Jumaat, 22 Disember 2023

Punca Bayi Menangis dan Kaedah Mengubatinya

Antara Punca Bayi Menangis tanpa henti ialah lapar, mahu dipeluk, faktor cuaca sejuk atau panas, ketakselesaan, kembung perut dan penyakit kronik. 

Tapi kes bayi bernama A ini tak diketahui punca sakitnya hingga dikatakan doktor hayatnya tak lama dah di dunia ini. Pelik bin ajaib. 

Kromosom

Ketika doktor gagal menemukan punca sakit sekadar mengatakan penyakit rare. Pelbagai ujian untuk mengesan penyakit si bayi. Semuanya normal dimata doktor. Sampai ujian kromosom. Nampak normal! Namun pandai pula doktor cakap jangka hayat tak panjang. 

Siapa doktor nak mengatasi kuasa Allah? Kemudian neneknya menghubungi saya. Ketika cucunya berada di rumah, kembali bayi ni menangis sekuat hati. Sejam menangis tanpa dapat berbuat apa apa yang dapat menghentikan tangisan itu. 

Walaupun semua keperluan bayi sudah diberikan sepenuh hati. Akhirnya neneknya ini menghubungi saya. 

Wanita

“Puan pegang bayi dan buka penguat suara.”

“Baiklah ustaz.” Saya terdengar suara bayi menangis. Sekonyong-konyong saya melihat sosok lembaga wanita mengerbang rambutnya dengan mulanya kehitam-hitaman seperti arang. Bermata putih. Mencerlung saya. Tajam. 

“Eh dari mana kamu ni setan?”

Wujud sosok lembaga wanita mengerbang rambutnya dengan mukanya kehitam-hitaman seperti arang bermata putih itu ghaib. 

“Astaghfirullahalazim. Cucu saya dah berhenti menangis ustaz. Terus nak tido.” 

“Tak sempat nak Ruqyah. Hehe. Tak apa saya tetap nak baca juga.”

Hadir ilham supaya saya bertawassul dgn Rasulullah dan Syeikh Abdul Qadir Jailani. Jernih. Tiada unsur syirik ya. Saya faham benar makhluk tak beri bekas. Saya salah seorang ummat kerdil tak ternama yg hanya menumpang berkah drp Baginda Rasul dan Sultan Awliya ahlil bait Nabi. 

Yakin 

Kemudian selepas bayi tertidur pulas…neneknya kembali menyambung mesej dgn saya. Kalau cucunya menangis memang sampai satu tahap dibiarkan sahaja sebab dia tetap menangis tanpa henti sampai berjam jam. Saya merenung dlm makrifat. Ini bukan kes kecil. Tapi Allah tunjukkan berkah Rasul berkah Sultan Awliya bayi tu ditakdirkan berhenti menangis ketika mendengar suara saya dihujung talian… 

Bersambung

Rabu, 22 November 2023

13 Program Ilmu Lawan Kebatilan

Lihatlah saudaraku kaum muslimin sekelian

Apabila umat Islam dibiarkan dijajah oleh musuh yg amat membenci Islam dan umatnya mereka akan memperlakukan kita spt haiwan bahkan lebih teruk drp itu. Usah pandang enteng soal penjajahan musuh. Jgn bernormalisasi dgn musuh Islam. Mereka akan melakukan segala-galanya dengan

sewenang-wenangnya apabila berkesempatan menjajah kita umat Islam. 


“Berbahagialah wahai para syuhada di sisi Allah.”


Mari menimba Ilmu-ilmu esoterik khazanah bangsa dan warisan org soleh alim ulamak kiyai dan arifbillah SeNusantara menerusi program dibawah berikut: 


#Program Gemblengan HizibPerang

#Program Gemblengan HizibSakran

#Program GemblenganHizibRifa’i Darat

#Program GemblenganHizibRifai’i Laut

#Program GemblenganHizibAlMadad

#Program Gemblengan JurusNurTauhid

#Program Gemblengan JurusAsmaulHusna

#Program Gemblengan GerakTenagaRohaniahInsanKamil (GERIK)

#Program Gemblengan PengubatanIslam dan Alternatif 

#Program Gemblengan MEGAKerezekian

#Peogram GemblenganMembukaMataBatin/AinulBasiroh/MerogohSukma 

#Program PembukaanJalanMakrifatbillah


-Blh hubungi saya jika berminat ditalian 013-6421228

-Blh konsultasi apa yg anda mahu belajar 

-Blh konsultasi keadaan anda jika mahu Bljr 

-Semua keilmuan di atas bersanad dan dibimbing secara Profesional Oleh UstazTobibAli.


“Sediakan payung sebelum hujan”


#TaufanAlAqsa

#GazaGenocide

#GazaUnderAttack

#FreePalestineHomeland

#IsraelKoyak

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...