKADEMIK DAN PRAKTIKAL HINGGA MELEPASI LOGIKA AKAL MANTIK DAN PERSEPSI ANDA SAMBIL MENGAJAR KEILMUAN
-KALAU ANDA PENGKAJI KEILMUAN SUFI TASAWUF DAN MISTIK KAMI AJAR ANDA BAGAIMANA UNTUK MENJADI ARIF DAN TAHU SELOK BELOK ASPEK TERSEBUT SAMBIL MENGAJAR
-SIAPAPUN ANDA, BAGAIMANA PUN TARAF SOSIAL ANDA, APAPUN KEADAAN ANDA, DIMANA PUN ANDA BERADA, KAMI AJAR ANDA DARI ASAS, PERTENGAHAN, TINGGI HINGGA BENAR-BENAR MANTAP LAGI AMPUH SEHINGGA ANDA CELIK DIRI, CELIK HIKMAH, CELIK ROHANI.

HARI BELAJAR : SEPANJANG HARI DIBUKA
MASA GEMBLENGAN KHUSUS : 5-8 JAM. MAKSIMUM 1 HARI 1 MALAM.
MUZAKARAH DAN PEMANTAPAN ILMU BOOSTER DLL: SEPANJANG HAYAT ANDA DAN KAMI. DENGAN SYARAT ANDA DAPATKAN GURU ANDA BERSUNGGUH BUKAN SEBALIKNYA.

PADA BULAN RAMADHAN MASA BELAJAR ADALAH SELEPAS WAKTU BERBUKA HINGGA SAHUR INSYA ALLAH.

NAMUN KENALAH ANDA MEMBUAT TEMUJANJI DULU KERANA MEMERLUKAN PROSES PERSEDIAAN YANG RAPI KERANA KAMI BUKAN SETAKAT MENGIJAZAHKAN BAHKAN MEMBUAT PENGISIAN KHUSUS ITU SEMUA DARIPADA APA YANG AKAN KAMI IJAZAH KEPADA ANDA.

LAYANAN KAMI TERBUKTI PADA BEKAS PELAJAR KAMI DARI MALAYSIA HINGGA SINGAPURA DARI SINGAPURA HINGGA SABAH SARAWAK.

KAMI ADA GROUP KHAS MENERUSI PLATFORM WHAT APPS BAGI MENYALURKAN BIMBINGAN SEPANJANG HAYAT KAMI DAN MEMBERIKAN SALURAN KOMUNIKASI ANTARA GURU DAN PELAJAR SECARA BERTERUSAN SAMA ADA ANDA MAHU KE DEPAN, MAHU ATAU TIDAK MAHU SAHAJA.



JADI BERSEDIALAH UNTUK KE DIMENSI PENGETAHUAN TANPA BATAS!

Jumaat, 20 Jun 2014

Rawatan ke rumah anda

Assalamualaikum.

Di sini ingin kami memaklumkan bahawa kami membuka peluang untuk anda atau anggota keluarga anda yang mengalami gangguan sakit misteri, akibat gangguan makhluk halus atau mainan orang untuk merawat anda terus di rumah dan kediaman anda.

Rawatan ke rumah anda merupakan rawatan intensif rawatan yang menyeluruh meliputi aspek pembersihan rumah, pemagaran rumah dan rawatan sekeluarga.

Anda perlu menjemput kami ke rumah anda apabila

1. Anda atau anggota keluarga anda mengidap sakit badan tanpa diketahui puncannya serta berpanjangan.
2. Terlihat kelibat atau sosok makhluk ghaib, makhluk aneh, mengerikan dan lain2 lagi dalam rumah anda.
3. Mendengar bunyi bumbung diserakkan pepasair, batu atau bunyi derap kaki di bumbung.
4. Terdengar bunyi sesuatu terhempas di dalam rumah walau tiada kelihatan apa2.
5. Rumah kelihatan suram
5. Rasa rimas duduk dalam rumah
6. Sering bergaduh suami isteri anak
7. Rasa berdebar-debar bila dalam rumah
8. Terdengar bisikan
9. Malas dan berat untuk beribadah
10. Mimpi menakutkan bila tidur dalam rumah
11. Barang dalam rumah bergerak sendiri
12. Terdengar suara anak kecil bermain sedangkan tidak ada sesiapa
13. Anak kecil selalu melihat ke atas, ke dinding, ke syiling, atau ke satu-satu arah atau sudut dalam rumah
14. Pinggan mangkuk bergerak sendiri
15. Terdengar bunyi orang membasuh baju dalam bilik air
16. Terdengar suara orang ketawa, mengilai, bunyi orang berbual dalam rumah sedangkan  tiada orang
17. Dan lain-lain lagi

Cara menjemput kami ke rumah anda untuk rawatan ialah

1. Hubungi kami terus
2. Emel nyatakan masalah anda
3. Maklumat diri anda, alamat rumah.
4. KamI akan scan terus masalah anda dan membuat penilaian bagaimana kami dapat membantu anda
5. Kesepakatan caj perkhidmatan

Lokasi

1. Seluruh negeri di Semenanjung Malaysia
2. Indonesia
3. Brunei
4. Singapura
5. Mana-mana negeri di seluruh dunia

Jangan segan-segan hubungi kami, konsultasi dan berbincang dengan kami masalah anda alami.
Hubungi Ustaz Tabib di talian 013 642 1228 sekarang

Rabu, 18 Jun 2014

Ayat Makrifat untuk rawatan

Assalammualaikum...

Apakah yang dimaksudkan dengan ayat makrifat itu? Ia adalah beberapa potong ayat al-Quran yang mempunyai makna yang mengarah kepada makrifatullah yakni mengenal Allah Ta'ala.

Ayat-ayat tersebut dapat dimanfaatkan untuk mengukuhkan hati sang murid menuju keredhoan Allah dan dapat dijadikan wirid harian.

Ayat-ayat Makrifat juga jika dibawa dengan betul oleh si pengucapnya maka ia akan menjadi pamungkas segala keilmuan hikmah dan merupakan puncak daya kekuatan laduni dan rohani.

Insya Allah, jika anda mengikuti program keilmuan kami akan terangkan lebih lanjut tentang ayat-ayat yang dimaksudkan.

Untuk mendalami sesuatu ilmu haruslah dengan berguru dan guru itu pula perlu memenuhi tuntutan syariat dan sentiasa menyucikan dan membersihkan hatinya daripada nafsu ammarah.

Jadi apa anda tunggu lagi, selain dapat dijadikan sebagai syifa' ia juga menjadi rahmat kepada kita untuk mendekatkan diri kepada Allah ta'ala.

Hubungi 013 642 1228 untuk mendalami keilmuan tersebut.

*Kegunaan bukan sahaja untuk perubatan malah untuk meningkatkan lagi kualiti iman kita kepada Allah ke derajat lebih tinggi disisiNya.

Selasa, 17 Jun 2014

Rawatan Pakar gangguan sihir dan saka

Asssalammualaikum...dengan rahmat Allah kami buka Rawatan Pakar gangguan sihir dan saka. Dalam hitungan minit gangguan sihir dan saka akan dineutralkan dari tubuh anda. Walaupun kesembuhan milik mutlak Allah, anda dijamin akan dapat merasai perubahan le arah lebih baik dan nyata walau semasa rawatan lagi. Tubuh anda akan ringan. Insya Allah. Silalah hubungi kami segera atau what apps untuk scanning dan tentukan bila rawatan dapat dilakukan.

Isnin, 16 Jun 2014

Pengisian Ilmu Haq Rawatan Islam Level Asas dan Pertengahan dan Aplikasi Praktikal serta Tayangan Video Rakaman Contoh Aplikasi Keilmuan

Bismillah...alhamdulillah segala puji dan puja bagi Allah s.w.t pada bulan mulia Sya'aban dan Ramadhan ini kami menganjurkan Program Pengisian Ilmu Haq Rawatan Islam Level Asas dan Pertengahan.

Ia adalah sedutan daripada silibus Program Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah.

Peserta akan diijazahkan dan menerima pengisian ilmu khusus pengubatan Islam. Pengisian bermaksud segala amalan ilmu rawatan akan dipancarkan terlebih dahulu pada medium air zam zam dan bahan mandian khusus serta sekaligus mentransfer nur hikmah keilmuan terus kepada peserta (ada lagi proses transfer keilmuan dilakukan) hingga selepas program pembelajaran peserta boleh terus melakukan rawatan berbagai bagai jenis gangguan dan penyakit.

Pengisian ini juga amat baik untuk pesakit yang menderita mengalami gangguan sihir, saka, sakit diri yang berulang dan sudah lama sakit.

Insya Allah.

Antara isi kandungan program pengisian khusus ini ialah

-Pembangkitan inti karomah kalamullah untuk 1001 guna
-Pengisian ilmu merawat gangguan saka kaedah ayat
-Pengisian ilmu merawat gangguan saka kaedah asma khusus
-Pengisian ilmu merawat gangguan saka kaedah kerohanian ghaib
-Pengisian ilmu merawat penyakit zahir
-Pengisian ilmu merawat penyakit kejiwaan
-Pengisian ilmu menarik gangguan
-Pengisian ilmu menyedut bisa sihir dan gangguan jin sedegil mana sekalipun
-Pengisian doa malaikat ketika Perang Badar
-Pengisian doa pemusnah gangguan
-Pengisian ilmu ayat kunci rawatan
-Pengisian ilmu rawatan dengan kalimah tauhid
-Pengisian ilmu rawatan dengan daun buah durian Belanda
-Pengisian ilmu rawatan nur al kursi
-Pengisian ilmu-ilmu lain bermanfaat mengikut gerak hati

Yuran belajar : RM 2500.00

Jaminan: Ke semua ilmu di atas telah ditajrib dan diuji cuba serta digunakan dahulu oleh kami sebelum menurunkan kepada peserta. Awas!!! Jangan belajar daripada orang yang menjual buku atau kertas sahaja tidak diamalkan ilmu yang diajarkan kepada anda. Sudah pasti anda akan tergapai - gapai dan menemui kesulitan nanti.

Jaminan : Kami akan membuktikan kredbiliti kami dengan menunjukkan kepada anda Video Rakaman Rawatan kami pernah lakukan jadi yang tidak disebarkan kepada umum jadi anda bukan sahaja tambah yakin dengan ilmu yang kami perturunkan dan buatkan pengisian ke atas diri anda bahkan anda dapat melihat contoh aplikasi ilmu ke atas pesakit. Anda mampu jadi seperti kami insya-Allah dengan mengikuti program pengisian khusus daripada kami.

Jadi program Pengisian Ilmu Haq Rawatan Islam ini amat praktikal, insentif dan diperlukan bagi anda yang mahukan bimbingan sebenar-benarnya.

Program dilakukan secara hadir diri.

Pengisian dilakukan secara berhadapan

Tempoh pengisian dan belajar : 5 jam

Support seumur hidup melalui group khas untuk pemantapan keilmuan,  perjumpaan,  muzakarah dengan guru dan murid seniour.

Support rawatan murid yang mahukan tips dan pandangan guru ketika berdepan pesakit.

Ahad, 15 Jun 2014

Panduan mengatasi sihir berulang

Asssalammualaikum...

Salah satu gangguan sihir yang melelahkan ialah berlakunya gangguan sihir yang berulang.  Ini bermaksud sebaik sahaja kita selesai merawat seorang pesakit sihir ditopup lagi.

Ini disebabkan penyihir mempunyai cctv memantau pergerakan pesakit. Jadi untuk atasi hal ini ada cara tertentu perlu dilakukan.

Untuk mempelajari metod kaedahnya dipersilakan anda mengikuti Program Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah yang di dalamnya juga terdapat bab rawatan sihir berulang.

Pesakit juga boleh cuba berikhtiar dengan kami. Apapun semua kita lakukan kita ikhtiar dan Allah mengkabulkan.

Sila hubungi 013 6421228 segera.

Selasa, 10 Jun 2014

Dialog dengan jin saka keturunan sultan

Asssalammualaikum...

Dalam beberapa Jumaat lepas, Ina (nama samaran) telah datang menemui kami untuk mendapatkan rawatan.

Sebenarnya Ina pernah dua kali berjumpa kami untuk mendapatkan rawatan. Alhamdulillah  gangguan dialaminya semakin berkurangan.

Dari pemerhatian kami Ina diganggu jin. Ina selalu merasa berat di belakangnya. Sukar untuknya membaca Al Quran, beribadah dan malas dalam menjalani rutin hidup sehari-hari.

Rawatan kali pertama dan kedua berjaya mengatasi banyak siptom gangguan seperti merasa berat di belakang, sakit-sakit badan dan malas beribadah.

Ina semakin pulih dan diberi kekuatan oleh Allah untuk melakukan amal ibadah.

Namun tidak lama kemudian Ina merasa dalam badannya ada sesuatu yang bergerak-gerak.

Ina merasa tidak selesa kerana benda yang bergerak-gerak dalam badannya itu berubah-ubah tempat ke seluruh badan.

Sebaik sahaja Ina duduk depan kami, beberapa penerangan dan dakwah disampaikan.

Setelah selesai sesi tersebut, kami pun memulakan rawatan. Kami diilhamkan oleh Allah untuk dengan bacaan ayat tertentu dan teknik tertentu sehinggalah kami melaungkan azan ke telinga Ina (teknik yang diilhamkan oleh Allah sewaktu merawat Ina juga daripada pengalaman dan ilham dari sesi rawatan ke atas pesakit lain sebelum ini kami namakan ia sebagai ATR-KPR)

Setelah beberapa ketika rawatan bermula, badan Ina bergetar hebat dari perut hingga ke kepalanya. Dan Ina pun kerasukan.

Jin: Berhenti, aku sakit..adui...

Kami:Siapa engkau?

Jin: Aku..aku adalah jin Islam.. aku datang kerana budak ni ada titisan darah keturunannya...aku harus duduk padanya...

Kami: Keturunan mana?

Jin: Aku datang melalui perjanjian yang dimeterai dari tuan aku yang mengikatkan aku pada keturunan budak ni...budak ni ada darah sultan____ tapi moyangnya sultan_____tidak mengamalkan ilmu ni....mereka tak pedulikan aku dan mereka sangat taat kepada Allah.

Kami: Siapa nama tuan engkau yang mengikat engkau pada keturunan budak ni?

Jin: Aku lupa...adoi sakitnya aku!

Kami: Aku tanya siapa tuan engkau yang bertanggungjawab mengikat engkau dalam wanita ini?

Jin: Baiklah aku beritahu...namanya Senggoro dari Jawa Barat. Dia ikat aku dengan sebuah jampi.

Kami: Apa jampi tu kau bacakan aku nak dengar

Jin: (jampi dalam bahasa jawa pekat dan jawa kuno...yang difahami adalah perkataan waritsin yang bermaksud waris)

Kami: Apa maksud jampi tu?

Jin: Entah aku pun tak tahu.

Kami: La, kenapa engkau bodoh sangat maksud jampi tak tahu tapi kau kena ikut dan ikat juga pada keturunan dia.

Jin: Memang aku tak tahu maksudnya...Senggoro itulah yang bodoh. Dia memang bodoh ikat aku macam ni.

Kami: Senggoro tu masih hidup ke?

Jin: Dia dah lama mampus. Dia dah mati aku derita kat sini lagi. Bodohlah Senggoro tu!

Kami:Engkau pun bodoh juga sebab ikut dia buat apa. Berapa usia engkau?

Jin: Usiaku 157 tahun...

Kami: Baiklah, sekarang engkau keluar dari jasad wanita ini, boleh?

Jin: Pertama kali aku buka rahsia ni pada kau...sebelum ini aku tak pernah beritahu sesiapapun identiti aku ni..habislah aku...rahsia aku dah diketahui...habislah aku!

Kami: Benar, rahsia engkau dah banyak terdedah. Aku dah kenal siapa engkau. Jadi engkau harus keluar dari jasad wanita ini. Tiada guna lagi kau bersembunyi.

Jin: Emm (menangis) Sebenarnya aku malu dengan engkau...aku dah beritahu rahsia diri aku kat engkau...

Kami:Takutlah dan malulah engkau kepada Allah yang menciptakan aku dan engkau. Setiap perbuatan kita di dunia akan dibalasinnya. Tidakkah engkau takut akan neraka ?

Jin: Ya aku takut, aku tau semua itu...budak ni pun bodoh yang dia pergi belajar pada engkau ni buat apa. Sejak dia jumpa engkau, berubat dan mengambil ilmu daripada engkau aku memang menderita sangat. Aku panas, sakit dan tidak boleh duduk senang  macam dulu lagi. Aku nak tanya ilmu apa yang kau miliki ni ha!

Kami:Aku tidak ada apa-apa ilmu. Yang memiliki ilmu adalah Allah.

Jin:Ya benar cakap engkau. Aku sebenarnya marah betul dengan budak ni yang dia pergi jumpa engkau siapa suruh. Aku pernah sekali cuba mencari siapa guru engkau.

Kami:Sudahlah wahai jin. Sekarang engkau nak keluar atau tidak atau engkau hendak aku membaca doa______.

Jin: Oh jangan! Kau jangan baca doa tu. Aku amat takut. Aku amat takut sekali bila budak ni baca doa yang kau ajar tu.

Kami: Kalau begitu engkau keluarlah!

Jin: Baik aku boleh keluar demi menghormati engkau.Tapi aku akan datang masuk semula nanti.

Kami: Takutlah kepada Allah. Kau tidak boleh masuk kembali ke tubuh wanita ini. Jika tidak engkau akan terus terseksa apabila wanita ini terus beramal dan berjumpa dengan aku.

Jin: (Menangis dengan kuat) Aku tak mahu budak ni ikut buat apa kau ajar! Tapi aku pun dah dedahkan siapa diri aku! Sepanjang usia budak ini hampir 20 tahun lebih aku tak pernah mengalah dan mengaku siapa aku sebenar. Kesemua sembilan orang perawat yang pernah budak ni temui aku dapat tipu mereka seperti aku bersembunyi dan gagal dikesan. Tapi dengan engkau aku hairan aku tak boleh. Mungkin inilah tandanya aku kena pergi dari budak ni selama-lamanya. Sebelum aku keluar, aku ada satu permintaan...boleh?

Kami: Silakan

Jin: Aku betul-betul menyesal atas kezaliman aku selama ini terhadap wanita ini. Aku tahu kehadiranku menyebabkan masalah dalam hidupnnya. Aku selalu hasut agar wanita ini membenci ibunya. Aku selalu mengganggu dia ketika dia solat dengan berdiri di belakangnya.  Sebab itulah budak ni selalu merasa ada orang di belakangnya. Aku selalu bergerak dalam tubuhnya menyebabkan dia merasa sakit dan nyeri. Aku banyak dosa kepada Allah dan wanita ini.

Kami: Mahukah engkau bertaubat kepada Allah. Sesungguhnya innallah ha ghafurru rahim yang bermaksud sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi maha menyayangi.

Jin: Ya aku bertaubat.

Lalu kami mengajar jin itu mengucap dan istighfar. Selepas beberapa kali istighfar jin bersuara dalam tangisan.

Jin: Beritahu wanita ini agar memaafkan aku atas kezaliman aku buat padanya. Aku keluarlah sekarang.

Subhanallah, masya Allah quwwata illa billah! Semuanya atas izin Allah jua. Inilah kali pertama kami merawat pesakit kerasukan jin yang mahu keluar dengan sambil beristighfar. Mulai hari itu wanita tersebut tidak lagi merasa berat dan gangguan gerakan misteri dalam badan. Dia kembali menjalani hidup dengan ceria.

Ina adalah pelajar kami. Terbukti nyata amalan dalam silibus keilmuan kami anjurkan sangat anti jin dan segala gangguan sihir dan saka. Silalah anda hubungi kami untuk mengikuti Program Gemblengan Ilmu Hikmah di talian 013 6421228.

Isnin, 2 Jun 2014

Pakar merawat gangguan jin dalam rumah tangga

Asssalammualaikum

Tanda gangguan jin itu sangat banyak. Selain ia menganggu emosi, perasaan dan jiwa manusia, gangguan jin juga boleh menjadi antara punca atau punca utama sakit fizikal yang dilihat seimbas lalu seperti sakit hospital.

Apa yang ingin difokuskan dalam entri kali ini ialah gangguan jin yang mengakibatkan pergolakan rumah tangga.

Tidak kiralah sama ada ia sihir atau saka, gangguan jin ke atas rumah tangga akan mengakibatkan kehidupan menjadi tidak tenteram lagi.

Gangguan jin yang sering diketemukan ialah sihir yang dikirim oleh orang luar untuk berbagai tujuan dan maksud.

Ada juga ibu mertua benci menantunya dan pada masa sama si ibu mertua ada saka baka atau mengamalkan sesuatu ilmu berkaitan jin lalu dengan mudahnya gerombolan jin menganggu anak menantunya sama ada secara sedar, tidak sedar.

Ada juga gangguan jin yang dikirim sebagai sihir oleh orang ketiga.

Ada juga tiada kaitan dengan sihir tetapi berlaku kerana jin itu sendiri mencintai manusia.

Lazimny gangguan jin ke atas rumah tangga mengkibatkan pertentangan antara pasangan. Adakalanya melihat pasangan berwajah hudoh.

Adakalanya benci melihat pasangannya tanpa sebab alasan yang jelas.

Rawatan yang diberikan untuk pasangan yang menghadapi gangguan jin hingga bergolak mempunyai beberapa tahap.

Adakalanya semua tahap rawatan dapat dilakukan serentak.

Adakalanya dari satu tahap ke tahap seterusnya.

Merawat masalah rumah tangga akibat gangguan jin perlu banyakkan bersabar.

Dari pengalaman kami, rata-rata pasangan yang menghadapi masalah gangguan jin mempunyai pengetahuan agama yang cetek.

Jika ada ilmu agama pun lantaran kesibukan (alasan biasa) menyebabkan solat tertinggal, al quran berhabuk.

Rawatan terbaik gangguan jin, selain menerim sentuhan syifa daripada perawat diperlukan juga pembentengan yang kukuh dari pasangan terlibat.

Dengan terhapusnya gangguan jin, antara percaya dengan tidak perasaan benci pun hilang. Fikiran kusut pun lapang dan terurai. Dan lain2 masalah pun teratasi.

Silalah hubungi kami yang berpengalaman merawat masalah gangguan jin dalam rumah tangga sejak demikian lama. Insya Allah. Bi iznillah.

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...