Asssalammualaikum
Tanda gangguan jin itu sangat banyak. Selain ia menganggu emosi, perasaan dan jiwa manusia, gangguan jin juga boleh menjadi antara punca atau punca utama sakit fizikal yang dilihat seimbas lalu seperti sakit hospital.
Apa yang ingin difokuskan dalam entri kali ini ialah gangguan jin yang mengakibatkan pergolakan rumah tangga.
Tidak kiralah sama ada ia sihir atau saka, gangguan jin ke atas rumah tangga akan mengakibatkan kehidupan menjadi tidak tenteram lagi.
Gangguan jin yang sering diketemukan ialah sihir yang dikirim oleh orang luar untuk berbagai tujuan dan maksud.
Ada juga ibu mertua benci menantunya dan pada masa sama si ibu mertua ada saka baka atau mengamalkan sesuatu ilmu berkaitan jin lalu dengan mudahnya gerombolan jin menganggu anak menantunya sama ada secara sedar, tidak sedar.
Ada juga gangguan jin yang dikirim sebagai sihir oleh orang ketiga.
Ada juga tiada kaitan dengan sihir tetapi berlaku kerana jin itu sendiri mencintai manusia.
Lazimny gangguan jin ke atas rumah tangga mengkibatkan pertentangan antara pasangan. Adakalanya melihat pasangan berwajah hudoh.
Adakalanya benci melihat pasangannya tanpa sebab alasan yang jelas.
Rawatan yang diberikan untuk pasangan yang menghadapi gangguan jin hingga bergolak mempunyai beberapa tahap.
Adakalanya semua tahap rawatan dapat dilakukan serentak.
Adakalanya dari satu tahap ke tahap seterusnya.
Merawat masalah rumah tangga akibat gangguan jin perlu banyakkan bersabar.
Dari pengalaman kami, rata-rata pasangan yang menghadapi masalah gangguan jin mempunyai pengetahuan agama yang cetek.
Jika ada ilmu agama pun lantaran kesibukan (alasan biasa) menyebabkan solat tertinggal, al quran berhabuk.
Rawatan terbaik gangguan jin, selain menerim sentuhan syifa daripada perawat diperlukan juga pembentengan yang kukuh dari pasangan terlibat.
Dengan terhapusnya gangguan jin, antara percaya dengan tidak perasaan benci pun hilang. Fikiran kusut pun lapang dan terurai. Dan lain2 masalah pun teratasi.
Silalah hubungi kami yang berpengalaman merawat masalah gangguan jin dalam rumah tangga sejak demikian lama. Insya Allah. Bi iznillah.
Rawat Sebelum Lewat. Rawat dengan kaedah yang Selamat dan Kembali Sihat. Dan Allah Berserta Kamu Dimana Saja Kamu Berada. Dan Dia Maha Melihat (Al-Basir) Apa Yang Kalian Lakukan. Surah al-Hadid ayat 4.
Pages
- Laman utama
- Akidah
- Nabi Muhammad s.a.w
- Ruqyah
- Maklumat Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah - Ilmu Hikmah Multifungsi dan Ilmu Pengubatan Islam Tahap Asas hingga Tertinggi
- Testimoni Pelajar Ilmu Hikmah
- Maklumat Rawatan Islam, Tradisional dan Alternatif
- Testimoni Pesakit
- Pustaka Hikmah Maya
- Lokasi kami
- Hubungi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU
ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal. Pad...
-
Assalammualaikum Dalam beberapa tahun ini pasti kita pernah mendengar gangguan jin yang bersifat nyata seperti tiba-tiba muncul api di rum...
-
Selalunya dikaitkan dengan malang dan mara bahaya. Orang-orang tua pesan kalau kita dalam perjalanan tiba-tiba melihat biawak melintasi jala...
-
Asssalammualaikum. Kita memohon perlindungan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (As-Sami' ul Alimu) daripada gangguan dan bi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan