Marilah kita semua berzikir yakni
menyebut dan mengingati Allah Ta’ala sama ada pada sifatNya dan menyeru AsmaNya.
Hal ini kerana orang yang banyak berzikir kepada Allah itu adalah seperti
seseorang yang sedang dicari jejak oleh musuh dengan cepat. Sehingga ia sampai
ke benteng yang kukuh lalu dia berlindung dari musuhnya di dalam benteng itu.
Demikianlah seseorang hamba tidak dapat menyelamatkan dirinya daripada gangguan
syaitan melainkan dengan berzikir kepadaNya. Berzikir merupakan suatu
keutamaan dan kekal berzikir terus menerus meski dengan lisan adalah dituntut
sekali. Zikir ibarat kubu dan benteng manakala syaitan sentiasa mencari jalan
untuk mengganggu kita menerusi pintu kelalaian. Secara umumnya lalai bermaksud
lupa. Perinciannya sebagaimana berikut:
Lalai berzikir
-Langsung tidak pernah dan mahu
berzikir
-menghentikan zikir dan tidak
istiqomah lagi
Berzikir dalam keadaan lalai
-rasa berat dan malas hendak
berzikir
-jika berzikir juga akan rasa
sukar khusyuk dan berat seolah-olah ada beban
-jika berzikir lagi sentiasa
diganggu oleh gambaran-gambaran kehidupan dan urusan keduniaan yang tidak
pernah sudahnya.
Berzikir dalam keadaan lalai dari sudut pandangan kerohanian
-hati berpaling daripada
menumpukan ingatan kepadaNya kepada sesuatu yang selain drpNya yakni makhluk
dan akhyar (masiwallah)
-hati tidak dapat melekangkan
masiwallah
-hati tidak dapat menangkap nur
zikir yang diucapkan atas lidah menyebabkan tingkah laku kita berlawanan dgn
apa yang kita zikirkan
-hati masih diselimuti dengan
syirik sama ada syirik khafi dan syirik jali hingga sukar nur zikir masuk ke
dalam hati
-hati masih gagal mencerap
khasiat zikir hingga tiada mempunyai rasa dlm berzikir kepadaNya
-ada juga hati yang seperti orang
buta matanya. Rumah telah ada depan matanya tapi si buta tidak dapat melihat
keberadaan rumah itu. Bahkan dalam konteks tertentu si buta mata kasar dapat
melihat rumah itu dengan hatinya yang celik bahkan lebih mulia daripada yang
bermata kasar tapi buta hatinya!
Justeru kita haruslah terus berzikir kepadaNya
meskipun zikir kita setakat sampai pada lisan sahaja....
Lalai berzikir lebih jahat
akhlaknya daripada zikir dalam keadaan lalai...Orang yang berzikir dalam
keadaan lalai dia tetap akan mendapat pahala...dan lama –kelamaan dengan
rahmatNya dan Kasih sayangNya...Allah akan campakkan rasa lazat berzikir dalam
erti kata lain zikir itu sudah sampai kepada hati...atau zikir itu mula menjadi
lampu menerangi hati yang gelap gulita sebelum ini....
Namun kalau kita lalai berzikir
maksudnya langsung tak mau berzikir hatta lisan sekalipun dan sebagainya maka itulah
yang dikatakan Allah, kami palingkan hati daripada kebenaran. Meninggalkan
zikir bermakna meninggalkan menyebut dan mengingat Allah dan hukumnya adalah
berdosa. Dosanya terus menerus bertambah dari waktu ke waktu akibat lalai
berzikir kepadaNya.
Bagaimana pula yang dikatakan
zikir yang sebenar-benarnya?
Allah berfirman,
“Ingatlah Aku nescaya Aku ingat
kamu!”-Surah al-Baqarah 125.
Kualiti zikir seperti ini amatlah
tinggi mutunya laksana emas sepuluh! Laksana berlian di atas kaca.
Dalam hadis Qudsi diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibnu Majah, Allah
berfirman,”
“Aku sentiasa dengan hambaKu
setiap kali dia mengingatiKu dan bergerak-gerak kedua bibirnya menyebut namaku”
“Jika hambaKu mengingatiKu dalam
dirinya, Aku pasti mengingatinya dalam diriKu. Jika dia menyebut namaKu di
hadapan khalayak ramai, Aku akan menyebut namanya dihadapan khalayak yang lebih
mulia daripada khalayaknya. Jika dia menghampiriKu sejengkal, Aku akan
menghampirinya sehasta, jika dia mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya
sedepa. Jika dia datang berjalan kepadaKu, Aku akan berlari kepadaNya. Yakni
segera menyahut segala permintaannya.”
Keadaan hati orang beriman yang
berzikir kepada Allah itu ialah sebagaimana dinyatakan menerusi firman Allah,
“Sesungguhnya orang-orang yang
beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan
apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya
kepada Tuhanlah mereka bertawakkal, (yaitu) orang-orang yang mendirikan solat
dan yang menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh
beberapa derajat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki (nikmat)
yang mulia.” (al-Anfaal 2-4)
Getar hati apabila disebut nama
Allah bermaksud zikir yang telah sampai kepada hati yakni zikir itu sudah
menjadi lampu yang mula menerangi hati...apabila nur zikir mula menerangi hati
maka akan tersingkaplah bagi hati insan itu kepada Kholiqnya yakni Allah
Azzawajalla.
Hati yang tersingkap daripada
hijab ialah dosa dan syirik yang telah berjaya dileburkan dengan nur zikrullah
itu tadi...
Dan selanjutnya hati yang telah
diterangi dengan nur zikir itu akan bertambah imannya apabila dia membaca
ayat-ayat suci Al-Quran...tanda bertambah iman ialah bertambah kukuhlah tauhidnya
kepada Allah...membesar teguh dan kuat semakin kuat.
Apa yang dia baca dia yakin dan
beriman tanpa bangkangan. Sekalipun ia mutasyabihah dia tetap yakin teguh
kepada Allah tanpa goyah sedikitpun apatah lagi nak mempersoalkannya. Itulah
iman sebenar-benarnya. Kemudian hati yang diterangi nur zikir akan jadi
dermawanlah dirinya. Sebahagian harta diperolehinya seperti wang, tanah dan
sebagainya diinfakkan ke jalan kebenaran seperti digunakan wang itu untuk
berzakat, menderma anak yatim, bersedekah kepada guru yang mendidik hatinya dan
seterusnya.
Kemudian Allah angkatlah darjat
hambanya serta memperolehi ampunan dan rezeki. Rezeki di penghujung ayat ini
bukan merujuk kepada berbentuk keduniaan seperti wang, emas dan lain-lain
walaupun itu tidaklah mustahil diperolehi.
Rezeki dimaksudkan ialah
kenikmatan yakni rasa lazat sedap ringan mudah dalam melakukan kewajipan dan
ketaatan kepada Allah tanpa merasa sedikitpun penat lelah.
Peningkatan darjat insan pula
bermula dengan peningkatan jiwa daripada jahat kepada baik..daripada baik
kepada lebih baik...daripada lebih baik kepada terbaik...daripada terbaik
kepada paling terbaik daripada antara yang terbaik...in sya Allah. Janji Allah
tidak pernah mungkir!
Namun ada juga zikir memberi
kesan tenang tenteram kepada hati....Antara getar dan tenang pada hati itu
semua tertakluk di bawah urusan atau kerja Allah.
Bahkan ada juga yang mati apabila
mengingati Allah sewaktu solat semasa membaca ayat-ayat Allah yang berisi
ancaman neraka.
Ada juga hati yang dalam keadaan
menumpu penuh kepada Allah hingga hanyut dibawa ombak syuhud kepada Allah.
Begitulah keadaan hati yang
sampai kepadanya nur zikir.
Walaubagaimanapun keadaan zikir
yang sebenar-benar sampai kepada hati menjadi suluhan nur hingga menyingkap
tabir hijab antara hamba dengan kholiq kita memerlukan pembimbing agar tidak
tersesat dalam cahaya.
“Wahai Tuhanku! Kerana Engkau
telah menjadikan daku sesat,(maka) demi sesungguhnya aku akan memperindahkan
(segala jenis kemungkaran) (kepada Adam dan zuriatnya) di dunia ini dan aku
akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba-hamba-Mu di antara mereka yang
ikhlas.”
Surah al-Hijr Ayat 39-40.
Ikhlas itu apa? Rahsia Allah
dengan hamba. Bagaimana nak mencapai keikhlasan kepada Allah? Dengan cara
berzikir sebenar-benar kepada Allah hingga nur zikir menerangi hati dan menyingkap
tabir hijab antara kita dengan Tuhan. Mohonlah kepada Allah rasa ikhlas itu
atau Allah akan hadirkan rasa ikhlas pada hati nurani kita.
“Orang-orang yang beriman
berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan
thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, Kerana sesungguhnya tipu
daya syaitan itu lemah.” Surah An-Nisa' Ayat 76.
Iblis dan anak buahnya para
syaitan sentiasa mahu menyesat dan menggoda serta menganggu kita. Tetapi
gangguan dan godaan itu adalah lemah.
Strateginya bagaimana?
Berperang melawannya! Itu sahaja.
Orang kafir berperang bagi menindas dan membunuh ummat Islam serta memadamkan
cahaya Allah dimuka bumi ini. Orang kafir yang bersikap dan bertindak begini(
kerana ada orang kafir yang baik dan sentiasa membuat kebajikan ia tidak
termasuk dalam kategori diperangi. Harap peka!) Dan orang beriman perangilah
orang kafir itu yang berperang di jalan taghut yakni pemimpin yang zalim atau
lebih tepat saya katakan taghut itu ialah dajjal yang dibelakangnya terdiri
daripada pertubuhan iluminati dan freemason.
Hal ini kerana orang kafir yang
berperang di jalan taghut ialah mereka yang bermusuh dengan orang beriman dan
berhasrat dengan penuh dendam dan dengki serta sakit hati mahu memadamkan
cahaya Allah yakni agama Islam di muka bumi ini.
Wajarkah manusia memadamkan
cahaya Allah di atas muka bumi ini sedangkan Allah adalah pencipta dan pemilik
bumi dan seluruh alam mayapada dan alam semesta ini???
Sikap orang kafir ini adalah
terjemahan daripada hasutan dan godaan iblis dan sekutunya para syaitan. Dan
godaan serta tipudaya iblis dan syaitan menerusi orang kafir itu adalah sangat
lemah sebenarnya takkan mampu membinasakan orang beriman JIKA iman kita
mencapai kualiti IKHLAS atau MUKHLISIN.
Melainkan kita muslim munafik,
fasiq, zindiq,tali barut dan sebagainya sifat bermuka-muka.
Jadi dalam konteks perubatan
Islam adalah suatu yang biasa apabila syaitan
merasuk pesakit hingga menyebabkan pesakit bukannya sahaja menderita
sakit malah pesakit akan menjauhi zikir dan gagal berzikir kepada Allah Ta’ala.
Syaitan dapat menguasai fikiran dan merasuk manusia sama ada menjelma sebagai
penyakit akibat godaan dan gangguan syaitan atau sihir dan juga menerusi
idelogi dan pemikiran seperti menyuntik rasa ‘beriman’ kepada idelogi ciptaan
manusia atau idelogi ciptaan yahudi yang pada titik akhirnya menjerumuskan kita
ke lembah neraka. Semoga Allah lindungi
kita.
Jadi di sini serba ringkas ini
kita dapat lihat betapa penting dan utamanya berzikir kepada Allah. Kalau saya
ditanya kenapa mudah sangat ummat Islam dirasuk disihir dan
sebagainya...disebabkan meninggalkan zikir kepada Allah. Sama juga keadaan
kenapa ummat Islam sekaran ditindas dibunuh dan kita seperti buih dilautan yang
tak dapat berbuat apa-apa bagi membantu saudara seagama kita yang sedang
dizalimi?
Jawapannya sebab kita
meninggalkan zikir kepada Allah!
Kalaupun kita seperti
seolah-olahnya berzikir kepada Allah tetapi tiada keikhlasan sejati dalam hati
kita menyebabkan terbukanya pintu penguasaan kepada syaitan untuk menakluki
kita.
Jadi belajarlah ya..ilmu tentang
zikir ini...walau daripada mana kumpulan, tariqah, group, orang perseorangan
belajarlah...belajarlah ilmu zikir...in syaa Allah semoga kita ada jalan keluar
kepada kemenangan dan kejayaan dunia dan akhirat...
*Saya sedang membuat pengambilan
pelajar baharu untuk mengikuti Program Gemblengan Ilmu Hikmah Nur Makrifah
dalam program ini terdapat cara berzikir panduan daripada pengalaman ahli zikir mudah-mudahan nur
zikir itu menyebar dan bersambung-sambungan kepada anda yang membaca tulisan
ini.
Ya Allah saksikanlah aku telah
menyampaikan!
Lepaskan daku dan muridku daripada
hisab yang berat di hari yang mana dinar, dirham, ringgit, dollar, paun dan
segala harta benda perniagaan TIDAK BERGUNA SAMA SEKALI.
Utk maklumat lanjut Hubungi Ust
Ali
Contact : 013 642 1228
(Telefon ATAU whatapps sahaja SMS TDK AKAN DILAYAN)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan