Rabu, 31 Mei 2017

Perkhidmatan Mencari Kombinasi Nombor Telefon Ajaib®™ Untuk Mencapai Keinginan, Cita-cita, Impian dan Harapan Anda Menerusi Kaedah Metafizik dan Ilmu Hikmah

Perkhidmatan Mencari Kombinasi Nombor Telefon Ajaib®™ Untuk Mencapai Keinginan, Cita-cita, Impian dan Harapan Anda Menerusi Kaedah Metafizik dan Ilmu Hikmah

Sebuah penemuan metafizik dan ilmu hikmah yang terkini dimana anda dapat jadikan Nombor Telefon Anda untuk meraih apa saja cita-cita dan impian anda.

Bagaimana tu ustaz tabib?
Caranya ialah anda harus menggunakan nombor telefon baharu yang saya cadangkan.

Maksudnya?
Maksudnya katakanlah anda mahu berniaga dan anda pasti mahu menggunakan nombor telefon khas untuk meniaga. Jadi anda mahu membeli nombor telefon baharu. Ketika inilah anda dapat bertanya saya nombor telefon yang sesuai dengan cita-cita dan harapan anda. Saya akan kirimkan Sim Card nombor telefon kepada anda dan sebaiknya tiba anda pakai untuk bisnes baru anda itu.


Jadi saya kena beli nombor telefon baharu daripada ustaz?
Ya benar. Ini bukan ‘trick’ saya nak menjual nombor telefon. Fokus saya kepada mencari nombor telefon yang sesuai dengan bisnes atau apa yang menjadi cita-cita impian anda pada masa ini.

Boleh tak saya hanya nak tahu nombor telefon yang sesuai dengan saya tanpa membeli sim card drp ustaz?
Maaf tak boleh.

Ooo Begitu. Kalau saya beli nombor telefon baharu drp ustaz saya?

Ya. Anda akan dapat:
-Kombinasi Nombor Telefon Ajaib®™ dalam meraih apa saja cita-cita impian anda masa ini. Maksimum hanya 2 hajat/impian/cita-cita sahaja pada satu nombor telefon.
-Pengisian Secara Hikmah Sim Card Nombor Telefon sebelum saya kirimkan ke alamat anda.



Boleh saya beli lebih daripada 1 nombor telefon?
Lazimnya kalau berniaga kita pakai paling kurang 2 nombor telefon khusus. Misalnya satu nombor telefon untuk berwhatapps sahaja. Satu lagi nombor telefon untuk panggilan sahaja. Ada perniagaan yang sibuk sentiasa dihubungi ramai orang maka mereka beli lebih daripada 2 sim card.

Jika tak berniaga boleh ke?
Pasti boleh. Tentu anda mempunyai hajat lain. Contohnya anda mahu mempunyai pasangan yang membahagiakan hidup anda. Cepat ketemu jodoh. Dapat kerja yang baik. Dan lain-lain lagi. Ingat 1 nombor telefon hanya boleh ‘mewakili’ 2 hajat/impian anda sahaja.

Tidak syirikkah ustaz?
Masya Allah..Rahsia Nombor Telefon ini bukannya ada kaitan dengan apa-apa kepercayaan sekalipun. Saya bagi contoh mudah. Tuhan menciptakan nombor maka setiap nombor itu pasti mempunyai hikmahnya tersendiri. Sama ada kita tahu atau tidak sahaja! Katakan anda mahu pekerjaan yang baik. Jadi anda beli 1 nombor telefon daripada saya. Saya pilihkan kombinasi nombornya dan saya buat pengisian pada Sim Card anda dah selesai saya kirim kepada anda melalui pos laju. Anda pakai dan gunakan saja. Tanpa apa-apa bacaan apapun. Yang penting nombor itu aktif sekalipun anda tak jadikan ia nombor telefon utama anda. Usaha zahir tetap berterusan. Ia adalah sugesti(metafizik) dan doa (ilmu hikmah) yang menjadikan impian anda tercapai dengan  jayanya. Semuanya atas izin Allah.

Baiklah saya sudah faham! Ustaz cadangkan nombor telefon kepada saya itu guna perkhidmatan telco apa ya?
Tune Excell. Perkhidmatan telco apapun tak penting dalam ikhtiar ini. Yang penting nombor telefon yang akan dikirimkan kepada anda aktif berfungsi dalam menjayakan impian dan cita-cita anda!

Berapa bayarannya ustaz?
Sim Card dan Pengaktifan Harganya RM100.
Caj Perkhidmatan Mencari Kombinasi Nombor Telefon Ajaib®™ Untuk Anda ialah RM250. Jumlahnya RM350. Berikut Contoh Keinginan yang boleh diikhtiarkan melalui Kombinasi Nombor Telefon
- Anda ingin sukses dan kaya
- Anda ingin pasangan hidup
- Anda ingin mendapatkan pasangan kaya
- Anda ingin untung berniaga dan ada pelanggan tetap
- Anda ingin menjadi perawat yang berjaya
- Anda ingin mempunyai isteri lebih daripada satu
- Anda ingin menjadi pemimpin sesuai dalam bidang anda.
- Anda ingin mempunyai sekolah tahfiz dan pertubuhan ngo yang berjaya
- Anda ingin hidup tenteram damai, bahagia,
- Anda ingin mendapatkan pekerjaan terbaik
- Anda ingin menjadi ‘magnet wang’
- Anda ingin berpisah dengan pasangan dengan cara baik
- Anda ingin rakan sepejabat yang serasi kerjasama saling hormat menghormati  
- Anda ingin menunaikan haji atau umrah
-Anda ingin kepuasan seksual bersama pasangan anda
Dan banyak lagi. Apa saja yang menjadi keinginan, harapan, cita-cita dan impian anda in syaa Allah saya cuba bantu menerusi pemilihan Kombinasi Nombor Telefon yang Sesuai Dengan Keinginan, Cita-cita, Impian dan Harapan Anda Menerusi Kaedah Metafizik dan Ilmu Hikmah®™

&&&

Saya juga membuka peluang untuk anda konsultasi/bertanya/berunding dengan saya nombor telefon yang anda gunakan pada waktu ini. Ada kombinasi nombor telefon membawa ‘mesej’ yang buruk dan merugikan anda. Ini dapat dilihat dalam hidup anda. Untuk mengetahui nombor telefon anda gunakan sekarang merugikan atau tidak saya mengenakan caj RM50 untuk menilai nombor telefon anda itu dan menghuraikan serba ringkas masalah yang dibawa oleh nombor telefon anda masa ini.

Peringatan:
Ini adalah ikhtiar bukan sebuah jaminan. Ini adalah faktor pembantu kepada usaha mencapai hajat anda bukan faktor utama tanpa perlu usaha apa-apa. Rahsia Kombinasi Nombor Telefon ini bukan ciplakan daripada mana-mana ahli metafizik lain. 

Berminat hubungi 013 6421228

Cincin Aura Mahkota Sulaiman

Asslammuaikum dan Salam Sejahtera.

Sebagai mengisi permintaan ramai saya membua tempahan bagi sesiapa yang mahu menempah Cincin Aura Mahkota Sulaiman sebagai ikhtiar pagar diri.

Harus difahami bahawa penyediaan Cincin Aura Mahkota Sulaiman bukan untuk anda sembah-sembah ia ataupun mempunyai kekuatan jin dan sewaktu dengannya.

Pembuatan Cincin Aura Mahkota Sulaiman ini dibuat dengan kaedah sains metafizik dan sains ilmu hikmah serta teknologi ar-ruhi dan kefahaman kerohanian yang asli dan selari dengan pegangan akidah tauhid kita.

Dalam sirah nabawi antara Nabi Allah Sulaiman alahissalam antara nabi Allah yang memakai cincin yang membawa lambang kebesaran keagungan kerajaannya. 

Nabi Muhammad sollallahuala wassalam juga memakai cincin dengan mempunyai mohor Muhammadur Rasulullah.

Sunnah memakai cincin bagi lelaki dengan syarat cincin itu bukan terdiri daripada emas tulen. 

Selain itu saya berkias juga dengan menjampi air penawar. Jika aura atau nur bacaan kita dpt kita tarnsferkan kepada air maka konsepnya sama juga ia dapat ditransfer kepada benda lain antaranya cincin. 

Malahan dengan mentransfer kepada cincin yang berbatu asli aura atau nur bacaan itu kekal lebih lama berbanding air yang akan habis bila diminum dan digunakan. 

Cincin Aura Mahkota Sulaiman ditransfer dengan Doa Sulaiman dan beberapa amalan ilmu hikmah lainnya. Sehingga ia akan menjadi Power Bank kepada diri anda sama ada mensuplai tenaga fizikal dan juga mensuplai tenaga rohani dlm perawatan dan pertahankan diri daripada kejahatan.

Saya sendiri mentajrib atau mencuba menggunakan Cincin Aura Mahkota Sulaiman ini. Ia berbeza dengan pengisin pada barang hikmah yang lain. Tidak sama. 

Ringkasnya manfaat Cincin Aura Mahkota Sulaiman:

-medium pagar diri yang ampuh

- pembekal tenaga diri tak cepat lelah kalau penat akan terisi semula tenaga 

-sarana membooster keilmuan dipelajari apatah lagi ilmu yang taun pelajari daripada saya
-membuka kerohanian ke dalaman rasa

-bagi yang sudah mempunyai mata batin akan semakin terang mata batinnya bila dipakai cincin ini

-boleh dipakai ke mana saja namun digalakkan ditanggalkan sewaktu dlm tandas

-penawar segala racun apa pun

-pendunduk segala makhluk halus

-penunduk bos atasan yang bengis dan membuli

-membangkitkan aura mahabbah/pengasihan/kasih sayang 

-anti santau bagi pemakainya

-mengubati anak menangis kerana diganggu dengan sapuan tangan

-penstabil aura diri 

-penampung aura diri yang bocor

-ubat trauma menahun

-terapi minda 

-terapi semangat waja

-mengaktifkan jutaan sel dan jaringan DNA pada memori

-meringankan tubuh memudahkan melaksanakan ibadah

-penyejuk batin

..dan banya lagi khasiat dan fadhilatnya yang bakal anda perolehi sebaik Cincin Aura Mahkota Sulaiman berada di tangan anda. Suatu gabungan istimewa tahap sepuh pengisian barangan hikmah. Tiada berkhodam tiada berjin tiada sihir tiada trick apapun. Semuanya

-asli alami
-olahan ilmu hikmah
-dibuat secara manual secara khusus oleh Ustaz Tabib Ali sendiri tidak diwakilkan kepada sesiapapun dalam membuatnya. 

Berminat sila hubungi Ust Tabib Ali 013 642 1228

Mahar Cincin bergantung kepada Kualiti Batu Cincin. Anda beritahu saya batu jenis apa anda inginkan in sya Allah saya akan carikan dulu kemudian diberitahu harga batu tersebut beserta mahar pengisiannya sekaligus.

Batu dicadangkan ialah 

NILAM UNGGU
KECUBUNG
ZAMRUD HIJAU TUA

Batu akid, batu serai, batu sintetik, kayu, logam besi, tak boleh digunakan.





Fadhilat Asma ul Husna Ya Baarik

Khasiat dan Fadhilat Asma Allah 'al Baarik' Untuk Rawatan Sakit Apa Sahaja

Terdapat 99 Nama Allah yang Maha Mulia di dalam al-Qur'an. Dalam kitab samawi lain masih banyak lagi. Setiap satu nama membawa maksud dan sifat Allah yang tersendiri.

Selain kita berzikir Asma Allah untuk menghayati maknanya dan sifat Nya kita juga dapat jadikan ia sebagai medium atau perantara memohon sesuatu kpd Allah bersesuaian dengan makna dan sifat drp Asma Allah tersebut. Berdoa dengan nama Allah adalah perintah Allah dalam al-Qur'an.

Salah satunya Asma Allah yang berbunyi Al Baari'. Jika kita membaca Asma ini secara  tunggal maka sebutannya jadi  'al Baarik'. Jika kita menyebutnya ini dengan ada ayat lain selepasnya seperti  dalam ayat 24 daripada Surah al Hasyr maka sebutannya jadi 'al Baari'ul'.

Apabila kita menyebutnya secara tunggal sebagai suatu wirid yang diulang-ulang kita menyebutnya dengan 'Ya Baarik'. Begitu juga nama Allah yang lain.

Makna 'al Baarik' seerti dengan 'al Khaliq' iaitu Maha Menciptakan. Namun mengikut ulamak mufassirin Ahlul Sunnah wal Jama'ah al-Baarik lebih menjurus kepada sifat Allah Yang Maha Menciptakan makhluk yang hidup. Manakala 'al Khaliq' merujuk kpd sifat Allah yang Maha Menciptakan langit dan bumi serta makhluk Allah yang lain yang bukan bernyawa.

'Al-Baarik' jika kita jadikan wirid maka perhatikanlah dan renungkanlah bahawa kita adalah makhluk hidup bernyawa yang paling sempurna berbanding makhluk hidup yg lain.

Jadi sewajarnya kita bersyukur dan melakukan sedaya upaya titah perintah Nya dan menjauhi larangan Nya. Kemudian kita merenung pula bagaimana kesempurnaan manusia ini meliputi semua aspek termasuk aspek penyembuhan dengan potensi rohaniah pada diri sendiri dan orang lain.
Asma 'al Baarik' ini dapat kira jadikan wirid untuk memohon kesembuhan drp sakit fizikal dan gangguan apa saja dengan cara mewiridkan asma ini setiap hari. Waktunya bila-bila masa saja sebanyak 213x setiap hari beberapa minggu.

Kemudian dapat kita jadikan wahana doa dan ikhtiar untuk penyembuhan. Anda dapat baca langsung sambil menyentuh tempat yang sakit. Kita juga dapat bacakan pada air untuk dibuat minum dan mandi.

Selain itu dapat juga kita lakukan rawatan jarak jauh dengan melihat foto si sakit. Habis wirid 'Ya Baarik' 213x maka kita doa dan hembus pada tempat sakit atau pada air.

Secara lazimnya setelah 7 hari kita wiridkan asma 'Ya Baarik' 213x setiap kali wirid maka kita dapat manfaatkan untuk rawatan diri sendiri dan orang lain. Lebih afdhol mengekalkan istiqomah dlm mewiridkannya.

Bilangan zikir 213x berdasarkan panduan pedoman kafiat ulamak hikmah yang mengamalkannya. Kalau nak wirid lebih lagi silakan. Tapi asingkan waktunya. Misalnya lepas Solat Subuh dan wirid lazim lepas solat kita amalkan kita sambung wirid 'Ya Baarik' dalam sekali duduk 213x kita wiridkan. Lepas  Zuhor nak tambah lagi silakan tiada apa-apa masalah.

Lebih molek semasa dlm kita wirid secara berterusan 7 hari itu kita letakkan sebotol air kita tiup pada air selepas selesai wirid dan kita  sudahi dengan doa agar Allah menjadikan Asma Ya Baarik sebagai penawar zahir batin kita dan org lain. Kemudian anda minumlah biar asma 'Ya Baarik' meresap dlm darah dan jiwa anda. Jadi ubat diri sendiri dulu sebelum ubat org lain jadi lebih aula.

Kaedah ini dapat digabungkan dengan kaedah ruqyah seperti  membaca Yassin 7 Mubin, Teknik Rawatan Ayatul Kursi, Teknik Rawatan Ismu Zat, Tenaga Dalam dan sewaktu dengannya.

Setelah selesai membaca Yassin diwiridkan 'Ya Baarik' 213x diakhiri doa dan tiupan pada pesakit atau air atau madu atau herba.

Saya Ustaz Tabib Ali dengan ini mengijazahkan secara umum amalan Asma Ya Baarik ini kepada pengunjung blog saya yang berminat mahu mengamalkannya semoga dimustajabkan dan dibarokahkan lagi teknik rawatan anda sebelum ini.


Bagi yang ikuti "Program Tabib Alternatif " akan diajar banyak lagi teknik penyembuhan menerusi Asma Allah ini dengan formula ramuan khas untuk sakit-sakit tertentu beserta falsafah rawatannya. In syaa Allah. 


Rabu, 24 Mei 2017

Gemblengan Ilmu Hak Sejati Diri

Ilmu Hak Sejati mempunuai kaitan dengan potensi ROH kita. Ia lebih halus daripada apa yang disebut sebagai Tenaga Dalam atau Inner Power dan sewaktu dengannya. Ilmu Hak Sejati Versi www.perubatanrahmaniah.com mempunyai cirinya yang tersendiri dimana ia membabitkan Kata Pengucap khusus dan juga Simbol Huruf Hijaiyyiah yang khusus untuk segala maksud dan hajat.

Kata Pengucap Ilmu Hak Sejati

Merupakan daya kontak atau perhubungan FIZIKAL DENGAN METAFIZIK. Apabila anda menerima ijazah secara benar dan menghafal dengan penuh keyakinan anda akan dituntun untuk MENGGUNAKAN DAYA GHAIB ILMU HAK SEJATI untuk membimbing FIZIK anda dalam mencapai apa tujuan dan maksud. 

Misalnya anda mahu tahu

-Dimana letaknya barang hilang
-Dimana punca sumber air bawah tanah
-Dimana adanya barang pusaka
-Dimana adanya harta karun 
-Dimana adanya emas dan batu yang bernilai dan berharga
-Apakah punca sakit dan penawarnya
-Membuat ubat yang berkhasiat zahir dan batin
-Membuk Aura Keberuntungan dll lagi. 

Apa sahaja yang bersifat ilmu-ilmu ghaib atau sesuatu yang terselindung dan tersembunyi dapat kita kesan dan ketahui.

Kelebihan Ilmu Hak Sejati Diri yang lain ialah anda dapat melukis, melakarkan apa saja unsur ghaib seperti makhuk ghaib, jin, kerajaan jin, penjelmaan hantu/jin/makhluk halus disesuatu tempat. dalam rumah dan sebagainya. Semakin dilatih semakin tepat dan bagus hasilnya. 

Mahar Pengganti
Sila hubungi Ustaz Tabib Ali
013 642 1228

Jumaat, 12 Mei 2017

Testimoni Minyak 1001 Hikmah

Testimoni Minyak 1001 Hikmah

Hendak dijadikan cerita tangan ibunya sakit. Selepas Minyak 1000 Hikmah digunakan ikut panduan diberikan ibunya terus merangkak kepanasan dan muntah. Nampak sangat gangguan tak dpt bertahan dgn penangan minyak zaitun istimewa ini. Dia pun ada masalah batuk bertahun keluar darah. Buat pemerikasaan doktor tak ada apa2 jangkitan dan sakit pun. Alhamdulillah selepas mengambil Minyak 1001 Hikmah dengan yakin kpd kuasa Allah maka dia dah sembuh seperti sediakala. Banyak guna sebenarnya Minyak 1001 Hikmah saya buatkan khas ini. Kini hanya berbaki 10 botol lagi. Kegunaan pelbagai dan serbaguna drp masalah gangguan hingga sakit medis dan misteri. Nak guna sbg minyak rambut,minyak urut pun blh. In sya Allah mujarab. Semua dpt gunakan drp kanak2 hingga warga emas. Kalau berminat telefon dan what apps Ust Ali 013 642 1228.



Ahad, 7 Mei 2017

Kursus Tabib Alternatif

Siri Pengajian Ilmu Ketabiban
"TABIB ALTERNATIF AR-RAHMANIAH"

Sebaik sahaja anda menelan Kapsul Tabib Alternatif simpul ghaib pada tubuh anda mula terbuka seperti bunga mekar. Memancarkan aura tersendiri khusus bidang keilmuan ketabiban. Juga menaikkan  seri wajah ke tahap jelas dipandang mata. Tak perlu kamera aura. In sya Allah dpt dilihat auranya. Program ini bersifat spektakular dan praktikal. Gabungan zikir,wirid,Ismul A'zhom Nabi dan Auliya', dan doa2 langka petua2 langka yg dpt anda gunakan bila diperlukan dan terdesak. Dengan sistem bai'at dan ijazah anda terus dpt menggunakan sebahagian besar drp pakej ini utk merawat diri anda dan orang lain tanpa teori yg panjang lebar. Cukup memahami langkah ringkas dgn yakin in sya Allah anda akan lihat sendiri hasilnya.

•12 Kunci Asas Pegangan Tabib
•Asma Kamilat
•Asma Nurul 'Ain Nubuwwah
•Asma Kun
•Ibu Bismillah
•Doa Bismillah Versi Sultanul Auliya' Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani Qaddasallahu sirruhu
•Tafakur Nur Alif Sejati
•Tafakur Ismu Dzat
•Ilmu Mengesan Penyakit Melalui Tubuh Badan
•Ilmu Menarik Penyakit Media Telur
•Ilmu Mengisi Madu denhan Zikir sbg Ubat Ampuh
•Ilmu Mengembalikan Sihir Santau/Santet sekaligus Menamatkan Seranganya
•Ilmu Memindah Penyakit, Hujan dll
•Ilmu Khusus Merawat Patah/Remuk Tulang
•Ilmu Meneutralkan Guna-guna/Pengasihan Batil membuatkan mangsa tergila2 pd seseorang tanpa kewajaran
•Ilmu Terapi Gout Pulih selamanya
•Ilmu Ubat Sakit Mata
•Ilmu Ubat Sakit Telinga
•Ilmu Kebal Sihir gabungan wirid dan ramuan khusus
•Ilmu Zikir Inti Kalimah Versi Saya yg khusus dan  istimewa  in syaa Allah untuk rawatan penyakit dan apa saja ikhtiar berkaitan kerezekian,karier,dunia dan akhirat.

....dan banyak lagi anda akan dapat menerusi pakej pengajian ini.

Serius sahaja what apps dan telefon terus saya 013 642 1228.

Jangan tanya saya wali ka apa ka saya orang biasa saja ajar bidang ilmu tabib diolah drp pengalaman sendiri dan rujukan guru2 tua terdahulu. Keilmuan ini tiada kaitan dgn mana2 rakan facebook saya.

*Hari ini dan esok saya berada di sekitar Kuala Lumpur. Nak berubat nak belajar silakan.

Aamiin.


Khamis, 4 Mei 2017

Kesan belajar ilmu hikmah

Alhamdulillah
Segala puji bagi Allah.
Allahumma solli ala Saidina wa Maulana Muhammad wa 'ala alihi wasohbihi wabarik wassallim.

Sesungguhnya ilmu adalah Cahaya Allah bagi seluruh makhlukNya. Tanpa cahayanya takkan hidup dan bergerak segala sesuatu. Dengan CahayaNya maka menjelmalah segala bentuk keajaiban dan keunggulan yg meliputi kehidupan duniawi dan kehidupan ukhrawi. Dengan CahayaNya maka batallah yg batil diganti dengan kebenaran yang hakiki. 

Dengan CahayaNya maka nasib kita berubah menjadi lebih baik lebih beruntung dunia akhirat. 

Jadi janganlah lokek kita menimba ilmu. Jangan menjauhkan diri kita drp guru2 yang arif. Adakalanya Allah telah membuka kita peluang berguru dgn guru yg  arif namun kita mensia-siakan anugerah itu. Kita kufur nikmat. Alangkah celakanya kita setelah datang CahayaNya kita kembali berbelok ke jalan jahiliyyah dan kegelapan kesombongan dan keangkuhan dlm dada. Betapa ruginya kita dunia akhirat setelah CahayaNya tiba kita buat tak endah dan biarkan ia berlalu begitu sahaja.

Inilah dikatakan buta tuli dan pekak terhadap kebenaranNya. Tak mau melihat dgn kenyataanNya sebaliknya memilih untuk duduk dalam angan-angan semata-mata. Angan-angan yang seumpama kabut bergentayangan dalam nafsu nafsi dan akal pendek kita semata. Tak malu kufur nikmat yang sentiasa kita terima tak putus-putusnya. Apakah kita merasakan jawatan tinggi gaji besar harta berlimpah pengikut ramai dapat menjaga kita drp kegelapan  api neraka yang gelapnya berlapis kegelapan.

 Asal api neraka itu lebih gelap drp segala gelap yg diketahui  wujud  di pelbagai alam ini. Gelapnya itu beserta dengan kesakitan dan azab derita yang amat pedih keadaannya tiada hidup dan tiada kematian sentiasa berasa dlm puncak azab diluar batas rasa makhluk sekuat apapun hatta iblis sekalipun tak berupaya menahan azabnya api neraka yang gelap pengap dan menjerit-jerit marah bagai mahu pecah tebing neraka. 

Kenapalah wahai manusia disebalik CahayaNya yang berada di depan mata kalian memilih kegelapan yang Rasulullah berusaha jarakkan kita  drpnya. Acapkali Rasulullah menjauhkan kita drp tebing neraka selagi itulah kita menarik diri kita ke tebing neraka. Betapa bodohnya kita kan kalau bertindak demikian. Tapi malangnya ramai yang tak menyedari kebodohan itu kerana ditipu daya oleh nafsu nafsi syaitan dan duniawi yg menipudaya menggiurkan pandangan mata nafsu dlm dada.

Jadi pilihlah CahayaNya wahai manusia. 
Pilihlah CahayaNya agar Allah memberikan kalian kejayaan dunia akhirat.
Usahlah berputus asa dengan ujian kehidupan. Itu hanyalah debu-debu berterbangan. Jangan biarkan debu itu menutup pandangan kita  dan menjadikan kita berputus asa drp rahmatNya. Marilah kita menuju kejayaan. Marilah  kita menuju CahayaNya.

Berikut ialah testimoni pelajar saya setelah belajar ilmu daripada saya
 Semoga Allah membukakan jalan kejayaan lebih gilang gemilang pada dirinya. Enam tahun lebih bekerja tanpa kejayaan apapun. Sebaliknya teruk dileteri majikannya walau kerja dilakukan sebaik mungkin. Rakan sekerja memandang sebelah mata atau tak ada mata kepadanya. Lantaran ilmu CahayaNya dia telah dianugerahkan sikit demi sedikit kejayaan duniawi dan orang rakan sekerjanya suka menatap wajahnya dlm CahayaNya yang gilang gemilang. Alhamdulillah. 

Terima kasih Ya Allah atas kurniaan ini. 
Alhamdulillah wa syukurillah.
Terima kasih Ya Rasulullah atas berkah restu drpmu wahai Yasin Allah.
Allahumma solli ala Saidina Muhammad wa ala alihi wasohbihi wabarik wassalim.
Bagi muridku yang lain teruslah istiqomah menyusun langkah dengan tertib dan sopan. Janganlah lupakan Aku yg senantiasa mengingati mu.





ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...