Memaparkan catatan dengan label ilmu haq. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ilmu haq. Papar semua catatan

Isnin, 2 September 2013

Gemblengan Ilmu di Saujana Utama Selangor.

Assalammualaikum.

Setelah berpuasa dan berhari raya kini sudah tibalah masanya untuk GemblenganIlmu Hikmah dibuka yang mana intisariny tauhid meliputi silibus Pengubatan Islam, Alternatif dan Tradisional yang mana telah ditapis dan disaring berdasarkan pengalaman khusus pembimbing.

Untuk panduan calon pelajar terdapat banyak sekali diluar sana kursus perubatan alternatif dan perubatan Islam dijalankan.

Ada yang sekadar copy and paste atau salin dan tampal sahaja. Sebaliknya silibus kami sentiasa dikemaskini dan inilah ciri istimewa gemblengan ditempat kami.

Jika and berminat maka bolehlah pilih opsyen di bawah:

A. Gemblengan Ilmu Hikmah Tingkat Awam. Mahar keilmuan dan bimbingan rm550.00 seorang. Sesuai untuk anda yang mahu mengetahui asas ilmu hikmah, perubatan Islam, amalan berijazah ilmu bermanfaat, mustajab dan mujarrab. Merawat diri, keluarga, rakan terdekat. Benteng diri. Pakaian diri aliran putih al haq. Jumlah peserta setiap sesi maksimum 60 orang diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

B. Gemblengan Ilmu Hikmah Tingkat Khusus atau Tinggi. Anda akan digemblengkan dengan 5 keilmuan ampuh + BONUS.Mahar keilmuan dan bimbingan rm2000.00. Sesuai untuk anda yang mahu mengetahui lebih lanjut ilmu hikmah, perubatan Islam, ditambahkan lagi amalan ampuh yang siap terima jadi berijazah, merawat keluarga dan masyarakat luas. Ini sesuai bagi muallij dan perawat yang sudah ada asas dan boleh juga orang awam yang amat berminat boleh juga terus mengikuti pakej ini. Utk 2 orang setiap satu sesi.

C. Gemblengan Ilmu Hikmah Tingkat Khusus lagi Khusus atau Istimewa, Pamungkas segala keilmuan. Anda akan digemblengkan dengan 10 keilmuan ampuh + BONUS ISTIMEWA. Maharnya rm5000.Sesuai untuk calon pelajar yang mahu menguasai keilmuan hikmah hak diri dll. Istimewa bagi yang sudah jenuh belajar di sana sini tapi belum yakin, pasti dll. Sesi ini untuk 1 orang sahaja bagi satu sesi.

D. Gemblengan mengikut kesepakatan mahar dll.Insya Allah.

Semua permohonan belajar boleh diajukan terus ke emel rahmaniah999@gmail.com.

Gemblengan dibuat di Saujana Utama di Selangor. Alamat lengkap boleh rujuk di atas dalam blog ini.Untuk AIDILADHA ada BONUS EXTRA menanti bakal atau calon pelajar. Ajaklah rakan sahabat anda untuk mengikuti gemblengan daripada kami. Bukan kursus yang biasa.

Jumaat, 24 Disember 2010

Lagi pengalaman murid belajar ilmu hikmah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Ya Allah rahmatilah kami semua
khususnya yang menziarahi blog ini
Peliharalah kami semua daripada
bisikan, gangguan, kejahatan dan kehadiran syaitan
sama ada syaitan yang terdiri daripada golongan jin
dan syaitan yang terdiri daripada golongan manusia
Ya Allah rahmatilahkami, rahmatilah kami, rahmatilah kami!
Birahmatika Ya arhaman rahimin. Amin.

Salam. Dua hari lepas saya ada melakukan penyucian dan pengisian ke atas S yang bersungguh-sungguh hendak belajar ilmu hikmah. Seperti biasa sebelum saya melakukan penyucian, saya bertanya kepada murid dahulu apakah beliau pernah belajar apa-apa ilmu sebelum ini? Dan murid saya itu pun menjawab dengan seikhlas hati.

1. Pernah belajar silat sehingga peringkat tertinggi (ilmu batin)
2. Pernah belajar ilmu tarikat tetapi sekerat jalan
3. Pernah belajar dengan Darul Syifa sehingga tamat dan dizinkan merawat.

Saya dengan rendah diri pun mengatakan, pengalaman dan ilmu murid saya ini lebih baik daripada saya. Saya hanya

1. Belajar silat Lincah tetapi tak sampai tahap tinggi (pukulan jarak jauh/bertapa dll). Arwah Datuk saya yang merupakan seorang Imam surau dan ahli berzanji marhaban melarang saya meneruskan kerana katanya kalau betullah kebal, kenapa kena gigit nyamuk pun berdarah lagi?. Hehehe.

2. Tak pernah menyertai mana-mana tarikat tetapi merawat pesakit yang bertarikat malah ada anggota tarikat menelefon saya, namun selepas saya nasihatinya dia tak boleh terima bahkan mau beradu ilmu kitab tasawuf pulak dengan saya. Maaf saya tak mengaji kitab tasawuf atau menghafalnya.

3. Pernah berangan-angan hendak masuk Darul Syifa tapi tak dapat. Namun kini sudha ada beberapa murid darul syifa mahu belajar dengan saya. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah seluruhnya, nafikan semuanya isbatkan hanya Allah.

Namun murid saya benar-benar mengatakan saya mempunyai 'sesuatu' dan ia nak belajar 'sesuatu' itu. Langsung saya tersenyum dan memulkan bicara, bukan kuasa saya, tetapi kuasa Allah;bukan gerak saya tetapi gerak Allah; bukan ikhtiar saya tetapi ikhtiar Allah. Saya pun menerangkan kepadanya asas ilmu hikmah ini sehingga ia benar-benar memahami dan tersenyum lebar sekali. Saya pun turut bersyukur dan gembira kerana dia memahami. Kefahaman amat penting sebelum belajar ilmu hikmah dan menerima pengisian ilmu hikmah. Jangan main redah saja. Pantang tengok iklan maka kita terus berjumpa, tanpe penerangan jelas, guru kita terus saja isi kita kemudian meminta maharnya beribu-ribu. Dengan saya, penerangan diberikan sejelas mungkin. Namun bukanlah penerangan itu seperti penerangan dalam kitab fikah dan usulluddin.

Selepas 1 jam lebih saya melakukan pengisian ilmu hikmah matanya terbuka luas jernih dan bermagnetis sekali. Saya pun terkejut kerana hasilnya alhamdulillah luar biasa sekali. Semua ini pastinya dengan ada redho dan izin Allah serta rahmat Allah yang Maha Pemurah. Saya pun belajar sesuatu dan cuba mengingat kembali. Selain daripada beberapa amalan ringkas perlu dibuat oleh bakal murid sebelum berjumpa saya, laku dan gerak daripada saya sendiri (ilham) melakukan beberapa perkara yang nampak biasa tetapi tak disangka di situ letaknya rahmat dna redho Allah.

Semalam saya sms kepada S. Lebih kurang sms saya begininya:

Ok. Setakat malam bagaimana rasanya?

Balas S menerusi sms juga:

Alhamdulillah...zahir tak terucap, rasa sejuk dan damai seperti ada 'mint' masih terasa di setiap sedutan dan hembusan nafas..Maha Suci Allah.

Pengalaman S ini merupakan rahmat Allah semata-mata. Untuk mendapat sensasi begitu (bukan bermaksud kita nak ilmu nak rasa sensasi begitu) bukan pendek masa diambil. Bilamana sudah rasa macam ada 'mint' pada saluran nafas itu tanda yang amat baik. Reiki, tenaga dalam ilmu kebatinan dan sewaktu dengannya tak ada yang mempunyai sensasi begini melainkan rasa panas, baran, gelisah, sempit rezeki dna lain-lain. Justeru kata Allah


Tiada paksaan untuk menerima agama Islam seluruhnya, kerana telah nyata lagi terang jalan mana yang haq dna jalan mana yang bathil....Al-Baqarah.


Selasa, 14 Disember 2010

Siapa yang Bathil?

Salam.

Ilmu kadangkala betul. Beramal dengan wirid yang sahih dan ayat Al Quran. Namun yang menjadikan amalan dalam ilmu tersebut (tidak kiralah walau dengan apa nama sekalipun)menjadi bathil ialah

1. Guru itu sendiri yang telah belajar merata-rata sehingga didampingi oleh banyak jin dan juga kekeliruan yang terbit kerana diri sendiri terhadap hakikat ilmu.

2.  Niat sudah salah atau bathil seperti niat nak dapatkan kekuatan/kehebatan/ dll. Sedangkan niat hanya kerana Allah hanyasanya DOA sahaja boleh berbagai-bagai NAMUN tetap mempunyai adab dan tatasusilanya yang tersendiri bukan main hentam semberono sahaja.

Maksud saya ilmu yang betul atau haq ialah ilmu yang tidak bercampur dengan amalan syirik. Namun pengamalan ilmu yang haq tidak menjamin waridnya juga suatu yang haq jika kaedah pengamalannya diselaputi kebathilan.

Saya dengan izin dan rahmat Allah, sudah beberapa kali merawat pesakit yang mengalami keadaan di atas. Paling ketara yang belajar ilmu silat yang telah melepasi tahap tinggi kononnya sehingga sudah pergi bertapa, didatangi mimpi, diberi barang tertentu dari alam ghaib, dan ada pula yang pula 'bertukar' menjadi macan atau harimau menderam-deram apabila 'diperlukan'. Walhal apa yang mereka amal tetap Ayat Suci Al Quran dan zikir sunnah.

Kesan paling minimum akibat gejala di atas ialah

-Panas baran
-berat dada
-didatangi mimpi pelik cthnya berguru dengan harimau dll
-cepat marah/mengamuk/ beradu tenaga
-susah hati

Kesan sederhana berat

-sempit rezeki, dia anggap macam ada sihir tetapi bukan sihir
-tidak boleh solat atau amat terganggu solatnya
-sakit pada mana-mana anggota tubuh, sakit fizikal tetapi bila discan dengan mendalam dengan izinNya dapat dilihat ada gangguan jin etc

Kesan berat
-gila
-mengamuk/membunuh orang
-bunuh diri

Alhamdulillah, dengan izin, rahmat dan redhoNya Allah ta'ala, maka dengan ini saya telah berjaya merawat beberapa kes demikian sehinggalah mereka kembali merasai ketenangan dan segala ilmu bathil yang ada dalam dada dapat di kosongkan dengan cara yang haq bukan syok sendiri sahaja.

Ada ilmu kependekaran ini bahagiannya untuk mengosongkan ilmu orang. Sebenarnya bukan mengosongkan ilmu tetapi mengosongkan  tenaga seseorang. Tenaga itu pun bersumberkan kekuatan ghaib jin dan sekutunya.

Sebenarnya mengosongkan ilmu dengan kaedah yang haq (merawat kesan-kesan seperti dinyatakan di atas) dengan tujuan yang haq (kerana Allah ta'ala agar kembali mendapat mahgfirah dan rahmatNya) itu bukan perkara mudah atau dapat dilakukan oleh semua orang.

Dengan izin Allah, saya ada kaedah untuk melakukannya, dengan rahmat Allah beberapa orang yang saya rawat telah pulih lebih tenang serta khusyuk ibadah kerana Allah.

Rumusannya begini

-Jika saudara merasakan ilmu batin/hikmah/silat/ghaib yang saudara ambil itu ilmu yang haq yang Allah rahmati dan Allah redhoi, maka saudara pasti akan bertambah ketaqwaan dan semakin dekat dengan Allah semakin merasakan diri ini tiada apa-apa. Namun kalau sebaliknya khususnya menerima kesan yang saya senaraikan di atas maka sudah cukup menyatakan saudara perlu datang berjumpa dengan sesiapa juga hamba Allah yang diberikan rahmat oleh Allah ta'ala untuk berbincang dan mengetahui serta membuang dengan kaedah yang haq juga.

Insya Allah bagi sesiapa yang ada tahu serta mendapat tahu ada sahabat, saudara yang terlibat dalam perkara begini boleh berikhtiar dengan saya.

bukan kuasa saya, tetapi kuasa Allah
bukan ikhtiar saya, tetapi ikhtiar Allah
bukan gerak saya, tetapi gerak Allah

-Kasyaful Asrar-

Rabu, 1 Disember 2010

Beruk Disedut Ke Dalam Cahaya Putih

Sahabat saya, M namanya memang mempunyai beberapa kemampuan. Antara scan dan kepekaan rasa yang tinggi. Maka suatu petang di surau tempat kerja, saya teringat kepada M, ada masa sedikit sebelum Asar, saya memanggil M datang jumpa saya di surau. "Pembersihan." kata saya sewaktu dia sms bertanya tujuan saya memanggilnya. M, masih belajar di peringkat sarjana bergerak turun dari bilik pelajar sarjana meuju ke surau. Apabila M masuk dalam surau, M komen, "UH, tenang dan sejuk dalam surau ini." Katanya sambil bertimpuh depan saya. "Alhamdulillah. Nikmat itu boleh rasa tenang. Ada orang tak boleh rasa sedikitpun ketenangan dalam hidup. Rahmat tuh. " balas saya sambil menyuruhnya meletakkan kedua belah tangan atas lutus dan mengadap telapak tangan ke langit.

"Ok M, dengan izin dan rahmat Allah, saya hendak buang segala jin saka, jin sihir, jin penganggu dan juga ilmu2 bathil serta unsur negatif dalam diri ko. Boleh?"

Mulanya M teragak-agak. Saya terpaksan menjelaskan lagi.

"Insya Allah apabila benda2 itu sudah sirna maka ko akan rasa lebih tenang dalam hidup, tak gopoh gapah, tak cepat marah dna buruk sangka dan lebih tenang ibadah serta khusyuk. Nak ke?"kata saya mengumpannya. M terus senyum. Walaupun M tidak mengiyakan apa saya kata, tetapi saya tahu 90% apa saya cakap itu benar berlaku pada dirinya. Selepas M setuju danM pasang niat dan saya pun pasang niat, saya menyuruh M berzikir Ya Allah 29x dalam hati ikhlas berzikir kerana Allah semata-mata. M ikut. Selepas tamat, saya pun suruh dia pejam mata. Dan saya pun memulakan ikhtiar.

Semasa saya membaca Ayatul kursi, tangan dan badan M bergegar sedikit. Namun saya dengan makrifat menekan M agar terus diam dan diam. Saya makrifatkan juga segala makhluk yang ada pada tubuh M tdk akan mampu melawan, mereka kecil dan lemah tiada berdaya melawan saya. Sebenarnya mula2nya lagi pun masa M duduk depan saya, saya sudah nampak lembaga hitam besar dan tinggi berada di sebalik batang tubuh M. Cuma M tidak sedar dan nampak. Kini, apabila M pejam mata, M mula nampak apa yang ada pada dirinya selama ini. Dalam cahaya putih yang mulanya setompok kian membesar (saya terus membaca ayatul kursi niat ikhlas kerana Allah agar dilimpahkan rahmatNya kepada kami berdua ketika itu) M melihat beruk hitam terseringai meronta-ronta ditengelami cahaya putih yang meliputinya seluruh tubuhnya melainkan kepalanya. M terkejut smabil menyebut nama Allah. Tak lama kemudian, cahaya putih itu bagai berpusar menyedut beruk itu dan meliputi kepalanya sehingga beruk itu kian mengecil. Namun beruk itu terus melawan dan timbul semula. tatkala saya sudah tiba pada bacaan kali ke 7 dan masuk ke bacaan 2 ayat terakhir At-Taubah, beruk itu disedut dan diseliputi lagi hinggalah hilang. Yang ada hanyalah cahaya putih dimana-mana.

"M, Ya Allah, tak sangka beruk pada aku rupanya..."

"Dengan izin Allah telah diperlihatkan Allah kepada kita...ia daripada saka sebelah bapa, sebelah atuk..."

M diam sejenak macam mengingati sesuatu. Saya mengajak M untuk trace dari mana beruk itu. M setuju. Saya suruh M pejam mata dan saya pun mula membaca ayatul kursi lagi. Dan layar pun terkembang dnegan suluhan cahaya putih. Saya memegang dada M. Membawa M menelusuri dari mana beruk itu berasal. M nampak kawasna hutan. Dan M tak dapat teruskan lagi. Entah kenapa.

"Ustaz, sudahlah. Saya sudah ingat dari mana beruk itu. Saya teringat ustaz."katanya agak sebak.

"ceritalah kepada saya..saya nak dengar dna tahu juga.."kata saya.

"Dahulu, moyang saya seorang peneroka tanah di Kuala Krai. Suatu hutan dibukanya. Hutan yang terpencil itu dibersihkan dan dibuat penempatan. Ia diberi nama Kucil.Situ banyak beruk liar. Ada dimana-mana. Namun tidka pula menganggu penduduk dna moyangnya. Malah Onyang sendiri takut apabila melihat beruk2 itu bukan macam beruk biasa. Macam terlalu bijak bagi beruk untuk bertolakansur hidup dengan manusia. beruk2 itu nampak macam taatd an ikut perintah Moyang yang membuka kampung."

Saya dengar dengan khusyuk. M pun maklumkan lagi bahawa sepupunya juga sakit sering demam-demam. Sewaktu trace, M niat nak trace makhluk pada sepupunya. Dan M tersenyum sendirian tatkala itu apabila melihatkan beruk2 pada sepupunya itu terlonta-lonta bercempiaran melarikan diri apabila melihat kedatangan M yang dilingkungi cahaya putih.

Peristiwa itu berlaku petang. Keesokan paginya, M sms kepada saya:

"Salam..power erk, tadi pagi lagi aku dah bangun. Senang je bangun. lapang je, kepala pun tak berat, kalau sebelum ini bukan main berat lagi. Liat nak bangun. Kena amalkan apa yang ustaz ajarlah ini nampaknya. Terima kasih banyak2,"-M, Kuala Lumpur.

Saya balas:

"Power itu bukan milik kita. Tapi milik Allah semata-mata. Maka bersyukurlah agar ditambahkan lagi nikmatNya kepada kita berganda-ganda.Amin."

Kemampuan scan dna kepekaan M tidaklah berkurang kerana semua itu adalah berasal daripada kemampuan yang Allah kurniakan pada hambanya yang sebaik-baik kejadian. Namun apabila kemampuan tersebut ditunjangi oleh dampingan halus, maka dampingan itulah perlu dihapuskan.

#Apa yang saja ajar hanyalah membaca ayatul kursi dgn niat ikhlas kepada Allah utk mendapatkan rahmatNya semata-mata. Bukan niat lain. Apatah lagi niat nak jumpa khodam Ayatul Kursi!

Isnin, 15 November 2010

Beramal dengan rukyah syar'iyyah tetapi jiwa terus kosong!

Baru-baru ini saya dihubungi oleh seorang perawat Islam yang menggunakan rukyah syariyyah sebagai kaedah pengubatannya.

Beliau dengan berbesar hati menyatakan mahu belajar sesuatu dengan saya setelah membaca blog ini dan bersungguh-sungguh menyatakan maksudnya. Saya termenung seketika, kerana ilmu sebenar-benar ilmu tidak lain adalah ilmu untuk mendekatkan diri kepada Allah dna menjadi hamba yang tulus ikhlas ketika mengadapnya.

Maka timbul persoalan di sini. Mengapakah beliau yang sudah bertahun-tahun mengamalkan rukyah syar'iyyah yang diambil ijazah daripada ustaz terkenal yang menerima ijazah rukyah daripada Syeikh Abdul Wahid Salam Bali dan merawat pelbagai kes gangguan yang berat-berat masih merasa kekosongan jiwa?

Beliau juga menyatakan malah terdapat pesakit ustaz alias gurunya tersebut yang datang kepadanya, kemudian dirawatnya dan pesakit tersebut sembuh dengan izin Allah.

Namun mengapakah merasai jiwanya masih kosong?

Sampailah suatu ketika, perasaan kekosongan itu menghambat dirinya. Suatu yang terbalik apabila pesakit yang berat-berat kes gangguan dapat dirawatnya dengan baik dan tidak kurang pesakit yang minta nasihat rohaniah dapat diberikan dengan baik, NAMUN dengan dirinya sendiri dia gagal dapat memenuhi jiwanya sendiri! Dan beliau telah menutup perkhidmatannya walaupun ramai yang mahu berubat dengannya!

Saya pun nyatakanlah diagnosis saya tidak lama selepas itu.

Pertama, apakah tujuan kita menuntut ilmu?

Kedua, siapakah guru yang kita terima ijazah atau pengisian ilmu daripadanya?

Keempat, apakah benar tauhid dan niat kita sewaktu membaca Ayat Al Quran dalam sesi pengubatan?

Keempat-empat soalan ini sebenarnya saling berkait rapat antara satu sama lain. Katakan dalam kes ini, beliau menuntut ilmu rawatan gangguan makhluk halus berdasarkan keterujaan beliau terhadap kesan rawatan perawat lain yang guna kaedah yang sama. Lantas daripada itulah beliau secara tak sedar atau disedari berniat dan melangkah mencari ilmu demikian.

Apabila dipilih guru tersebut, dia menerima segala ajaran guru, bersalam dan diisi guru tersebut dengan amalan guru maka beramallah murid tersebut sebagaimana gurunya beramal. Walaupun beliau tidak sedar apakah kaedah ijazah dan pengisian ilmu betul atau tidak, tidak dapat dipastikan asal sahaja dia menerima ilmu.

Apabila dia merawat, dia pasang niat dari awal lagi. Ayat ini sekian-sekian. Oleh kerana niat awal menuntut ilmu sudah demikian ditambah dengan kelemahan pegangan tauhid maka beliau pun bersungguh-sungguh membaca AQ berdasarkan niat sangat khsusus. Misal kata kalau dia baca ayat 1 tidak menjadi dia anggap ayat 1 tidak berkesan lantas dipilihnya ayat 2. Apabila ayat 2 tak berkesan dia pilih ayat lain pula.

Katankanlah seluruh ayat yang dihafalnya tidak berkesan maka dia berputus asa dan menghentikan rawatan!

Maka inilah kesan akibat bertuhankan ayat.

Sebenarnya jika mahu elak perkara demikian ia ada dua cara. Pertama fahamkan dulu apa itu tauhid dan kebergantungan kita kepada Allah dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Kedua mengikut kaedah beramal yang betul yakni betulkan niat beribadah atau membaca semata kerana Allah.

Timbul perasaan sangsi, eh kalau niat kerana Allah sahaja maka "tidak menjadilah ayat ini..misal kata ayat 1 ini untuk api..maka kita tidak niat jadi api..maka tak jadilah api...jadi bacaan biasa sahaja.." Ayat ini lahir daripada pemahaman yang salah terhadap Kalamullah dan juga kaedah ibadah yang benar.

Sepatutnya beliau mesti faham setiap bacaan dan wirid kita WAJIBLAH semata-mata kerana Allah. Melahirkan rasa tuntas tulus ikhlas kepada Allah memang payah. Maka ia perlukan riyadoh atau latihan ruhaniah. Dalam riyadoh ada wirid, doa dan ayat al quran. Maka semua sekali amalan ini didahulukan dengan niat semata-mata kerana menuntut redho dan rahmat Allah ta'ala.

Dan inilah kaedah perubatan rahmaniah.

*Saya menawarkan pengajian Ilmu Hikmah Nur Makrifah. Ilmu hikmah terdiri daripada Ayat Al Quran, wirid, zikir dan doa tertentu yang diwarisi daripada para ulamak ilmu hikmah yang asli. Nur Makrifah bermaksud cahaya yang memberikan pengenalan kepada Allah. Setiap lelaku dan kaedah dalam Ilmu Hikmah Nur Makrifah bersumberkan kefahaman yang jelas tentang sifat, zat dan af'al Allah ta'ala. Apabila tauhid sudah mantap atau kefahaman sudah diperolehi (tidak lama pun untuk mengetahuinya bukan mengaji secara akademik tetapi langsung dipancarkan ke dalam hati nurani murid) baharulah segala gerak kerja mencapai sasaran yang diingini.  IHNM bukan untuk mereka yang malas, mahu cuba-cuba dan sebagainya. Khusus untuk yang serius sahaja. IHNM merupakan pakej yang lengkap dan pemahaman yang jelas tidak sama sama sekali dengan kursus rawatan Islam yang berlambak di luar sana. Setakat ini sudah ada beberapa orang murid dan bakal murid mahu mempelajarinya. Suatu gabungan ilmu hikmah yang dimulai dengan penyucian wadah, roh dan semangat murid, pemancaran nur makrifah dan pengamalan ilmu hikmah asli yang  dipantau dari semasa ke semasa.  Berhubung segera kerana saya tidak meletakkan pengajian IHNM ini di iklan di mana-mana khusus bagi pembaca blog saya ini sahaja.

*Ya Allah, dengan izin, redo dan rahmatMu hamba memohon, bukakanlah hati bagi pembaca entri ini untuk memahami dan mengerti akan tulisan ku ini  masuk ke dalam hati sanubari mereka. Ya Allah kuatkanlah hasrat hati mereka untuk mencari dan menemui ilmu yang haq serta menolak ilmu yang bathil yang ada dalam diri mereka. Ya Allah selamatkanlah kami semua daripada tipudaya syaitan dan nafsu jahat yang ada pada diri kami sendiri sehingga kami buta, tuli dan pekak untuk mencari rahmat dan keredhoanMu. Ya Allah bukakanlah, kuatkanlah dan permudahkanlah bagi setiap pembaca entri ini sama ada yang sedang mencari kebenaran dalam ilmu  yang telah dituntut ataupun bagi pembaca entri yang sedang mencari ilmu hikmah yang haq untuk menemui ilmu hikmah yang haq yang muktamad yang memenuhi hati nurani mereka sehingga merasa bercukupan dan bersyukur di atas limpah kurnia rezeki dan rahmatMu Ya Allah. Birohmatika Ya Ar haman rahimin.

Amin Ya rabbal alamin.

Program / Kursus MEGA Super Spiritual

 Program Gemblengan MEGA Super Spiritual - “Zero to Hero” “Apabila disebut spiritual bukan semata-mata pengubatan bahkan melibatkan hubungan...