Memaparkan catatan dengan label berubat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berubat. Papar semua catatan

Selasa, 14 Disember 2010

Siapa yang Bathil?

Salam.

Ilmu kadangkala betul. Beramal dengan wirid yang sahih dan ayat Al Quran. Namun yang menjadikan amalan dalam ilmu tersebut (tidak kiralah walau dengan apa nama sekalipun)menjadi bathil ialah

1. Guru itu sendiri yang telah belajar merata-rata sehingga didampingi oleh banyak jin dan juga kekeliruan yang terbit kerana diri sendiri terhadap hakikat ilmu.

2.  Niat sudah salah atau bathil seperti niat nak dapatkan kekuatan/kehebatan/ dll. Sedangkan niat hanya kerana Allah hanyasanya DOA sahaja boleh berbagai-bagai NAMUN tetap mempunyai adab dan tatasusilanya yang tersendiri bukan main hentam semberono sahaja.

Maksud saya ilmu yang betul atau haq ialah ilmu yang tidak bercampur dengan amalan syirik. Namun pengamalan ilmu yang haq tidak menjamin waridnya juga suatu yang haq jika kaedah pengamalannya diselaputi kebathilan.

Saya dengan izin dan rahmat Allah, sudah beberapa kali merawat pesakit yang mengalami keadaan di atas. Paling ketara yang belajar ilmu silat yang telah melepasi tahap tinggi kononnya sehingga sudah pergi bertapa, didatangi mimpi, diberi barang tertentu dari alam ghaib, dan ada pula yang pula 'bertukar' menjadi macan atau harimau menderam-deram apabila 'diperlukan'. Walhal apa yang mereka amal tetap Ayat Suci Al Quran dan zikir sunnah.

Kesan paling minimum akibat gejala di atas ialah

-Panas baran
-berat dada
-didatangi mimpi pelik cthnya berguru dengan harimau dll
-cepat marah/mengamuk/ beradu tenaga
-susah hati

Kesan sederhana berat

-sempit rezeki, dia anggap macam ada sihir tetapi bukan sihir
-tidak boleh solat atau amat terganggu solatnya
-sakit pada mana-mana anggota tubuh, sakit fizikal tetapi bila discan dengan mendalam dengan izinNya dapat dilihat ada gangguan jin etc

Kesan berat
-gila
-mengamuk/membunuh orang
-bunuh diri

Alhamdulillah, dengan izin, rahmat dan redhoNya Allah ta'ala, maka dengan ini saya telah berjaya merawat beberapa kes demikian sehinggalah mereka kembali merasai ketenangan dan segala ilmu bathil yang ada dalam dada dapat di kosongkan dengan cara yang haq bukan syok sendiri sahaja.

Ada ilmu kependekaran ini bahagiannya untuk mengosongkan ilmu orang. Sebenarnya bukan mengosongkan ilmu tetapi mengosongkan  tenaga seseorang. Tenaga itu pun bersumberkan kekuatan ghaib jin dan sekutunya.

Sebenarnya mengosongkan ilmu dengan kaedah yang haq (merawat kesan-kesan seperti dinyatakan di atas) dengan tujuan yang haq (kerana Allah ta'ala agar kembali mendapat mahgfirah dan rahmatNya) itu bukan perkara mudah atau dapat dilakukan oleh semua orang.

Dengan izin Allah, saya ada kaedah untuk melakukannya, dengan rahmat Allah beberapa orang yang saya rawat telah pulih lebih tenang serta khusyuk ibadah kerana Allah.

Rumusannya begini

-Jika saudara merasakan ilmu batin/hikmah/silat/ghaib yang saudara ambil itu ilmu yang haq yang Allah rahmati dan Allah redhoi, maka saudara pasti akan bertambah ketaqwaan dan semakin dekat dengan Allah semakin merasakan diri ini tiada apa-apa. Namun kalau sebaliknya khususnya menerima kesan yang saya senaraikan di atas maka sudah cukup menyatakan saudara perlu datang berjumpa dengan sesiapa juga hamba Allah yang diberikan rahmat oleh Allah ta'ala untuk berbincang dan mengetahui serta membuang dengan kaedah yang haq juga.

Insya Allah bagi sesiapa yang ada tahu serta mendapat tahu ada sahabat, saudara yang terlibat dalam perkara begini boleh berikhtiar dengan saya.

bukan kuasa saya, tetapi kuasa Allah
bukan ikhtiar saya, tetapi ikhtiar Allah
bukan gerak saya, tetapi gerak Allah

-Kasyaful Asrar-

Khamis, 14 Oktober 2010

Antara berubat dengan belajar

Antara berubat dengan belajar manakah yang perlu kita lakukan dahulu?

Persoalan ini timbul apabila saya didatangi oleh beberapa orang pesakit yang terbutu-buru sahaja mahu belajar dan berubat pada masa yang sama. Mula-mulanya hanya datang untuk mengubat kemudian dinyatakan hasrat mahu belajar. Apabila saya tanya sekali lagi beberapa hari kemudian untuk apa dia belajar ilmu...Dinyatakan mahu mengubat anggota keluarga yang sakit. Masalahnya ilmu haq ini namanya sahaja ilmu perubatan tetapi ilmu itu tetap bertemu di satu punca yang satu yakni menuju kepada Allah.

Antara berubat dengan belajar..berubatlah dahulu. Jangan ingat badan sakit atau masih ada gangguan atau saka tetapi mahu belajar dahulu dengan alasan dapat mengubat diri sendiri. Niat itu bagus tetapi ingatlah ramai yang berputus asa dan berhenti kerana gangguan masih ada dan berzikir sahaja banyak sungguh sakit sana sini menyebabkan berhenti amalan tersebut.

Jadi tidak tercapai matlamat. Hendak belajar. Malah sakit pun tak terubat. Apabila sakit maka utamakan berubat dahulu. Ini kerana hendak belajar dan hendak berubat dua hal berbeza yang memerlukan biaya dan mahar atau bayaran tertentu.  Namun ia terkecuali bagi guru yang mempunyai daya energi yang besar yang dapat melakukan pembersihan jalur tenaga dalam masa yang singkat.

Setiap ilmu yang haq bermuara daripada zikir. Bukan bermaksud zikir hendak kuat dan kelebihan tetapi zikir itu sendiri memompa sifat positif pada diri dan membuang sifat negatif dalam diri. Banyak kita kurang faham banyak penyakit berpunca daripada perangai yang tidak semenggah. Perangai itu membuahkan sakit yang berbagai-bagai bermula daripada sakit fizikal hingga sakit batini. Jadi betulkan dulu perangai yang tak semenggah itu dengan taubat.

Rumusannya jika sakit berubat dulu. Kemudian apabila sudah kurang belajarlah dengan cara dan adab yang betul. Insya Allah.

Program / Kursus MEGA Super Spiritual

 Program Gemblengan MEGA Super Spiritual - “Zero to Hero” “Apabila disebut spiritual bukan semata-mata pengubatan bahkan melibatkan hubungan...