Sabtu, 28 Januari 2012

Belajar Teknik Membuang Saka

Salam sejahtera. Agak lama juga blog ini tidak dikemaskini. Sebenarnya ada banyak teknik dalam membuang saka. Ada dua teknik pertama teknik zahir dan kedua teknik batin. Dikalangan pengamal ada yang mengamalkan cara ketuk. Ada teknik rukyah sahaja. Ada yang pakai bomoh siam pun ada. Pendek kata macam-macam ada. Pengamalan ilmu sihir dan pewarisan saka baka ini masih berterusan maklumlah iblis sudah berjanji akan berusaha sedaya upaya untuk menyesatkan anak adam. Maka kita selaku insan yang sempurna daripada dia maka wajarlah berusaha sedaya upaya juga untuk merawat diri dan keluarga jika ada gangguan saka. Jangan terlalu kedekut dengan masa, ringgit dan tenaga. Sanggup pula berjumpa doktor berpuluh kali makan ubat kimia tahan sakit bila diserang sakit kepala yang doktor sendiri kata tak tahu puncanya. Bila bercakap sahaja dengan perawat maka sekelip mata (sudah tentu dengan izinNya jua) sakit kepalanya hilang. Pelik sungguh.Antara ciri orang ada saka ini ialah sakit kepala teramat sangat, suka cakap seorang diri, suka termenung, sakit-sakit badan, sakit perut, dan mimpi pelik2 biasanya mimpi dapat bayi, mimpi dapat anak kecil, mimpi diberikan anak. Ada seorang pesakit ini dah lama sakit gangguan saka ini akibat amalan ilmu kebatinan hitam si suami. Saban malam mimpi dapat anak kecil. Memang dahsyat. Alhamdulillah selepas dirawat ada perubahan sudah tidak mimpi dan sakit badan. Cuma bahagian urat saraf je ada yang sudah cedera maka kena rawat dengan doktorlah jawabnya sebab sakit sudah lama. Ya, saka kalau sudah lama memang bikin sakit urat atau sakit fizik seteruk-teruknya. Cara nak rawat ialah gabungkan. Perawat yang mahir boleh nasihat pesakit dalam hal ini. Insya Allah. Kalau hendak belajar teknik yang dinyatakan dalam blog ini maka kena belajarlah ilmu hikmah perubatan. Akan diajar teknik zahir dan teknik batin serta digabungkan keduanya sekali. Ringkas, mudah dan yang penting pengisian ilmu semasa bertemu dan keyakinan diri. Insya Allah. Bi iznillah. Salam ceria dihujung minggu. Sambil itu jangan lupa berdoa agar kita diselamatkan daripada segala balak bencana terutama berkaitan matahari. Sebab itulah sajalah matahari kita di alam dunia ini. Kalau laut boleh elak lagi kalau matahari menimbulkan bencana tak tahulah kemana kita nak berteduh lagi. Maka doa, doa, doa sedekah, sedekah, sedekahlah untuk menolak balak bencana. Salah satu cara berdoa dan sedekah ialah belajar ilmu. Yang penting NIAT kita. Insya Allah selamat. :) Salam ingatan.

Isnin, 16 Januari 2012

Belajar Ilmu dan 'kata-kata'

Ilmu perubatan dalam bentuk kata-kata adalah petua dan ilham orang dahulu. Jangan cepat menghukum syirik jika belum tahu dan kenal betul kata-kata tersebut. Sekadar menghukum dengan ilmu yang cetek di dada tak ada gunanya.

Kata-kata itu ada merujuk kepada asal usul. Ada juga kata-kata menyusur hakikat diri dan segala sesuatu. Itulah kekayaan jiwa manusia timur berbanding manusia Barat yang menjadikan falsafah sebagai agama mereka. Kata-kata asal usul dan hakikat segala sesuatu itu bukan falsafah. Ia juga bukan seruan kepada jin dll. Sangat jauh bezanya dengan jampi serapah membabitkan ritual jin.

Kata-kata itu jika digabungkan dengan teknik rawatan hikmah, perubatan Islam dan alternatif, ubatan herba dan kimiawi akan bertambah mustajab iktiyar kita. Kata-kata asal usul dan berhakikat itu luas penggunaannya dalam ilmu perubatan. Sebab itu ada tok bomoh hanya menguasai satu dua kata-kata cukup untuk dia merawat segala jenis gangguan dan penyakit zahir. Tok bomoh juga gunakan sama ada ianya bersih dari syirik atau syirik.

Kalau bersih dari syirik maka sudah tentu ia akan termasuk dalam pengEsaan Allah ta'ala. Jika berbau syirik sudah pasti ada seruan kepada makhluk atau nama sesuatu yang kita sendiri tidak faham atau meragukan sama sekali.

Dalam penurunan ilmu kata-kata asal usul dan berhakikat itu guru hendaklah menjelaskan kepada muridnya makna dan kegunaannya. Namun terpulang pada guru nak terangkan atau diamkan sahaja. Ada hikmah semuanya itu. Kata-kata bukan ayat Al Quran. Contoh kata-kata ialah

DOA yang kita bacakan sendiri mengikut ilham kita.
KALIMAH seperti la hau la wala quwwata illa billah.
Dan lain-lain.

Jadi apa nak syirik dan sesatnya?

Sejauh mana keampuhan kata-kata ini?Ia bergantung kepada tahap kerohanian/iman/taqwa seseorang. Faktor lain, kena kata-kata itu dibacakan di depan gangguan yang benar-benar faham kata-kata itu atau alahan terhadap kata-kata itu. Secebis pengetahuan dan maklumat untuk dikongsi bersama...

Ilmu Hikmah Perubatan masih terus dibuka bagi sesiapa yang berminat untuk menyertainya. Proses belajar dalam masa 1 hari dan muzakarah bila ingin. Teknik yang dibentuk dari pengalamanlah yang terlalu berharga dan menjadi faktor pembeza.

Ilmu Hikmah Perubatan bukan untuk gangguan sahaja malah untuk apa sahaja penyakit zahir. Serta mahu menjaga kesihatan. Orang muda dan orang tua boleh mempelajarinya.

 Ilmu Allah luas kenapa nak disempitkan atau kita biarkan disempitkan oleh orang jahil? Insya Allah, kita punya usaha Allah punya ketentuan. Perlunya perawat Islam dan orang awam melengkapkan diri dengan ilmu perubatan Islam ini dalam dunia hari ini yang kian mencabar.

Malahan sihir terus diamalkan selain masalah saka turun temurun. Dengan adanya variasi ilmu akan melengkapkan diri kita sekaligus menyediakan kita sebagai tabib masyarakat yang kaya ikhtiyar serta kukuh keyakinan diri.

Hubungi terus admin jika berminat belajar sama ada emel atau no telefon sebagaimana tertera di atas.

Selasa, 10 Januari 2012

Pengalaman Murid Belajar Ilmu Hikmah

Salam sejahtera.Baru-baru ini terdapat beberapa orang murid belajar ilmu hikmah perubatan. Alhamdulillah mereka berjaya mengikuti gemblengan dengan jayanya. Ilmu ini sama juga dengan ilmu kemahiran lain dan juga perubatan Islam lain. Tiada jauh bezanya. Yang menjadi perbezaannya terletak kepada cara pengisian ilmu dan bimbingan serta teknik-teknik perubatan serta pembukaan ilmu pada murid. Inilah yang bersifat istimewa. Setiap orang guru perubatan pasti mempunyai kaedahnya tersendiri. Walau bacaan mungkin sama tetapi tahap pengisian dan kedalaman ilmu itu berbeza-beza. Namun apa yang penting pengalaman yang belajar ilmu hikmah di perubatan rahmaniah nyata melahirkan kepuasaan yang tiada terhingga. Selain merasa tenang yang luar biasa keyakinan diri dan prestasi kerja pun meningkat selain semangat ibadah yang meluap-luap. Sebenarnya masih banyak lagi pengalaman dalaman dialami oleh peserta ini. Bagi yang berminat jangan bertanggung lagi. Sebagaimana dinyatakan pembukaan ilmu hikmah pada setiap diri peserta itulah yang menjadi titik beza. Ia menjadi penambah ilmu dalam dada. Jangan kata kita sudah cukup ilmu dalam mengharungi samudera kehidupan sebagai seorang perawat Islam sebaliknya akuilah dnegan rendah hati masih banyak lagi ruang-dimensi ilmu hikmah yang belum dteroka dan diaplikasikan. Insya Allah belajar ilmu hikmah akan meningkatkan kualiti diri ke tahap infiniti. Sila hubungi terus dan jangan bertanggung lagi kerana perkara yang baik tak elok bertangguh.

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...