Memaparkan catatan dengan label ilmu batin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ilmu batin. Papar semua catatan

Rabu, 20 Jun 2012

Mencari ilmu hikmah dan perubatan Islam

Menuntut ILMU adalah tradisi peradaban Islam zaman berzaman
Salam. Nampaknya ada pertanyaan demi pertanyaan tentang ilmu hikmah ke email kami. Antara soalan popular adakah bertentangan dengan Islam? Ia tidak bertentangan sama sekali. Malah ia melengkapi diri perawat dengan ilmu dan pengalaman serta teknik orang lain. Tidak mahukah kita menambah ilmu dan pengalaman dari orang lain? Sudah tentu ia menambah khazanah ilmu di dada sekaligus dapat melakukan pelbagai cara merawat pesakit.

Ilmu hikmah dan perubatan Islam mempunyai formula tersendiri. Apatah lagi bagi perawat senior yang berpengalaman. Jangan jadikan diri tertutup dengan ilmu Allah yang maha luas ini. Belajar dengan yakin dan tekun daripada ahlinya. Tawaran mengikuti bimbingan ilmu hikmah masih berterusan dibuka. Cepat sebelum terlambat. Berbagai update dan upgrade melalui grup kami disediakan. Tidak rugi belajar di sini. Berbaloi-baloi belajar ilmu hikmah di sini.

Terus email ke email rahmaniah999@gmail.com segera. Jangan biarkan diri kita ketinggalan. Belajar sebelum hendak menghukumi.  

Sabtu, 26 Mei 2012

Kelemahan Perawat Amatur Siri 1

Assalammualaikum...

Pengenalan

Perawat amatur merujuk mereka yang baru mengenali dunia pengubatan dan perubatan serta rawatan. Mereka juga baru berkecimpung di arena ini. Lawan kepada amatur ialah profesional. Jadi kerana keamaturan mereka maka banyaklah persoalan yang belum terungkap berkaitan bidang yang mereka baru kecimpung ini. Jika guru jenis yang mudah ditemui dan muzakarah secara maya atau bersuri maka beruntunglah perawat amatur tersebut. Bayangkan kalau guru jenis celup atau guru macam chipsmore sekejap ada sekejap tak ada, habislah murid tersebut. Alamatnya kena terus mencari dan mencarilah. Dikongsi dengan saya pengalaman mereka, ada yang belajar secara pos sahaja dan no telefon tidak lagi boleh digunakan. Ada yang tak angkat pun. Inilah sifat ketidakbertanggungjawapan guru ke atas muridnya. Sama ada guru itu malas atau jenis guru celup inilah yang merosakkan imej peruabatan Islam, perubatan alternatif dan komplimentari. Inilah virus yang boleh merosakkan kepercayaan masyarakat terhadap bidang rawatan alternatif ini. Saya masih ingat lagi suatu tika dulu berlumba manusia menggunakan istilah saintifik konon-kononnya untuk memikat masyarakat belajar ilmu metafizik dengan mereka. Jumlah yurannya boleh tahan ribu-ribuan tetapi selepas itu kini sudah tiada bunyi lagi. Malah berlaku perpecahan dikalangan guru-guru dalam institusi tersebut. Berlaku penipuan dalam masyarakat terutama daripada guru celup dan guru chipsmore ini. Saya tidak mengkritik semua. Ada yang betul-betul menjaga silaturrahim. Guru tersebut bertanggungjawab sentiasa ada komunikasi antara guru-murid. Tidak kiralah dalam bidang ilmu apapun amat penting hubungan guru-murid.

Atas dasar itulah pihak kami menubuhkan grup perawat rahmaniah. Walaupun sudah ada kumpulan lain menubuhkannya namun pihak kami bukan hendak bersaing atau apa-apa. Pihak kami hanya mahukan memberi yang terbaik untuk saudara yang pernah atau akan belajar di sini. Ilmu sentiasa bertambah-tambah. Ia tak pernah berkurang.

Kelemahan perawat amatur adalah logik sebab itulah amat penting hubungan guru-murid sentiasa ada. Dalam konteks ini janganlah murid besar kepala. Jangan tunggu guru hubungi dirinya. Kena sangka baik dengan guru sebab guru kita bukan didik kita sahaja tetapi ramai lagi. Jadi murid haryslah wajib menghubungi guru walau cara apa sekalipun. Jika ada saluran maya gunakanlah saluran itu sebaik mungkin. Jangan patah semangat untuk belajar lebih mendalam. Nikmat belajar kadangkala tidak diperolehi waktu pertama kali temu. Mungkin minggu, bulan tahun selepas itu barulah dirasai nikmatnya menjaga hubungan guru-murid dalam belajar sesuatu ilmu. Kelamahan perawat amatur hanya dapat diatasi dengan petunjuk dan pedoman guru.

Namun kalau perawat itu sendiri sudah tersalah pilih guru celup maka tak dapatlah 'den nolong'. Sebab itulah mencari guru yang benar amat penting bagi mengelakkan hal tersebut berlaku. Guru yang benar akan sentiasa menjaga silaturrahim guru-murid. Murid yang baik akan sentiasa sangka baik dengan gurunya dan sentiasa hubungi dan mempererat silaturrahim jika berkesempatan.

Ilmu Allah luas maka carilah dan galilah. Jangan mudah dengki iri hati apa yang Allah berikan pada hambaNya yang lain. Itukan tanda kebesaran dan keluasan rahmat Allah? Maka dengan sebab itu jugalah orang dulu-dulu dan ulamak dulu belajar berpuluh tahun dari banyak guru sehingga menjadi mantap dan akhirnya murid itu pula menjadi guru.

Selasa, 14 Disember 2010

Siapa yang Bathil?

Salam.

Ilmu kadangkala betul. Beramal dengan wirid yang sahih dan ayat Al Quran. Namun yang menjadikan amalan dalam ilmu tersebut (tidak kiralah walau dengan apa nama sekalipun)menjadi bathil ialah

1. Guru itu sendiri yang telah belajar merata-rata sehingga didampingi oleh banyak jin dan juga kekeliruan yang terbit kerana diri sendiri terhadap hakikat ilmu.

2.  Niat sudah salah atau bathil seperti niat nak dapatkan kekuatan/kehebatan/ dll. Sedangkan niat hanya kerana Allah hanyasanya DOA sahaja boleh berbagai-bagai NAMUN tetap mempunyai adab dan tatasusilanya yang tersendiri bukan main hentam semberono sahaja.

Maksud saya ilmu yang betul atau haq ialah ilmu yang tidak bercampur dengan amalan syirik. Namun pengamalan ilmu yang haq tidak menjamin waridnya juga suatu yang haq jika kaedah pengamalannya diselaputi kebathilan.

Saya dengan izin dan rahmat Allah, sudah beberapa kali merawat pesakit yang mengalami keadaan di atas. Paling ketara yang belajar ilmu silat yang telah melepasi tahap tinggi kononnya sehingga sudah pergi bertapa, didatangi mimpi, diberi barang tertentu dari alam ghaib, dan ada pula yang pula 'bertukar' menjadi macan atau harimau menderam-deram apabila 'diperlukan'. Walhal apa yang mereka amal tetap Ayat Suci Al Quran dan zikir sunnah.

Kesan paling minimum akibat gejala di atas ialah

-Panas baran
-berat dada
-didatangi mimpi pelik cthnya berguru dengan harimau dll
-cepat marah/mengamuk/ beradu tenaga
-susah hati

Kesan sederhana berat

-sempit rezeki, dia anggap macam ada sihir tetapi bukan sihir
-tidak boleh solat atau amat terganggu solatnya
-sakit pada mana-mana anggota tubuh, sakit fizikal tetapi bila discan dengan mendalam dengan izinNya dapat dilihat ada gangguan jin etc

Kesan berat
-gila
-mengamuk/membunuh orang
-bunuh diri

Alhamdulillah, dengan izin, rahmat dan redhoNya Allah ta'ala, maka dengan ini saya telah berjaya merawat beberapa kes demikian sehinggalah mereka kembali merasai ketenangan dan segala ilmu bathil yang ada dalam dada dapat di kosongkan dengan cara yang haq bukan syok sendiri sahaja.

Ada ilmu kependekaran ini bahagiannya untuk mengosongkan ilmu orang. Sebenarnya bukan mengosongkan ilmu tetapi mengosongkan  tenaga seseorang. Tenaga itu pun bersumberkan kekuatan ghaib jin dan sekutunya.

Sebenarnya mengosongkan ilmu dengan kaedah yang haq (merawat kesan-kesan seperti dinyatakan di atas) dengan tujuan yang haq (kerana Allah ta'ala agar kembali mendapat mahgfirah dan rahmatNya) itu bukan perkara mudah atau dapat dilakukan oleh semua orang.

Dengan izin Allah, saya ada kaedah untuk melakukannya, dengan rahmat Allah beberapa orang yang saya rawat telah pulih lebih tenang serta khusyuk ibadah kerana Allah.

Rumusannya begini

-Jika saudara merasakan ilmu batin/hikmah/silat/ghaib yang saudara ambil itu ilmu yang haq yang Allah rahmati dan Allah redhoi, maka saudara pasti akan bertambah ketaqwaan dan semakin dekat dengan Allah semakin merasakan diri ini tiada apa-apa. Namun kalau sebaliknya khususnya menerima kesan yang saya senaraikan di atas maka sudah cukup menyatakan saudara perlu datang berjumpa dengan sesiapa juga hamba Allah yang diberikan rahmat oleh Allah ta'ala untuk berbincang dan mengetahui serta membuang dengan kaedah yang haq juga.

Insya Allah bagi sesiapa yang ada tahu serta mendapat tahu ada sahabat, saudara yang terlibat dalam perkara begini boleh berikhtiar dengan saya.

bukan kuasa saya, tetapi kuasa Allah
bukan ikhtiar saya, tetapi ikhtiar Allah
bukan gerak saya, tetapi gerak Allah

-Kasyaful Asrar-

Isnin, 15 November 2010

Beramal dengan rukyah syar'iyyah tetapi jiwa terus kosong!

Baru-baru ini saya dihubungi oleh seorang perawat Islam yang menggunakan rukyah syariyyah sebagai kaedah pengubatannya.

Beliau dengan berbesar hati menyatakan mahu belajar sesuatu dengan saya setelah membaca blog ini dan bersungguh-sungguh menyatakan maksudnya. Saya termenung seketika, kerana ilmu sebenar-benar ilmu tidak lain adalah ilmu untuk mendekatkan diri kepada Allah dna menjadi hamba yang tulus ikhlas ketika mengadapnya.

Maka timbul persoalan di sini. Mengapakah beliau yang sudah bertahun-tahun mengamalkan rukyah syar'iyyah yang diambil ijazah daripada ustaz terkenal yang menerima ijazah rukyah daripada Syeikh Abdul Wahid Salam Bali dan merawat pelbagai kes gangguan yang berat-berat masih merasa kekosongan jiwa?

Beliau juga menyatakan malah terdapat pesakit ustaz alias gurunya tersebut yang datang kepadanya, kemudian dirawatnya dan pesakit tersebut sembuh dengan izin Allah.

Namun mengapakah merasai jiwanya masih kosong?

Sampailah suatu ketika, perasaan kekosongan itu menghambat dirinya. Suatu yang terbalik apabila pesakit yang berat-berat kes gangguan dapat dirawatnya dengan baik dan tidak kurang pesakit yang minta nasihat rohaniah dapat diberikan dengan baik, NAMUN dengan dirinya sendiri dia gagal dapat memenuhi jiwanya sendiri! Dan beliau telah menutup perkhidmatannya walaupun ramai yang mahu berubat dengannya!

Saya pun nyatakanlah diagnosis saya tidak lama selepas itu.

Pertama, apakah tujuan kita menuntut ilmu?

Kedua, siapakah guru yang kita terima ijazah atau pengisian ilmu daripadanya?

Keempat, apakah benar tauhid dan niat kita sewaktu membaca Ayat Al Quran dalam sesi pengubatan?

Keempat-empat soalan ini sebenarnya saling berkait rapat antara satu sama lain. Katakan dalam kes ini, beliau menuntut ilmu rawatan gangguan makhluk halus berdasarkan keterujaan beliau terhadap kesan rawatan perawat lain yang guna kaedah yang sama. Lantas daripada itulah beliau secara tak sedar atau disedari berniat dan melangkah mencari ilmu demikian.

Apabila dipilih guru tersebut, dia menerima segala ajaran guru, bersalam dan diisi guru tersebut dengan amalan guru maka beramallah murid tersebut sebagaimana gurunya beramal. Walaupun beliau tidak sedar apakah kaedah ijazah dan pengisian ilmu betul atau tidak, tidak dapat dipastikan asal sahaja dia menerima ilmu.

Apabila dia merawat, dia pasang niat dari awal lagi. Ayat ini sekian-sekian. Oleh kerana niat awal menuntut ilmu sudah demikian ditambah dengan kelemahan pegangan tauhid maka beliau pun bersungguh-sungguh membaca AQ berdasarkan niat sangat khsusus. Misal kata kalau dia baca ayat 1 tidak menjadi dia anggap ayat 1 tidak berkesan lantas dipilihnya ayat 2. Apabila ayat 2 tak berkesan dia pilih ayat lain pula.

Katankanlah seluruh ayat yang dihafalnya tidak berkesan maka dia berputus asa dan menghentikan rawatan!

Maka inilah kesan akibat bertuhankan ayat.

Sebenarnya jika mahu elak perkara demikian ia ada dua cara. Pertama fahamkan dulu apa itu tauhid dan kebergantungan kita kepada Allah dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Kedua mengikut kaedah beramal yang betul yakni betulkan niat beribadah atau membaca semata kerana Allah.

Timbul perasaan sangsi, eh kalau niat kerana Allah sahaja maka "tidak menjadilah ayat ini..misal kata ayat 1 ini untuk api..maka kita tidak niat jadi api..maka tak jadilah api...jadi bacaan biasa sahaja.." Ayat ini lahir daripada pemahaman yang salah terhadap Kalamullah dan juga kaedah ibadah yang benar.

Sepatutnya beliau mesti faham setiap bacaan dan wirid kita WAJIBLAH semata-mata kerana Allah. Melahirkan rasa tuntas tulus ikhlas kepada Allah memang payah. Maka ia perlukan riyadoh atau latihan ruhaniah. Dalam riyadoh ada wirid, doa dan ayat al quran. Maka semua sekali amalan ini didahulukan dengan niat semata-mata kerana menuntut redho dan rahmat Allah ta'ala.

Dan inilah kaedah perubatan rahmaniah.

*Saya menawarkan pengajian Ilmu Hikmah Nur Makrifah. Ilmu hikmah terdiri daripada Ayat Al Quran, wirid, zikir dan doa tertentu yang diwarisi daripada para ulamak ilmu hikmah yang asli. Nur Makrifah bermaksud cahaya yang memberikan pengenalan kepada Allah. Setiap lelaku dan kaedah dalam Ilmu Hikmah Nur Makrifah bersumberkan kefahaman yang jelas tentang sifat, zat dan af'al Allah ta'ala. Apabila tauhid sudah mantap atau kefahaman sudah diperolehi (tidak lama pun untuk mengetahuinya bukan mengaji secara akademik tetapi langsung dipancarkan ke dalam hati nurani murid) baharulah segala gerak kerja mencapai sasaran yang diingini.  IHNM bukan untuk mereka yang malas, mahu cuba-cuba dan sebagainya. Khusus untuk yang serius sahaja. IHNM merupakan pakej yang lengkap dan pemahaman yang jelas tidak sama sama sekali dengan kursus rawatan Islam yang berlambak di luar sana. Setakat ini sudah ada beberapa orang murid dan bakal murid mahu mempelajarinya. Suatu gabungan ilmu hikmah yang dimulai dengan penyucian wadah, roh dan semangat murid, pemancaran nur makrifah dan pengamalan ilmu hikmah asli yang  dipantau dari semasa ke semasa.  Berhubung segera kerana saya tidak meletakkan pengajian IHNM ini di iklan di mana-mana khusus bagi pembaca blog saya ini sahaja.

*Ya Allah, dengan izin, redo dan rahmatMu hamba memohon, bukakanlah hati bagi pembaca entri ini untuk memahami dan mengerti akan tulisan ku ini  masuk ke dalam hati sanubari mereka. Ya Allah kuatkanlah hasrat hati mereka untuk mencari dan menemui ilmu yang haq serta menolak ilmu yang bathil yang ada dalam diri mereka. Ya Allah selamatkanlah kami semua daripada tipudaya syaitan dan nafsu jahat yang ada pada diri kami sendiri sehingga kami buta, tuli dan pekak untuk mencari rahmat dan keredhoanMu. Ya Allah bukakanlah, kuatkanlah dan permudahkanlah bagi setiap pembaca entri ini sama ada yang sedang mencari kebenaran dalam ilmu  yang telah dituntut ataupun bagi pembaca entri yang sedang mencari ilmu hikmah yang haq untuk menemui ilmu hikmah yang haq yang muktamad yang memenuhi hati nurani mereka sehingga merasa bercukupan dan bersyukur di atas limpah kurnia rezeki dan rahmatMu Ya Allah. Birohmatika Ya Ar haman rahimin.

Amin Ya rabbal alamin.

Bahaya ilmu reiki, prana shakti dan pengisian ilmu tenaga dalam

Salam sejahtera.

Reiki sudah menjadi fenomenan dalam masyarat kita. Orang Melayu banyak yang sudah belajar reiki. Apabila seseorang hendak belajar ilmu reiki maka master reiki akan membuat pengisian atttunement terhadap murid tersebut. Murid tersebut akan merasai berbagai-bagai sensasi sama ada rasa getaran, panas, gerakan spontan dan lain-lain. Kemudian murid akan terus mengasah ilmu reiki tersebut dengan meditasi dan rawatan diri sendiri.

Rujukan lengkap asal dan falsafah ilmu reiki boleh dibaca di dalam internet dan juga buku-buku yang sudha diterbitkan dalam bahasa Melayu. Secara ringkasnya reiki ialah menggunakan tenaga alam. Tenaga Alam atau universal energy ini sebenarnya membawa pengertian yang relatif.

Setiap sesuatu mesti ada sumbernya. Maka apakah sumber bagi reiki?Dikatakan sumbernya daripada alam ini. Soalan lain, jenis yang macam manakah tenaga universal yang disedut oleh pengamal reiki? Inilah yang tidka terungkap dalam buku atau pengajian ilmu reiki.

Kononnya tenaga alam yang disedut oleh pengamal reiki melalui cakra mahkota langsung ke cakra lain di tubuh manusia adalah daripada Tuhan. Soalan lain, apakah Tuhan tersebut merujuk kepada Tuhan yang dituhankan manusia atau Tuhan yang merujuk kepada Allah Ta'ala?

Pasti kalau pengamal reiki itu non-muslim ia akan berkata ia bersumberkan kepada Tuhan dalam agama yang anutinya. Seorang atheis pula beranggapan sumber tenaga universal reikinya berasal daripada alam. Alam ialah alam. Manakala bagi pengamal reiki yang beragama Islam pula pasti akan merujuk sumbernya daripada Allah Ta'ala.

Persoalan saya ialah, walaupun terdapat perbezaan tentang sumber tenaga universal reiki mengapa reiki tetap menjadi pada setiap orang tanpa mengira kepercayaan dan agama?

Baiklah. Saya tidak mahu menyentuh tentang pengamal reiki non-muslim. Sebagai orang Islam, saya hendak menyatakan bagaimana pulanya dengan pengamal reiki muslim atau pengamal reiki yang beragama Islam?

Inilah titik tolaknya. Bagi pengamal reiki beragama Islam, dikatakan antara kelebihan belajar reiki ialah semakin khusyuk ibadah dan rasa semakin dekat dengan Allah.

Adakah perasaan itu boleh diambil kira ataupun sah disisi Allah ta'ala?

Baiklah, bagi pengamal reiki muslim cuba berfikir lagi, jika sumber daripada Allah mengapa pengamal reiki non muslim tidak merasa dekat dengan Allah atau memeluk Islam selepas belajar reiki?

Saya pertanyaan itu akan mengorak cemuhan di kalangan pengamal reiki muslim. Soalan saya seterusnya ialah apakah kita boleh merasa sama dengan orang bukan Islam terutama membabitkan perkara yang ghaib atau tidak pasti dnegan konkrit?

Islam sudah sempurna. Ia datang dengan kesempurnaan dalam segala aspek kehidupan.

Saya senaraikan beberapa perkara di sini.

Pengamal reiki akan melakukan praktik reiki. Semasa praktik reiki dilakukan, pengamal hendaklah kosongkan fikiran. Atau ada juga praktik meditasi reiki yang menetapkan pengamal mesti bulat kosong daripada memikirkan sesuatu apapun termasuk Allah.

 Di sini sudah berlaku kesalahan. Dalam Islam kita juga ada ibadah dan zikir. Dalam solat, terdapat rukun tertentu. Semuanya mesti mengosongkan fikiran selain Allah. Maknanya mengosongkan fikiran bukan bermaksud melupakan Allah. Sebaliknya menumpukan fikiran hanya kepada Allah dan menghilangkan fikiran selain daripada Allah sewaktu dalam solat. Hal ini sama juga dengan zikir.

Ada pengamal reiki muslim yang kononnya telah mencapai tahap tertinggi reiki akan merasai mereka sudah bersatu dengan alam semesta ini. Ajaran bersatu dengan alam ini bukan ajaran Islam. Islam tidak menyuruh manusia merasai bersatu dengan Alam. Sebaliknya alam ini adalah sebagai tanda kekuasaan Allah. Lebur ingatan kepada Allah bermaksud alam dan segala makhluk ciptaan Allah tidak mengambil tempat dalam hati termasuklah diri sendiri yang ditumpukan semata-mata Allah sahaja.

Cuba fikirkan betapa berbezanya antara solat dan zikir dalam Islam dan meditasi dna praktik reiki.

Jadi apabila sudah timbul perbezaan ini, maka reiki sebenarnya adalah apa?Jika sudah berbeza dengan teras agama Islam iaitu solat, zikir dan tauhid (faham pluralisme, menyamakan Allah dengan Tuhan kepercayaan agama lain sama ada terus terang atau secara terselindung  dan liberal dalam hal agama adalah ditolak dalam agama Islam).

Oleh sebab reiki meragukan maka tinnggalkan reiki. Walaupun reiki memberikan sensasi tetapi saudara saudari tidak mengerti sensasi itu daripada apa dan apakah sumber reiki itu sendiri. Saudara hanya membayangkan energi reiki masuk melalui cakra mahkota atau atas kepala saudara saudari tetapi saudara saudari tidak memahami sebenar-benarnya apakah jenis atau sumber energy tersebut!

Sama juga dengan ilmu tenaga dalam. Guru mengisi murid dan akhirnya apa yang disangka energy tersebut sebenarnya adalah jin dalam tubuh badan sang pengamal!

Sudah banyak pengamal reiki, prana shakti dna tenaga dalam telah menerima hidup yang susah sama ada dari segi kesihatan, rezeki dan lain-lain. Walaupun ada yang banyak merasai kesan 'positif' namun itu permulaan sahaja. Tidak payah tunggu nak ajal, bila-bila masa saja boleh menerima kesan buruknya.

Bahaya belajar ilmu tidak jelas ini bukan sahaja diakhir ajal tetapi pada bila-bila masa sahaja boleh berlaku sehinga kita bingung mengapa kita dalam keadaan demikian lebih teruk kena penyakit yang tidak diketahui.

Bahaya ilmu ini juga ialah apabila kita menyerahkan diri kepada master reiki atau master prana shakti atau tenaga dalam untuk disisi maka kita seolah-olah rela hati membuka diri kita untuk dimasuki segala unsur yang bathil.

Maka bagi pengamal reiki, prana shakti dan tenaga dalam yang sudah terlanjur diisi menerima nasib diri yang teruk setelah beberapa ketika dan juga bagi pengamal yang sedang menikmati kehebatan ilmu saudara saudari boleh datang berjumpa saya.

Datanglah dengan ikhlas sama ada untuk membersihkan diri daripada ilmu tersebut dna juga untuk mengetahui sifat atau keadaan ilmu yang dintuntut maka bolehlah berjumpa dan diuji tengok.

Bukan beradu kekuatan tetapi kita hendak tengok dna pastikan dengan izin, rahmat dan redo Allah apakah energy yang diisi dan dimiliki daripada ilmu reiki, prana shakti dan tenaga dalam tersebut haq atau bathil.

Insya Allah kaedah saya kaedah yang 100% murni  hanya membabitkan pembacaan ayat al quran tertentu seperti Ayatul Kursi. Sebarang kaedah atau teknik boleh didengar dan diketahui. Bukannya tidak ada ilmu haq tetapi jin dna syaitan serta sekutunya tidak putus-putus mahu menyesatkan manusia dengan mendecoy ilmu haq namun sumbernya daripada mereka(bathil).

Hubungi saya untuk temujanji dan solusi.

*Ya Allah dengan izin, redho dan rahmatMu, Aku bermohon bukakanlah hati bagi pembaca entri ini khususnya bagi pengamal ilmu reiki, prana shakti dan tenaga dalam untuk memahami dan mengerti akan tulisanku ini dan selamatkanlah kami semua Ya Allah daripada sebarang kesyirikan dan tipudaya syaitan dna sekutunya, Ya  Allah bantulah kami membersihkan diri kami daripada sesuatu yang bathil kerana semata-mata mengharap rahmat dan redho daripadaMu Ya Allah..birahmatika Ya Ar haman rahimin."

Amin.

Program / Kursus MEGA Super Spiritual

 Program Gemblengan MEGA Super Spiritual - “Zero to Hero” “Apabila disebut spiritual bukan semata-mata pengubatan bahkan melibatkan hubungan...