Assalammualaikum.
Setelah berpuasa dan berhari raya kini sudah tibalah masanya untuk GemblenganIlmu Hikmah dibuka yang mana intisariny tauhid meliputi silibus Pengubatan Islam, Alternatif dan Tradisional yang mana telah ditapis dan disaring berdasarkan pengalaman khusus pembimbing.
Untuk panduan calon pelajar terdapat banyak sekali diluar sana kursus perubatan alternatif dan perubatan Islam dijalankan.
Ada yang sekadar copy and paste atau salin dan tampal sahaja. Sebaliknya silibus kami sentiasa dikemaskini dan inilah ciri istimewa gemblengan ditempat kami.
Jika and berminat maka bolehlah pilih opsyen di bawah:
A. Gemblengan Ilmu Hikmah Tingkat Awam. Mahar keilmuan dan bimbingan rm550.00 seorang. Sesuai untuk anda yang mahu mengetahui asas ilmu hikmah, perubatan Islam, amalan berijazah ilmu bermanfaat, mustajab dan mujarrab. Merawat diri, keluarga, rakan terdekat. Benteng diri. Pakaian diri aliran putih al haq. Jumlah peserta setiap sesi maksimum 60 orang diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad.
B. Gemblengan Ilmu Hikmah Tingkat Khusus atau Tinggi. Anda akan digemblengkan dengan 5 keilmuan ampuh + BONUS.Mahar keilmuan dan bimbingan rm2000.00. Sesuai untuk anda yang mahu mengetahui lebih lanjut ilmu hikmah, perubatan Islam, ditambahkan lagi amalan ampuh yang siap terima jadi berijazah, merawat keluarga dan masyarakat luas. Ini sesuai bagi muallij dan perawat yang sudah ada asas dan boleh juga orang awam yang amat berminat boleh juga terus mengikuti pakej ini. Utk 2 orang setiap satu sesi.
C. Gemblengan Ilmu Hikmah Tingkat Khusus lagi Khusus atau Istimewa, Pamungkas segala keilmuan. Anda akan digemblengkan dengan 10 keilmuan ampuh + BONUS ISTIMEWA. Maharnya rm5000.Sesuai untuk calon pelajar yang mahu menguasai keilmuan hikmah hak diri dll. Istimewa bagi yang sudah jenuh belajar di sana sini tapi belum yakin, pasti dll. Sesi ini untuk 1 orang sahaja bagi satu sesi.
D. Gemblengan mengikut kesepakatan mahar dll.Insya Allah.
Semua permohonan belajar boleh diajukan terus ke emel rahmaniah999@gmail.com.
Gemblengan dibuat di Saujana Utama di Selangor. Alamat lengkap boleh rujuk di atas dalam blog ini.Untuk AIDILADHA ada BONUS EXTRA menanti bakal atau calon pelajar.
Ajaklah rakan sahabat anda untuk mengikuti gemblengan daripada kami. Bukan kursus yang biasa.
Rawat Sebelum Lewat. Rawat dengan kaedah yang Selamat dan Kembali Sihat. Dan Allah Berserta Kamu Dimana Saja Kamu Berada. Dan Dia Maha Melihat (Al-Basir) Apa Yang Kalian Lakukan. Surah al-Hadid ayat 4.
Pages
- Laman utama
- Akidah
- Nabi Muhammad s.a.w
- Ruqyah
- Maklumat Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah - Ilmu Hikmah Multifungsi dan Ilmu Pengubatan Islam Tahap Asas hingga Tertinggi
- Testimoni Pelajar Ilmu Hikmah
- Maklumat Rawatan Islam, Tradisional dan Alternatif
- Testimoni Pesakit
- Pustaka Hikmah Maya
- Lokasi kami
- Hubungi
Memaparkan catatan dengan label kursus rawatan islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kursus rawatan islam. Papar semua catatan
Isnin, 2 September 2013
Khamis, 5 April 2012
Lagi-lagi khodam
Salam. Khodam juga boleh hadir sbg bentuk saka baka keturunan. Datang dalam pelbagai cara seperti melalui mimpi. Kalau mimpi dapat anak itu salah satu sahaja tanda dapat saka. Sebenarnya banyak lagi. Sebagaimana yang tadi saya dihubungi seorang wanita memberitahu dia boleh mengurut sejak dia bermimpi seorang lelaki tua berjubah dan berseban putih hadir dalam mimpi dan menyuruh dia bangun malam setiap jam 3.00 pagi. Solat tahajud itu bagus kalau kita terbangun dengan sendiri atau tidak melalui apa-apa mimpi. Namun apabila datang melalui mimpi ia tidak bagus bukan kerana solat tahajud itu tidak bagus; tetapi dikhuatiri kita bersolat kerana suruhan orang tua berjubah dalam mimpi tersebut. Kalau kita nak solat juga buatlah tetapi tanamkan iktikad bahawa ' aku solat kerana Allah bukan kerana sesiapapun jua termasuk yang menjelma dalam mimpi aku.' Sebab itu dalam setiap amalan ikhlas amat penting dan jika ia diselit sesuatu yang lain maka disitulah tipudaya jin iblis boleh berlaku.
Khodam saka lebih 'hebat' daripada khodam belajar. Kalau melalui belajar biasanya nak dapat khodam paling power dengan membayar lagi lebih. Itu sahaja sebenarnya rahsianya. Khodam saka ini ada terdiri daripada jin muslim. Walau mereka muslim mereka tetap salah dan berdosa kerana mendampingi manusia dengan syarat begitu. Siapa jin nak suruh kita ibadah kepada Allah? Hanya Allah melalui tunjuk ajar Rasulullah sahaja kita buat ibadah itu.
Biasanya kalau kita buat ibadah kerana suruhan jin walau kita berusaha buat kerana Allah namun kerana kita belum mencapai iman tahap ehsan dan ikhlas lagi maka mudah saja hati kita diserongkan sedikit demi sedikit. Mudah saja mahu mengesan bila ibadah kita hanya sampai kepada jin bukan kepada Allah. Antaranya kita dapat belajar sesuatu daripada jin tersebut biasanya ilmu perubatanlah. Jadi orang yang pandai mengurut, mengubat bersilat dan tahu hal kebatinan.
Mengurut, ubat, dan hal kebatinan bukanlah salah sebenarnya yang salah ialah campur tangan jin dan syaitan tersebutlah yang salahnya. Salah lagi bila kita sendiri buat dono saja membiarkan perkara ini berterusan dan menjadi sebahagian daripada hidup kita. Lalu kita rasa seronok dalam diam mendapat ilmu, mengubat, dapat barang mistik daripada alam ghaib. Masya Allah quwwata illa billah.
Saya tidak libatkan semua dan menghukum sesiapa tetapi cukuplah saya tegaskan di rahmaniah kami tidak sesekali berbuat perkara demikian. Berdasarkan pemerhatian dan penelitian kita dapati perkara sebegini berleluasa berlaku dalam masyarakat kita. Bagaimana dengan iman kita akidah kita kalau perkara begini dibiarkan berlanjutan dalam kehidupan kita?
Khodam juga boleh hadir melalui senjata lama, barang pusaka. Kalau jenis jahat lagi kafir biasanya dia akan menyebabkan perumahnya atau calon perumah atau penjaganya diganggu seribu satu macam gangguan apatah lagi semakin kuta berubat dan beribadah ikhlas kepada allah makin keras gangguanya. Jadi disini si pesakit perlukan bantuan perawat Islam untuk membantunya. Carilah perawat Islam yang mahir kedua-dua aspek iaitu aspek rukyah dan tradisional dengan latarbelakang tauhid yang kukuh bukan sekadar sijil dan kepopularan semata-mata. Yang ada sijil dan popular pun banyak yang berniaga sahaja dan ada sesetengahnya menipu pesakit. Semoga dihindarkan.
*Syukur dala silibus ilmu hikmah perubatan tiada unsur demikian, tiada khodam dan tiada trick penipuan dll. Belajar daripada ahli insya Allah tak rugi. Hubungi terus ke rahmaniah999@gmail.com
Rabu, 4 April 2012
Kami tidak jual beli Khodam
Salam sejahtera. Perkara membela khodam ini bukanlah perkara asing. Persoalannya kenapa nak pakai khodam?Sungguh menyedihkan. Kononnya diperolehi dengan ritual tertentu dengan membayar mahar tertentu dapatlah satu khodam. Misalnya khodam A utk pengasih, penunduk dll. Khodam B untuk silat, keselamatan dan lain-lain.
Begitulah adanya. Saya sebenarnya tak percaya langsung dengan kemampuan khodam ini. Biarlah kononnya diberi nama gelar yang hebat-hebat seperti Khodam ini namanya Wali Sakti misalnya. Khodam namanya Sosro kononnya. Duduk dalam keris. Duduk dalam batu. Malah ada khodam terus dibuat dalam badan pelajar. Ada juga grup tenaga dalam konon dah peringkat tertinggi pun menawarkan perkhidmatan jual khodam dengan harga ribuan ringgit.
Jika inilah ilmu tertinggi perguruan tenaga dalam terbabit sah-sahlah masih rendah terawang-awang sahaja. Bukan nak merendahkah tetapi kenapa kita sanggup mempertaruhkan akidah orang lain semata-mata wang ringgit? Fikirkanlah.
Dalam pengajian di rahmaniah ini tiada main khodam-khodam. Maaflah jika ada bertanya ada bagi khodam tak ustaz? Nama apa jenis apa powernya setakat mana...semuanya itu TIADA dalam pengajian ini. Kalau tidak percaya datang belajar sendiri kalau ada khodam boleh tegur terus saya, dengan dada terbuka saya terima.
Saya bukan nak cabar sesiapa tetapi saya hanya beri pandangan tak usahlah kita menjual khodam-khodam ini. Obses nak khodam ha, benda lain dapat. Bala, bala...
Alhamdulillah dalam pengajian ilmu hikmah perubatan di rahmaniah tiada unsur khodam, trick, black magis seperti disangkakan oleh ramai orang. Berhubunglah terus jangan biarkan sangkaan bermain dalam fikiran anda. Prinsip kami ialah menolak pemakaian khodam, amalan berkhodam atau apa sahaja menjurus ke arahnya.
Sila hubungi ke rahmaniah999@gmail.com jika berminat ilmu hikmah tersebut tanpa khodam terima bersih. Moga telah menjawab banyak persoalan pengunjung blog ini sama ada meminta saya menyediakan khodam untuk mereka atau yang mengatakan saya memberi khodam atau mengajar reiki dan sewaktu dengannya. Maaf di rahmaniah LANGSUNG reiki ke, khodamkah dll tidak diajar disini. Maaf orang lain nak buat silakan dan tanggung sendiri. Kalau anda hendak belajar silakan dan tanggung sendiri. Di rahmaniah selamat dan bersih tanpa semua itu.
Selasa, 22 Mac 2011
Sains Dalam Pandangan Islam
Berikut ialah petikan Wawancara ASASI dengan Adi Setia seorang ilmuwan muda yang sedang meningkat naik. Saya tertarik tentang makna sains barat dan sains non barat. Terutama berkaitan perubatan. Sangat menarik dan mengujakan. Komen saya, selain daripada akupuntur, urutan, herbalis, terapi, rukyah, ilmu hikmah semuanya terkeluar daripada konteks sains Barat. Sains dalam Islam bukan sekadar bersifat inderawi malah juga bersifat maknawi. Sebagai bahan pemahaman yang menyegarkan minda!
***
Definisi sains yang dikemukakan oleh Shaharir Mohamad Zain dalam Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains ialah, “sains berupa analisis fenomenon secara bersistem, mantik dan objektif dengan kaedah khusus yang diperantikan untuk mewujudkan penumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai.” Jadi, adakah Pengislaman Ilmu bertujuan untuk memasukkan aspek-aspek metafizik, ketidakmantikan, dan diluar-kerasionalan? Tapi, bukankah pula sukatan dan kaedah ilmu yang digunakan oleh sains dalam definisi tersebut paling disepakati oleh semua pihak, kerana Sains Barat ternyata sangat empirikal dan mudah dipercayai. Tidak begitu?
Takrif sains yang lebih umum ialah “penyelidikan tersusunatur terhadap alam semesta” tak kira apa kaedah yang dipakai, yang penting kaedah yang sesuai dengan bidangnya dan yang mampu pecahkan permasalahan yang ditangani dalam bidang itu. Contohnya, akupuntur (acupunture) tak rasional, tak mantik menurut kerangka kebendaan sistem perubatan barat, tapi amat rasional dan mantik menurut kerangka Ying/Yang metafizik Tao. Namun begitu, akupuntur dah jadi kaedah arus perdana di barat, pasal ia mampu pecahkan permasalahan perubatan tertentu yang gagal dipecahkan menurut kaedah barat. Jadi, kita sebenarnya kena buka mata dan lihat lebih jauh dalam dalam lagi, bukan cuma terperap dalam tempurung sains barat seolah-olah tiada cara lain untuk buat sains.
Jadi, apa yang boleh disumbangkan oleh Sains Islam kepada dunia keseluruhannya?
Mula-mula kita kena tanya “apa yang boleh disumbangkan oleh Sains Islam kepada umat Islam, dan apakah yang boleh disumbangkan oleh umat Islam hari ini kepada menghidupkan kembali sains Islam”? Soalan ini sampai bila tak akan terjawab kalau kita kekal jahil terhadap sejarah dan falsafah sains Islam kita sendiri. Jadi lebih baik kita sama-sama teliti www.muslimheritage.com dan www.muslimphilosophy.com. Lepas itu akan terjawab dengan sendirinya soalan “apa yang boleh disumbangkan oleh Sains Islam kepada dunia keseluruhannya?” Pendek kata orang jahil jati-diri tak mungkin sumbang apa-apa pun, sama ada kepada dirinya atau kepada orang lain.
Dan di mana kerugiannya jika kita melanggan Sains Barat?
Ruginya kita kekal jahil jati-diri, kekal jadi pak-turut macam robot, kekal jadi pengguna/pelanggan/pembeli lesu bukan pencipta/pembuat/penjual giat, dan kekal tak tahu menahu langsung bahawa di sana ada sains yang jauh lebih baik bagi insan dan alam.
Rabu, 15 Disember 2010
Maksud Ilmu Hikmah
Yang dimaksudkan dengan ilmu hikmah bukan semata-mata ilmu perubatan atau ketabiban. Ilmu hikmah merupakan ilmu aliran putih warisan ulama hikmah silam disambung sehingga kini oleh para pewarisnya yang sah dan berhak serta layak diamanahkan. Ilmu hikmah merangkumi pelbagai kegunaan sama ada untuk kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Ia juga dalam kategori ilmu putih. Memiliki ilmu hikmah bagaikan memiliki satu set kotak alatan yang lengkap dengan segala macam peralatan. Dalamnya ada peralatan A ada peralatan B ada peralatan C dan seterusnya. Oleh sebab itu jangan cepat salah sangka mengatakan ilmu perubatan ialah ilmu hikmah. Sebenarnnya ilmu perubatan itu sebahagian daripada ilmu hikmah. Walhal dalam ilmu hikmah ada banyak lagi seperti keselamatan, pertahanan diri (bukan silat batin/ghaib/gerak sendiri etc), pengasih (bukan jenis pengasih aliran ilmu hitam) dan sebagainya lagi. Insya Allah dengan izin, rahmat dan redhoNya, sesiapa yang ingin meneroka khazanah ilmu hikmah yang amat luas ini silalah menyertai program bimbingan perubatan hikmah yang saya anjurkan. Boleh terus emel ke rahmaniah999@gmail.com. Faedahnya amat banyak sekali dan bimbingan bersifat berterusan. Program Bimbingan Perubatan Hikmah hanya terbuka untuk sesiapa yang serius sahaja dan mahukan kelainan dalam belajar dan meneroka ilmu Allah yang luas ini. Cuma jangan sangka bahawa hendak belajar ilmu hikmah tidak memerlukan infaq dan mahar. Infaq dan mahar itu sebagai suatu simbolik pengorbanan sebagaimana para sahabat menyumbangkan separuh serta seluruh harta benda mereka ketika berhijrah ke Madinah Al Munawwarah. Kalau masih ada perasaan ilmu hikmah ini 'murah' dan boleh dimiliki secara 'ikhlas' yang disahkan diri sendiri (ikhlas rahsia hamba dengan Allah, oleh itu hanya Allah yang boleh sahkan keikhlasan kita!) maka tak payahlah belajar. Lihatlah bagaimana kita berbelanja bila gaji atau hujung tahun tiba. Kita rasa 'ikhlas' menghulurkan beratus-ratus ringgit bahkan ribu untuk bayar kereta, rumah, membeli belah, bersiar-siar, bercuti serta membelikan anak permainan konsol, beli DVD-namun kita tidak tidak boleh 'ikhlas' untuk belajar ilmu hikmah. Walaupun pada akhirnya ilmu hikmah yang dipelajarinya menjadi sumber rezekinya kemudian hari, sama ada rezeki dalam bentuk wang ringgit dan juga rezeki dalam bentuk barokah dan sentosa hidup. Sebagaimana saya nyatakan tadi, ilmu hikmah mempunyai fungsi pelbagai semuanya berasaskan wirid dan amalan yang bersendikan syarak dan kitabullah. Tiada bacaan asing serta melibatkan pemujaan jin dan syaitan. Ilmu hikmah itu sendiri merupakan cabang ilmu para waliyullah yang dapat dipelajari dan digembleng. Insya Allah bagi yang mengikuti program bimbingan perubatan hikmah akan merasai betapa berbezanya program ini dengan kursus perubatan Islam yang dibuat secara beramai-ramai itu. Saya bukan hendak perlekehkan kursus rawatan namun saya tegaskan cara saya lebih mantap daripada kursus kerana bimbingan diberi secara bersemuka dengan guru pembimbing yang dengan itu insya Allah bimbingan dan proses belajar dan penurunan ilmu dapat dilakukan secara sempurna.
Ya Allah sempurnakanlah cahaya bagi kami dan beri ampun kepada kami dan sesungguhnya Engkau Maha Kuasa di Atas Segala Sesuatu.
Langgan:
Ulasan (Atom)
Program / Kursus MEGA Super Spiritual
Program Gemblengan MEGA Super Spiritual - “Zero to Hero” “Apabila disebut spiritual bukan semata-mata pengubatan bahkan melibatkan hubungan...
-
Asssalammualaikum. Kita memohon perlindungan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui (As-Sami' ul Alimu) daripada gangguan dan bi...
-
Gemblengan Lengkap Buka Mata Batin,Terawangan,Teropong,Raga Sukma dan Meneroka Alam Ghaib Assalammualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh...
-
Assalammualaikum Dalam beberapa tahun ini pasti kita pernah mendengar gangguan jin yang bersifat nyata seperti tiba-tiba muncul api di rum...