Memaparkan catatan dengan label zikir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label zikir. Papar semua catatan

Rabu, 4 Februari 2015

Zikir menjauhi diri daripada syaitan

Marilah kita semua berzikir yakni menyebut dan mengingati Allah Ta’ala sama ada pada sifatNya dan menyeru AsmaNya. Hal ini kerana orang yang banyak berzikir kepada Allah itu adalah seperti seseorang yang sedang dicari jejak oleh musuh dengan cepat. Sehingga ia sampai ke benteng yang kukuh lalu dia berlindung dari musuhnya di dalam benteng itu. Demikianlah seseorang hamba tidak dapat menyelamatkan dirinya daripada gangguan syaitan melainkan dengan berzikir kepadaNya. Berzikir merupakan suatu keutamaan dan kekal berzikir terus menerus meski dengan lisan adalah dituntut sekali. Zikir ibarat kubu dan benteng manakala syaitan sentiasa mencari jalan untuk mengganggu kita menerusi pintu kelalaian. Secara umumnya lalai bermaksud lupa. Perinciannya sebagaimana berikut:
Lalai berzikir
-Langsung tidak pernah dan mahu berzikir
-menghentikan zikir dan tidak istiqomah lagi
Berzikir dalam keadaan lalai
-rasa berat dan malas hendak berzikir
-jika berzikir juga akan rasa sukar khusyuk dan berat seolah-olah ada beban
-jika berzikir lagi sentiasa diganggu oleh gambaran-gambaran kehidupan dan urusan keduniaan yang tidak pernah sudahnya.
Berzikir dalam keadaan lalai dari sudut pandangan kerohanian
-hati berpaling daripada menumpukan ingatan kepadaNya kepada sesuatu yang selain drpNya yakni makhluk dan akhyar (masiwallah)
-hati tidak dapat melekangkan masiwallah
-hati tidak dapat menangkap nur zikir yang diucapkan atas lidah menyebabkan tingkah laku kita berlawanan dgn apa yang kita zikirkan
-hati masih diselimuti dengan syirik sama ada syirik khafi dan syirik jali hingga sukar nur zikir masuk ke dalam hati
-hati masih gagal mencerap khasiat zikir hingga tiada mempunyai rasa dlm berzikir kepadaNya
-ada juga hati yang seperti orang buta matanya. Rumah telah ada depan matanya tapi si buta tidak dapat melihat keberadaan rumah itu. Bahkan dalam konteks tertentu si buta mata kasar dapat melihat rumah itu dengan hatinya yang celik bahkan lebih mulia daripada yang bermata kasar tapi buta hatinya!
Justeru  kita haruslah terus berzikir kepadaNya meskipun zikir kita setakat sampai pada lisan sahaja....
Lalai berzikir lebih jahat akhlaknya daripada zikir dalam keadaan lalai...Orang yang berzikir dalam keadaan lalai dia tetap akan mendapat pahala...dan lama –kelamaan dengan rahmatNya dan Kasih sayangNya...Allah akan campakkan rasa lazat berzikir dalam erti kata lain zikir itu sudah sampai kepada hati...atau zikir itu mula menjadi lampu menerangi hati yang gelap gulita sebelum ini....
Namun kalau kita lalai berzikir maksudnya langsung tak mau berzikir hatta lisan sekalipun dan sebagainya maka itulah yang dikatakan Allah, kami palingkan hati daripada kebenaran. Meninggalkan zikir bermakna meninggalkan menyebut dan mengingat Allah dan hukumnya adalah berdosa. Dosanya terus menerus bertambah dari waktu ke waktu akibat lalai berzikir kepadaNya.
Bagaimana pula yang dikatakan zikir yang sebenar-benarnya?
Allah berfirman,
“Ingatlah Aku nescaya Aku ingat kamu!”-Surah al-Baqarah 125.
Kualiti zikir seperti ini amatlah tinggi mutunya laksana emas sepuluh! Laksana berlian di atas kaca.
Dalam hadis Qudsi  diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibnu Majah, Allah berfirman,”
“Aku sentiasa dengan hambaKu setiap kali dia mengingatiKu dan bergerak-gerak kedua bibirnya menyebut namaku”
“Jika hambaKu mengingatiKu dalam dirinya, Aku pasti mengingatinya dalam diriKu. Jika dia menyebut namaKu di hadapan khalayak ramai, Aku akan menyebut namanya dihadapan khalayak yang lebih mulia daripada khalayaknya. Jika dia menghampiriKu sejengkal, Aku akan menghampirinya sehasta, jika dia mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika dia datang berjalan kepadaKu, Aku akan berlari kepadaNya. Yakni segera menyahut segala permintaannya.”
Keadaan hati orang beriman yang berzikir kepada Allah itu ialah sebagaimana dinyatakan menerusi firman Allah,
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal, (yaitu) orang-orang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa derajat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki (nikmat) yang mulia.”  (al-Anfaal 2-4)
Getar hati apabila disebut nama Allah bermaksud zikir yang telah sampai kepada hati yakni zikir itu sudah menjadi lampu yang mula menerangi hati...apabila nur zikir mula menerangi hati maka akan tersingkaplah bagi hati insan itu kepada Kholiqnya yakni Allah Azzawajalla.
Hati yang tersingkap daripada hijab ialah dosa dan syirik yang telah berjaya dileburkan dengan nur zikrullah itu tadi...
Dan selanjutnya hati yang telah diterangi dengan nur zikir itu akan bertambah imannya apabila dia membaca ayat-ayat suci Al-Quran...tanda bertambah iman ialah bertambah kukuhlah tauhidnya kepada Allah...membesar teguh dan kuat semakin kuat.
Apa yang dia baca dia yakin dan beriman tanpa bangkangan. Sekalipun ia mutasyabihah dia tetap yakin teguh kepada Allah tanpa goyah sedikitpun apatah lagi nak mempersoalkannya. Itulah iman sebenar-benarnya. Kemudian hati yang diterangi nur zikir akan jadi dermawanlah dirinya. Sebahagian harta diperolehinya seperti wang, tanah dan sebagainya diinfakkan ke jalan kebenaran seperti digunakan wang itu untuk berzakat, menderma anak yatim, bersedekah kepada guru yang mendidik hatinya dan seterusnya.
Kemudian Allah angkatlah darjat hambanya serta memperolehi ampunan dan rezeki. Rezeki di penghujung ayat ini bukan merujuk kepada berbentuk keduniaan seperti wang, emas dan lain-lain walaupun itu tidaklah mustahil diperolehi.
Rezeki dimaksudkan ialah kenikmatan yakni rasa lazat sedap ringan mudah dalam melakukan kewajipan dan ketaatan kepada Allah tanpa merasa sedikitpun penat lelah.
Peningkatan darjat insan pula bermula dengan peningkatan jiwa daripada jahat kepada baik..daripada baik kepada lebih baik...daripada lebih baik kepada terbaik...daripada terbaik kepada paling terbaik daripada antara yang terbaik...in sya Allah. Janji Allah tidak pernah mungkir!
Namun ada juga zikir memberi kesan tenang tenteram kepada hati....Antara getar dan tenang pada hati itu semua tertakluk di bawah urusan atau kerja Allah.
Bahkan ada juga yang mati apabila mengingati Allah sewaktu solat semasa membaca ayat-ayat Allah yang berisi ancaman neraka.
Ada juga hati yang dalam keadaan menumpu penuh kepada Allah hingga hanyut dibawa ombak syuhud kepada Allah.
Begitulah keadaan hati yang sampai kepadanya nur zikir.
Walaubagaimanapun keadaan zikir yang sebenar-benar sampai kepada hati menjadi suluhan nur hingga menyingkap tabir hijab antara hamba dengan kholiq kita memerlukan pembimbing agar tidak tersesat dalam cahaya.

“Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat,(maka) demi sesungguhnya aku akan memperindahkan (segala jenis kemungkaran) (kepada Adam dan zuriatnya) di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba-hamba-Mu di antara mereka yang ikhlas.”

Surah al-Hijr Ayat 39-40.

Ikhlas itu apa? Rahsia Allah dengan hamba. Bagaimana nak mencapai keikhlasan kepada Allah? Dengan cara berzikir sebenar-benar kepada Allah hingga nur zikir menerangi hati dan menyingkap tabir hijab antara kita dengan Tuhan. Mohonlah kepada Allah rasa ikhlas itu atau Allah akan hadirkan rasa ikhlas pada hati nurani kita.
“Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, Kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu lemah.” Surah An-Nisa' Ayat 76.
Iblis dan anak buahnya para syaitan sentiasa mahu menyesat dan menggoda serta menganggu kita. Tetapi gangguan dan godaan itu adalah lemah.

Strateginya bagaimana?

Berperang melawannya! Itu sahaja. Orang kafir berperang bagi menindas dan membunuh ummat Islam serta memadamkan cahaya Allah dimuka bumi ini. Orang kafir yang bersikap dan bertindak begini( kerana ada orang kafir yang baik dan sentiasa membuat kebajikan ia tidak termasuk dalam kategori diperangi. Harap peka!) Dan orang beriman perangilah orang kafir itu yang berperang di jalan taghut yakni pemimpin yang zalim atau lebih tepat saya katakan taghut itu ialah dajjal yang dibelakangnya terdiri daripada pertubuhan iluminati dan freemason.
Hal ini kerana orang kafir yang berperang di jalan taghut ialah mereka yang bermusuh dengan orang beriman dan berhasrat dengan penuh dendam dan dengki serta sakit hati mahu memadamkan cahaya Allah yakni agama Islam di muka bumi ini.
Wajarkah manusia memadamkan cahaya Allah di atas muka bumi ini sedangkan Allah adalah pencipta dan pemilik bumi dan seluruh alam mayapada dan alam semesta ini???
Sikap orang kafir ini adalah terjemahan daripada hasutan dan godaan iblis dan sekutunya para syaitan. Dan godaan serta tipudaya iblis dan syaitan menerusi orang kafir itu adalah sangat lemah sebenarnya takkan mampu membinasakan orang beriman JIKA iman kita mencapai kualiti IKHLAS atau MUKHLISIN.
Melainkan kita muslim munafik, fasiq, zindiq,tali barut dan sebagainya sifat bermuka-muka.

Jadi dalam konteks perubatan Islam adalah suatu yang biasa apabila syaitan  merasuk pesakit hingga menyebabkan pesakit bukannya sahaja menderita sakit malah pesakit akan menjauhi zikir dan gagal berzikir kepada Allah Ta’ala. Syaitan dapat menguasai fikiran dan merasuk manusia sama ada menjelma sebagai penyakit akibat godaan dan gangguan syaitan atau sihir dan juga menerusi idelogi dan pemikiran seperti menyuntik rasa ‘beriman’ kepada idelogi ciptaan manusia atau idelogi ciptaan yahudi yang pada titik akhirnya menjerumuskan kita ke lembah  neraka. Semoga Allah lindungi kita.
Jadi di sini serba ringkas ini kita dapat lihat betapa penting dan utamanya berzikir kepada Allah. Kalau saya ditanya kenapa mudah sangat ummat Islam dirasuk disihir dan sebagainya...disebabkan meninggalkan zikir kepada Allah. Sama juga keadaan kenapa ummat Islam sekaran ditindas dibunuh dan kita seperti buih dilautan yang tak dapat berbuat apa-apa bagi membantu saudara seagama kita yang sedang dizalimi?
Jawapannya sebab kita meninggalkan zikir kepada Allah!

Kalaupun kita seperti seolah-olahnya berzikir kepada Allah tetapi tiada keikhlasan sejati dalam hati kita menyebabkan terbukanya pintu penguasaan kepada syaitan untuk menakluki kita.
Jadi belajarlah ya..ilmu tentang zikir ini...walau daripada mana kumpulan, tariqah, group, orang perseorangan belajarlah...belajarlah ilmu zikir...in syaa Allah semoga kita ada jalan keluar kepada kemenangan dan kejayaan dunia dan akhirat...
*Saya sedang membuat pengambilan pelajar baharu untuk mengikuti Program Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah dalam program ini terdapat cara berzikir  panduan daripada pengalaman ahli zikir mudah-mudahan nur zikir itu menyebar dan bersambung-sambungan kepada anda yang membaca tulisan ini.
Ya Allah saksikanlah aku telah menyampaikan!
Lepaskan daku dan muridku daripada hisab yang berat di hari yang mana dinar, dirham, ringgit, dollar, paun dan segala harta benda perniagaan TIDAK BERGUNA SAMA SEKALI.
Utk maklumat lanjut Hubungi Ust Ali
Contact : 013 642 1228
(Telefon ATAU whatapps sahaja SMS TDK AKAN DILAYAN)

Selasa, 14 Disember 2010

Siapa yang Bathil?

Salam.

Ilmu kadangkala betul. Beramal dengan wirid yang sahih dan ayat Al Quran. Namun yang menjadikan amalan dalam ilmu tersebut (tidak kiralah walau dengan apa nama sekalipun)menjadi bathil ialah

1. Guru itu sendiri yang telah belajar merata-rata sehingga didampingi oleh banyak jin dan juga kekeliruan yang terbit kerana diri sendiri terhadap hakikat ilmu.

2.  Niat sudah salah atau bathil seperti niat nak dapatkan kekuatan/kehebatan/ dll. Sedangkan niat hanya kerana Allah hanyasanya DOA sahaja boleh berbagai-bagai NAMUN tetap mempunyai adab dan tatasusilanya yang tersendiri bukan main hentam semberono sahaja.

Maksud saya ilmu yang betul atau haq ialah ilmu yang tidak bercampur dengan amalan syirik. Namun pengamalan ilmu yang haq tidak menjamin waridnya juga suatu yang haq jika kaedah pengamalannya diselaputi kebathilan.

Saya dengan izin dan rahmat Allah, sudah beberapa kali merawat pesakit yang mengalami keadaan di atas. Paling ketara yang belajar ilmu silat yang telah melepasi tahap tinggi kononnya sehingga sudah pergi bertapa, didatangi mimpi, diberi barang tertentu dari alam ghaib, dan ada pula yang pula 'bertukar' menjadi macan atau harimau menderam-deram apabila 'diperlukan'. Walhal apa yang mereka amal tetap Ayat Suci Al Quran dan zikir sunnah.

Kesan paling minimum akibat gejala di atas ialah

-Panas baran
-berat dada
-didatangi mimpi pelik cthnya berguru dengan harimau dll
-cepat marah/mengamuk/ beradu tenaga
-susah hati

Kesan sederhana berat

-sempit rezeki, dia anggap macam ada sihir tetapi bukan sihir
-tidak boleh solat atau amat terganggu solatnya
-sakit pada mana-mana anggota tubuh, sakit fizikal tetapi bila discan dengan mendalam dengan izinNya dapat dilihat ada gangguan jin etc

Kesan berat
-gila
-mengamuk/membunuh orang
-bunuh diri

Alhamdulillah, dengan izin, rahmat dan redhoNya Allah ta'ala, maka dengan ini saya telah berjaya merawat beberapa kes demikian sehinggalah mereka kembali merasai ketenangan dan segala ilmu bathil yang ada dalam dada dapat di kosongkan dengan cara yang haq bukan syok sendiri sahaja.

Ada ilmu kependekaran ini bahagiannya untuk mengosongkan ilmu orang. Sebenarnya bukan mengosongkan ilmu tetapi mengosongkan  tenaga seseorang. Tenaga itu pun bersumberkan kekuatan ghaib jin dan sekutunya.

Sebenarnya mengosongkan ilmu dengan kaedah yang haq (merawat kesan-kesan seperti dinyatakan di atas) dengan tujuan yang haq (kerana Allah ta'ala agar kembali mendapat mahgfirah dan rahmatNya) itu bukan perkara mudah atau dapat dilakukan oleh semua orang.

Dengan izin Allah, saya ada kaedah untuk melakukannya, dengan rahmat Allah beberapa orang yang saya rawat telah pulih lebih tenang serta khusyuk ibadah kerana Allah.

Rumusannya begini

-Jika saudara merasakan ilmu batin/hikmah/silat/ghaib yang saudara ambil itu ilmu yang haq yang Allah rahmati dan Allah redhoi, maka saudara pasti akan bertambah ketaqwaan dan semakin dekat dengan Allah semakin merasakan diri ini tiada apa-apa. Namun kalau sebaliknya khususnya menerima kesan yang saya senaraikan di atas maka sudah cukup menyatakan saudara perlu datang berjumpa dengan sesiapa juga hamba Allah yang diberikan rahmat oleh Allah ta'ala untuk berbincang dan mengetahui serta membuang dengan kaedah yang haq juga.

Insya Allah bagi sesiapa yang ada tahu serta mendapat tahu ada sahabat, saudara yang terlibat dalam perkara begini boleh berikhtiar dengan saya.

bukan kuasa saya, tetapi kuasa Allah
bukan ikhtiar saya, tetapi ikhtiar Allah
bukan gerak saya, tetapi gerak Allah

-Kasyaful Asrar-

Rabu, 1 Disember 2010

Beruk Disedut Ke Dalam Cahaya Putih

Sahabat saya, M namanya memang mempunyai beberapa kemampuan. Antara scan dan kepekaan rasa yang tinggi. Maka suatu petang di surau tempat kerja, saya teringat kepada M, ada masa sedikit sebelum Asar, saya memanggil M datang jumpa saya di surau. "Pembersihan." kata saya sewaktu dia sms bertanya tujuan saya memanggilnya. M, masih belajar di peringkat sarjana bergerak turun dari bilik pelajar sarjana meuju ke surau. Apabila M masuk dalam surau, M komen, "UH, tenang dan sejuk dalam surau ini." Katanya sambil bertimpuh depan saya. "Alhamdulillah. Nikmat itu boleh rasa tenang. Ada orang tak boleh rasa sedikitpun ketenangan dalam hidup. Rahmat tuh. " balas saya sambil menyuruhnya meletakkan kedua belah tangan atas lutus dan mengadap telapak tangan ke langit.

"Ok M, dengan izin dan rahmat Allah, saya hendak buang segala jin saka, jin sihir, jin penganggu dan juga ilmu2 bathil serta unsur negatif dalam diri ko. Boleh?"

Mulanya M teragak-agak. Saya terpaksan menjelaskan lagi.

"Insya Allah apabila benda2 itu sudah sirna maka ko akan rasa lebih tenang dalam hidup, tak gopoh gapah, tak cepat marah dna buruk sangka dan lebih tenang ibadah serta khusyuk. Nak ke?"kata saya mengumpannya. M terus senyum. Walaupun M tidak mengiyakan apa saya kata, tetapi saya tahu 90% apa saya cakap itu benar berlaku pada dirinya. Selepas M setuju danM pasang niat dan saya pun pasang niat, saya menyuruh M berzikir Ya Allah 29x dalam hati ikhlas berzikir kerana Allah semata-mata. M ikut. Selepas tamat, saya pun suruh dia pejam mata. Dan saya pun memulakan ikhtiar.

Semasa saya membaca Ayatul kursi, tangan dan badan M bergegar sedikit. Namun saya dengan makrifat menekan M agar terus diam dan diam. Saya makrifatkan juga segala makhluk yang ada pada tubuh M tdk akan mampu melawan, mereka kecil dan lemah tiada berdaya melawan saya. Sebenarnya mula2nya lagi pun masa M duduk depan saya, saya sudah nampak lembaga hitam besar dan tinggi berada di sebalik batang tubuh M. Cuma M tidak sedar dan nampak. Kini, apabila M pejam mata, M mula nampak apa yang ada pada dirinya selama ini. Dalam cahaya putih yang mulanya setompok kian membesar (saya terus membaca ayatul kursi niat ikhlas kerana Allah agar dilimpahkan rahmatNya kepada kami berdua ketika itu) M melihat beruk hitam terseringai meronta-ronta ditengelami cahaya putih yang meliputinya seluruh tubuhnya melainkan kepalanya. M terkejut smabil menyebut nama Allah. Tak lama kemudian, cahaya putih itu bagai berpusar menyedut beruk itu dan meliputi kepalanya sehingga beruk itu kian mengecil. Namun beruk itu terus melawan dan timbul semula. tatkala saya sudah tiba pada bacaan kali ke 7 dan masuk ke bacaan 2 ayat terakhir At-Taubah, beruk itu disedut dan diseliputi lagi hinggalah hilang. Yang ada hanyalah cahaya putih dimana-mana.

"M, Ya Allah, tak sangka beruk pada aku rupanya..."

"Dengan izin Allah telah diperlihatkan Allah kepada kita...ia daripada saka sebelah bapa, sebelah atuk..."

M diam sejenak macam mengingati sesuatu. Saya mengajak M untuk trace dari mana beruk itu. M setuju. Saya suruh M pejam mata dan saya pun mula membaca ayatul kursi lagi. Dan layar pun terkembang dnegan suluhan cahaya putih. Saya memegang dada M. Membawa M menelusuri dari mana beruk itu berasal. M nampak kawasna hutan. Dan M tak dapat teruskan lagi. Entah kenapa.

"Ustaz, sudahlah. Saya sudah ingat dari mana beruk itu. Saya teringat ustaz."katanya agak sebak.

"ceritalah kepada saya..saya nak dengar dna tahu juga.."kata saya.

"Dahulu, moyang saya seorang peneroka tanah di Kuala Krai. Suatu hutan dibukanya. Hutan yang terpencil itu dibersihkan dan dibuat penempatan. Ia diberi nama Kucil.Situ banyak beruk liar. Ada dimana-mana. Namun tidka pula menganggu penduduk dna moyangnya. Malah Onyang sendiri takut apabila melihat beruk2 itu bukan macam beruk biasa. Macam terlalu bijak bagi beruk untuk bertolakansur hidup dengan manusia. beruk2 itu nampak macam taatd an ikut perintah Moyang yang membuka kampung."

Saya dengar dengan khusyuk. M pun maklumkan lagi bahawa sepupunya juga sakit sering demam-demam. Sewaktu trace, M niat nak trace makhluk pada sepupunya. Dan M tersenyum sendirian tatkala itu apabila melihatkan beruk2 pada sepupunya itu terlonta-lonta bercempiaran melarikan diri apabila melihat kedatangan M yang dilingkungi cahaya putih.

Peristiwa itu berlaku petang. Keesokan paginya, M sms kepada saya:

"Salam..power erk, tadi pagi lagi aku dah bangun. Senang je bangun. lapang je, kepala pun tak berat, kalau sebelum ini bukan main berat lagi. Liat nak bangun. Kena amalkan apa yang ustaz ajarlah ini nampaknya. Terima kasih banyak2,"-M, Kuala Lumpur.

Saya balas:

"Power itu bukan milik kita. Tapi milik Allah semata-mata. Maka bersyukurlah agar ditambahkan lagi nikmatNya kepada kita berganda-ganda.Amin."

Kemampuan scan dna kepekaan M tidaklah berkurang kerana semua itu adalah berasal daripada kemampuan yang Allah kurniakan pada hambanya yang sebaik-baik kejadian. Namun apabila kemampuan tersebut ditunjangi oleh dampingan halus, maka dampingan itulah perlu dihapuskan.

#Apa yang saja ajar hanyalah membaca ayatul kursi dgn niat ikhlas kepada Allah utk mendapatkan rahmatNya semata-mata. Bukan niat lain. Apatah lagi niat nak jumpa khodam Ayatul Kursi!

Program / Kursus MEGA Super Spiritual

 Program Gemblengan MEGA Super Spiritual - “Zero to Hero” “Apabila disebut spiritual bukan semata-mata pengubatan bahkan melibatkan hubungan...