Khamis, 4 April 2013

Pengalaman Belajar Ilmu Hikmah 4

Assalammualaikum.  Saya telah diminta oleh kakak ipar saya untuk merawat anaknya yang sedang demam. Sudah beberapa bulan anak buah saya itu tidak mahu makan. Suka menangis di tengah senja dan malam. Badannya sentiasa panas. Muntah-muntah selepas makan. Saya hanya melihat anak buah saya itu sambil membaca Kunci Ilmu Hikmah dan kemudian saya dikurniakan ilham untuk merawatnya dengan beras. Terdapat kaedah tertentu yang saya lakukan dan dengan sekali rawatan menggunakan beras ditambah keadah rawatan rahmaniah,  anak buah saya itu kembali sihat, boleh makan, ketawa, badannya tidak panas lagi, dan tidak menangis lagi, Alhamdulillah. Saya diberitahu anak buah saya ini telah dibawa jumpa pawang dan orang yang pandai-pandai tetapi hasilnya tidak ada langsung. Saya bersyukur kepada Allah kerana terbukti pengamalan ilmu yang diajar secara berdepan ini telah dapat membantu kehidupan saya sehari-hari. Nasihat saya kembalilah kepada kaedah perubatan Islam yang sebenar dan hindarilah perbuatan yang meragukan dan mensyrikkan Allah dalam mencari ikhtiar perubatan. - Mohd, dari Muar Johor.

Admin Perubatan Rahmaniah : Jadi kami persilakan anda untuk mengikuti Gemblengan Ilmu Hikmah drp kami secara khusus dan berdepan. Pengajaran dan pembelajaran ilmu hikmah bukan secara dalam internet. Tetapi berlaku secara empat mata dimana guru akan mengajar anda bagaimana utk mempraktiskan keilmuan ini. Anda akan melalui proses demi proses dalam menerapkan keilmuan ini ke dalam jiwa anda bukan semata-mata memberi ijazah sahaja. Lebih daripada itu kami membuka pengajian sepanjang masa dan tidak dibiarkan sendirian dengan syarat terus menghubungi kami sama ada melalui telefonemel dan pertemuan yang dirancang. Insya Allah tujuan Gemblengan Ilmu Hikmah ini adalah untuk membanteras keilmuan syirik dan meramaikan pengamal perubatan Islam dan muslim yang sejati sekaligus menyediakan masyarakat perkhidmatan rawatan Islam dan hikmah yang bersih dan murni terhindar daripada perbuatan syirik yang besar dosanya di sisi Allah. Segera hantarkan permohonan anda ke rahmaniah999@gmail.com kami akan segera membalasnya. Hanya untuk tujuan yang baik sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...