Khasiat dan Fadhilat Asma Allah 'al Baarik' Untuk Rawatan Sakit Apa
Sahaja
Terdapat 99 Nama Allah yang Maha
Mulia di dalam al-Qur'an. Dalam kitab samawi lain masih banyak lagi. Setiap
satu nama membawa maksud dan sifat Allah yang tersendiri.
Selain kita berzikir Asma Allah
untuk menghayati maknanya dan sifat Nya kita juga dapat jadikan ia sebagai
medium atau perantara memohon sesuatu kpd Allah bersesuaian dengan makna dan
sifat drp Asma Allah tersebut. Berdoa dengan nama Allah adalah perintah Allah
dalam al-Qur'an.
Salah satunya Asma Allah yang
berbunyi Al Baari'. Jika kita membaca Asma ini secara tunggal maka sebutannya jadi 'al Baarik'. Jika kita menyebutnya ini dengan
ada ayat lain selepasnya seperti dalam
ayat 24 daripada Surah al Hasyr maka sebutannya jadi 'al Baari'ul'.
Apabila kita menyebutnya secara
tunggal sebagai suatu wirid yang diulang-ulang kita menyebutnya dengan 'Ya
Baarik'. Begitu juga nama Allah yang lain.
Makna 'al Baarik' seerti dengan
'al Khaliq' iaitu Maha Menciptakan. Namun mengikut ulamak mufassirin Ahlul
Sunnah wal Jama'ah al-Baarik lebih menjurus kepada sifat Allah Yang Maha
Menciptakan makhluk yang hidup. Manakala 'al Khaliq' merujuk kpd sifat Allah
yang Maha Menciptakan langit dan bumi serta makhluk Allah yang lain yang bukan
bernyawa.
'Al-Baarik' jika kita jadikan
wirid maka perhatikanlah dan renungkanlah bahawa kita adalah makhluk hidup
bernyawa yang paling sempurna berbanding makhluk hidup yg lain.
Jadi sewajarnya kita bersyukur
dan melakukan sedaya upaya titah perintah Nya dan menjauhi larangan Nya.
Kemudian kita merenung pula bagaimana kesempurnaan manusia ini meliputi semua
aspek termasuk aspek penyembuhan dengan potensi rohaniah pada diri sendiri dan
orang lain.
Asma 'al Baarik' ini dapat kira
jadikan wirid untuk memohon kesembuhan drp sakit fizikal dan gangguan apa saja
dengan cara mewiridkan asma ini setiap hari. Waktunya bila-bila masa saja
sebanyak 213x setiap hari beberapa minggu.
Kemudian dapat kita jadikan
wahana doa dan ikhtiar untuk penyembuhan. Anda dapat baca langsung sambil
menyentuh tempat yang sakit. Kita juga dapat bacakan pada air untuk dibuat
minum dan mandi.
Selain itu dapat juga kita
lakukan rawatan jarak jauh dengan melihat foto si sakit. Habis wirid 'Ya
Baarik' 213x maka kita doa dan hembus pada tempat sakit atau pada air.
Secara lazimnya setelah 7 hari
kita wiridkan asma 'Ya Baarik' 213x setiap kali wirid maka kita dapat
manfaatkan untuk rawatan diri sendiri dan orang lain. Lebih afdhol mengekalkan
istiqomah dlm mewiridkannya.
Bilangan zikir 213x berdasarkan
panduan pedoman kafiat ulamak hikmah yang mengamalkannya. Kalau nak wirid lebih
lagi silakan. Tapi asingkan waktunya. Misalnya lepas Solat Subuh dan wirid
lazim lepas solat kita amalkan kita sambung wirid 'Ya Baarik' dalam sekali
duduk 213x kita wiridkan. Lepas Zuhor
nak tambah lagi silakan tiada apa-apa masalah.
Kaedah ini dapat digabungkan
dengan kaedah ruqyah seperti membaca
Yassin 7 Mubin, Teknik Rawatan Ayatul Kursi, Teknik Rawatan Ismu Zat, Tenaga
Dalam dan sewaktu dengannya.
Setelah selesai membaca Yassin
diwiridkan 'Ya Baarik' 213x diakhiri doa dan tiupan pada pesakit atau air atau
madu atau herba.
Saya Ustaz Tabib Ali dengan ini mengijazahkan secara umum amalan Asma Ya Baarik ini kepada pengunjung blog saya yang berminat mahu mengamalkannya semoga dimustajabkan dan dibarokahkan lagi teknik rawatan anda sebelum ini.
Bagi yang ikuti "Program
Tabib Alternatif " akan diajar banyak lagi teknik penyembuhan menerusi
Asma Allah ini dengan formula ramuan khas untuk sakit-sakit tertentu beserta
falsafah rawatannya. In syaa Allah.
Assalamualaikum..boleh kah saya bantu emak saya dengan zikir ini bagi penyakit kanser thyroid dan gatal2 di badan?
BalasPadamQobiltu. Terima kasih ustaz
BalasPadam