Selasa, 25 Mei 2021

Pembukaan Mata Batin Portal Alam Malakut

MENCARI RASI DALAM MENUNTUT ILMU

Seringkali sang murid menuntut ilmu dan ilmu itu tidak sesuai dan rasi dengannya. Maka dalam kaedah pengajian dan pembelajaran ulamak khowas ilm


u hikmah terdapat satu cara bagaimana mengaktifkan sesuatu ilmu menggunakan kaedah merajah nama murid iaitu dengan cara mengira nama murid dan dirajahkan seperti di bawah. Maka akan ditemui zikir dan bilangan yang sesuai dengan diri murid itu agar serasi dan sebati serta mustajab dalam mengamalkannya. Bahkan ilmu yang anda pernah pelajari sebelum ini tidak aktif menjadi aktif. Sempurna. Bahkan ilmu dalam kitab kitab tua pun dapat anda pelajari dengan jayanya apabila portal alam malakut ini dibuka pada diri anda. Jika anda sudah lama meruqyah diri tetapi gangguan masih ada dan sebagainya maka kaedah ini bermanfaat untuk anda. Jika anda berminat sekalipun anda sihat dan makmur kaedah ini akan melonjakkan pamor kejayaan anda. Semuanya dengan izin Allah atas usaha ikhtiar kita lakukan atas curahan ilham yang telah diberikan kepada ulamak hikmah khowas zaman berzaman.


Tak perlu beramal banyak

Keunikan amalan berijazah khusus adalah belum beramal lagi lepas ijazah dah kelihatan Maunahnya. Jadi bukan syarat mutlak dan wajib untuk beramal sekian banyak sekian malam. Yg penting keyakinan anda sebagai talibun atau penuntut ilmu dan juga Sanad yang disambungkan itu sahih dan sampai kepada sumber sumber cahayaNya. Selesai.

Jumaat, 21 Mei 2021

ILMU MAKRIFAH NAFAS 9 ROH

Salam Maghrib. Makrifah itu bukan semata mata pandai bergenang bercakap hal muluk serba indah memukau pengikut tetapi ia adalah ilmu praktikal yang bersanad dengan awliya Allah. 

Sukacitanya -ILMU MAKRIFAH NAFAS 9 ROH- dibuka untuk Pembai'tan. Ilmu ini bersanad  dengan Waliyullah Tanah Ujong Kulon Banten Selatan. Sangat sakral, terjaga kunci amalannya, wasilah kenal 9 Roh diri kita sekaligus mengenal membuka gerbang musyahadah dan kasyaf Rabbaniah.

Selain itu dapat menyucikan diri, benteng 9 lapis cahaya Roh dari ancaman zahir dan batin secara mutlak. Penolak bala', menyucikan saluran nafas, jantung, paru-paru, menguatkan imun, menumbuhkan semangat  luar biasa, merawat sel tubuh yang rosak,cacat,mutasi sel spt kanser, kesan radiasi, menambahkan khusyuk solat, tawajjuh zikir, memecahkan permasalahan serumit apapun dll. Banyak lagi khasiatnya. Dasar ilmu ini lebih menjurus ke arah akhirat yang kekal abadi namun in Sha Allah Maunah dan karomahnya muncul saat diperlukan di atas dunia ini. Sediakanlah diri dengan ilmu hadapi fitnah akhir zaman.

Jumaat, 7 Mei 2021

ILMU SAEFI MALHAMAH KUBRO GANDINGAN HIZIB MALHAMAH KUBRO

-Pedang  Tanpa Pedang Awliya dan Arifbillah Akhir Zaman-

1. Dalam perbendaharaan Ilmu Hikmah Tingkat Tinggi memang terkenal dengan Ilmu Saefi ATAU Pedang. Salah satunya banyak digunakan oleh perawat Islam dengan nama Saefi Dzulfaqor. Bunyinya La Saifan illa DzulFaqor yang bermaksud Tiada yang lebih tajam melainkan pedang Dzulfaqor iaitu pedang yang dihadiahkan oleh Nabi Muhammad saw kepada Saidina Ali krmj.

2. Namun ramai perawat memang ada menggunakan doa saefi ini untuk menyembelih jin. Walhal penggunaan asalnya bukan untuk sembelihan. Semacam kita meletakkan had ilmu saefi itu untuk sembelih jin semata-mata. Doa Saefi Dzulfaqor yang lengkap lebih panjang daripada yg perawat Islam gunakan bahkan ia selalu digabung dengan Doa Saefi Syatit. Ia adalah pakaian arifbillah tanpa perlu mengamalkan ilmu kebatinan dan lelaku yang aneh dan pelik. Cukup dijadikan doa selepas solat. 

3. Namun dalam penggunaannya yang khusus ada kaedah dan caranya bagaimana memanfaatkan doa saefi  di medan perang fisabilillah. Berikut adalah keilmuan doa saefi yang bersanad yang mutassil. Bukan copy paste. Dan semestinya tidakkan serupa sama sekali dengan yang banyak beredar di Internet. Saya lihat ada yang ditulis di internet dipenggal penggal tiada amalan yang lengkap, tiada pembuka dan penutup dan tiada Sanad dan tawassul yang jelas dan bersambungan.

4. Amat berbahaya sekali kepada kejiwaan dan psikologi mengamalkan doa saefi tanpa Sanad yang jelas krn ia termasuk senjata pakaian arifbillah. Siapa sumber kekuatan kalau bukan menerusi wasilah KPD Allah kalau bukan dengan cara berguru???

5. Ayat ke-35 Surah al-Maidah menganjurkan kepada kita untuk mencari wasilah Jangan syok sendiri beramal percuma tanpa guru hanya cuplik sana sini daripada buku dan YouTube  sampai tua bangka degil tak nak berguru. Ego sangat. 

Allah berfirman maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah (WABTAGHU) jalan (WASILAH) yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan BERJIHADLAH di jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan.

6. Marilah kita hidupkan ilmu arifbillah. Jangan mengenang nostalgia kehebatan awliya dan bangsa kita dulu kala. Ilmu Allah itu adalah cahaya yang dijamin takkan padam sampai kiamat berlaku. Masih ada ilmu yg kita dengar cerita org org tua tentang kehebatan org dulu. Bukan nak hebat nak selamat dan ibadat. Bukan sihir. Bukan jin jun July. Semata mata doa bersanad amalan arifbillah. Nak berkat. Siapa nak lestarikan kalau bukan kita. Jangan jadi bangsa Arab yang membuang ilmu arifbillah akhirnya dijarah oleh penjajah moden. Nasihat saya hentikan buang masa dengan hal sia-sia. Nak harap selain daripada Allah kah pada akhir zaman ini?

7. Saya buka "GEMBLENGAN ILMU SAEFI PEDANG AWLIYA MALHAMAH KUBRO SECARA PENUH LENGKAP DAN SEMPURNA."

8. Yang berijazah Hizib Perang Malhamah Kubro akan dapat beberapa doa Saefi. 

9. Manakala yang berijazah Khusus Menerusi Gemblengan Ilmu SAEFI MALHAMAH KUBRO ini akan mendapat kesemua dan kunci khusus lagi khusus kesemua doa SAEFI. Langka dan unik teristimewa sementara saya masih buka Pengijazahan sebelum saya tutup pada bila bila masa daripada sekarang. Berikut kandungan ilmu SAEFI dalam Gemblengan ini: 

1. Saefi Alam Asli Dan Lengkap 

2. Saefi Zohir Asli dan Lengkap 

3. Saefi Suryani Asli dan Lengkap 

4. Saefi Rasul Asli dan Lengkap 

5. Saefi Maghribi Asli dan Lengkap 

6. Saefi Nur Muhammad Asli dan Lengkap 

7. Saefi Malikul Mulk Asli dan Lengkap 

8. Saefi Dzulfaqor (2 Sanad dari arifbillah. Istimewa dan langka) Asli dan Lengkap 

9. Saefi Qotil (Pembunuh Musuh Allah)Asli dan Lengkap 

10. Saefi Nur (Cahaya Berkilauan) Asli dan Lengkap 

11. Saefi Mughni Aghniya (Mohon Kekayaan) Asli dan Lengkap 

12. Saefi Muluk Asli dan Lengkap 

13. Saefi Hasbi Asli dan Lengkap 

14. Saefi Air Asli dan Lengkap 

15. Saefi Dedaunan Asli dan Lengkap 

16. Saefi Sulaiman Asli dan Lengkap 

17. Saefi Langit(samawat) Asli dan Lengkap 

18. Saefi Burung Asli dan Lengkap 

19. Saefi Malaikat Malakut Asli Lengkap 

20. Saefi Maghribi Asli Lengkap  Istimewa Asli dan Lengkap 

21. Saefi Madi Asli dan Lengkap 

22. Saefi Lahutiyah Asli dan Lengkap 

23. Saefi KasyfulAsli Lengkap 

24. Saefi Bumi Gempa Asli dan Lengkap 

25. Saefi Api Asli dan Lengkap 

26. Saefi Alfi Alfi Asli dan Lengkap 

27. Saefi Angin Asli dan Lengkap 

PERHATIAN!!!

Yang ambil Ijazah Khusus Kesemua Ilmu Saefi ini akan mendapat ijazah kaedah bagaimana mengumpulkan kesemua fadhilat secara full kesemua doa saefi dalam satu amalan yang diwiridkan sebanyak 1x sahaja. Namanya KUNCI SAEFI KAMALUL YAQIN. 

In Sya Allah. 

Mujiz 

Ust Tobib Ali

013 6421228

Rabu, 5 Mei 2021

Hizib Perang Malhamah Kubro

 Salam 10 Ramadan Akhir. Hizib Perang Malhamah Kubro 

1. Sanad asli yang mutassil

2. Silsilah ilmu yang jelas

3. Warisan awliya khowasul khowas bukannya rekaan paranormal gadungan.

4. Bukan ciplak kitab,buku, program org dan sewaktu dengannya.

5. Selain persediaan perang juga untuk anda yang sudah jenuh disihir keliling pinggang berpuluh tahun sudah di sini anda berhenti pencarian.

6. Begitu juga anda yang belajar ke sana ke sini namun masih O cukuplah dengan lalui sesi Pengijazahan khusus Hizib Perang Kubro ini anda langsung mendapat dan merasai fadilatnya.

Hanya serius berminat hubungi saya secara personal.

Selasa, 4 Mei 2021

Ijazah Ilmu Kalimah Sirr Ahlul Bait Nabi SAW

 KALIMAH SIRR AHLUL BAIT NABI


MUKADDIMAH

Di dalam selawat terdapat ungkapan wa ala alihi yang bermaksud dan limpahkan kesejahteraan jua ke atas ahli keluarga nabi. 

Kita mungkin bukan ahlul bait yakni mempunyai nasab keturunan nabi saw. Namun demikian kita adalah umat Nabi Muhammad saw yang teristimewa berbanding umat yang lain. Istimewanya kita SBG ummah Muhammad saw KRN istimewa kedudukan nabi Muhammad sisi Allah SWT. Bahkan ahli keluarga nabi pun mendapat selawat sebagaimana nabi mendapatkan selawat daripada Allah dan para malaikat.

Namun kasih sayang Allah meliputi segala. Daalam sebuah hadis seseorang anak Adam itu akan bersama di akhirat kelak dengan insan yang disayanginya di dunia ini. 

Justeru marilah kita menyayangi nabi. Menyayangi nabi itu juga ditandai dengan menyayangi ahli keluarga nabi saw. Nabi bersabda :

“Cintailah Allah karena nikmat yang diberikan kepada kalian cintailah aku karena kecintaan (kalian) kepada Allah, dan cintailah Ahlul Baitku karena kecintaan (kalian) kepadaku.” 

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassallam bersabda, “Segala sesuatu ada asasnya, dan asas islam adalah mencintai Rasulullah dan ahli baitnya.”

Dalam menyambut dua bulan yang mulia ini iaitu Ramadan dan Syahwal saya digerakkan oleh Allah untuk membuka PENGIJAZAHAN khusus lagi istimewa "Kalimah Sirr Ahlul Bait."

Kalimah Sirr atau Rahsia Ahlul Bait ini merupakan amalan para arifbillah dalam munajat dan permohonan mereka kepada Allah. Berikut antara fadhilat yang besar yg sempat ditulis walhal kelebihannya spt taburan bintang di langit tinggi.

1. KALIMAH  MENTAJRIB KALIMAH. SEGALA ILMU DIAKTIFKAN NUR NYA DGN KALIMAH RAHSIA AHLUL BAIT INI.

2. 1x BACA SUDAH MENCUKUPI MENGHANTAR SERIBU HAJAT

3. 1X BACA DAN TELAN AIR LIUR ANDA SEOLAH OLAH MENELAN PENGISIAN ILMU TANPA PERLU MELALUI RIYADOH YANG PANJANG. 

4. CARA MENGISI DIRI DENGAN ILMU DALAM MASA SEMINIT TANPA PERLU RIYADOH

5. TALIAN HAYAT KITA PABILA DALAM KEADAAN AMAT TERDESAK SPT HIDUP DAN MATI. 

6. MENGISI WAFAK YANG KITA BUAT SEKALIGUS MENYEMPURNAKAN PEMBUATAN WAFAK DENGAN SEKALI BACA DAN HEMBUSAN. 

7. MENGISI TASBIH ATAU BATU CINCIN MENJADI PENYIMPAN ENERGI KEBAL DAN KEJADUGAN.

Sesungguhnya tak terkira khasiatnya Sir Ahlul Bait ini. Yang berminat dan terbuka hati mahu tahu lebih lanjut dan mempelajari nya silalah hubungi saya langsung.

0136421228

Ust Tobib Ali 

Mujiz Sirr Ahlul Bait Nabi SAW.






















ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU

ADA PADLOCK DI ATAS BATANG LEHER TOK GURU Salah satu kes yg pernah saya tangani ialah kes gangguan keatas seorang Tok Guru yg terkenal.  Pad...