Ahad, 25 September 2011

Buang Saka

Salam sejahtera. Pengalaman bertemu dengan beberapa kes gangguan saka yang sangat teruk menginsafkan saya. Rupa-rupanya kita sebagai seorang perawat tidak harus lupa untuk sentiasa melakukan kajian dan pembangunan kaedah pengubatan kita dan tidak memasung minda dan hati kita untuk mengubat pesakit dengan kaedah yang lama. Walaupun tidak dapat dinafikan kaedah perubatan secara ruqyah adalah terbaik tetapi ia bukanlah muktamad. Teknik lain serta kaedah lain pun boleh terutama kaedah menggunakan petua tertentu yang mana ia tidak bertentangan dengan syarak. Terdapat beberapa kaedah membuang saka hanya menggunakan petua. Tidak memerlukan pembacaan ruaqyah berjam-jam. Ilmu Allah ini luas. 

Dalam ilmu sufi pun terdapat kaedah perubatan buang saka atau makhluk halus ini hanya dengan menggunakan petua nafas dan petua gerak. Sama juga dengan ilmu lain. Dalam dunia sekarang, gangguan jin bukan lagi bersifat gangguan biasa-biasa. Ia bersifat sangat luat biasa. Para jin terutama yang bakal menjadi tentera dajjal laknatullah nanti sangat moden ilmu pengetahuannya dan bergabung dengan manusia yang dikepalai dajjal untul melaksanakan misi dunia sebelum Imam Mahdi diturunkan. Maaf saya tidak menyebut perkataan Imam Mahdi berdasarkan kepercayaan Syiah. Saya bukanlah seorang penghukum tetapi saya berlepas diri daripada sebarang pemikiran dan cara tindak yang esktrem. 

Dalam perkara membuang saka, saya telah menemui sekian banyak pesakit yang telah mendapat rawatan daripada banyak pusat rawatan Islam seluruh negara yang tumbuh bak cendawan selepas hujan namun kes gangguan saka itu berulang. Memang kesalahan tidak patut diletakkan di bahu perawat Islam atau muallij tetapi perawat Islam boleh melakukan kajian sendiri mengapa kaedah yang dilakukan itu kurang memberi kesan dan gagal mengeluarkan gangguan drp tubuh pesakit atau memisahkan terus saka dengan tuannya. Bukan ayat tidak berkesan dan bukan iman serta amalan yang masih kurang atau belum mantap tetapi kerana TEKNIK yang salah. Jadi tidak hairanlah banyak pesakit serta keluarga pesakit mengeluarkan banyak wang untuk berubat. Masalah saka bukan sahaja menganggu orang Melayu malah juga terdapat dalam semua kaum di seluruh dunia. Orang Cina, orang India dan kaum lain atau suku-suku pedalaman mempunyai masalah gangguan saka ini sama ada disedari atau tidak. Jin saka tidak lazim sendirian. Ia duduk dalam suatu kumpulan yang besar. Ia tidak menganggu semua anak cucu tetapi ia memilih satu daripada sekian ramai anak cucu untuk menumpang atau menjadi tubuhnya sebagai sehenti untuk hidup. Gerombolan jin saka ini mesti dibasmi kerana jika tidak ia akan terus menyusahkan anak cucu kemudian hari. Malangnya datuk nenek kita tidak atau lupa untuk melepaskan saka itu sebelum ajal menjemput. Melepaskan saka sebenarnya lebih mudah daripada membuang saka. Namun itu telah berlalu. apabila terdapat anak cucu yang sakit tidak bersebab atau sakit berpindah randah dalam tubuhnya ambil ubat jumpa doktor tak kunjung sembuh malah kian kurus atau lemah atau merosot kualiti hidup sehari-hari maka sedarlah kita gangguan saka mula memunculkan dirinya. 

Bagi saudara sedarah yang tidak punya siptom gangguan tidaklah mengapa, namun setidak-tidaknya pasti mereka pernah melalui peristiwa aneh sekali sekala seperti ternampak lembaga besar hitam melintas depan mereka atau lainnya yang menunjukkan saka itu melawat mereka. Justeru perlu juga dibawa berubat sebelum menjadi semakin teruk. Jangan kita anggap dengan membawa ayat atau mandi limau sahaja saka boleh berambus. Ada bahannya, ada caranya ada petuanya untuk membuang saka ini. Insya Allah terdapat cara di tempat saya. Caranya tidak semudah perlaksanaannya. Terdapat beberapa perkara di luar jangkaan kita boleh berlaku. Ingat jin pun bukannya bodoh sangat jika keluarga atau pesakit datang menemui perawat. Namun bagi perawat yang mantap insya Allah keadaan dapat dikawal. Gangguan saka yang lebih aneh juga boleh berlaku sehingga sukar dikesan dan disangka sebagai sihir. Apa pun sebagai muslim kita seharusnya tidak berasa takut dan gentar terhadap jin-jin saka ini. Kuatkan hati dengan ketaqwaan, zikir, wirid, baca Al Quran dan banyakkan selawat. Kemudian datanglah jumpa dengan perawat Islam atau terus berjumpa saya untuk kita cari jalan keluar di atas permasalahan ini.

7 ulasan:

  1. assalam..sy halim dr n9..sy ingin menghantar mak sy menerima rawatan pihak tuan..boleh berikan masa dan tempat..atau pihak tuan boleh dtg ketempat kami??terima kasih...

    BalasPadam
  2. salam tuan saya mohd sabri dari perak saya ingin merawat emak mertua saya bagaimana caranya? disini saya nyatakan keadaan emak mertua saya dia sekarang x sedar dan tidak boleh menggerakkan anggota badannya yang ada hanyalah pergerakan pernafasan sahaja.makan pun sekarang melalui hidung dimana hanya makan susu sahaja bila kita panggil namanya seperti ada tindak balas dari segi bunyi yg keluar dai mulutnya.dia telah berkeadaan begitu hampir empat bulan lamanya.pada pandangan saya jika dilihat dia seolah-olah sudah mati tapi masih bernafas sahaja tanpa ada pergerakan pada tubuh badanya.boleh kah pihak tuan datang dan merawatnya kerana dia sudah tidak boleh bergerak sekian terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. En sabri, macammana keadaan Mak Mertua en sekarang?

      Padam
  3. Mohon bantuan saudara utk merawat saka pada nenek sy... Setakat ni tiada sorng pn dpt buang saka trsebut... Bagaimna sy nk hubungi saudara?

    BalasPadam
  4. Boleh hubungi kami menerusi emel rahmaniah999@gmail.com

    BalasPadam
  5. Mohon bantuan Adik saya 3 orang lelaki, umur 50an masih belum kahwin. Kata orang kena warisan saka. Bagaimana cara membuangnya.

    BalasPadam
  6. Mohon bantuan Adik saya 3 orang lelaki, umur 50an masih belum kahwin. Kata orang kena warisan saka. Bagaimana cara membuangnya.

    BalasPadam

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...