Assalammualaikum.
Setelah berpuasa dan berhari raya kini sudah tibalah masanya untuk GemblenganIlmu Hikmah dibuka yang mana intisariny tauhid meliputi silibus Pengubatan Islam, Alternatif dan Tradisional yang mana telah ditapis dan disaring berdasarkan pengalaman khusus pembimbing.
Untuk panduan calon pelajar terdapat banyak sekali diluar sana kursus perubatan alternatif dan perubatan Islam dijalankan.
Ada yang sekadar copy and paste atau salin dan tampal sahaja. Sebaliknya silibus kami sentiasa dikemaskini dan inilah ciri istimewa gemblengan ditempat kami.
Jika and berminat maka bolehlah pilih opsyen di bawah:
A. Gemblengan Ilmu Hikmah Tingkat Awam. Mahar keilmuan dan bimbingan rm550.00 seorang. Sesuai untuk anda yang mahu mengetahui asas ilmu hikmah, perubatan Islam, amalan berijazah ilmu bermanfaat, mustajab dan mujarrab. Merawat diri, keluarga, rakan terdekat. Benteng diri. Pakaian diri aliran putih al haq. Jumlah peserta setiap sesi maksimum 60 orang diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad.
B. Gemblengan Ilmu Hikmah Tingkat Khusus atau Tinggi. Anda akan digemblengkan dengan 5 keilmuan ampuh + BONUS.Mahar keilmuan dan bimbingan rm2000.00. Sesuai untuk anda yang mahu mengetahui lebih lanjut ilmu hikmah, perubatan Islam, ditambahkan lagi amalan ampuh yang siap terima jadi berijazah, merawat keluarga dan masyarakat luas. Ini sesuai bagi muallij dan perawat yang sudah ada asas dan boleh juga orang awam yang amat berminat boleh juga terus mengikuti pakej ini. Utk 2 orang setiap satu sesi.
C. Gemblengan Ilmu Hikmah Tingkat Khusus lagi Khusus atau Istimewa, Pamungkas segala keilmuan. Anda akan digemblengkan dengan 10 keilmuan ampuh + BONUS ISTIMEWA. Maharnya rm5000.Sesuai untuk calon pelajar yang mahu menguasai keilmuan hikmah hak diri dll. Istimewa bagi yang sudah jenuh belajar di sana sini tapi belum yakin, pasti dll. Sesi ini untuk 1 orang sahaja bagi satu sesi.
D. Gemblengan mengikut kesepakatan mahar dll.Insya Allah.
Semua permohonan belajar boleh diajukan terus ke emel rahmaniah999@gmail.com.
Gemblengan dibuat di Saujana Utama di Selangor. Alamat lengkap boleh rujuk di atas dalam blog ini.Untuk AIDILADHA ada BONUS EXTRA menanti bakal atau calon pelajar.
Ajaklah rakan sahabat anda untuk mengikuti gemblengan daripada kami. Bukan kursus yang biasa.
Rawat Sebelum Lewat. Rawat dengan kaedah yang Selamat dan Kembali Sihat. Dan Allah Berserta Kamu Dimana Saja Kamu Berada. Dan Dia Maha Melihat (Al-Basir) Apa Yang Kalian Lakukan. Surah al-Hadid ayat 4.
Pages
- Laman utama
- Akidah
- Nabi Muhammad s.a.w
- Ruqyah
- Maklumat Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah - Ilmu Hikmah Multifungsi dan Ilmu Pengubatan Islam Tahap Asas hingga Tertinggi
- Testimoni Pelajar Ilmu Hikmah
- Maklumat Rawatan Islam, Tradisional dan Alternatif
- Testimoni Pesakit
- Pustaka Hikmah Maya
- Lokasi kami
- Hubungi
Memaparkan catatan dengan label rawatan islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rawatan islam. Papar semua catatan
Isnin, 2 September 2013
Khamis, 4 April 2013
Pengalaman Belajar Ilmu Hikmah 4
Assalammualaikum. Saya telah diminta oleh kakak ipar saya untuk merawat anaknya yang sedang demam. Sudah beberapa bulan anak buah saya itu tidak mahu makan. Suka menangis di tengah senja dan malam. Badannya sentiasa panas. Muntah-muntah selepas makan. Saya hanya melihat anak buah saya itu sambil membaca Kunci Ilmu Hikmah dan kemudian saya dikurniakan ilham untuk merawatnya dengan beras. Terdapat kaedah tertentu yang saya lakukan dan dengan sekali rawatan menggunakan beras ditambah keadah rawatan rahmaniah, anak buah saya itu kembali sihat, boleh makan, ketawa, badannya tidak panas lagi, dan tidak menangis lagi, Alhamdulillah. Saya diberitahu anak buah saya ini telah dibawa jumpa pawang dan orang yang pandai-pandai tetapi hasilnya tidak ada langsung. Saya bersyukur kepada Allah kerana terbukti pengamalan ilmu yang diajar secara berdepan ini telah dapat membantu kehidupan saya sehari-hari. Nasihat saya kembalilah kepada kaedah perubatan Islam yang sebenar dan hindarilah perbuatan yang meragukan dan mensyrikkan Allah dalam mencari ikhtiar perubatan. - Mohd, dari Muar Johor.
Admin Perubatan Rahmaniah : Jadi kami persilakan anda untuk mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah drp kami secara khusus dan berdepan. Pengajaran dan pembelajaran ilmu hikmah bukan secara dalam internet. Tetapi berlaku secara empat mata dimana guru akan mengajar anda bagaimana utk mempraktiskan keilmuan ini. Anda akan melalui proses demi proses dalam menerapkan keilmuan ini ke dalam jiwa anda bukan semata-mata memberi ijazah sahaja. Lebih daripada itu kami membuka pengajian sepanjang masa dan tidak dibiarkan sendirian dengan syarat terus menghubungi kami sama ada melalui telefonemel dan pertemuan yang dirancang. Insya Allah tujuan Gemblengan Ilmu Hikmah ini adalah untuk membanteras keilmuan syirik dan meramaikan pengamal perubatan Islam dan muslim yang sejati sekaligus menyediakan masyarakat perkhidmatan rawatan Islam dan hikmah yang bersih dan murni terhindar daripada perbuatan syirik yang besar dosanya di sisi Allah. Segera hantarkan permohonan anda ke rahmaniah999@gmail.com kami akan segera membalasnya. Hanya untuk tujuan yang baik sahaja.
Admin Perubatan Rahmaniah : Jadi kami persilakan anda untuk mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah drp kami secara khusus dan berdepan. Pengajaran dan pembelajaran ilmu hikmah bukan secara dalam internet. Tetapi berlaku secara empat mata dimana guru akan mengajar anda bagaimana utk mempraktiskan keilmuan ini. Anda akan melalui proses demi proses dalam menerapkan keilmuan ini ke dalam jiwa anda bukan semata-mata memberi ijazah sahaja. Lebih daripada itu kami membuka pengajian sepanjang masa dan tidak dibiarkan sendirian dengan syarat terus menghubungi kami sama ada melalui telefonemel dan pertemuan yang dirancang. Insya Allah tujuan Gemblengan Ilmu Hikmah ini adalah untuk membanteras keilmuan syirik dan meramaikan pengamal perubatan Islam dan muslim yang sejati sekaligus menyediakan masyarakat perkhidmatan rawatan Islam dan hikmah yang bersih dan murni terhindar daripada perbuatan syirik yang besar dosanya di sisi Allah. Segera hantarkan permohonan anda ke rahmaniah999@gmail.com kami akan segera membalasnya. Hanya untuk tujuan yang baik sahaja.
Rabu, 13 Mac 2013
Ilmu Hikmah bukan sihir
Assalammualaikum. Ilmu Hikmah bukanlah sihir. Di sini kami tidak mengajar calon pelajar untuk membuat tangkal, membuat syirik, melakon ritual tertentu, berdamping dengan khodam, bersilat tanpa belajar. Semuanya tidak termasuk dalam Ilmu Hikmah yang kami bimbing.
Ilmu Hikmah dalam tafsiran kami berbeza dengan tafsiran umum dan banyak di media internet. Ramai orang yang mengklaim dia belajar dan mengajar Ilmu Hikmah tetapi sebenarnya dia mengajar sihir. Ada yang sekadar mengabil ijazah dimana-mana dan ada yang terus jadi guru segera dan membimbing murid tanpa pengalaman sendiri. Jadi ia hanya menfotokopi risalah keilmuan bukannya membimbing.
Lebih jauh lagi yang sekadar membaca di sana sini kemudian membuat rumusan sendiri. Mengatakan ilmu hikmah sesat, bidaah dan segala macam. Kami bukan termasuk dalam golongan sedemikian kerana di sini kami mengembleng calon pelajar Ilmu Hikmah dengan sebenar-benarnya tanpa sihir, trick, sekadar mengambil keuntungan duniawi dan lain-lain.
Terbukti hasil gemblengan kami ramai pelajar Ilmu Hikmah mendapat manfaat besar hingga berhasil dalam kehidupan masing-masing. Sebab itu ada yang belajar Ilmu Hikmah terdiri daripada
Perawat Islam yang sudah belajar Rukyah Syariyyah dan mempraktikkannya dalam amalan pengubatan Islam lalu menambah ilmu di dada dengan Program Gemblengan Ilmu Hikmah di sini.
Petani yang mempunyai haiwan ternakan kemudiannya mempraktikkan hingga haiwan ternakan yang sering sakit kini sembuh bahkan sihat dengan izin Allah Maha Kuasa.
Pesilat Ilmu Kebatinan yang mengalami kesan panas, bahang, dan sebagainya lalu mengikuti program kami hingga kesemua kesan itu hilang digantikan dengan kekusyukan ibadah dan ketenangan batin.
Pendosa yang berdosa kemudian mencari arah tujuan hidup kemudian dengan mengikuti program kami kembali ke jalan lurus dengan izin Allah jua.
Pesakit yang menderita segala sakit zahir dan batin kemudian beransur sembuh dan sihat selepas mengikuti program kami.
Dan banyak lagi…tidak terkira kategori jenis latar belakang dan masalah calon pelajar ilmu hikmah yang mengikuti program kami dan mendapat hasil memuaskan.
Semuanya berlaku atas izin Allah Ta’ala jua. Dialah Maha pemberi Dialah Maha Pemberi Rahmat Dialah Maha Pemberi Cahaya dan Dialah Maha Pemberi Petunjuk.
Untuk mengikuti Program Gemblengan Ilmu Hikmah yang asli lagi selamat suci dan murni ini sila hantarkan permohonan ke emel
rahmaniah999@gmail.com
atau telefon terus ke nombor 0136421228
Ilmu Hikmah dalam tafsiran kami berbeza dengan tafsiran umum dan banyak di media internet. Ramai orang yang mengklaim dia belajar dan mengajar Ilmu Hikmah tetapi sebenarnya dia mengajar sihir. Ada yang sekadar mengabil ijazah dimana-mana dan ada yang terus jadi guru segera dan membimbing murid tanpa pengalaman sendiri. Jadi ia hanya menfotokopi risalah keilmuan bukannya membimbing.
Lebih jauh lagi yang sekadar membaca di sana sini kemudian membuat rumusan sendiri. Mengatakan ilmu hikmah sesat, bidaah dan segala macam. Kami bukan termasuk dalam golongan sedemikian kerana di sini kami mengembleng calon pelajar Ilmu Hikmah dengan sebenar-benarnya tanpa sihir, trick, sekadar mengambil keuntungan duniawi dan lain-lain.
Terbukti hasil gemblengan kami ramai pelajar Ilmu Hikmah mendapat manfaat besar hingga berhasil dalam kehidupan masing-masing. Sebab itu ada yang belajar Ilmu Hikmah terdiri daripada
Perawat Islam yang sudah belajar Rukyah Syariyyah dan mempraktikkannya dalam amalan pengubatan Islam lalu menambah ilmu di dada dengan Program Gemblengan Ilmu Hikmah di sini.
Petani yang mempunyai haiwan ternakan kemudiannya mempraktikkan hingga haiwan ternakan yang sering sakit kini sembuh bahkan sihat dengan izin Allah Maha Kuasa.
Pesilat Ilmu Kebatinan yang mengalami kesan panas, bahang, dan sebagainya lalu mengikuti program kami hingga kesemua kesan itu hilang digantikan dengan kekusyukan ibadah dan ketenangan batin.
Pendosa yang berdosa kemudian mencari arah tujuan hidup kemudian dengan mengikuti program kami kembali ke jalan lurus dengan izin Allah jua.
Pesakit yang menderita segala sakit zahir dan batin kemudian beransur sembuh dan sihat selepas mengikuti program kami.
Dan banyak lagi…tidak terkira kategori jenis latar belakang dan masalah calon pelajar ilmu hikmah yang mengikuti program kami dan mendapat hasil memuaskan.
Semuanya berlaku atas izin Allah Ta’ala jua. Dialah Maha pemberi Dialah Maha Pemberi Rahmat Dialah Maha Pemberi Cahaya dan Dialah Maha Pemberi Petunjuk.
Untuk mengikuti Program Gemblengan Ilmu Hikmah yang asli lagi selamat suci dan murni ini sila hantarkan permohonan ke emel
rahmaniah999@gmail.com
atau telefon terus ke nombor 0136421228
Khamis, 5 April 2012
Lagi-lagi khodam
Salam. Khodam juga boleh hadir sbg bentuk saka baka keturunan. Datang dalam pelbagai cara seperti melalui mimpi. Kalau mimpi dapat anak itu salah satu sahaja tanda dapat saka. Sebenarnya banyak lagi. Sebagaimana yang tadi saya dihubungi seorang wanita memberitahu dia boleh mengurut sejak dia bermimpi seorang lelaki tua berjubah dan berseban putih hadir dalam mimpi dan menyuruh dia bangun malam setiap jam 3.00 pagi. Solat tahajud itu bagus kalau kita terbangun dengan sendiri atau tidak melalui apa-apa mimpi. Namun apabila datang melalui mimpi ia tidak bagus bukan kerana solat tahajud itu tidak bagus; tetapi dikhuatiri kita bersolat kerana suruhan orang tua berjubah dalam mimpi tersebut. Kalau kita nak solat juga buatlah tetapi tanamkan iktikad bahawa ' aku solat kerana Allah bukan kerana sesiapapun jua termasuk yang menjelma dalam mimpi aku.' Sebab itu dalam setiap amalan ikhlas amat penting dan jika ia diselit sesuatu yang lain maka disitulah tipudaya jin iblis boleh berlaku.
Khodam saka lebih 'hebat' daripada khodam belajar. Kalau melalui belajar biasanya nak dapat khodam paling power dengan membayar lagi lebih. Itu sahaja sebenarnya rahsianya. Khodam saka ini ada terdiri daripada jin muslim. Walau mereka muslim mereka tetap salah dan berdosa kerana mendampingi manusia dengan syarat begitu. Siapa jin nak suruh kita ibadah kepada Allah? Hanya Allah melalui tunjuk ajar Rasulullah sahaja kita buat ibadah itu.
Biasanya kalau kita buat ibadah kerana suruhan jin walau kita berusaha buat kerana Allah namun kerana kita belum mencapai iman tahap ehsan dan ikhlas lagi maka mudah saja hati kita diserongkan sedikit demi sedikit. Mudah saja mahu mengesan bila ibadah kita hanya sampai kepada jin bukan kepada Allah. Antaranya kita dapat belajar sesuatu daripada jin tersebut biasanya ilmu perubatanlah. Jadi orang yang pandai mengurut, mengubat bersilat dan tahu hal kebatinan.
Mengurut, ubat, dan hal kebatinan bukanlah salah sebenarnya yang salah ialah campur tangan jin dan syaitan tersebutlah yang salahnya. Salah lagi bila kita sendiri buat dono saja membiarkan perkara ini berterusan dan menjadi sebahagian daripada hidup kita. Lalu kita rasa seronok dalam diam mendapat ilmu, mengubat, dapat barang mistik daripada alam ghaib. Masya Allah quwwata illa billah.
Saya tidak libatkan semua dan menghukum sesiapa tetapi cukuplah saya tegaskan di rahmaniah kami tidak sesekali berbuat perkara demikian. Berdasarkan pemerhatian dan penelitian kita dapati perkara sebegini berleluasa berlaku dalam masyarakat kita. Bagaimana dengan iman kita akidah kita kalau perkara begini dibiarkan berlanjutan dalam kehidupan kita?
Khodam juga boleh hadir melalui senjata lama, barang pusaka. Kalau jenis jahat lagi kafir biasanya dia akan menyebabkan perumahnya atau calon perumah atau penjaganya diganggu seribu satu macam gangguan apatah lagi semakin kuta berubat dan beribadah ikhlas kepada allah makin keras gangguanya. Jadi disini si pesakit perlukan bantuan perawat Islam untuk membantunya. Carilah perawat Islam yang mahir kedua-dua aspek iaitu aspek rukyah dan tradisional dengan latarbelakang tauhid yang kukuh bukan sekadar sijil dan kepopularan semata-mata. Yang ada sijil dan popular pun banyak yang berniaga sahaja dan ada sesetengahnya menipu pesakit. Semoga dihindarkan.
*Syukur dala silibus ilmu hikmah perubatan tiada unsur demikian, tiada khodam dan tiada trick penipuan dll. Belajar daripada ahli insya Allah tak rugi. Hubungi terus ke rahmaniah999@gmail.com
Selasa, 14 Disember 2010
Siapa yang Bathil?
Salam.
Ilmu kadangkala betul. Beramal dengan wirid yang sahih dan ayat Al Quran. Namun yang menjadikan amalan dalam ilmu tersebut (tidak kiralah walau dengan apa nama sekalipun)menjadi bathil ialah
1. Guru itu sendiri yang telah belajar merata-rata sehingga didampingi oleh banyak jin dan juga kekeliruan yang terbit kerana diri sendiri terhadap hakikat ilmu.
2. Niat sudah salah atau bathil seperti niat nak dapatkan kekuatan/kehebatan/ dll. Sedangkan niat hanya kerana Allah hanyasanya DOA sahaja boleh berbagai-bagai NAMUN tetap mempunyai adab dan tatasusilanya yang tersendiri bukan main hentam semberono sahaja.
Maksud saya ilmu yang betul atau haq ialah ilmu yang tidak bercampur dengan amalan syirik. Namun pengamalan ilmu yang haq tidak menjamin waridnya juga suatu yang haq jika kaedah pengamalannya diselaputi kebathilan.
Saya dengan izin dan rahmat Allah, sudah beberapa kali merawat pesakit yang mengalami keadaan di atas. Paling ketara yang belajar ilmu silat yang telah melepasi tahap tinggi kononnya sehingga sudah pergi bertapa, didatangi mimpi, diberi barang tertentu dari alam ghaib, dan ada pula yang pula 'bertukar' menjadi macan atau harimau menderam-deram apabila 'diperlukan'. Walhal apa yang mereka amal tetap Ayat Suci Al Quran dan zikir sunnah.
Kesan paling minimum akibat gejala di atas ialah
-Panas baran
-berat dada
-didatangi mimpi pelik cthnya berguru dengan harimau dll
-cepat marah/mengamuk/ beradu tenaga
-susah hati
Kesan sederhana berat
-sempit rezeki, dia anggap macam ada sihir tetapi bukan sihir
-tidak boleh solat atau amat terganggu solatnya
-sakit pada mana-mana anggota tubuh, sakit fizikal tetapi bila discan dengan mendalam dengan izinNya dapat dilihat ada gangguan jin etc
Kesan berat
-gila
-mengamuk/membunuh orang
-bunuh diri
Alhamdulillah, dengan izin, rahmat dan redhoNya Allah ta'ala, maka dengan ini saya telah berjaya merawat beberapa kes demikian sehinggalah mereka kembali merasai ketenangan dan segala ilmu bathil yang ada dalam dada dapat di kosongkan dengan cara yang haq bukan syok sendiri sahaja.
Ada ilmu kependekaran ini bahagiannya untuk mengosongkan ilmu orang. Sebenarnya bukan mengosongkan ilmu tetapi mengosongkan tenaga seseorang. Tenaga itu pun bersumberkan kekuatan ghaib jin dan sekutunya.
Sebenarnya mengosongkan ilmu dengan kaedah yang haq (merawat kesan-kesan seperti dinyatakan di atas) dengan tujuan yang haq (kerana Allah ta'ala agar kembali mendapat mahgfirah dan rahmatNya) itu bukan perkara mudah atau dapat dilakukan oleh semua orang.
Dengan izin Allah, saya ada kaedah untuk melakukannya, dengan rahmat Allah beberapa orang yang saya rawat telah pulih lebih tenang serta khusyuk ibadah kerana Allah.
Rumusannya begini
-Jika saudara merasakan ilmu batin/hikmah/silat/ghaib yang saudara ambil itu ilmu yang haq yang Allah rahmati dan Allah redhoi, maka saudara pasti akan bertambah ketaqwaan dan semakin dekat dengan Allah semakin merasakan diri ini tiada apa-apa. Namun kalau sebaliknya khususnya menerima kesan yang saya senaraikan di atas maka sudah cukup menyatakan saudara perlu datang berjumpa dengan sesiapa juga hamba Allah yang diberikan rahmat oleh Allah ta'ala untuk berbincang dan mengetahui serta membuang dengan kaedah yang haq juga.
Insya Allah bagi sesiapa yang ada tahu serta mendapat tahu ada sahabat, saudara yang terlibat dalam perkara begini boleh berikhtiar dengan saya.
bukan kuasa saya, tetapi kuasa Allah
bukan ikhtiar saya, tetapi ikhtiar Allah
bukan gerak saya, tetapi gerak Allah
-Kasyaful Asrar-
Khamis, 9 Disember 2010
Perbezaan antara ilmu yang dirahmati dan ilmu yang tidak dirahmatiNya
Salam Khamis yang dingin namun tetap penuh rahmat bagi yang dirahmatiNya. Beberapa hari lepas saya agak sibuk sedikit kerana beberapa pelajar datang kepada saya menyatakan hasrat mahu belajar ilmu hikmah dengan saya. Kedatangan mereka sudah pasti dengan temujanji. Untuk makluman pembaca, saya tidak menganjurkan sebarang kursus rawatan Islam. Format pembelajaran tidak menggunakan kaedah kursus sebaliknya menggunakan kaedah temujanji secara individu. Tujuan saya membimbing dan mengembleng secara individu ialah bagi memastikan proses pengisian ilmu hikmah yang hak itu berjalan dengan sewajarnya. Justeru tidak hairanlah mereka yang menerima pengisian ilmu hikmah daripada saya, merasakan sekurang-kurangnya HATI SANGAT TENANG dan BADAN AMAT RINGAN serta MUDAH SANGAT UNTUK BERIBADAH DAN BERWIRID yang sebelum ini perkara demikian amat sukar dilakukan.
Berikut saya perturunkan beberapa sms yang saya tulis semula di blog ini bagi tatapan pembaca:
Salam, dahulu sebelum belajar hati saya liar dan berbuat dosa. Tapi selepas belajar dengan Tuan Tabib Mohd Ali, syukur alhamdulillah. Hati jadi TENANG dan JINAK mengingati Allah Ta'ala.-Yusof, Sarawak-
Salam. Susah untuk saya gambarkan dalam bentuk perkataan apa yang saya rasa dan alami sewaktu proses pembelajaran dengan Tabib Ali. Ia mungkin mengundang fitnah dan tafsiran yang pelbagai. Tak semua orang alami apa yang saya alami. Setiap pengalaman PASTI berbeza. Ia juga bergantung kepada KEYAKINAN kita kepada Allah Ta'ala. Rasai sendiri dan bulatkan hati kita semata-mata mengharapkan LIMPAHAN RAHMAT dari Allah bukannyamengharapkan KEHEBATAN. Itu pesan Tuan Tabib bagi meraih kesan yang optimum daripada ilmu hikmah yang di isikan beliau.-Erry, Puchong-
Salam. Penyusian rohaniah dan pengisian ilmu hikmah sangat berkesan kepada saya sehingga ibadah saya bertambah KHUSYUK dan BERTAKARRUB kepada Allah.-Saufi, Bangi-.
Salam perubahan. Saya datang kepada Tabib Ali untuk mengadu masalah diri saya yang selalu mengalami ketidakstabilan emosi dan berfikiran negatif. Semasa discan oleh Tuan Tabib saya mempunyai masalah SAKA keturunan yang agak serius sehingga mepengaruhi tabiat dan emosi saya saban hari. Selepas diubati oleh Tuan Tabib Ali, rasa tenang dan lapang yang LUAR BIASA...menurut Tuan Tabib, itu semua hanyalah LIMPAHAN RAHMAT ALLAH dan KEIZINANNYA semata-mata...amalan yang diberikan adalah amalan yang disunnahkan..Insya ALlah tuan tabib boleh membantu bagi sesiapa yang memerlukan..-Mas Jurakai, Kuala Lumpur-.
Itu merupakan sebahagian daripada testimoni sama ada dari murid dan pesakit saya dalam bulan lepas dan awal bulan ini. Keempat-empat mereka ini mempunyai kemampuan untuk SCAN pandangan batin dan apabila menerima rawatan dan pengisian ilmu daripada saya, langsung mata batin mereka bagai dibekalkan oleh minyak dan kanta mata itu dibersihkan sejernih-jernihnya.
Sewaktu saya memulakan zikir semestinya kerana Allah semata-mata, mereka semuanya menyaksikan cahaya putih yang amat indah, bersilauan, dan damai dan 3 drpnya yang mempunyai saka keturunan telah mentrace saka tersebut. Ada yang terlalu banyak 'dibukakan ' skrin padanya. Sehingga tak tahu pada shot mana harus ditumpukan. Ada yang sekadar melihat makhluk yang mendampinginya selama ini.
Semuanya dgn rahmat Allah. Dengan mudah sahaja mereka dapat melihat dengan 'mata dalam' hakikat saka yang mendampingi atau yang ada pada jalur keturunan mereka walau sudah beratus tahun Allahuakhbar!
Dan mereka bukan sekadar melihat kewujudan saka tersebut MALAH mereka menyaksikan bagaimana JALUR SAKA itu diputuskan, atau SAKA yang ADA PADA MEREKA ITU DIHAPUSKAN. Semuanya dengan izin, rahmat dan Redho Allah semata-mata.
Ada murid saya yang lain, ini ada yang belajar ilmu sudah merata ceruk sehingga menerima selempang merah dan juga jin-jin yang membuatkan dadanya panas, baran, marah dan lain-lain. Sebenarnya bukan dia seorang sahaja alami keadaan demikian malah ramai lagi pesilat yang tahap-tahap tinggi mengalami siptom demikian. Panas baran, tidak dapat kawla emosi, selalu hendak bergaduh, lebih teruk gagal solat, puasa tetapi RAJIN BERWIRID. Dalam pengajian ilmu hikmah di bawah bimbingan saya SOLAT tetap SOLAT. DOA TETAP DOA. Bangun MALAM tetap BANGUN MALAM. Semuanya perintah dan sunnah nabi yang wajib diikuti agar kehidupan kita ini dirahmatiNya. Apabila kehidupan kita di rahmati Allah pasti jiwa jadi tenang. Lapang dada. Dilimpahkan rezeki mencurah. Namun ramai yang datang mahu mengubat dengan saya, mengaku sudah belajar 'tinggi-tinggi', namun tetap juga rasa kosong hakikat dan makna kehidupan dan menjadi hamba dan khalifatul ardh di muka bumi Allah ini. Justeru dimanakah rahmat pada dirinya?Bacaan boleh jadi sama iaitu tetap Fatihah juga. Tetap Ayatul Kursi juga. Namun ia tetap ironi dengan keadaannya yang sepatutnya dialmi oleh diri itu.
Justeru proses belajar dan menerima bimbingan dengan saya bersifat personal touch dan couching. Tidak ada bersifat hamburan nota dan hamburan ceramah 8 jam seharian suntuk yang sebenarnya boleh terus didapati dalam buku/cetakan
Kerana itu BUKAN TUJUAN utama saya mengisi ilmu hikmah dan membimbing murid bertujuan hendak scan dan lain-lain. Tetapi NIAT itu diawal2 lagi dibetulkan. Hanya kerana Allah. Pasrahkan saja kepada Allah yang Maha Esa lagi Maha Kuasa. Biarlah Dia yang menentukan yang terbaik untuk kita. Bukankah Allah pencipta kita?Dia pasti Lebih Tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Itulah format pembelajaran IHNM. Sebab itulah kesan nyata dan langsung dialami murid dan pelajar saya yang mengikuti pedoman mudah yang saya berikan semasa proses rawatan dan proses belajar.
Apalah sangat jika dapat menyaksikan cahaya sewaktu mata terpejam semasa proses rawatan dan proses pengisian ilmu dilakukan jika hendak dibandingkan Allah mencipta lautan tanpa kapak korek, langit tanpa tiang dan bulan dan bintang-bintang tetap teguh berada di tempat masing-masing mengikut putaran alam.
8 Disember 2010
Isnin, 15 November 2010
Beramal dengan rukyah syar'iyyah tetapi jiwa terus kosong!
Baru-baru ini saya dihubungi oleh seorang perawat Islam yang menggunakan rukyah syariyyah sebagai kaedah pengubatannya.
Beliau dengan berbesar hati menyatakan mahu belajar sesuatu dengan saya setelah membaca blog ini dan bersungguh-sungguh menyatakan maksudnya. Saya termenung seketika, kerana ilmu sebenar-benar ilmu tidak lain adalah ilmu untuk mendekatkan diri kepada Allah dna menjadi hamba yang tulus ikhlas ketika mengadapnya.
Maka timbul persoalan di sini. Mengapakah beliau yang sudah bertahun-tahun mengamalkan rukyah syar'iyyah yang diambil ijazah daripada ustaz terkenal yang menerima ijazah rukyah daripada Syeikh Abdul Wahid Salam Bali dan merawat pelbagai kes gangguan yang berat-berat masih merasa kekosongan jiwa?
Beliau juga menyatakan malah terdapat pesakit ustaz alias gurunya tersebut yang datang kepadanya, kemudian dirawatnya dan pesakit tersebut sembuh dengan izin Allah.
Namun mengapakah merasai jiwanya masih kosong?
Sampailah suatu ketika, perasaan kekosongan itu menghambat dirinya. Suatu yang terbalik apabila pesakit yang berat-berat kes gangguan dapat dirawatnya dengan baik dan tidak kurang pesakit yang minta nasihat rohaniah dapat diberikan dengan baik, NAMUN dengan dirinya sendiri dia gagal dapat memenuhi jiwanya sendiri! Dan beliau telah menutup perkhidmatannya walaupun ramai yang mahu berubat dengannya!
Saya pun nyatakanlah diagnosis saya tidak lama selepas itu.
Pertama, apakah tujuan kita menuntut ilmu?
Kedua, siapakah guru yang kita terima ijazah atau pengisian ilmu daripadanya?
Keempat, apakah benar tauhid dan niat kita sewaktu membaca Ayat Al Quran dalam sesi pengubatan?
Keempat-empat soalan ini sebenarnya saling berkait rapat antara satu sama lain. Katakan dalam kes ini, beliau menuntut ilmu rawatan gangguan makhluk halus berdasarkan keterujaan beliau terhadap kesan rawatan perawat lain yang guna kaedah yang sama. Lantas daripada itulah beliau secara tak sedar atau disedari berniat dan melangkah mencari ilmu demikian.
Apabila dipilih guru tersebut, dia menerima segala ajaran guru, bersalam dan diisi guru tersebut dengan amalan guru maka beramallah murid tersebut sebagaimana gurunya beramal. Walaupun beliau tidak sedar apakah kaedah ijazah dan pengisian ilmu betul atau tidak, tidak dapat dipastikan asal sahaja dia menerima ilmu.
Apabila dia merawat, dia pasang niat dari awal lagi. Ayat ini sekian-sekian. Oleh kerana niat awal menuntut ilmu sudah demikian ditambah dengan kelemahan pegangan tauhid maka beliau pun bersungguh-sungguh membaca AQ berdasarkan niat sangat khsusus. Misal kata kalau dia baca ayat 1 tidak menjadi dia anggap ayat 1 tidak berkesan lantas dipilihnya ayat 2. Apabila ayat 2 tak berkesan dia pilih ayat lain pula.
Katankanlah seluruh ayat yang dihafalnya tidak berkesan maka dia berputus asa dan menghentikan rawatan!
Maka inilah kesan akibat bertuhankan ayat.
Sebenarnya jika mahu elak perkara demikian ia ada dua cara. Pertama fahamkan dulu apa itu tauhid dan kebergantungan kita kepada Allah dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Kedua mengikut kaedah beramal yang betul yakni betulkan niat beribadah atau membaca semata kerana Allah.
Timbul perasaan sangsi, eh kalau niat kerana Allah sahaja maka "tidak menjadilah ayat ini..misal kata ayat 1 ini untuk api..maka kita tidak niat jadi api..maka tak jadilah api...jadi bacaan biasa sahaja.." Ayat ini lahir daripada pemahaman yang salah terhadap Kalamullah dan juga kaedah ibadah yang benar.
Sepatutnya beliau mesti faham setiap bacaan dan wirid kita WAJIBLAH semata-mata kerana Allah. Melahirkan rasa tuntas tulus ikhlas kepada Allah memang payah. Maka ia perlukan riyadoh atau latihan ruhaniah. Dalam riyadoh ada wirid, doa dan ayat al quran. Maka semua sekali amalan ini didahulukan dengan niat semata-mata kerana menuntut redho dan rahmat Allah ta'ala.
Dan inilah kaedah perubatan rahmaniah.
*Saya menawarkan pengajian Ilmu Hikmah Nur Makrifah. Ilmu hikmah terdiri daripada Ayat Al Quran, wirid, zikir dan doa tertentu yang diwarisi daripada para ulamak ilmu hikmah yang asli. Nur Makrifah bermaksud cahaya yang memberikan pengenalan kepada Allah. Setiap lelaku dan kaedah dalam Ilmu Hikmah Nur Makrifah bersumberkan kefahaman yang jelas tentang sifat, zat dan af'al Allah ta'ala. Apabila tauhid sudah mantap atau kefahaman sudah diperolehi (tidak lama pun untuk mengetahuinya bukan mengaji secara akademik tetapi langsung dipancarkan ke dalam hati nurani murid) baharulah segala gerak kerja mencapai sasaran yang diingini. IHNM bukan untuk mereka yang malas, mahu cuba-cuba dan sebagainya. Khusus untuk yang serius sahaja. IHNM merupakan pakej yang lengkap dan pemahaman yang jelas tidak sama sama sekali dengan kursus rawatan Islam yang berlambak di luar sana. Setakat ini sudah ada beberapa orang murid dan bakal murid mahu mempelajarinya. Suatu gabungan ilmu hikmah yang dimulai dengan penyucian wadah, roh dan semangat murid, pemancaran nur makrifah dan pengamalan ilmu hikmah asli yang dipantau dari semasa ke semasa. Berhubung segera kerana saya tidak meletakkan pengajian IHNM ini di iklan di mana-mana khusus bagi pembaca blog saya ini sahaja.
*Ya Allah, dengan izin, redo dan rahmatMu hamba memohon, bukakanlah hati bagi pembaca entri ini untuk memahami dan mengerti akan tulisan ku ini masuk ke dalam hati sanubari mereka. Ya Allah kuatkanlah hasrat hati mereka untuk mencari dan menemui ilmu yang haq serta menolak ilmu yang bathil yang ada dalam diri mereka. Ya Allah selamatkanlah kami semua daripada tipudaya syaitan dan nafsu jahat yang ada pada diri kami sendiri sehingga kami buta, tuli dan pekak untuk mencari rahmat dan keredhoanMu. Ya Allah bukakanlah, kuatkanlah dan permudahkanlah bagi setiap pembaca entri ini sama ada yang sedang mencari kebenaran dalam ilmu yang telah dituntut ataupun bagi pembaca entri yang sedang mencari ilmu hikmah yang haq untuk menemui ilmu hikmah yang haq yang muktamad yang memenuhi hati nurani mereka sehingga merasa bercukupan dan bersyukur di atas limpah kurnia rezeki dan rahmatMu Ya Allah. Birohmatika Ya Ar haman rahimin.
Amin Ya rabbal alamin.
Jumaat, 5 November 2010
Sihir Satu Keluarga
![]() |
| Teknik rahmaniah dalam memusnahkan saka, sihir, santau, teluh, guna-guna secara jarak jauh. Maaf ini bukan ayat iklan. Rasai sendiri perbezaannya dan buktikan. |
Kes sihir satu keluarga memang sejenis sihir bagi memusnahkan kehidupan satu ikatan perkahwinan dan kekeluargaan. Ini memang sihir paling jahat dalam kes sihir pemisah. Bukan setrakat pembenci malah penyakit turut ditaburkan kepada anggota keluarga.
Sama ada sakit hati dan sakit fizikal. Saya menerima aduan daripada seorang pesakit jauh di tanah Borneo. Kehidupannya si suami sudah tidak lagi tenteram. Agak lama mereka, suami isteri, berpisah bumbung dan bilik. Saban hari makan hati berulam jantung.
Anak tinggi suara. Anak benci melihat muka bapa. Anak 'menentang' bapa dalam segala hal walaupun hal remeh. Antara saudara sedarah pula berlaku pergaduhan walau hal remeh temeh.
Yang si suami pula kena sakit semacam resdung. Gatal habis satu muka dan satu badan. Menjalar-jalar rasanya 'sesuatu' di bwah kulit. Dada sentioasa berdebar menjelang senja.
Rasa putus asa dan rasa hendak mati berkunjungan. Dengan izin Allah, si suami menghubungi saya menyatakan masalahnya melalui telefon.
Saya terima dengan hati terbuka. Masa perawatan jarak jauh pun di setkan tarikh dan masanya. Kira-kira lagi dua minggu. Dalam tempoh itu jugalah saya menerima serangan-serangan jin sihir yang sudah semestinya dengan izin Allah sudah tahu apa yang kami cakapkan dan rancangan kami.
Maka saya pun mohonlah bantuannya sehingga suatu hari tiada langsung jin sihir berani ganggu saya.
Dan 24 jam sebelum rawatan, si suami telefon anak-anaknya telah ikut kak ipar tidur di rumah kak ipar atas arahan isterinya.
Rancangan rawatan saya ialah dengan si suami dan anak-anaknya yang bermsalah itu duduk di dalam sebuh bilik dengan air zam-zam berada di depan si suami.
Supaya mudah saya 'tembak' dan 'membersihkan' diri mereka daripada jin dan pengaruh sihir. Tetappi nampaknya si tukang sihir sudah tahu bahawa perancangan saya insya Allah dengan redho Allah jika berjalan dengan semestinya maka dalam tempoh hari itu juga sihir dapat dibasmi dan si tukang sihir dapat ditewaskan.
Saya menyruh si suami bersabar. Dan pada malam ini diharapkan ia berjalan dengan baik dan lancar. Saya akan 'laporkan' pengalaman saya di blog ini.
*Ini belum lagi kes sihir penunduk di tanah Borneo juga yang saya terima dalam selang beberapa hari selepas itu. Saya terima sahaja kes sihir walaupun kes berat sekalipun. Bagi saya tiada beratnya bagi Allah sesuatu yang berat dan tiada ringannya sesuatu perkara yang Allah telah beratkan. Sebagai perawat, keyakinan kepada Allah wajib total jangan berbelah bahagi.
Langgan:
Ulasan (Atom)
Program / Kursus MEGA Super Spiritual
Program Gemblengan MEGA Super Spiritual - “Zero to Hero” “Apabila disebut spiritual bukan semata-mata pengubatan bahkan melibatkan hubungan...
-
Asssalammualaikum. Kita memohon perlindungan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (As-Sami' ul Alimu) daripada gangguan dan bi...
-
Gemblengan Lengkap Buka Mata Batin,Terawangan,Teropong,Raga Sukma dan Meneroka Alam Ghaib Assalammualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh...
-
Assalammualaikum Dalam beberapa tahun ini pasti kita pernah mendengar gangguan jin yang bersifat nyata seperti tiba-tiba muncul api di rum...
