Di sini saya perturunkan ramuan minyak serbaguna. Saya perturunkan bahan ramuan sahaja untuk pengetahuan. Amal tanpa wirid khusus tak cukup syarat tak menjadi.
1. Ambil kelapa yang sudah diparut
2.Ambil tanah liat
Ukuran banyak bahan no. 1 dan no. 2 adalah sama. Contohnya jikalau bahan no. 1, 1 kilogram maka bahan no. 2 ialah 1 kilogram juga. Dibacakan pada bahan no. 1 dan no. 2 tersebut dengan......
3.Kemudian selepas itu diuli dan diramas rata-rata hingga sebati. Semasa meramas menguli wiridkan.....
4. Apabila sudah sebati bahan no. 1 dan no. 2 tersebut, maka kepalkan dan perahkan dengan tangan sehingga keluar minyaknya meleleh ikut jari. Tadahlah masuk dalam bekas bersih dan tutup rapat-rapat.
5. Jika dipakai di jari manis berkhasiat untuk pengasih/pelaris/penaik seri wajah bercahaya.
6. Dipakai di jari telunjuk berkhasiat untuk penunduk/kewibawaan/kharismatik
7.Dipakai di ibu jari berkhasiat untuk penyembuhan kena sihir/santau/tuju-tuju/racun/ gangguan makhluk halus/pendinding dan penyakit zahir lainnya.
8.Jika dipakai ke tiga-tiga jari punya khasiat semua sekali di atas.
SEMUANYA ATAS IZIN, RAHMAT DAN REDHO ALLAH SAHAJA!!!
Ada kaedah khusus seterusnya yang hanya didedahkan dalam silibus ilmu perubatan hikmah. Bagi pelajar lama sila sabar tunggu kemaskini pelajaran anda masing-masing.
Salam rahmaniah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan