Memaparkan catatan dengan label jin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jin. Papar semua catatan

Selasa, 20 Mei 2014

Disihir bos sendiri

Assalammualaikum...semalam ustaz tabib dipanggil untuk merawat seorang suri rumah di Pinggiran Putra Seri Kembangan Selangor.

Semasa ustaz menemui Puan J, dapat dilihat air mukanya yang keruh. Suaranya perlahan dan menggambarkan kebimbangannya.

Menurut Puan J, selepas hari raya Cina pada tahun lepas, Puan J balik ke kampungnya di Pokok Sena, Kedah.

Di kampung Puan J telah bermimpi didatangi oleh sekujur lembaga seperti binatang menggigit kakinya.

Sekaligus Puan J terjaga dari tidur. Namun kaki kirinya terasa sakit. Dan ia berterusan sehingga berbulan-bulan hinggalah ke tahun 2014 ini.

Gangguannya menjalar sampai ke bahagian belakang badan. Terasa berat sepanjang masa. Tak habis di situ berlaku perubahan suhu yang mendadak. Bila Puan J berada di pejabat yang sejuk dengan pendingin udara, Puan J bermandi peluh kepanasan.

Puan J juga terasa sesuatu berpaut pada mukanya. Seperti ada sesuatu bergantung pada mukanya. Perutnya juga terasa sakit seperti ada sesuatu yang merayap-rayap dan bergerak-gerak ke serata arah.

Lebih teruk lagi Puan J terasa amat berat untuk mendirikan solat walaupun digagahkan juga. Hendak ke pejabat pun terasa seperti berat tubuh mahu dibawanya.

Sampai suatu ketika Puan J susah hendak membaca Al-Quran yang biasa dibacanya. Puan J juga tidak datang bulan sehingga hamper dua bulan.

Rawatan yang dibuat ke atas Puan J oleh ustaz tabib pun dilakukan. Beberapa rangkaian ayat suci al-Quran dibacakan ke telinga kanan Puan J.
 
Sambil telapak tangan kanan dilekapkan ke titik refleksi Pa Hui Puan J.

Tidak berapa lama kemudian tubuhnya seperti mengkerekot seperti menahan sakit.

Nampaknya jin yang berada dalam tubuh Puan J mula menunjukkan dirinya.

"Siapa kau!"

Mengeleng.

Salah satu ayat dari Surah ar Rahman pun dibacakan. Suara jin mula kendengaran seperti tidak tahan lagi merasa derita.

"Ada orang hantar kau ke atau datang sendiri?" soal ustaz tabib.

"Orang hantar aku..."

"Untuk apa?"

"Budak ni tak mau dengar cakap...mana boleh orang atas tunduk pada dia orang bawah ni..."

"Oh begitu. Tapi apa pun kau kena keluar dari tubuh dia. Kau tak berhak ganggu dia."

"Tak nak keluar...."

Ustaz tabib pun terpaksa menggunakan 'kekerasan'. Dengan cara tertentu ustaz tabib lakukan.

"Ooo ! Sakit! Sakit! Sakit! baik, baik ! Aku keluar!"

Ustaz Tabib yang baru saja nak memulakan kaedahnya terhenti daripada meneruskan langkahnya. Memberi peluang kepada jin yang menangis teresak-esak akibat kesakitan...lalu ustaz tabib duduk semula di depan Puan J.

"Ooo laa..sakit...T...yang hantar aku...aku jin dari tanah Jawa...dia hantar aku semasa budak ni berada di Kedah!"

"Ooo..kau keluar ya...ambil semua bias-bias dalam tubuh Puan J..barang sihir semua..jangan tinggal sisa pun..."

"Ya, ya aku keluar..tapi aku takut tuan aku marah..."

"Kau ni Islam atau tidak?"

"Ya, Islam..aku jin lelaki."

"Baik, kau Islam tapi buat zalim pada orang terlibat dalam kerja syirik. Aku nak kau bersyahadah kembali kemudian bertaubat...kemudian kau pergi ke.....aku akan doakan kepada Allah agar kau tidak akan diganggu tuan kau lagi, boleh!?"

"Ya boleh!"katanya sambil menitiskan air mata insaf.
 
"Kau hendak keluar ikut mana?" Tanya Ustaz tabib.
 
"Ikut tangan kiri dia!"
 
Ustaz tabib memandang ke arah tangan kiri Puan J sambil memohon dibukakan jalan seluasnya kepada jin dan pasukannya itu keluar dari tubuh Puan J. Kelihatan tangan kiri Puan J bergerak-gerak dan tegang.

Ustaz tabib pun teruskan rawatannya dengan mengeluarkan jin dari tubuh Puan J dengan dibacakan surah Ad-Dhuha dan dilaungkan azan.
 
 Apabila Puan J sudah sedar dan scanning dilakukan sekali lagi Puan J tidak lagi kerasukan.

Puan J juga merasa ringan tubuh badan. Sakit badannya langsung hilang. Alhamdulillah itulah keajaiban kalamullah. Mukjizat sepanjang zaman.

Rupa-rupanya tukang sihir T itu orang atasan Puan J. Menurut Puan J berlaku salah faham dengan T hingga T langsung tidak mahu memandangnya dan bertegur sapa lagi.

Bagi yang ingin mendapatkan rawatan akibat gangguan makhluk halus dan jin dalam tubuh silalah maklumkan kepada kami sesegera mungkin ditalian sebagaimana di atas. 
 
 Kita berikhtiar Allah memakbulkan.








Khamis, 15 November 2012

Salam Awal Muharam dan Persediaan tidur di hotel

Cuti sekolah menjelang. Banyaklah pusat pelancongan dipenuhi pelancong. Kawan-kawan ada mengajak beriadah. Tapi saya tak ada masa dan keewangan. Saya bukan orang senang nak jalan-jalan. Banyak lagi kerja yang perlu dilakukan. 

Kalau dah beriadah dan makan angin itu kena duduklah di hotel, di chalet, atau rumah tumpangan. Tak kiralah hotel dan bilik tumpangan mahal atau murah sekalipun, semuanya berisiko terkena gangguan makhluk halus.

Sebaik masuk saja dalam bilik ada bau darah hanyir. Ada juga dah tidur padamkan lampu baru ternampak sekujur lembaga berdiri tegak memandang dari pintu bilik air (hantu raya la tuh).

Ada yang jenis muncul di cermin berambut panjang berjela. Bahkan ada jenis merangkak masuk ke bawah katil. Itu tak main lagi yang jenis cakar dinding pintu dan dinding bilik. Gruk Gruk Gruk bunyinya. Real tu. Jadi apa yang perlu kita buat?

Langkah pertama kita scan dulu. Scan termudah ialah scan gerak hati atau scan gerak diri. Semua orang yang boleh mengucap dua kalimah syahadah boleh buat kaedah ini. Kalau mengucap pun tak boleh saya tak boleh nak tolonglah!

Masa sedang pilih bilik di kaunter lagi, bersyahadahlah dalam hati. Kemudian baca bismillah. Sebenarnya ada cara bagaimana nak baca bismillah yang mustajab. Taklah baca begitu saja. Ada petua-petuanya.

Dengan bersyahadah dan membaca bismillah dengan tawajuh saja kita dapat menghidupkan diri kita untuk memilih bilik yang sesuai dengan diri kita. Nak atau tak saja. Jangan ada yang ketiga dan keempat. 

Ringkasnya begini:

1. Syahadah
2.Bismillah
3. Pilih bilik sambil doa dalam hati. Contoh doanya: Ya Allah elakkan bilik yang kotor dan tunjukkan padaku bilik yang bersih beribadat kepadaMu.
4. Mudah bukan? Langsung pilihlah bilik tu. Kalau dia kata bilik 106...kita diam sekejap barang beberapa ketika dan ulang langkah 1-3. Kalau hati berat nakj terima, maka cari yang lain. 
5. Kalau hati kita mudah terima dengan nombor bilik tersebut maka terima saja. 


Kaedah ini mestio dibuat dengan tawajuh dan sepenuh YAKIN. Tawajuh dan Yakin semasa nak pilih bilik, dan selepas memilih bilik.

Insya Allah kalau ditakdirkan kena juga bilik yang kotor, bila kita masuk insya Allah bilik tu akan bersih dan kita selamat daripada sebarang gangguan.

Kalau berasa juga seram bila kaedah 1-3 dibuat, sebaik di muka pintu dan ulang step 1-3. Masa kuak pintu ucapkan salam dan baca Fatihah 1x. Kalau nak baca Ayat Kursi dan 4 qul pun silakan. 

Kalau terasa macam terus saja seram berdiri bulu roma sebaik masuk bilik terus saja Azan 3x. Lepas tu baca dan ikut langkah yang saya berikan sebelum ini. Insya Allah bereh!

Selamat bercuti dan menyambut Awal Muharam.

Jumaat, 30 Disember 2011

Kajian Ilmu Hikmah Tahap Ilmu Hikmah

Salam sejahtera.

Terdapat kekeliruan antara kita berkenaan ilmu hikmah. Mungkin terbayang difikiran orang yang belum mengenali dan belajar ilmu hikmah akan menganggap ilmu hikmah ini sepertimana ilmu yang tersebar luas di Indonesia yang memakai khadam, jin, perewang dan tangkal. Kenyataan ini ada benar dan ada salahnya. Secara ringkasnya tahap ilmu hikmah adalah seperti berikut

Tahap Dasar-mengandalkan ayat suci dan zikir. Biasanya di tahap ini orang yang menggunakan kombinasi ayat yang dinamakan dengan pelbagai nama sama ada manzil, rukyah, surah tertentu, ayat 7, bismillah 5, bismillah 6, selawat syifa, tafrijiyyah dll.

Tahap Pertengahan-mengandalkan tahap dasar tetapi jauh lebih kedepan lagi dengan menggabungkan dengan ayat suci tertentu seperti ayat 7, ayat 5, Yassin Mubin, Yassin Fadilat, Yassin 40 dll. Tahap ini ada yang amal secara khusus ayat untuk serangan ke atas jin spt memohon senjata ghaib, api, batu, rantai secara ghaib. Ada yang amal jampi asal usul di tahap ini. Ada dikalangan perawat di tahap ini yang sudah terbuka mata batin alam rendah utk melihat jin, keberadaan dan gangguan pada pesakit. Ada yang tidak nampak hanya menggunakan daya imiginasinya. Di tahap ini ada yang sudah mempunyai khadam, jin dll. Ada yang berpegang kepada tangkal, azimat dll.

Tahap Tinggi-mengandalkan amalan dan keadaan tahap dasar dan tahap pertengahan namun lebih ke depan lagi secara khusus menumpukan perubatan ke arah kesufian spt menggunakan zikrullah, nafas, nupus, ampas dan tanapas, petua, dan ilham. Semuanya menjurus kepada Tauhid kepada Allah dan ada yg sekadar menggunakan Kalimah Syahadah yang biasa diucapkan dalam solat untuk melakukan scanning, serangan dan pembersihan sekaligus!. Ahli sufi atau mereka yang melalui jalan hakikat, sufi, jalan pulang, kenal diri berada di tahap ini. Mereka bukan mahu menjadi perawat walau adda diantaranya berminat menjadi perawat malah ada yang Allah sudah tentukan dia menjadi seorang perawat. Namun bagi yang HANYA belajar ilmu hikmah tanpa ambil jalan kesufian, tarikat, kenal diri atau jalan pulang tahap tertinggi ILMU HIKMAH ialah terhenti pada tahap pengubatan sahaja. Tidak boleh menggunakan ilmu hikmah untuk makrifatullah namun dalam beberapa keadaan tertentu dengan izinNya ahli ilmu hikmah boleh mencapai pemahaman dan tingkat seperti golongan tersebut. Di tahap ini ramai antaranya terpedaya berkawan dengan jin dan khadam. Menggunakan tangkal, azimat dll. Tetapi ada juga yang berjaya melepasinya terutama jika dia belajar ilmu hakikat dan mursyidnya masih hidup dan 'mengawalnya' daripada terjebak. Namun banyak juga ahli ilmu hikmah berjaya melepaskan diri daripada dimensi pergantungan dengan jin khadam.

Saya boleh rumuskan tingkat pemahaman ahli hikmah tingkat tinggi adalah sama dengan tingkat dasar ahli hakikat atau salik terutama jalan kenal diri atau jalan pulang. Melainkan ahli hikmah itu sendiri seorang salik dan menjalani jalan hakikat biasanya dia akan tahu sendiri batas ilmu hikmah dan kerohanian untuk makrifatullah sememangnya tidak sama namun berada pada sumber yang sama (ibarat sungai yang mempunyai banyak cabang dan laluan air) dan akhirnya bercantum juga di kuala sungai sebagai simbol hakikat dan makrifah. 

Ilmu hikmah ialah segala ilmu berkaitan keghaiban yang lebih menjurus kepada ilmu putih. Ia meliputi aspek perubatan, pertahanan diri (sungguh sukar mencari ilmu pertahanan diri bersumberkan ilmu hikmah aliran putih) dan lain-lain lagi.

Manakala ilmu kerohanian ialah untuk mengenal Allah. Tidak bercampur dengan ilmu hikmah namun ilmu hikmah berada dalam bahagian ilmu kerohanian namun bagi salik ini bukanlah tujuan dan matlamatnya melainkan seseorang yang hanya ahli hikmah.

Sebab itulah hendak belajar ilmu hikmah (perubatan dan manfaat dalam kehidupan yang lebih luas) belajarlah ilmu hikmah tingkat tinggi terus walau tidak ambil jalan kerohanian untuk makrifah. Mereka yang belajar ilmu hikmah dasar ddan pertengahan juga akhirnya akan mencari tahap tertinggi. Senang kira selagi kita merasa belum puas maka kita belum berada di tingkat ilmu hikmah tertinggi.

Ini hanya istilah dan bahasa dalam konteks penulisan ini sahaja. Ia mungkin berbeza dengan takrifan dan huraian orang lain dalam konteks lain. Maksud tahap dasar, pertengahan dan tinggi bukan MERUJUK AYAT AL QURAN dan AMALAN SUNNAH LAIN tetapi merujuk SI PENGAMAL ITU SENDIRI SEJAUH MANA PENGHAYATANNYA TERHADAP ILMU DAN KEFAHAMAN YANG DIPEROLEHINYA. Entri ini tidak berhajat untuk berdebat siapa benar dan siapa salah melainkan menzahirkan satu pandangan jelas apa itu ilmu hikmah dalam konteks blog Perubatan Rahmaniah ini. Semoga beroleh kefahaman.

Selasa, 23 November 2010

Jin kundalini reiki bergabung dengan jin saka menambahkan derita

Salam sejahtera semoga dalam rahmat dan redhoNya sentiasa.

Semalam saya smepat merawat seorang pesakit yang mengamalkan ajaran reiki. Menurutnya amalan reikinya itu bersumberkan Islam. Saya tersenyum sahaja. Bak kata sesetengah orang, dah lama dah...

Saya tanya pesakit tersebut ada ka dia merasai apa-apa sewaktu bercadang atau berkira-kira mahu berjumpa saya...

Dia akui ada. Sewaktu menghantar emel, bahunya dan belakang badanya serta sendi-sendi pada tubuhnya merasa ngilu, lenguh dan sakit tiba-tiba. Semasa dia mencari alamat Pusat Rawatan Rahmaniah, dia diganggu bisikan agar tidak berjumpa dengan saya.

Masya Allah.

Sewaktu duduk depan saya, sesi berbual-bual, murid saya yang ada sama semalam, 'melihat' terdapat semacam haba panas seperti waktu tengahari dengan berkuap-kuap asap nipis.

Tapi saya diperlihatkan Allah dalam bentuk kehadiran jin-jin energy reiki yang segan nak masuk pusat rawatan sebaliknya duduk diluar sahaja. Jin energy reiki bergabung dengan jin saka keturunan 20 tahun yang ganggu keturunannya. (Persoalan:Mengapa jin energy reiki tdk menghalau jin saka keturunan 20 tahun di alami pesakit??? Jawapannya mudah:Sebab jin sama jin. Itulah hakikatnya.

Pesakit menyatakan ayahnya dan bapa saudaranya semuanya sudah meninggal dunia mengalami masalah mental yang kronik.

Dia mengambil reiki daripada pengamal reiki terkenal untuk membantu merawat dirinya, namun masalah dirinya tdk terawat malahan bertambah teruk!

Kalau ilmu reiki dirahmati dna diredoi Allah maka sudah tentu jin saka dha berambus, tetapi nampaknya macam pasukan tentera menerima bantuan sahaja. Hehehe. 

Tidak menghairankan juga jin saka boleh menimbulkan kesan dengan izin Allah jua sampai ke tahap itu.

 Saya lihat lagi jin-jin energy berganti ganti, maklumlah energy reiki juga jenis topup dari semasa ke semasa. Pesakit merasakan dadanya berdebar-debar. Saya terus sahaja sembang sambil zikir perlahan-lahan dimasukkan doa... dengannya... sehinggalah murid saya menyatakan hawa dan asap kabus nipis tidak kelihatan lagi.

Dan saya pun tidak melihat lagi sebarang entiti pada pesakit itu melainkan jika dilihat secara dalam memang ada (jin saka biasalah).

Tiba-tiba pesakit...

bersambung...

Program / Kursus MEGA Super Spiritual

 Program Gemblengan MEGA Super Spiritual - “Zero to Hero” “Apabila disebut spiritual bukan semata-mata pengubatan bahkan melibatkan hubungan...